52887189-REFLEKSI-KAJIAN-LAPANGAN-EKOSISTEM-DI-BUKIT-KELUANG.docx

download 52887189-REFLEKSI-KAJIAN-LAPANGAN-EKOSISTEM-DI-BUKIT-KELUANG.docx

of 5

Transcript of 52887189-REFLEKSI-KAJIAN-LAPANGAN-EKOSISTEM-DI-BUKIT-KELUANG.docx

  • 7/30/2019 52887189-REFLEKSI-KAJIAN-LAPANGAN-EKOSISTEM-DI-BUKIT-KELUANG.docx

    1/5

    REFLEKSI KAJIAN LAPANGANAN PROGRAM PEMELIHARAAN DAN

    PEMULIHARAAN POKOK JATI DI FRIM MATA AYER

    NAMA: KOAY BENG SENG

    NO. KP: 800115-02-5837

    Salam sejahtera. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin serta inayah-

    Nya dapat jua saya berjaya menyiapkan Kajian Lapangan ini di Perlis pada 6 Mac

    2013. Dengan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua

    kakitangan di stesen penyelidikan FRIM Mata Ayer kerana memberi saya dan rakan

    rakan saya peluang yang berharga ini untuk menjayakan program kajian kami.

    Kami berasa amat gembira sekali kerana ini adalah kali pertama kami membuat

    kajian lapangan bersama.

    1.1. Pengalaman Sebelum Menjalankan Aktiviti Ini

    Pada suatu kuliah dalam hari yang penuh ceria, Puan Normee iaitu

    pensyarah kepada kami mencadangkan suatu cadangan kepada kami iaitu

    mengadakan suatu kajian lapangan mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan

    bioversiti yang telah dijalankan di dalam negara yang tercinta ini. Kami berasa amatgembira di atas cadangan puan itu kerana kami berpeluang untuk mempelajari

    dengan lebih dekat lagi mengenai kepelbagaian bioversiti dan mengetahui cara

    cara yang telah dilakukan untuk memulihara spesies berkenaan. Semua antara kami

    bersetuju dengan cadangan puan itu. Setelah berbincang, akhirnya kami bercadang

    mengadakan kajian lapangan di FRIM Mata Ayer untuk mempelajari spesies pokok

    jati. Kebetulan rakan rakan kelas sebelah iaitu kelas 4 R SCE juga berminat

    hendak sertai rombongan ini. Semua sebulat suara setuju.

    Tanpa membuang masa, kami pun memohon kebenaran mengadakan

    lawatan daripada pengarah IPSAH dan bahagian FRIM di Mata Ayer Perlis. Akhirnya

    permohonan kami itu diluluskan. Langkah yang seterusnya ialah menempah bas

    persiaran dan mengeluarkan surat kebenaran menjalankan lawatan untuk Guru

    Besar di sekolah. Setelah semua beres, maka kami pun melayari internet untuk

    mengetahui beberapa maklumat penting mengenai pokok jati ini dan juga untuk

    mengelak daripada digelar katak dalam tempurung ( He, he, he). Rupa

    rupanyapokok pokok yang ditanam di tepi jalan highway itu ialah pokok jati dan pokok jati

  • 7/30/2019 52887189-REFLEKSI-KAJIAN-LAPANGAN-EKOSISTEM-DI-BUKIT-KELUANG.docx

    2/5

    mempunyai nilai komersial yang tinggi. Banyak juga maklumat yang kami perolehi.

    Walau bagaimanapun, masih ada beberapa perkara yang kita kurang jelas dan

    setelah berbincang beramai ramai di ruangan Facebook kami maka kami pun rasa

    eloklah kita dapatkan kepastian jawapan dengan menujukan soalan soalan itu

    kepada mereka yang lebih mahir di sana nanti. Oleh itu, kami pun mencatatkan

    sebeberapa banyak soalan yang ada supaya dapat bertanya di sana.

    1.2. Pengalaman Semasa Menjalankan Aktiviti Ini

    Pada hari itu, kami bertolak dari IPSAH pada 7.40 a.m dengan bas persiaran

    yang ditempah itu. Setiba di FRIM Mata Ayer adalah pada pukul 10.35 a.m. Kami

    disambut baik dengan jamuan sarapan pagi yang telah disediakan oleh pihak FRIM,

    nasi lemak dengan jus oren. Walaupun ada sikit pedas tapi sedap. Selepas

    kenyang, kami pun mula memasuki dewan untuk mendengar ceramah mengenai

    pokok jati yang disampai oleh Encik Mohd Ramly Mohd Saleh. Sungguh detail

    maklumat yang disampai oleh Encik Ramly. Selepas itu adalah sesi soal jawab.

    Pelbagai soalan kami tujukan kepada beliau dan beliau tetap dapat menjawab

    setiap soalan kami dengan baik. Kemudian, kami dijemput untuk mengunjungi galeri

    Jati yang terletak tidak jauh. Banyak tanaman dan produk yang dihasilkan daripada

    kayu jati dipamerkan di sana. Antara keunikan yang terdapat di galeri ini ialah

    bingkai atau rak di bahagian pintu masuknya. Struktur bingkai ini dperbuat daripada

    kayu jati yang berusia 80 tahun. Selepas itu, kami pun makan tengah hari.

    Kemudian kami pun menuju ke Pusat Pelawat Dirian Jati yang terletak beberapa

    meter jauh dari FRIM. Banyak maklumat dapat diperolehi di sana. Setelah itu, bagi

    rakan muslim mereka menulaikan solat di majlis yang berdekatan sebelum kami

    meneruskan perjalanan kami ke Taman Herbal yang penuh dengan informasi.

    Sebelum balik, kami sempat membeli belah di Padang Besar. Kami sampai di

    IPSAH pada jam 9.00 p.m.

    1.3. Pengalaman Selepas Menjalankan Aktiviti Ini

    Selepas menjalankan aktiviti ini, banyak maklumat yang dapat kami perolehi

    di sana. Kami mengetahui FRIM Mata Ayer terletak di Kaki Bukit, Perlis iaitu kira-

    kira 30 km dari bandar Kangar, tetapi hanya 10 km ke Padang Besar. Keunikan

    hutan di sini ialah kerana ia satu-satunya hutan Monsun Tropika di SemenanjungMalaysia kerana ia terletak paling utara berdekatan dengan Hemisfera Utara. Di

  • 7/30/2019 52887189-REFLEKSI-KAJIAN-LAPANGAN-EKOSISTEM-DI-BUKIT-KELUANG.docx

    3/5

    pusat kajian FRIM ini terdapat lebih kurang 40 pokok jati yang tertua di

    Semenanjung Malaysia, iaitu ditanam pada tahun 1953 (kira2 58 tahun- 2011).

    Pokok - pokok Jati ini berasal dari Pulau Langkawi. Pokok-pokok balak yang

    berasal dari Negeri Perlis ialah 'Meranti Temak Nipis', juga terdapat di plot kajian di

    sini.

    Baru- baru ini terdapat satu lagi tarikan ke Pusat Penyelidikan Hutan ini, iaitu

    pembinaan 'Canopy Walk'. Ia adalah satu kemudahan yang disediakan untuk

    memudahkan Penyelidik menkaji pokok-pokok balak seperti kajian penyakit, bunga-

    bungaan, buah dan biji benih yang dihasilkan oleh pokok-pokok balak yang tinggi-

    tinggi ini. Bahagian 'Canopy Walk' yang paling tinggi ialah 17 meter, dan paling

    rendah ialah 6 meter, berjarak 100 meter panjang. Pengunjung ke sini boleh

    menikmati suasana hutan dan melihat pokok- pokok kayu balak yang besar- besar

    dan tinggi-tinggi. Terdapat 2 buah 'guest house' yang boleh disewa pada kadar yang

    berpatutan. Bagi penggemar koleksi pokok pokok hutan dan eksotik, jualan anak-

    anak pokok dan khidmat nasihat juga diberikan. Antara anak- anak pokok yang

    dijual disini ialah:- Jati, Mahogani, Khaya, Meranti Temak Nipis(Meranti Perlis) dan

    lain-lain.

    2. Masalah yang dihadapi semasa menjalankan kajian lapangan

    Banyak masalah yang dihadapi oleh kami semasa menjalankan kajian

    lapangan ini. Mula mula kami perlu mengetahui apa yang perlu kami kaji. Nak pilih

    pemeliharaan dan pemuliharaan flora atau fauna? Apa pula matlamat kajian yang

    hendak dijalankan? Di manakah lawatan tapak itu dan apakah yang sepatutnya

    diperhatikan ? Setelah berbincang dengan Puan Normee maka kami pun memilih

    menjalankan kajian di FRIM Mata Ayer mengenai program pemeliharaan dan

    pemuliharaan pokok jati yang dijalankan.

    Selepas itu timbul pula masalah untuk mengumpul data di sana nanti. Data

    primer atau data sekunder yang patut digunakan serta bagaimana untuk

    mendapatkannya? Adakah borang selidik yang kami hasilkan itu cukup baik? Kami

    juga dibebani dengan masalah menentukan apakah jenis instrument pengumpulan

  • 7/30/2019 52887189-REFLEKSI-KAJIAN-LAPANGAN-EKOSISTEM-DI-BUKIT-KELUANG.docx

    4/5

    data yang sesuai digunakan semasa kajian. Untuk mengatasi masalah ini kami

    sering berhubung sesama rakan di Facebook. Kadang kala sampai berlaku sedikit

    perselisihan pendapat. Walau bagaimanapun, rintangan itu akhirnya berjaya diatasi.

    Tentang masalah bilakah masa dan waktu yang sesuai untuk menjalankan kajian

    tidak begitu mendapat halangan memandangkan dah ada surat kebenaran belajar

    dari pengarah IPSAH.

    3. Sejauh mana pengalaman anda dalam menjalankan tugasan ini mampu

    meningkatkan kefahaman anda tentang pemeliharaan dan pemuliharaan

    biodiversiti.

    Setelah menjalankan tugasan ini saya mendapati ia mampu meningkatkan

    kefahaman saya tentang pemeliharaan dan pemuliharaan biodiversiti. Pemeliharaan

    bermaksud sumber bumi yang dikekalkan sumber aslinya. Manakala pemuliharaan

    bermaksud sumber bumi yang sedia ada kita menjaganya dan mengekalkan

    sumbernya.

    Strategi pemuliharaan in situ merupakan strategi pemuliharaan jangka

    panjang dan terbaik. Namun begitu peningkatan aktiviti manusia boleh

    mengakibatkan spesies hidupan pupus melalui hakisan genetik, pengeluaran

    sumber secara berlebihan, pembiakbakaan, terhad, perubahan persekitaran,

    serangan penyakit serta persaingan dengan spesies eksotika (spesies invasif). Oleh

    itu strategi pemuliharaan ex situ merupakan satu alternatif apabila populasi serpihan

    (remnant population) tidak berupaya membiak di habitat semula jadi.

    Pemuliharaan ex situ merupakan strategi pemuliharaan spesies hidupan liar

    di luar habitat semula jadi mereka. Spesies yang dikategorikan sebagai terancam

    kepupusan atau akan mengalami kepupusan akan dilindungi dan dibiakbakan dalam

    kurungan atau habitat buatan manusia sebelum dilepaskan ke habitat semula jadi

    mereka apabila saiz populasi spesies tersebut telah pulih dan mempunyai habitat

    yang sesuai.

    Pemuliharaan flora dijalankan di taman botani, arboreta dan bank

    benih.Pemuliharaan jenis ini mempunyai beberapa tujuan dan kepentingan.

    Antaranya ialah untuk memelihara sumber germplasma yang semakin terancam,menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara berterusan, simpanan

  • 7/30/2019 52887189-REFLEKSI-KAJIAN-LAPANGAN-EKOSISTEM-DI-BUKIT-KELUANG.docx

    5/5

    germplasma untuk rujukan dan kegunaan di masa akan datang dan pelbagai

    manafaat dan faedah lagi dalam memastikan sumber biologi sentiasa mencukupi

    bagi meneruskan program pemeliharaan dan pemuliharaanini.

    Program pembiakbakaan kurungan hidupan merupakan salah satu kaedah

    yang dijalankan untuk memastikan spesies-spesies hidupan liar tidak pupus. Tujuan

    program pembiakbakaan hidupan diwujudkan antara lain ialah:supaya impak ke atas

    hidupan liar di kawasan pemuliharaan in-situ dapat dikurangkan.membiakkan

    spesies hidupan liar flora yang dilindungi sepenuhnya ke satu tahap populasi yang

    sihat sebelum dilepaskan semula ke habitat asalnya.

    Membiakkan spesies hidupan yang dilindungi dan mempunyai nilai ekonomi

    di dalam kurungan.membiak spesies yang mempunyai nilai rekreasi. Program

    pembiakbakaan kurungan boleh dijalankan melalui beberapa kaedah seperti,

    permanian beradas (artificial insemination), peliharaan silang (cross fostering),

    pemindahan embrio (embryo transfer) dan pengeraman buatan (artificial incubation).

    Terdapat beberapa organisasi yang menjalankan aktviti pemuliharaan ex situ

    seperti Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar, Jabatan Pertanian, FRIM dan

    organisasi-organisasi lain. Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar telah mewujudkanbeberapa pusat pembiakbakaan kurungan hidupan liar fauna sejak beberapa tahun

    yang lalu seperti Pusat Pembiakan Seladang, Pusat Pembiakan Burung Kuang,

    Pusat Pembiakan Rusa Sambar, Pusat Pembiakan Tapir, Pusat Pembiakan

    Napoh/Pelanduk dan Pusat Pembiakan di Zoo Melaka. Bagi hidupan liar flora pula,

    Jabatan Perhutanan, Jabatan Pertanian, FRIM dan lain-lainorganisasi telah

    membangunkan beberapa pusat pemuliharaan ex-situ seperti taman botani dan

    arboretum.

    Oleh yang demikian, saya berharap agar aktiviti seperti ini dapat diteruskan

    sebagai pelapis untuk kami menjadi seorang guru yang dapat melahirkan anak

    bangsa yang berdaya saing dan kreatif.

    Sekian terima kasih.