24 Pages From Pembelajaran Carta Kawalan X-bar Dan r Melalui E-modul
46165743-Kawalan-Kelas-Melalui-Sistem-Merit1.doc
Transcript of 46165743-Kawalan-Kelas-Melalui-Sistem-Merit1.doc
7/23/2019 46165743-Kawalan-Kelas-Melalui-Sistem-Merit1.doc
http://slidepdf.com/reader/full/46165743-kawalan-kelas-melalui-sistem-merit1doc 1/2
Kawalan kelas berdasarkan “teori Humanistik”
Pendidikan merupakan proses mengembangkan potensi dan kemahiran individu dalam bidang
tertentu. Pendidikan juga merupakan pemangkin kepada pembangunan sesuatu bangsa dan
negara. Keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu elemen
penting dalam merealisasikan matlamat sekolah bagi melahirkan insan yang cemerlang. Dalam
dunia pendidikan kita melihat faktor kawalan kelas merupakan faktor utama dalam keberkesanan
sesuatu pembelajaran. Keadaan ini timbul disebabkan oleh beberapa perkara seperti, kurangnya
minat pelajar terhadap proses P&P serta kaedah tradisional dalam proses P&P masih digunakan.
Proses P&P yang kurang menarik minat pelajar menyebabkan kebanyakkan pelajar mudah hilang
tumpuan dan perhatian dan mulalah merasa bosan dan mengantuk.
Keadaan ini mendorong untuk mereka melakukan aktiviti sendiri seperti berbual rakan
lain, mengusik rakan dan tidur dan juga ponteng daripada kelas. Kurangnya rasa hormat kepada
guru serta hilang rasa tanggungjawab sebagai seorang pelajar juga menyebabkan mereka sering
tidak mengendahkan tugasan dan arahan yang diberikan oleh guru. Pemberian markah merit ke
atas pelajar merupakan salah satu langkah yang dapat menarik minat mereka untuk memberi
perhatian semasa proses P&P sedang dijalankan. Hal ini adalah selari dengan pendapat braham
!aslow melalui "eori Humanistik. !enurut beliau, individu terus akan bermotivasi atas
dorongan satu matlamat. #istem merit dapat mewujudkan satu suasana baru untuk pelajar
menumpukan perhatian dan menarik minat pelajar untuk belajar kerana adanya matlamat yang
ingin dicapai.
Pemberian markah merit merupakan salah satu bentuk pengukuhan positif iaitu
kebarangkalian untuk pelajar mengulangi tingkah laku positif dilakukan. !enurut $achlin
7/23/2019 46165743-Kawalan-Kelas-Melalui-Sistem-Merit1.doc
http://slidepdf.com/reader/full/46165743-kawalan-kelas-melalui-sistem-merit1doc 2/2
%''(, pengukuhan diberikan, dapat memuaskan kehendak individu, mengurangkan tekanan
dan dapat merangsang otak. Dalam mewujudkan suasana pembelajaran serta kawalan kelas yang
baik, pelaksanaan sistem merit ini tidak hanya perlu menfokus kepada proses P&P semata)mata,
tetapi ianya perlu dilaksanakan dalam pembentukan tingkah laku pelajar. *ontohnya, pelajar
perlu mendengar dan mematuhi setiap arahan guru bagi memperoleh markah merit yang telah
ditetapkan seperti, apabila guru meminta pelajar senyap, pelajar akan senyap dan tingkah laku ini
akan dinilai oleh guru. +agi memastikan pelaksanaan ini berkesan di dalam proses P&P, guru
juga perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada
pelajar, seperti, tugasan dalam kumpulan agar mereka dapat mewujudkan interaksi dan hubungan
sosial yang baik. Keadaan ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat kerjasama dan
saling hormat menghormati di antara satu sama lain bagi mewujudkan suasana kelas yang aman
dan harmonis.