4. Isu-Isu Mengajar (Esei)

4
MARY JOY BINTI KASIM @ MAHOI 2012151340135 ISU-ISU SEMASA DALAM PENGAJARAN GOEMETRI, SUKATAN DAN PENGENDALIAN DATA. Mengajar tajuk geometri, sukatan dan pengendalian data memang tidak lari dari isu-isu pengajaran dan cabaran yang dihadapi oleh guru, memandangkan asas pengetahuan bagi setiap tajuk dalam Matematik terbahagi kepada 5 jenis iaitu fakta, algoritma, konsep, hubungan antara konsep dan penyelesaian masalah. Bagi setiap asas pengetahuan ini, semestinya terdapat isu dalam pengajaran memandangkan penerima pengetahuan ini adalah murid-murid yang terdiri dari pelbagai aras kognitif. Bagi isu-isu pengajaran ini, kita kupaskan satu persatu bagi setiap bidang bermula dari bidang geometri. Salah satu isu pengajaran geometri ialah miskonsepsi dalam geometri. Terdapat 4 asas dalam geometri yang perlu dikuasi oleh murid iaitu elemen titik, garis dan plane, bentuk 2 dimensi dan bentuk 3 dimensi. Miskonsepsi yang dialami oleh murid adalah pelbagai, antaranya ialah keliru dengan nama-nama bentuk 2D dan 3D, kesukaran memahami ciri- ciri bentuk, kesukaran membayangkan bentangan, kesukaran mengenalpasti perkaitan bentuk 2D (poligon) dengan alam sekeliling, dan sebagainya. Dalam pada itu, kebanyakan murid mempelajari geometri menggunakan hafalan (Mayberry – 1981). Apabila murid menggunakan hafalan, murid kurang melibatkan proses kemahiran berfikir mereka, sedangkan matematik adalah matapelajaran yang banyak melatih kemahiran berfikir murid-murid. Contohnya ialah murid menghafal nama poligon yang ada 6 sisi ialah heksagon. Jika murid tidak menggunakan hafalan, mereka akan faham nama heksagon tersebut terhasil dari suku kata ‘heksa’ yang membawa maksud 6.

description

TUGASAN PROJEK SEMESTER 6 MATEMATIK

Transcript of 4. Isu-Isu Mengajar (Esei)

Page 1: 4. Isu-Isu Mengajar (Esei)

MARY JOY BINTI KASIM @ MAHOI

2012151340135

ISU-ISU SEMASA DALAM PENGAJARAN GOEMETRI, SUKATAN DAN PENGENDALIAN

DATA.

Mengajar tajuk geometri, sukatan dan pengendalian data memang tidak lari dari isu-

isu pengajaran dan cabaran yang dihadapi oleh guru, memandangkan asas pengetahuan

bagi setiap tajuk dalam Matematik terbahagi kepada 5 jenis iaitu fakta, algoritma, konsep,

hubungan antara konsep dan penyelesaian masalah. Bagi setiap asas pengetahuan ini,

semestinya terdapat isu dalam pengajaran memandangkan penerima pengetahuan ini

adalah murid-murid yang terdiri dari pelbagai aras kognitif.

Bagi isu-isu pengajaran ini, kita kupaskan satu persatu bagi setiap bidang bermula

dari bidang geometri. Salah satu isu pengajaran geometri ialah miskonsepsi dalam geometri.

Terdapat 4 asas dalam geometri yang perlu dikuasi oleh murid iaitu elemen titik, garis dan

plane, bentuk 2 dimensi dan bentuk 3 dimensi. Miskonsepsi yang dialami oleh murid adalah

pelbagai, antaranya ialah keliru dengan nama-nama bentuk 2D dan 3D, kesukaran

memahami ciri-ciri bentuk, kesukaran membayangkan bentangan, kesukaran mengenalpasti

perkaitan bentuk 2D (poligon) dengan alam sekeliling, dan sebagainya. Dalam pada itu,

kebanyakan murid mempelajari geometri menggunakan hafalan (Mayberry – 1981). Apabila

murid menggunakan hafalan, murid kurang melibatkan proses kemahiran berfikir mereka,

sedangkan matematik adalah matapelajaran yang banyak melatih kemahiran berfikir murid-

murid. Contohnya ialah murid menghafal nama poligon yang ada 6 sisi ialah heksagon. Jika

murid tidak menggunakan hafalan, mereka akan faham nama heksagon tersebut terhasil

dari suku kata ‘heksa’ yang membawa maksud 6.

Isu seterusnya ialah dilihat sebagai bidang yang digeruni kerana melibatkan

penggunakan rumus. Topik ini banyak menggunakan rumus dan formula bagi mencari ruang

dan perimeter. Ini menimbulkan kesukaran dan kekeliruan murid terutamanya murid-murid

yang sederhana dan lemah. Mereka bukan sahaja perlu tahu rumus mana yang perlu

digunakan bagi sesuatu pengiraan, tetapi juga perlu tahu apakah nombor yang perlu

dimasukkan dalam rumus dan kebanyak murid keliru maklumat apa yang mereka harus

masukkan dalam rumus yang terlibat.

Selain itu, penggunaan bahasa dan istilah matematik dalam bidang geometri juga

merupakan satu isu dalam pengajaran. Ini adalah kerana bahasa dan istilah matematik

merupakan ‘bahasa asing’ bagi murid-murid kerana mereka perlu menghafal bahasa

Page 2: 4. Isu-Isu Mengajar (Esei)

tersebut dan bukan memahami maknanya dan ia jarang digunakan dalam kehidupan

seharian (Radatz – 1979). Bahasa dalam geometri melibatkan terminologi-terminologi yang

yang khusus dan memerlukan kefahaman yang betul sebelum digunakan dengan berkesan.

Kesilapan penggunakan terminologi geomteri akan membawa kepada miskonsepsi.

Seterusnya, dalam bidang sukatan antara isu yang terlibat ialah tidak memahami

bahasa dan soalan penyelesaian masalah. Murid-murid tidak dapat memahami kehendak

soalan dan sukar untuk mereka menterjemah soalan penyelesaian masalah kepada ayat

matematik. Dalam pada itu, murid-murid juga ada yang keliru hendak menggunakan operasi

apa dalam penyelesaian masalah tersebut. Antara operasi yang murid keliru adalah darab

dengan bahagi, tambah dengan darab, tolak dengan tambah dan tolak dengan bahagi.

Selain itu, murid-murid tidak dapat menghubungkait subtopik dana sesuatu tajuk sukatan.

Sebagai contoh, soalan tersebut melibatkan tambah panjang gabungan unit meter dan

sentimeter, dan jawapan akhir adalah dalam unit sentimeter sahaja. murid-murid hanya

dapat jawab tambah panjang dan tidak tahu langkah yang seterusnya harus dilakukan, yang

sepatutnya membuat penukaran unit sedangkan mereka sudah pelajari penukaran unit pada

awal tajuk pembelajaran.

Isu yang seterusnya ialah kesukaran menyatakan dan menulis nilai rajah. Perkara ini

berpunca dari miskonsepsi pada rajah. Murid-murid sukar membaca nilai pada rajah alat

mengukur, penimbang dan alat penyukat. Kesukaran ini berpunca dari kegagalan murid

dalam memahami konsep senggatan dalam tajuk-tajuk sukatan.

Salah faham konsep juga merupakan salah satu isu besar dalam bidang sukatan.

Murid-murid tidak dapat menyelesaikan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi, bagi unit-

unit dalam ukuran kerana kesilapan konsep. Sebagai contoh, tolak masa yang melibatkan

jam dan minit. Apabila masa pada bahagian minit perlu melakukan peminjaman dari jam,

murid-murid tidak menukarkan 1 jam yang dipinjam kepada 60 minit, sebaliknya hanya

tambah nilai 10 pada minit tersebut. Murid-murid tersalah konsep kerana menggunakan

konsep penolakan peminjaman bagi nombor bulat.

Antara isu bagi bidang yang terakhir iaitu pengendalian data, ialah kesukaran

memahami dan menangani kemahiran data. Murid-murid keliru dalam menangani data oleh

sebab ia menggunakan banyak rumus untuk mencari nilai-nilai tertentu, serta menggunakan

lebih dari satu operasi dalam satu rumus. Sebagai contoh, mencari purata. Dalam rumus

mencari purata, ia melibatkan 2 operasi iaitu tambah dan bahagi. Ini menjadi kesukaran

murid-murid untuk mendapatkan jawapan terutamanya murid yang lemah.

Page 3: 4. Isu-Isu Mengajar (Esei)

Isu yang seterusnya ialah semasa dalam pengajaran graf, murid-murid menjadi

keliru, salah konsep dan merasakan tajuk ini membosankan kerana ia melibatkan banyak

kemahiran pengiraan, strategi dan imaginasi. Murid-murid menganggap data daripada graf

tidak bermakna, dan tidak dapat menghubungkait data daripada graf dengan situasi

kehidupan seharian.