62430

1
di selepas menggunakan teknik berkenaan tetapi mengambil keputusan eri jaminan wang akan dipulangkan dalam masa sebulan andai formula y aya melalui enam permainan judi iaitu Magnum, Kuda, Toto, 88, STC da tiket judi yang dikatakan sudah memenangi hadiah utama selepas mengg nusiaan kononnya sebelum ini dia menjual pada harga RM1,000 tetapi butan ramai apabila menerima tawaran ribuan ringgit untuk mendapatk igunakannya sewaktu membuat taruhan sehingga menyebabkan dia kini b meliputi E-Book mengenai Konsep Permainan Nombor Ramalan 4D, tips n dikirimkan melalui e-mel yang dikatakan bernilai RM1,200. , ketika mengulas mengenai laman web itu meminta orang ramai terutam enaan perlu disekat memandangkan ia mempengaruhi umat Islam untuk be etapi akan menjadikan mereka lalai dan malas berkerja. Kalau hendak

description

- PowerPoint PPT Presentation

Transcript of 62430

Page 1: 62430

SEREMBAN: Sebuah laman web dikesan cuba mengaut keuntungan dengan menjual formula pertaruhan nombor ekor yang didakwa pengendalinya pasti memperoleh habuan lumayan.

Pengendali laman web berkenaan yang mendakwa ‘juara judi’ hasil daripada bantuan seorang pakar juruanalisis sistem komputer dari Singapura yang mampu mengubah suai sistem dan cara pengiraan berkomputer nombor ekor memberi jaminan orang ramai yang menggunakan formula itu pasti berpuas hati.

Individu itu turut mendakwa memperoleh ribuan ringgit setiap bulan hasil kemenangan judi selepas menggunakan teknik berkenaan tetapi mengambil keputusan untuk berkongsi rahsia dengan orang ramai terutama mereka yang mempunyai beban hutang.

Sebagai cara untuk menarik perhatian, lelaki itu turut memberi jaminan wang akan dipulangkan dalam masa sebulan andai formula yang dikenali sebagai Formula Saintifik 4D (FS4D) itu gagal.

Mengikut laman web itu, mereka yang ingin memperoleh rahsia untuk menjadi kaya melalui enam permainan judi iaitu Magnum, Kuda, Toto, 88, STC dan Singapore 4D perlu membeli FS4D sebanyak RM100 untuk setiap satu formula.

Lebih mengejutkan, pengendali itu turut mengemukakan beberapa salinan tiket judi yang dikatakan sudah memenangi hadiah utama selepas menggunakan formula itu dengan kebanyakan nama pemenang itu adalah Melayu.

Pengendali itu menawarkan formula berkenaan dengan harga RM100 atas dasar kemanusiaan kononnya sebelum ini dia menjual pada harga RM1,000 tetapi disebabkan memikirkan ada pihak yang tidak mampu, dia mengurangkan jumlah itu.

Dia turut mendakwa formula berkenaan menjadi rebutan ramai apabila menerima tawaran ribuan ringgit untuk mendapatkan formula yang dikatakan 99 peratus tepat itu.

Dia yang juga mendedahkan bahawa formula itu digunakannya sewaktu membuat taruhan sehingga menyebabkan dia kini bergelar ‘pakar’ judi serta sudah menjadi kaya.

Mereka yang memesan formula berkenaan melalui laman web itu juga akan menerima pakej percuma meliputi E-Book mengenai Konsep Permainan Nombor Ramalan 4D, tips nombor istimewa akan dihantar melalui SMS pada hari tertentu serta teknik terbaru formula akan dikirimkan melalui e-mel yang dikatakan bernilai RM1,200.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Negeri Sembilan, Khairuddin Yunus, ketika mengulas mengenai laman web itu meminta orang ramai terutama mereka yang kesempitan wang agar tidak terpengaruh dengan iklan berkenaan.

Katanya, membeli nombor ekor sudah ternyata haram di sisi Islam dan seharusnya laman web berkenaan perlu disekat memandangkan ia mempengaruhi umat Islam untuk berjudi sehingga menyebabkan mereka yang tidak pernah membeli nombor ekor, pasti ingin mencuba.

"Saya bimbang laman web ini mempunyai agenda lain iaitu bukan untuk menjadikan mereka kaya, tetapi akan menjadikan mereka lalai dan malas berkerja. Kalau hendak kaya sekali pun, janganlah dengan jalan pintas sebegini, sebaliknya berusaha untuk berjaya.

"Saya juga tidak menolak kemungkinan pengendali laman web ini ingin mendapatkan keuntungan mudah dengan menjual formula yang belum tentu berkesan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau juga meminta supaya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membuat siasatan terhadap laman web berkenaan dan menyekatnya sekiranya ia didapati bertentangan dengan peraturan yang ditetapkan.