(68401033) refleksi(1)

5
REFLEKSI TAN PEI WEN Saya mendapat tugasan ini daripada pensyarah mata pelajaran EDU 3105, Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran iaitu Encik Zelkepli Bin Shahrom pada 1 Ogos 2013. Beliau telah menerangkan kehendak soalan dengan sabar dan tabah supaya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan tepat dengan kehendak soalan. Melalui tugasan ini, saya telah mendapati kelemahan dan kekuatan saya, mendapat ilmu pengetahuan dan pengalaman bernilai yang baru walaupun menghadapi masalah dalam menyiapkan tugasan ini. Sebelum saya bermula membuat kerja kursus ini, saya berasa bimbang dan takut kerana saya tidak menggunakan “Microsoft Publisher” untuk menghasilkan bahan pembelajaran berasaskan web. Saya berasa takut kerana saya juga tidak memahami soalan tugasan ini dan takut tentang maklumat yang saya sampaikan adalah tepat atau tidak. Saya bimbang akan saya tidak dapat menghantar tugasan ini kepada pensyarah pada tarikh yang ditetapkan. Sehubungan dengan itu, saya merujuk kepada sumber yang telah saya dapat dan meminta bantuan daripada rakan sekelas saya. Atas bimbingan dan dorongan daripada rakan sekelas yang baik hati dan bersudi berkongsi ilmu, kebimbangan dan ketakutan saya telah dikurangkan manakala keyakinan diri semakin meningkat. Akhirnya, saya dapat menyempurnakan tugasan ini dengan berjaya. Semasa saya menjalankan kerja kursus ini, saya juga mendapat pengalaman yang bernilai iaitu mencari bahan buku di pusat sumber dengan menggunakan WebOpac di Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn. Semasa menghasilkan tugasan ini, saya meminjam buku teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 5 dan sukatan pembelajaran di pusat sumber. Oleh itu, saya dapat menjalankan tugasan ini dengan sentiasa merujuk kepada bahan bacaan yang telah saya pinjam di pusat sumber institut. Saya juga boleh mendapat pelbagai sumber di pusat sumber IPTHO seperti surat khabar, jurnal, buku rujukan, majalah,jurnal dan sebagainya. Melalui tugasan ini, saya memperoleh pengetahuan tentang cara menulis bibliografi yang betul dan tepat. Semasa saya menghasilkan rujukan berasaskan format APA, saya telah lupa akan format American Psychological Association (APA) kerana sudah beberapa bulan tidak menulis bibliografi. Sehubungan itu, saya menyelesaikan masalah ini dengan melayari laman web untuk mendapatkan maklumat tentang cara menulis Format APA. Akhirnya, saya dapat

description

Refleksi EDU

Transcript of (68401033) refleksi(1)

Page 1: (68401033) refleksi(1)

REFLEKSI TAN PEI WEN

Saya mendapat tugasan ini daripada pensyarah mata pelajaran EDU 3105,

Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran iaitu Encik Zelkepli Bin Shahrom

pada 1 Ogos 2013. Beliau telah menerangkan kehendak soalan dengan sabar dan

tabah supaya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan tepat

dengan kehendak soalan. Melalui tugasan ini, saya telah mendapati kelemahan dan

kekuatan saya, mendapat ilmu pengetahuan dan pengalaman bernilai yang baru

walaupun menghadapi masalah dalam menyiapkan tugasan ini.

Sebelum saya bermula membuat kerja kursus ini, saya berasa bimbang

dan takut kerana saya tidak menggunakan “Microsoft Publisher” untuk

menghasilkan bahan pembelajaran berasaskan web. Saya berasa takut kerana

saya juga tidak memahami soalan tugasan ini dan takut tentang maklumat yang saya

sampaikan adalah tepat atau tidak. Saya bimbang akan saya tidak dapat

menghantar tugasan ini kepada pensyarah pada tarikh yang ditetapkan.

Sehubungan dengan itu, saya merujuk kepada sumber yang telah saya dapat dan

meminta bantuan daripada rakan sekelas saya. Atas bimbingan dan dorongan

daripada rakan sekelas yang baik hati dan bersudi berkongsi ilmu, kebimbangan dan

ketakutan saya telah dikurangkan manakala keyakinan diri semakin meningkat.

Akhirnya, saya dapat menyempurnakan tugasan ini dengan berjaya.

Semasa saya menjalankan kerja kursus ini, saya juga mendapat

pengalaman yang bernilai iaitu mencari bahan buku di pusat sumber dengan

menggunakan WebOpac di Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru Kampus Tun

Hussein Onn. Semasa menghasilkan tugasan ini, saya meminjam buku teks

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 5 dan sukatan pembelajaran

di pusat sumber. Oleh itu, saya dapat menjalankan tugasan ini dengan sentiasa

merujuk kepada bahan bacaan yang telah saya pinjam di pusat sumber institut.

Saya juga boleh mendapat pelbagai sumber di pusat sumber IPTHO seperti surat

khabar, jurnal, buku rujukan, majalah,jurnal dan sebagainya.

Melalui tugasan ini, saya memperoleh pengetahuan tentang cara

menulis bibliografi yang betul dan tepat. Semasa saya menghasilkan rujukan

berasaskan format APA, saya telah lupa akan format American Psychological

Association (APA) kerana sudah beberapa bulan tidak menulis bibliografi.

Sehubungan itu, saya menyelesaikan masalah ini dengan melayari laman web untuk

mendapatkan maklumat tentang cara menulis Format APA. Akhirnya, saya dapat

Page 2: (68401033) refleksi(1)

menulis bibliografi dengan cara yang betul. Saya bulat hati untuk mengingati dan

hafal format ini supaya keadaan ini tidak akan berulang pada masa depan.

Semasa saya menghasilkan tugasan ini, saya telah menghadapi pelbagai

masalah. Bagi soalan tugasan ini, saya dikehendaki menghasilkan satu bahan

pembelajaran berasaskan web. Oleh itu, saya perlu memilih satu topik mata

pelajaran yang ingin diajar. Masalah yang saya hadapi ialah saya tidak pasti

bahawa apakah mata pelajaran yang lebih sesuai diajar. Pada mulanya, saya

memilih mata pelajaran Pendidikan Moral. Walaupun begitu, saya tidak mempunyai

idea bagi menghasilkan bahan pembelajarannya. Sehubungan dengan itu, saya

mendapat bantuan daripada rakan sekelas saya. Selepas mendapat tunjuk ajar

daripada mereka, saya telah memilih mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan sebagai mata pelajaran yang ingin saya ajar. Akhirnya, saya memilih topik

“Bola Keranjang” sebagai tajuk yang ingin saya buat.

Selain itu, saya juga menghadapi masalah tidak mahir dalam

penggunaan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana saya jarang menggunakan perisian

ICT dalam kehidupan saya. Sebagai contoh, saya jarang menggunakan “Hot

Potatoes” untuk membuat soalan bagi latihan pengukuhan selepas mengajar satu

topik. Oleh itu, saya perlu menggunakan masa yang lebih panjang dalam

meneroka perisian lembut tersebut. Bagi mengelakkan masalah ini timbul pada

masa hadapan, saya bulat hati bahawa saya akan sentiasa meneroka perisian ICT

yangs sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Akhirnya, pengalaman yang saya dapat ialah langkah untuk menggunakan

perisan “Hot Potatoes”. Saya juga mengetahui bahawa penggunaan perisian “Hot

Potatoes” dapat menarik minat kanak-kanak untuk membuat latihan pengukuhan.

Hal ini kerana mereka sentiasa menggunakan pensil dan buku latihan dalam aktiviti

pengukuhan.

Tambahan pula, saya juga menghadapi masalah semasa memilih latar

belakang bagi bahan pembelajaran berasaskan web tersebut. Topik yang ingin

saya hasilkan bagi web ini ialah bola keranjang Tahun 6. Sehubungan dengan itu,

saya perlu mendapatkan latar belakang yang sesuai. Semasa saya mencari gambar

tentang bola keranjang, masalah yang saya hadapi ialah warna gambar tersebut

terlalu terang atau siaznya terlalu kecil. Keadaan ini telah menyebabkan tulisan

dalam laman web tersebut susah dilihat. Atas usaha dan semangat tidak putus asa,

saya berusaha lagi untuk mendapatkan gambar yang sesuai. Akhirnya, saya

Page 3: (68401033) refleksi(1)

membuat keputusan untuk memilih latar belakang yang gelap dan warna tulisan

yang terang dalam webpage tersebut supaya murid-murid sekolah rendah lebih

mudah membaca maklumat tersebut.

Seterusnya, saya juga menghadapi masalah semasa menghasilkan klip

video. Sebelum ini, saya tidak pernah menghasilkan sesuatu video menggunakan

komputer seperti perlu gunting video dan sambung video. Oleh itu, saya

mendapatkan bantuan daripada rakan sekelas saya. Mereka memperkenalkan

perisian yang sesuai untuk menghasilkan klip video kepada saya iaitu perisian

“Windows Movie Maker”. Selepas itu, bagi mendapatkan pengetahuan selanjutnya

tentang cara menggunakan perisian “Windows Movie Maker”, saya meneroka

internet untuk mendapatkan maklumat berkenaan. Selepas menghasilkan kerja

kursus ini, saya mendapat pengalaman tentang menghasilkan klip video dengan

menggunakan perisian “Windows Movie Maker”.

Dalam soalan tugasan mata pelajaran ini, saya dikehendaki menghasilkan

satu klip video yang berkaitan dengan topik yang saya ajar dan berunsurkan integriti.

Oleh itu, saya perlu merakam satu video tentang bola keranjang. Adik saya seorang

pemain bola keranjang dan dia sentiasa menyertai pertandingan bola keranjang di

daerah Batu Pahat. Sehubungan dengan itu, saya mendapat bantuan daripada

adik saya dan rakan sepasukannya untuk meluangkan satu masa yang sesuai

untuk membuat rakaman. Dengan itu, masalah yang saya hadapi ialah rakan

sepasukanya telah membuat pelancongan kerana menjelang tempoh cuti sekolah.

Walaubagaimanapun, saya perlu sabar untuk menunggu semua ahli pasukan

sampai. Akhirnya, saya berjaya membuat rakaman.

Semasa membuat rakaman, saya juga menghadapi masalah iaitu tidak

mempunyai kamera yang Megapixelsnya besar dan jelas. Sehubungan dengan

itu, saya menggunakan telefon bimbit yang Megapixelnya 8.0 untuk membuat

rakaman. Akhirnya, saya dapat menghasilkan satu rakaman video yang jelas.

Selain itu, saya menghadapi masalah semasa mendapatkan gambar tentang

kemahiran asas bola keranjang. Hal ini kerana saiz gambar yang telah saya

dapatkan di “Google Image” terlalu kecil. Keadaan ini telah menyebabkan

gambar tersebut kelihatan kabur semasa saya membesarkannya. Bagi mengatasi

masalah ini, semasa saya mendapatkan gambar melalui “Google”, saya klik “tools”

dan memilih saiz gambar yang besar. Akhirnya, saya telah berjaya menyelesaikan

masalah ini. Gambar-gambar yang saya pilih juga menjadi lebih jelas.

Page 4: (68401033) refleksi(1)

Selepas menyiapkan tugasan ini, saya telah mendapat banyak

pengalaman. Pertama, saya dapat mengetahui bahawa warna dan tulisan bagi

bahan pembelajaran berasaskan web perlu menarik supaya dapat menarik minat

murid sekolah rendah untuk membacanya. Selain itu, susunan teks juga perlu

sesuai supaya tidak kelihatan random dan tidak tersesun sehingga menyebabkan

murid menghadapi masalah semasa membaca maklumat. Selain itu, saya juga

mendapat pengalaman dalam memasukkan “HTML code” supaya murid boleh

menonton sesuatu video atau tayangan dalam video. Oleh itu, mereka dapat belajar

sesuatu yang baru dan menarik melalui video dan bukannya melalui buku teks

sahaja. Seterusnya, saya juga mendapat pengetahuan tentang cara memasukkan

audio dalam bahan pembelajaran berasaskan web.

Di samping itu, saya juga mendapat pengalaman tentang membuat

hiperlink. Hiperlink boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti disambung ke

internet atau folder. Dalam tugasan ini, saya menggunakan Hiperlink untuk

disambung ke internet supaya murid-murid dapat mengukuhkan pengetahuan

mereka melalui peta minda dalam perisian “Prezi”. Saya berpendapat bahawa

perisian “Prezi” ini sangat sesuai digunakan oleh murid-murid kerana terdapat

perubahan animasi yang menarik. Selain itu, peta minda dalam perisian ini juga

boleh mengukuhkan pengetahuan murid kerana seseorang mudah ingat sesuatu

perkara ata pengetahuan melalui persembahan peta minda.

Tambahan pula, saya juga mendapat pengalaman tentang cara

menghasilkan kesan audio dalam laman web ini. Bagi membuat penghasilan

audio dalam laman web ini, saya menggunakan perisian “Podsnack” untuk

mencipta “Playlist”. “Playlist” ini akan menyiarkan lima buah lagu. Antara lagu yang

dipilih adalah berkaitan dengan tema bola keranjang, lagu kanak-kanak dan lagu

piano. Sehubungan dengan itu, murid dapat belajar sambil mendengar lagu yang

berfaedah. Dengan itu, mereka dapat mempelajari sesuatu dengan relaks dan tidak

berasa tertekan. Selain itu, saya juga mendapat pengalaman dalam

menggunakan e-book serta “navigation bar” dalam laman web tersebut.

Dalam dunia ini, tiada seseorang yang tidak mempunyai kekuatan sendiri.

Walaupun saya mempunyai kelemahan, tetapi saya juga mempunyai kelebihan

sendiri iaitu dapat menguruskan masa dengan sistematik dan tersusun.

Tugasan ini adalah bersifat individu. Bagi tidak membazirkan masa, saya telah

merancangkan satu jadual masa untuk menyiapkan tugasan ini dalam masa yang

ditetapkan kerana kerja kursus pendek ini hendaklah dihantarkan dalam masa

Page 5: (68401033) refleksi(1)

sebulan. Dengan sentiasa merujuk jadual masa yang telah dirancang, saya telah

berjaya menghantar kerja kursus pendek ini kepada pensyarah pada tarikh yang

telah ditetapkan. Akhirnya, saya mendapat pengalaman tentang cara menguruskan

masa dengan bijak.

Selain daripada pengalaman dalam penggunaan teknologi dan maklumat,

saya juga mendapat pengalaman tentang topik yang saya pilih iaitu Bola

Keranjang. Pada pendapat saya, mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan

Pendidikan Kesihatan amat penting untuk dilaksanakan dalam kurikulum sekolah

rendah. Hal ini demikian kerana, melalui pendidikan jasmani, pelbagai aspek dapat

dikembangkan ke tahap yang lebih tinggi. Sebagai contoh, aspek JERIS (jasmani,

emosi, rohani, intelek dan sosial) seseorang individu mungkin akan terjejas sekiranya

mereka mengabaikan aspek pembangunan fizikal dan jasmani diri masing-masing.

Selain itu, bermain bola keranjang dapat memupuk semangat berpasukan dan

mewujudkan sebuah masyarakat yang berintegriti. Hal ini kerana ahli pasukan akan

sentiasa bekerjasama merancang strategi perlawanan. Selain itu, mereka akan

tolong-menolong antara satu sama lain. Semasa rakan sepasukan mereka terjatuh

atau tercedera dalam pertandingan, mereka akan menghulurkan bantuan dengan

segera. Oleh itu, hubungan mereka akan menjadi lebih erat.

Akhir sekali, saya berasa bersyukur kerana mempunyai seorang pensyarah

iaitu Encik Zelkepli Bin Shahrom yang bertanggungjawab, berpengetahuan luas,

sabar dan tabah. Atas bimbingan dan dorongan beliau, saya dapat menyiapkan

kerja kursus ini dengan sempurna. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima

kasih kepada rakan sekelas saya yang sentiasa berkongsi pengetahuan dan

memberi bantuan kepada saya semasa saya menghadapi masalah. Saya juga amat

menghargai proses sepanjang menyiapkan tugasan ini walaupun saya menghadapi

masalah. Hal ini kerana saya telah berupaya mengintegrasikan kemahiran TMK

dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti elemen teks, audio, video dan

grafik. Saya juga berjaya mengaplikasikan kemahiran teknikal dengan

menggunakan pelbagai media, mengurus media dan sumber pendidikan dengan

cekap dan bertanggungjawab.