5') -...

14
.... 5')_ BULAN OGOS BULAN MEMBACA r PERPUSTAKAAN DAN INDUSTRI PENERBITAN DALAM ERA DIGITAL SESI II Industri Penerbitan Di Malaysia: Peranan Perpustakaan Negara Malaysia Kertas 3 Seminar Sehari Bersama Penerbit Anjuran: Perpustakaan Negara Malaysia Khamis, 5 Ogos 1999 Auditorium, PNM Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia

Transcript of 5') -...

Page 1: 5') - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3049/1/IndustriPenerbi... · seorang pengembang agama Kristian Walter Henry Medhurst pada tahun 1820. Beliau

....5')_~~

BULAN OGOS BULAN MEMBACA • ~

rPERPUSTAKAAN DAN

INDUSTRI PENERBITANDALAM ERA DIGITAL

SESI II

Industri PenerbitanDi Malaysia:

Peranan Perpustakaan NegaraMalaysia

Kertas 3

Seminar Sehari Bersama Penerbit

Anjuran:Perpustakaan Negara Malaysia

Khamis, 5 Ogos 1999Auditorium, PNM

Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 2: 5') - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3049/1/IndustriPenerbi... · seorang pengembang agama Kristian Walter Henry Medhurst pada tahun 1820. Beliau

INDUSTRI PENERBITAN DI MALAYSIA: PERANANPERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Oleh:

Dr. Haji Wan Ali Wan MamatPengarah Pusat Penyerahan Negara

Perpustakaan Negara Malaysia

Dibantu bersama:

Puan Hashimah Mohd YusoffPusat Penyerahan Negara

Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 3: 5') - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3049/1/IndustriPenerbi... · seorang pengembang agama Kristian Walter Henry Medhurst pada tahun 1820. Beliau

Industri Penerbitan di Malaysia: Peranan Perpustakaan NegaraMalaysia

1. Pengenalan

Fungsi utama sesebuah perpustakaan negara ialah mengumpul dan

memelihara segala bahan terbitan dalam negara berkenaan untuk kegunaan

semasa dan akan datang. Sekiranya sesebuah negara itu belum ada

perpustakaan negara, sebuah perpustakaan lain atau institusi lain akan

diberikan tanggungjawab mengumpul dan memelihara semua bahan terbitan

dalam negara tersebut. Untuk mencapai tujuan itu, satu peruntukan undang-

undang akan diluluskan oleh negara berkenaan. Amalan ini tercatat dalam

panduan Unesco iaitu 'every deposit law have as its first objective the

accumulation and preservation of a national collection of library materials of

all kinds"

Fungsi utama Perpustakaan Negara Malaysia ialah mengumpul dan

memelihara bahan terbitan di negara ini untuk rujukan generasi kini dan

akan datang, mendokumentasi (menyenarai) bahan berkenaan dan

menerbitkan senarai tersebut untuk rujukan awam. Tanggungjawab ini

tersenarai dalam Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331) yang

menggantikan akta terdahulu iaitu Akta Pemeliharaan Buku 1966.

Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 4: 5') - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3049/1/IndustriPenerbi... · seorang pengembang agama Kristian Walter Henry Medhurst pada tahun 1820. Beliau

2. Latar Belakang Sejarah

Syarikat percetakan pertama telah ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun

1806 oleh A.B. Bone. Hasil terbitan beliau yang pertama ialah akhbar The

Government Gazette, yang diterbitkan pada 1 Mac 1806. Judul suratkhabar

tersebut berikutnya telah ditukar kepada Prince of Wales Island Government

Gazette, seterusnya ditukarkan pula kepada Prince of Wales Island Gazette.

Mesin cetak kedua yang digunakan di Pulau Pinang telah dibawa masuk oleh

seorang pengembang agama Kristian Walter Henry Medhurst pada tahun

1820. Beliau juga merupakan orang pertama yang menerbitkan buku dalam

bahasa Melayu iaitu sebanyak tiga judul pada tahun 1834.

Selepas Pulau Pinang, perkembangan percetakan di Tanah Melayu telah

berpusat di Melaka. Willian Milne, seorang pengembang agama Kristian

yang bekerja di London Missionary Society dengan bantuan seorang

pencetak bangsa Cina bernama Ah Fah, telah menerbitkan sebuah majalah

bulanan berbahasa Cina berjudul Ch'ai Shih Su Mei Yueh rung Chi Ch'uan

pada 5 Ogos, 1815.

Kedatangan Milne dan kegiatan London Missionary Society ke Melaka adalah

sesuatu yang tidak dirancang. Tujuan asalnya ialah untuk mengembangkan

agama Kristian di negara China. Tetapi setelah beberapa ketika di sana dan

kerana banyak tentangan dari pihak pemerintah, mereka terpaksa mencari

2

Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 5: 5') - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3049/1/IndustriPenerbi... · seorang pengembang agama Kristian Walter Henry Medhurst pada tahun 1820. Beliau

tempat lain di rantau ini sebagai pusat kegiatan sementara suasana di China

menjadi lebih sesuai. Pilihan Melaka sebagai pusat kegiatan sementara itu

berdasarkan kepada dua faktor utama. Pertama kerana tempatnya yang

strategik di antara India dan China, dan kedua kerana di Melaka terdapat

ramai orang Cina yang mungkin boleh di Kristiankan.

Syarikat percetakan yang diasaskan oleh Milne bagi pihak London Missionary

Society itu menggunakan berbagai-bagai nama, diantaranya ialah The

Mission Press, The Anglo-Chinese Press dan The Anglo-Chinese College

Press. Oalam usaha menjalankan kegiatan percetakan di Melaka, London

Missionary Society telah membawa masuk tinta huruf Roman dan Arab.

Huruf Arab yang pertama dibawa masuk ialah pada tahun 1816 yang

kemudiannya digunakan untuk mencetak buku-buku Melayu dalam tulisan

Jawi.

Oi Singapura, mesin cetak yang pertama telah dibawa oleh Claudius Henry

Thomsen, seorang pengembang agama Kristian dari Melaka pada bulan Mei,

1822. Beliau telah mendapat kebenaran pemerintah untuk membuka

perkhidmatan percetakan pada 23 Januari, 1823 tetapi didapati kegiatan

percetakan beliau telah dimulakan sejak tahun 1822 lagi.

Usaha pihak Inggeris dalam bidang penerbitan pada peringkat awalnya ialah

untuk memenuhi keperluan bacaan mereka sendiri, contohnya penerbitan

3

Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 6: 5') - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3049/1/IndustriPenerbi... · seorang pengembang agama Kristian Walter Henry Medhurst pada tahun 1820. Beliau

The Government Gazette. Tujuan lain ialah pengembangan agama Kristian

di kalangan rakyat negara ini, khususnya orang China, contohnya penerbitan

majalah Ch'ai Shih Su Mei Yueh T'ung Chi Yuan. Karya Melayu dicetak agak

lewat dan pemilihan judulnya dibuat berdasarkan selera Inggeris. Oleh itu,

karya Melayu yang dipilih untuk di cetak ialah karya-karya besar Melayu

mengikut pandangan mereka seperti Sejarah Me/ayu, Hikayat Hang Tuah

Hikayat Abdullah dan karya hikayat. Ini selari dengan sikap Inggeris untuk

tidak mengganggu tradisi dan budaya Melayu serta ekonomi desa. Mengikut

Tham Seong Chee (95-96):

"British policy therefore contributed to the preservation of the MalayCulture, including the traditional social system based on economicsubsistence. The guiding concern of the colonial administration wasnot to 'violate' the character of the Malay Society."

Dasar yang sama diamalkan oleh pihak British selepas sistem persekolahan

diwujudkan pada awal abad ke20. Mengikut Tham Seong Chee lagi (96):

"The British colonial administration not neglectful of the educationalneeds of the Malays. It initiated, on a cumulative basis, a system ofMalay elementary schools whose main function was to induct theMalays gradually into those habits and thoughts that would makethem more efficient and productive in their traditional occupations.The prevailing then was that education should playa conservativerole, preserving what was considered to be the best traditions of theMalays."

Disamping syarikat percetakan yang dipunyai Inggeris, terdapat banyak

syarikat yang dipunyai oleh orang tempatan, khususnya pada awal abad ke

20. Banyak buku, majalah dan akhbar dicetak dalam bahasa Melayu

(khususnya dalam skrip Jawi) dan bahasa Cina.

4

Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 7: 5') - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3049/1/IndustriPenerbi... · seorang pengembang agama Kristian Walter Henry Medhurst pada tahun 1820. Beliau

3. Pembinaan Sumber Perpustakaan Sebelum Merdeka

Sebenarnya Semenanjung Tanah Melayu sudah lama mempunyai peruntukan

undang-undang peme!iharaan bahan terbitan. Malangnya sekarang ini amat

sukar untuk memperolehi bagi tujuan rujukan bahan terbitan yang dicetak

sebelum tahun 1966. Walaupun terdapat beberapa ordinance dan

enactment tetapi ordinance dan enactment itu tidak dilaksanakan dengan

berkesan. Lantaran Institusi tempatan yang diberi tanggungjawab tidak

berjaya mengumpul bahan terbitan berkenaan, mungkin kerana tidak ada

langkah perolehan dan penguatkuasaan perolehan yang tersusun.

Sebaliknya pihak yang memperoleh banyak faedah daripada peruntukan

ordinance dan enactment itu ialah British Library di London yang

memprolehi segala terbitan dalam negara ini secara percuma. Muzium Perak

di Taiping, Muzium Negeri Selangor dan Pejabat Pendidikan Johor adalah

diantara institusi yang sepatutnya memperoleh faedah daripada segala

ordinance dan enactment itu. Oi antara peruntukan undang-undang tersebut

ialah Straits Settlements Book Registration Ordinance 1886, Perak Book

Registration Order in Council 1895, Selangor Book Registration Enactment

1898, Federated Malay States Printing and Book Enactmant 1915 dan

Printing and Publication Enactment 1931. Selepas Perang Dunia Kedua,

Preservation of Books Ordinance 1950 menetapkan bahawa British Library

dan Universiti Malaya menjadi pusat penyerahan penerbitan, tetapi universiti

5

Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 8: 5') - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3049/1/IndustriPenerbi... · seorang pengembang agama Kristian Walter Henry Medhurst pada tahun 1820. Beliau

tersebut pada peringkat awalnya bertempat di Singapura sehingga tahun

1959 apabila ia berpindah ke Kuala Lumpur.

4. Peranan Perpustakaan Negara Malaysia

Seperti yang telah dinyatakan di atas, Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan

1986 (Akta 331) menggantikan Akta Pemeliharaan Buku 1966. Akta 331 itu

telah berjaya mengatasi beberapa kelemahan Akta Pemeliharaan Buku 1966.

Sebagai contoh, definisi bahan terbitan yang sebelumnya terhad kepada

bahan bercetak sahaja, telah diperluaskan merangkumi bahan-bahan tidak

bercetak seperti filem, pita rakaman dan sebagainya.

Oi samping itu, Perpustakaan Negara Malaysia sentiasa mengikuti amalan

antarabangsa dan memperkemaskan aktivitinya sesuai dengan standard

antarabangsa. Oi antara perkhidmatan tambahan itu ialah:

(i) Pusat Kebangsaan untuk ISBN (International Standard Book Number)

(ii) Pusat Kebangsaan untuk ISSN (International Standard Serial Number)

(iii) Menyediakan perkhidmatan Pengkatalogan-Dalam-Penerbitan

(iv) Menggalakkan penggunaan kod jalur (bar-coding) kepada penerbit.

6

Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 9: 5') - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3049/1/IndustriPenerbi... · seorang pengembang agama Kristian Walter Henry Medhurst pada tahun 1820. Beliau

5. Faedah Kepada Penerbit

Banyak daripada aktiviti dan perkhidmatan Perpustakaan Negara Malaysia,

khususnya yang berkaitan dengan pelaksanaan Akta Penyerahan Bahan

Perpustakaan 1986 memberi manfaat kepada industri penerbitan di negara

ini.

(a) Bahan perpustakaan yang dikumpul oleh Perpustakaan Negara

Malaysia di bawah Akta Pemeliharaan, 1966 dan Akta Penyerahan

Bahan Perpustakaan 1986 adalah untuk pemeliharaan dan rujukan

generasi kini dan akan datang. Apabila bahan berkenaan tidak ada

lagi dalam pasaran salinannya masih tersimpan di Perpustakaan

Negara Malaysia untuk rujukan sendiri.

(b) Semua bahan perpustakaan yang diterima di senaraikan dalam

terbitan Bibliografi Negara Malaysia. Bermula tahuan 1996

Bibliografi Negara Malaysia diterbitkan dalam bentuk CD-ROM.

Senarai tersebut menjadi alat penting memilih bahan perpustakaan

oleh perpustakaan dan pembeli buku di dalam dan di luar negara. Ini

membantu pemasaran terbitan negara ini.

(c) Penggunaan ISBN, ISSN, Kod bar dan Pengkatalogan-Dalam­

Penerbitan membantu urusan penyimpanan, pendokumentasian,

7

Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 10: 5') - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3049/1/IndustriPenerbi... · seorang pengembang agama Kristian Walter Henry Medhurst pada tahun 1820. Beliau

pengeluaran dan kawalan inventori serta memudahkan urusan jualan

diperingkat global.

(d) Rekod bibliografi yang disediakan oleh Perpustakaan Negara

Malaysia membantu para penyelidik mengesan bahan rujukan yang

sesuai. Ini membantu penjualan kepada individu penerbitan dalam

dan Iuar negara.

(e) Data hasil terbitan di negara ini yang terkumpul di Perpustakaan

Negara Malaysia dapat membantu merancang bidang penerbitan di

negara ini.

Aktiviti ISBN/ISSN/C/P kini boleh diakses (pohon) melalui atas talian.

Disamping kegiatan yang berkaitan secara langsung dengan pelaksanaan

Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986, banyak lagi aktiviti,

perkhidmatan dan maklumat di Perpustakaan Negara Malaysia yang boleh

memberikan manfaat kepada industri penerbitan, secara langsung dan tidak

langsung. Perpustakaan Negara Malaysia sebagai puncak perkhidmatan

perpustakaan di negara ini, mempunyai rangkaian yang luas dengan

perpustakaan di dalam dan di luar negara. Pelbagai aktiviti perkhidmatan

dan sumber maklumat di Perpustakaan Negara Malaysia termasuk Manuskrip

Melayu, Urusetia Gerakan Membaca diperingkat kebangsaan, data

8

Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 11: 5') - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3049/1/IndustriPenerbi... · seorang pengembang agama Kristian Walter Henry Medhurst pada tahun 1820. Beliau

kebangsaan mengenai perkhidmatan perpustakaan dan lain-lain dapat

dimanfaatkan oleh industri penerbitan.

Sebagai contohnya, data mengenai senarai penerbitan yang terkumpul boleh

menjadi panduan kepada industri penerbitan tentang pola bidang perkara

yang diminati di negara ini. Sepanjang tempoh sepuluh tahun yang lalu

(1989-1998), tiga bidang perkara (bidang ilmu) yang paling banyak

diterbitkan di negara ini bagi kategori buku umum ialah kesusasteraan

11,981 judul, bahasa 7,801 judul dan agama 4,509 judul. Tiga bidang

perkara yang paling kurang diterbitkan ialah ketenteraan 49 judul,

perancangan bandar/desa/senibina 84 judul dan

perdagangan/komunikasi/pengangkutan 284 judul. Disamping itu jumlah

judul buku yang diterbitkan bagi kategori buku teks ialah 11,289 judul dan

kategori buku kanak-kanak 19,488 judul. Pola penerbitan buku kanak-kanak

didapati meningkat secara ketara tahun demi tahun secara konsisten.

Penerbitan buku lain pola peningkatannya juga meningkat tetapi tidak begitu

ketara.

9

Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 12: 5') - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3049/1/IndustriPenerbi... · seorang pengembang agama Kristian Walter Henry Medhurst pada tahun 1820. Beliau

6. Rumusan

Fungsi utama Perpustakaan Negara Malaysia ialah untuk memperoleh dan

memelihara hasil terbitan dalam negara untuk rujukan generasi kini dan

akan datang. Untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut, beberapa aktiviti

dijalankan sesuai dengan keperluan semasa dan standard antarabangsa yang

sekarang menjurus kepada bentuk digital. Banyak daripada aktiviti

berkenaan memberi manfaat kepada industri penerbitan. Sebaliknya,

Perpustakaan Negara Malaysia memerlukan kerjasama pihak industri

penerbitan supaya matlamat penubuhannya dapat dicapai.

10

Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 13: 5') - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3049/1/IndustriPenerbi... · seorang pengembang agama Kristian Walter Henry Medhurst pada tahun 1820. Beliau

Senarai Rujukan

CHEE, Tham Seong. Evoluation of the Malay Language. Singapore: SingaporeUniversity Press, 1995.

Conference of Directors of National Libraries Working Group on Legal Deposit andElectronic Publishing (report) presented at The Meeting of Conference of Directorsof Mnational Libraries Stockholm, 1990.

MALAYSIA. Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan, 1986. Kuala Lumpur: JabatanCetak Kerajaan, 1986.

Siti Zakiah bt Aman dan Hashimah Mohd Yusoff. Acquisition through legislation:Deposit of Library Material Act 1986. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar­Cum-Workshop: Children's Books Publishing In The Next Millenium, Holiday Inn,Shah Alam, 1977.

Zawiyah bt Baba. The development of information technolofy and its implicationfor legal depository functions in Malaysia. (Kertas kerja yang dibentangkan diSeminar On Information Technology, Singapura, 1991)

11

Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 14: 5') - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3049/1/IndustriPenerbi... · seorang pengembang agama Kristian Walter Henry Medhurst pada tahun 1820. Beliau

Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia