4 kedatangan islam telah membawa pengaruh yang besar terhadap sosiobudaya masyarakat melayu...

4
4 Kedatangan Islam telah membawa pengaruh yang besar terhadap sosiobudaya masyarakat Melayu tradisional. a) Jelaskan cara pembelajaran dalam pendidikan tidak formal dalam masyarakat Melayu ( 8 markah ) b) Terangkan pengaruh Islam dalam bidang berikut : i) Bahasa ( 4 markah ) ii) Kesenian ( 4 markah ) c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah pengaruh Islam mempengaruhi kehidupan masyarakat Melayu pada masa kini? ( 4 markah )

Transcript of 4 kedatangan islam telah membawa pengaruh yang besar terhadap sosiobudaya masyarakat melayu...

Page 1: 4 kedatangan islam telah membawa pengaruh yang besar terhadap sosiobudaya masyarakat melayu tradisional

4 Kedatangan Islam telah membawa pengaruh yang besar terhadap sosiobudaya

masyarakat Melayu tradisional.

a) Jelaskan cara pembelajaran dalam pendidikan tidak formal dalam masyarakat

Melayu

( 8 markah )

b) Terangkan pengaruh Islam dalam bidang berikut :

i) Bahasa

( 4 markah )

ii) Kesenian

( 4 markah )

c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah pengaruh Islam

mempengaruhi kehidupan masyarakat Melayu pada masa kini?

( 4 markah )

Page 2: 4 kedatangan islam telah membawa pengaruh yang besar terhadap sosiobudaya masyarakat melayu tradisional

Skema Pemarkahan Esei

Soalan Butiran

4 (a )

Rujuk Bab 8 m/s 201

Jelaskan cara pembelajaran dalam pendidikan tidak formal. F1 Asuhan yang berlaku dalam Institusi keluarga dalam pendidkan awal F2 Penekanan terhadap pengajaran nilai-nilai moral F3 Pembelajaran melalui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian F4 Kanak-kanak mempelajari kemahiran daripada ibu-bapa menerusi pemerhatian dan latihan seperti pertanian, perikanan ,kraftangan atau pertukangan F5 Mengajar anak-anak tentang agama,kelakuan dan adat resam,sikap sopan santun ,cara berkawan,serta menjaga maruah F6 Nilai-nilai budaya murni diserapkan melaui cerita lisan seperti cerita binatang dan cerita jenaka F7 Cerita berbentuk teladan dan pengajaran F8 Cerita anjing dengan bayang-bayang member pengajaran jangan tamak F9 Cerita Sang Kanchil menekankan kpandaian dan kebijaksaan menyelesaikan masalah F10 Kanak-kanak mempelajari pantang larang dan adat istiadat melaui pergaulan social F11 Tunduk sambil menghulur tangan apabila lalu didepan orang tua F12 Pndidkan tidak formal melalui pantun, peribahasa dan teka teki F13 Pepatah seperti Siakap senohong ikan duri bercakap bohong lama-lama mencuri mengajar kanak-kanak berkelakuan baik dan jgan bercakap bohong ( mana-mana 8 X 1 m )

4 (b)

Rujuk Bab 7 m/s 189 dan Bab 8 m/s 203-204

Terangkan pengaruh Islam dalam bidang berikut :

i) Bahasa

F1 Pengaruh paling ketara ialah Tulisan Jawi F2 Sebelum tulisan Jawi, wujud tulisan Pallava,Kawi ( Jawa Kuno ), Batak dan Rencong F3 Huruf Arab diperkenalkan H1 diterima dengan mudah setelah dibuat penyesuaian dengan tulisan Melayu F4 Perbendaharaan kata bahasa Melayu bertambah H1 Penggunaan istilah Arab seperti adat, adil, daulat,hakim dan hukum H2 Tersebar istilah dalam bidang lain khasnya dalam ilmu Islam seperti Fikah,Tauhid dan Tafsir F5 Terdapat pengaruh Islam dan bahasa Arab dalam hikayat-hikayat seperti Hikayat Nur Muhmmad, Hikayat Bulan Berbelah, Hikayat Nabi Yusof, Hikayat Nabi Musa dan lain-lain F6 Bahasa Melayu menjadi lingua-fransa F7 Bahasa Melayu telah meningkat tarafnya sehingga menjadi bahasa ilmu F8 Cerita-cerita panji yang ditulis dengan bahasa Jawa telah disampaikan dalam bahasa Melayu ( mana-mana 4 X 1 m )

Page 3: 4 kedatangan islam telah membawa pengaruh yang besar terhadap sosiobudaya masyarakat melayu tradisional

ii) Kesenian

F1 Kesenian memaparkan pernyataan tentang agama H1 Merupakan antara elemen keagamaan dengan kehalusan seni tempatan F2 Aspek seni bina H1 Pembinaan masjid sebagai tempat menunaikan solat dan tempat perkumpulan social H2 Masjid mempunyai ciri-ciri khas seperti mihrab,mimbar,telaga atau pancur air dan bumbung khusus H3 Contoh, Masjid Kampung Laut di Kelantan, Masjid Peringgit dan Masjid Tengkera di Melaka F3 Binaan Istana H1 Istana dilengkapi balairung, tempat persemayam diraja,balai istiadat H3 Terdapat pada istana Melaka F4 Binaan rumah H1 Dilengkapi dengan pelbagai hiasan dalaman bermotifkan tumbuhan, bunga-bungaan dan geometri F5 Kesenian Epigrafi seperti batu bersurat dan batu nisan H1 Terdapat kaligrafi dan tulisan khat pada seni binaanya F6 Penggunaan tulisan khat dan kaligrafi H1 Digunakan di masjid, surau dan madrasah H2 Menggunakan petikan daripada ayat Al-Quran terutamanya surah Yasin, surah Alfatihah dan lain-lain F7 Pengaruh Islam dalam seni muzik,nyanyian dan tarian F8 Tarian Dabus memaparkan pengaruh Arab yang amat ketara H1 Dikaitkan dengan kepahlawanan Saidina Ali dan ditarikan oleh 22 orang penari mengikut gong dan rebana F9 Terdapat nazam dan naban H1 Berbentuk syair yang memuji Nabi Muhammad,para Nabi, dan para sahabat H2 dinyanyikan dalam majlis berkhatan , perkahwinan dan upacara keagamaan F10 Seni Dikir H1 Dinyanyikan dengan iringan rebana dan kompang H2 Seni kata bercampur bahasa Melayu dan Arab seperti nyanyian gazal di Johor ( mana-mana 4 X 1 m )

Soalan 4 ( c )

kbkk

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah pengaruh Islam mempengaruhi kehidupan masyarakat Melayu pada masa kini? F1 Amalan bergotong royong F2 Amalan menghormati tetamu F3 Amalan ziarah menziarahi jiran tetangga F4 Cara berpakaian/bertudung/bersongkok F5 Adab bertutur kata/bercakap sopan/ F6 Adab pergaulan masyarakat/jiran/lelaki/wanita

Page 4: 4 kedatangan islam telah membawa pengaruh yang besar terhadap sosiobudaya masyarakat melayu tradisional

( Mana-mana yang munasabah 4 X 1 m )