4 teori akhbar

32
UCT132 – Kewartawanan I UCT132 – Kewartawanan I 28/2/12 28/2/12 4 Teori Akhbar

Transcript of 4 teori akhbar

Page 1: 4 teori akhbar

UCT132 – Kewartawanan IUCT132 – Kewartawanan I 28/2/1228/2/12

4 Teori Akhbar

Page 2: 4 teori akhbar

PengenalanPengenalan

Setiap negara mempunyai akhbar yang berbeza.

Ia mencerminkan cara hidup masyarakat, pengalaman dan jenis berita yg hendak dibaca oleh khalayak.

Juga mencerminkan sistem kawalan sosial antara institusi dan individu.

Page 3: 4 teori akhbar

Zaman Pembaharuan: komunikasi massa bermula.

Cuma ada 2 teori asas: autoriter dan libertarian.

Muncul teori komunis Soviet – lanjutan teori autoriter.

Teori tanggungjawab sosial – lanjutan teori libertarian.

PengenalanPengenalan

Page 4: 4 teori akhbar

Teori AutoriterTeori Autoriter

Teori yang tertua.Wujud pada akhir Zaman

Pembaharuan (selepas penciptaan mesin cetak).

Bermula di England.

Page 5: 4 teori akhbar

Teori berasaskan pemikiran politik autoriter Plato hingga Machiavelli sejak beberapa abad dahulu.

Kebenaran bukan dihasilkan oleh orang ramai tetapi oleh segelintir para bijaksana.

Mereka adalah pemimpin dan berkedudukan tinggi dlm kerajaan.

Teori AutoriterTeori Autoriter

Page 6: 4 teori akhbar

Fungsi akhbar: bermula di peringkat atas (kerajaan) ke bawah (orang ramai).

Akhbar memberitahu orang ramai mengenai berita yg pemerintah rasa rakyat perlu tahu sahaja dan dasar yang rakyat perlu sokong.

Teori AutoriterTeori Autoriter

Page 7: 4 teori akhbar

Akhbar hak milik keluarga diraja.Hak milik persendirian adalah

melalui kebenaran khas dan boleh ditarik balik pada bila-bila masa.

Kebenaran melalui lesen dan melalui proses penapisan ketat.

Akhbar tidak mengawasi perjalanan kerajaan.

Teori AutoriterTeori Autoriter

Page 8: 4 teori akhbar

Akhbar menjadi alat kepada negara dan bertanggungjawab kpd mereka yg berkuasa.

Diterima umum sekitar abad ke-16 dan 17.

Konsep telah menjadi asas kepada kebanyakan akhbar di beberapa negara sehingga kini.

Teori AutoriterTeori Autoriter

Page 9: 4 teori akhbar

Teori LibertarianTeori Libertarian

Muncul pada akhir abad ke-17; mula diamalkan sekitar abad ke-18; berkembang pesat dalam abad ke-19.

Hasil perkembangan politik demokrasi dan kebebasan beragama, perdagangan bebas, pengenalan ekonomi laissez-faire, dan kesedaran falsafah.

Page 10: 4 teori akhbar

Berasaskan pemikiran Milton, Locke, Mill dan golongan kesedaran.

Pandangan bertentangan dengan autoritarian.

Teori LibertarianTeori Libertarian

Page 11: 4 teori akhbar

Orang ramai adalah bebas dan berdikari; boleh berfikir sendiri utk membezakan antara baik dan buruk; kebenaran dan kepalsuan.

Kebenaran bukan lagi hak pihak pemerintah.

Teori LibertarianTeori Libertarian

Page 12: 4 teori akhbar

Mencari kebenaran adalah hak semula jadi manusia.

Akhbar adalah rakan dlm mencari kebenaran.

Akhbar bukan alat kerajaan.Ia alat menyebarkan kenyataan dan

perbincangan.Masyarakat mengawasi kerajaan

dan menyatakan buah fikiran mereka.

Teori LibertarianTeori Libertarian

Page 13: 4 teori akhbar

Akhbar harus bebas daripada penguasaan dan pengaruh kerajaan.

Semua golongan masyarakat mesti berpeluang membaca akhbar.

Teori ini menjadi asas kepada Bill of Right.

Diamalkan di Amerika Syarikat dan Britain lebih 200 tahun.

Teori LibertarianTeori Libertarian

Page 14: 4 teori akhbar

Golongan wartawan berperanan dalam proses pemerintahan.

Teori LibertarianTeori Libertarian

Page 15: 4 teori akhbar

Teori Tanggungjawab SosialTeori Tanggungjawab Sosial

Lahir daripada pembaharuan dalam teori libertarian di negara-negara bukan komunis dan teori autoritarian di negara komunis.

Berasaskan revolusi komunikasi dan keraguan tingkah laku mengenai falsafah kesedaran.

Page 16: 4 teori akhbar

Mula diberi publisiti meluas selepas muncul laporan Suruhanjaya Hutchins yang terdiri daripada golongan terpelajar.

Keadaan pada kurun ke-20 memerlukan media massa yang mempunyai tanggungjawab sosial.

Teori Tanggungjawab SosialTeori Tanggungjawab Sosial

Page 17: 4 teori akhbar

Orang ramai mulai mengukur dan menilai semula revolusi komunikasi.

Bidang penerbitan perlukan suntikan modal yg besar ke dlm pengurusan.

Syarikat penerbitan kecil bergabung membentuk hanya beberapa syarikat sahaja dalam pasaran.

Teori Tanggungjawab SosialTeori Tanggungjawab Sosial

Page 18: 4 teori akhbar

Pemilik akhbar bukan lagi hanya pemimpin politik.

Mempertahankan akhbar daripada campurtangan kerajaan.

Kawalan akhbar sangat terhad tetapi ia tidak menyebarkan idea bebas sewenang-wenangnya.

Teori Tanggungjawab SosialTeori Tanggungjawab Sosial

Page 19: 4 teori akhbar

Wujud Suruhanjaya Mengenai Kebebasan Akhbar.

‘Perlindungan daripada kerajaan sekarang ini tidak cukup untuk memastikan bahawa seseorang yang mempunyai sesuatu untuk disuarakan akan mempunyai peluang untuk menyuarakannya’

Teori Tanggungjawab SosialTeori Tanggungjawab Sosial

Page 20: 4 teori akhbar

Muncul golongan pemilik dan pengurus media.

Mereka menentukan :- siapa- fakta apa- versi fakta yang manayang sepatutnya disiarkan kpd orang ramai.

Teori Tanggungjawab SosialTeori Tanggungjawab Sosial

Page 21: 4 teori akhbar

Asas kemunculan teori ini adalah kegelisahan terhadap kuasa dan keadaan media yang bercorak monopoli.

Akhbar perlu ada tanggungjawab sosial, adil dan orang ramai perlu diberi maklumat yang cukup untuk membuat keputusan.

Teori Tanggungjawab SosialTeori Tanggungjawab Sosial

Page 22: 4 teori akhbar

Teori Akhbar Komunis SovietTeori Akhbar Komunis Soviet

Berkembang daripada teori autoritarian.

Menentang teori libertarian.Berasaskan ideologi Marx, Lenin

dan StalinDidokong oleh pemerintah

diktator parti komunis di Soviet Union.

Page 23: 4 teori akhbar

Akhbar berfungsi sebagai alat untuk pemerintah seperti dalam teori autoritarian.

Akhbar dimiliki oleh kerajaan; bukan persendirian (atau segelintir golongan pemimpin).

Teori Akhbar Komunis SovietTeori Akhbar Komunis Soviet

Page 24: 4 teori akhbar

Tujuan akhbar bukan untuk keuntungan, tidak bebas dan dikawal ketat.

Akhbar ‘bebas’ melahirkan apa juga ‘kebenaran’ yang dianggap sebagai kebenaran oleh parti (yang memerintah).

Teori Akhbar Komunis SovietTeori Akhbar Komunis Soviet

Page 25: 4 teori akhbar

Akhbar di US tidak bebas kerana ia dikuasai oleh golongan peniaga yang hanya pentingkan keuntungan.

Kebenaran ditentukan oleh prinsip Marx-Lenin-Stalin.

Rakyat perlukan bimbingan dan penjagaan teliti; tidak terdedah kepada maklumat bertentangan dengan kerajaan.

Teori Akhbar Komunis SovietTeori Akhbar Komunis Soviet

Page 26: 4 teori akhbar

Hanya maklumat dan idea yang diputuskan pemerintah akan sampai kepada orang ramai melalui saluran rasmi negara.

Teori Akhbar Komunis SovietTeori Akhbar Komunis Soviet

Page 27: 4 teori akhbar

Ringkasan: 4 Rasional Media MassaRingkasan: 4 Rasional Media Massa

AUTORITER LIBERTARIAN T/JAWAB SOSIAL

KOMUNIS SOVIET

Dikembangkan

Di England, abad 16 dan 17, diterima dan diamalkan secara meluas.

Diterima di England selepas 1688 dan di US, berpengaruh di mana-mana.

Di Amerika Syarikat pada abad 20.

Di Soviet Union walaupun sebahagiannya dilakukan pihak Nazi.

Daripada Falsafah kuasa mutlak, kerajaan ahli atau kedua-duanya sekali.

Tulisan Milton, Locke, Mill dan ahli-ahli falsafah rasional dan hak asasi manusia.

Tulisan W. E. Hocking, Suruhanjaya Kebebasan Akhbar dan pengamal, kod media.

Pemikiran Marxis-Leninis-Stalinis dengan campuran Hegel dan pemikiran Rusia.

Page 28: 4 teori akhbar

AUTORITER LIBERTARIAN T/JAWAB SOSIAL

KOMUNIS SOVIET

Matlamat utama

Untuk membantu pelaksanaan polisi kerajaan dan perkhidmatan kepada negara.

Untuk memberitahu, menghibur, menjual – tetapi tujuan asasnya adalah untuk membantu pencarian kebenaran, memeriksa kerajaan.

Untuk memberitahu, menghibur, menjual – tetapi tujuan asasnya adalah untuk mengemukakan konflik ke meja perundingan.

Untuk menyumbangkan ke arah kejayaan dan menyambung sistem sosialis Soviet terutama diktator parti.

Siapa yang menggunakan media?

Sesiapa sahaja yang mendapat kebenaran diraja atau kelulusan seumpama itu.

Sesiapa yang berkemampuan dari segi ekonomi.

Setiap orang yang mempunyai sesuatu untuk diperkatakan.

Ahli parti yang setia dan ortodoks.

Ringkasan: 4 Rasional Media MassaRingkasan: 4 Rasional Media Massa

Page 29: 4 teori akhbar

AUTORITER LIBERTARIAN T/JAWAB SOSIAL

KOMUNIS SOVIET

Bagaimana media dikawal?

Kelulusan kerajaan, syarikat sekerja, perlesenan, kadangkala penapisan.

Melalui proses membetulkan diri sendiri di tempat penyebaran idea yang bebas dan melalui mahkamah.

Pendapat masyarakat, tindakan pengguna dan etika profesional.

Tindakan kawalan ekonomi dan politik kerajaan.

Apakah halangannya?

Jentera kritikan politik dan pihak berkuasa.

Fitnah, lucah, tidak senonoh, hasutan sewaktu perang.

Pencabulan hak persendirian dan minat sosial.

Kritikan terhadap objektif parti yang dikenalpasti daripada taktik-taktik.

Ringkasan: 4 Rasional Media MassaRingkasan: 4 Rasional Media Massa

Page 30: 4 teori akhbar

AUTORITER LIBERTARIAN T/JAWAB SOSIAL

KOMUNIS SOVIET

Hakmilik Persendirian atau awam.

Keseluruhannya persendirian.

Persendirian kecuali kerajaan terpaksa mengambilalih untuk melindungi perkhidmatan awam.

Awam.

Perbezaan Alat yang memberi kesan kepada polisi kerajaan walaupun tidak dipunyai oleh kerajaan.

Alat untuk memeriksa kerajaan dan keperluan masyarakat.

Media harus mengandaikan kewajipan dan tanggungjawab sosial dan jika mereka tidak melakukannya, seseorang harus menentukan supaya ia dilaksanakan.

Kepunyaan negara dan media dikawal sebagai jentera kerajaan.

Ringkasan: 4 Rasional Media MassaRingkasan: 4 Rasional Media Massa

Page 31: 4 teori akhbar

KesimpulanKesimpulan

Benarkah akhbar di Soviet tidak bebas?

Adakah akhbar di Barat bertanggungjawab?

Bagaimanakah situasi akhbar di Malaysia: bebas, bertanggungjawab?

Page 32: 4 teori akhbar

Sekian.