750717115386_225121_final

download 750717115386_225121_final

of 22

description

TASK

Transcript of 750717115386_225121_final

INTERAKSI DAN BIMBINGAN KANAK-KANAK HBPS4303

INTERAKSI DAN BIMBINGAN KANAK-KANAK HBPS4303

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASANASSIGNMENT SUBMISSION AND ASSESSMENT

KOD KURSUS /COURSE CODE : HBPS4303 TAJUK KURSUS /COURSE TITLE : INTERAKSI DAN BIMBINGAN KANAK KANAK SEMESTER /SEMESTER : September 2012

NAMA : HASRUZI BINTI HUSINNO. MATRIK : 750717115386002E-MAIL [email protected]

TUTORISMAIL B MAMAT

Sekapur sireh Syukur ke hadrat ilahi,kerana dengan limpah kurnianya maka terhasilnya garapan cetusan idea mengikut tugasan yang diamanatkan.Ketandusan ilmu pengetahuan dan kepincangan yang dialami akhirnya dapat diatasi.sesungguhya terlalu banyak pengorbanan yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan ini. Batasan waktu yang ada membawa seribu makna kepada saya.tutorial dan tugasan menuntut komitmen yang amat tinggi di samping keluarga yang memerlukan perhatian.Namun segala ranjau berduri penuh liku yang perlu diharungi membuatkan saya tabah demi segulung ijazah. Justeru itu,sekalung budi dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada tutor saya dan kepada semua yang terlibat dalam menyiapkan hasil tugasan ini.Moga Allah jua yang membalasnya.Ucapan terima Kasih juga buat rakan seperjuangan yang sudi berkongsi ilmu.Harapan saya biarlah pengorbanan ini turut membuahkan hasil.Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian.AminSekian Terima Kasih.

BIODATA

Nama penuh:Hasruzi Bt. HusinI/C No:750717-11-5386Jantina:PerempuanTarikh Lahir:17.07.1975Umur:35 tahunStatus:BerkahwinTempat Lahir :Kampung Lampu,Kuala BesutAlamat Sekarang :Lot PT 1286,Jalan Besar Jerteh,Kg Beris Lampu, 22200 Kuala Besut,Terengganu.Alamat Sekolah:Sek.Keb.Kuala Besut 22300 Kuala Besut,Terengganu.No. Tel. :09-6918990No. Tel.( mobile ):013-9011521E-mail :[email protected]:MalaysiaKaum:MelayuAgama:Islam

PENGAKUAN PENULIS

Saya akui TUGASAN ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilandan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :Nama Penulis : HASRUZI BT HUSINIC : 750717115386Tarikh : 17 Nov. 12

SOALAN TUGASAN /ASSIGNMENT QUESTION

SOALAN / QUESTION

Lagu Bangau oh Bangau dan Tanya Sama Pokok sering dinyanyikan oleh guru-guru dan kanak-kanak di tadika. Mengapa lagu-lagu ini sesuai untuk kanak-kanak?

Anda diminta menulis lirik bagi KEDUA-DUA lagu tersebut. Kaji lirik dan buat analisa mengenai konsep yang digunakan, di mana ia ada kaitan dengan teori perkembangan kognitif Piaget di peringkat pra-operasi. Akhir sekali anda diminta mereka cipta satu cerita pendek dengan menggunakan konsep yang sama.

[Jumlah: 40 Markah]

Pengenalan Tugasan ini dijalankan untuk menilai sejauh mana lagu kanak-kanak dapat membantu murid-murid prasekolah. Objektif tugasan untuk mengatasi hasilan penyelidikan dan persepsi sebelum ini yang menunjukkan murid-murid ini kurang memberikan respons dalam aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah . Lagu kanak-kanak digunakan untuk membantu murid-murid mengatasi masalah yang dihadapi . Lagu Bangau oh Bangau dan Tanya Sama Pokok sering dinyanyikan oleh guru-guru dan kanak-kanak di tadika. Mengapa lagu-lagu ini sesuai untuk kanak-kanak?. Aktiviti nyanyian lagu kanak-kanak ini dijadikan sebagai rutin di prasekolah. Lagu kanak-kanak ini dinyanyikan dalam slot perbualan pagi dan juga diselitkan dalam aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran. Cadangan kajian seterusnya adalah dengan menambah bilangan lagu kanak-kanak dalam prasekolah agar kosa kata yang dipelajari lebih banyak. Kajian lirik dan analisa mengenai konsep yang digunakan, di mana ia ada kaitan dengan teori perkembangan kognitif Piaget di peringkat pra-operasi.semuanya akan kita bincangkan dalam tugasan ini.

1.0 Muzik Penting Dalam Sistem Pembelajaran Prasekolah.

Muzik sentiasa menjadi sebahagian penting dalam sistem pembelajaran kanak-kanak. Misalnya, seorang ibu akan mendendangkan irama lagu semasa mendodoikan anaknya untuk tidur, menyanyikan nada irama kanak-kanak apabila menyampaikan cerita fiksyen atau sejarah, serta aktiviti menyanyi bersama yang dipelajari kanak-kanak semasa di rumah atau di prasekolah. Semua rangsangan stimulasi ini memberikan perkembangan yang sihat kepada bayi dan kanak-kanak.

Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak. Menurut Dr. Lihanna Borhan, pensyarah perkembangan kanak-kanak di Universiti Malaya, kepelbagaian jenis muzik berguna untuk masa depan bayi kerana ia memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan.

Semasa usia enam tahun pertama mereka, kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka cuba membezakan deria dan bunyi daripada irama muzik serta memperoleh penyampaian visual bunyi tersebut. Proses mendapatkan maksud dari bunyi merupakan kunci utama untuk permulaan kanak-kanak dalam perkembangan bahasa.

Muzik juga memiliki keupayaan memulih ke atas kanak-kanak. Mengikut hasil kajian yang dijalankan oleh Stanford University telah mendedahkan bahawa :

Muzik meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak disleksia Meningkatkan keupayaan otak untuk mengenalpasti dengan cepat perubahan bunyi dan nada Mempunyai faedahkognitif, walaupun tahap ukurannya belum ditentukan Keupayaan pemikiran spatial dan temporal (yang merupakan asas penting untuk matematik dan sains) dan prestasi yang lebih baik dalam menjalankan tugas dibandingkan rakan mereka yang tidak mengambil pelajaran muzik, termasuk mereka yang mengambil pelajaran komputer dalam tempoh yang sama. Peningkatan celik huruf, muzik sememangnya menjadi komponen penting dalam perkembangan bahasa kerana ia merupakan cara yang baik untuk melibatkan kanak-kanak dalam menerokai bunyi dan perkataan, manakala irama pula alat yang berguna untuk meningkatkan memori.

Contoh terbaik adalah lagu huruf. Sesetengah orang dewasa masih menyanyikan ABCDE hingga Z untuk membaca huruf. Berupaya untuk memahami maklumat baru dengan lebih baikdan cepat, kerana muzik meningkatkan keupayaan mental.Merangsang keyakinan dan harga diri anak anda. ia menjadi faktor penting untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak. Keseronokan adalah kunci kepada apa jua proses pembelajaran. Menyanyi, bermain dan menarilah bersama murid prasekolah anda. Kerana tiada pembelajaran yang lengkap tanpa ibu bapa dan guru.

2.0 Lagu Kanak Kanak Pilihan.

Dalam tugasan kali ini Lagu kanak-kanak digunakan untuk membantu murid-murid mengatasi masalah yang dihadapi . Lagu Bangau oh Bangau dan Tanya Sama Pokok yang sering dinyanyikan oleh guru-guru dan kanak-kanak menjadi subjek kajian.

BANGAU OH BANGAU! oleh : Hamzah FansuriBangau oh bangau mengapa engkau kurus? Macam mana aku tak kurus ikan tak mahu timbulIkan oh ikan Kenapa tak mahu timbul? Macam mana aku nak timbul rumput panjang sangatRumput oh rumput Kenapa panjang sangat? Macam mana aku tak panjang kerbau tak makan akuKerbau oh kerbau Kenapa tak makan rumput?Macam mana aku nak makan perut aku sakitPerut oh perut mengapa engkau sakit? Macam mana aku tak sakit makan nasi mentahNasi oh nasi mengapa engkau mentah? Macam mana aku tak mentah kayu api basahKayu oh kayu mengapa engkau basah? Macam mana aku tak basah hujan timpa akuHujan oh hujan Kenapa kau timpa kayu? Macam mana tak timpa kayu katak panggil akuKatak oh katak mengapa panggil hujan? Macam mana aku tak panggil ular nakmakan akuUlar oh ular Kenapa nak makan katak? Macam mana aku tak makan memang makanan aku, memang makanan aku

Tanya Sama Pokok

Tanya Sama Pokok, Apa Sebab GoyangNanti Jawab Pokok, Angin Yang GoncangTanya Sama Angin, Apa Sebab HujanNanti Jawab Angin, Tanyalah Awan.

Awan Nanti Kata, Aku Kandung AirSampai Tempat Teduh, Aku Pun CairLihat Dalam Air, Nampak Bayang-BayangCampak Satu Batu, Bayang Pun Hilang.

2.0 KonsepLagu Bangau oh bangau adalah contoh yang terbaik untuk menjelaskan mengenai konsep atau kemahiran bertanyakan soalan yang berkonsepkan pengenalan kepada haiwan dan sains.

Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus?Macam mana aku tak kurus, ikan tidak timbul

Dalam lagu ini, bangau seperti tidak pasti akan kenapa dia dicipta kurus, lantas memberi alasan bahawa ikan yang tidak timbul sebagai penyebabnya. Bangau telah mempamerkan sikap tidak mahu mengkaji. Jawapan yang diberikannya juga, bukan jawapan yang pasti, kerana ia membuahkan persoalan lain yang tidak dapat dijawab dengan pasti pula, iaitu

Ikan oh ikan, kenapa tidak timbul?Macam mana aku tidak timbul, rumput panjang sangat.

Dan soalan demi soalan dalam lagu ini berterusan sehinggalah perenggan yang akhir iaitu:

Ular oh ular, kenapa nak makan katak?Macam mana aku tak makan, memang makanan aku.

Mujurlah penutup lagu ini disudahi oleh ular yang memberikan jawapan yang pasti terhadap persoalan yang ditimbulkan awal-awal tadi. Sekiranya ular memberi alasan yang tidak munasabah, sudah tentu persoalan di dalam lagu bangau oh bangau, hanya akan tinggal persoalan sahaja.

Namun, dalam hal ini, tidak bermakna kita perlu menyuapkan jawapan kepada kanak-kanak secara spoon-feeding. Ini kerana, sikap saintifik tidak menghalalkan kanak-kanak untuk menganga dan menanti jawapan daripada anda.

Sebagai pembimbing anak-anak, bimbinglah mereka untuk mencari penyelesaian yang tepat kepada persoalan yang mereka tanyakan. Jawapan yang anda berikan, boleh sahaja dalam bentuk persoalan kembali asalkan persoalan terhadap soalan itu mampu membawa kepada jawapan yang pasti dan meyakinkani. Sekaligus, ia menjawab soalan pertama yang diutarakan itu.

Manakala lagu kedua pula bertemakan tumbuhan dan mempunyai konsep yang hampir sama.Selain itu, murid-murid akan lebih menumpukan perhatian kepada pengajaran guru jika dikaitkan dengan pengalaman mereka sendiri. Jadi, guru boleh mengaitkan pengalaman mereka seperti pengalaman bercuti di kampung dengan pengajaran. Pengalaman ini amat membantu kanak-kanak untuk memahami perkara yang lebih kompleks. Ini bertepatan dengan teori Lev Vygotsky iaitu kaitkan pengajaran dan kehidupan seharian kanak-kanak serta pengaplikasian pengetahuan kanak-kanak kepada pengalaman mereka yang sebenar.

3.0 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak Menurut Jean Piaget dan kaitan.

Perkembangan kognitif adalah proses yang mana fahaman kanak-kanak mengenai dunia berubah mengikut tahap umur dan pengalaman (Feldman, 1994). Teori-teori kognitif cuba menerangkan tentang peningkatan intelek dari segi kualiti dan kuantiti yang berlaku semasa perkembangan (Asmawati Desa, 2004).Sebelum kita mengetahui mengenai teori perkembangan kanak-kanak maka eloklah kita mengenali dahulu siapakah tokohnya. Jean Piaget (1869-1980) ialah seorang pakar biologi Switzerland dan pakar psikologi kanak-kanak. Beliau telah banyak membuat kajian ke atas tingkah-laku kanak-kanak. beberapa pendapat, seperti yang diutarakan oleh Dasen dan Heron (1984) mengatakan yang teori perkembangan kognitif Piaget bukannya suatu teori psikologikal tetapi ialah satu pandangan epistemologi, iaitu suatu falsafah pengetahuan (Philosophy of Knowledge) yang diperolehi melalui pemerhatian terperinci yang dilakukan ke atas beribu-ribu kanak-kanak pada pelbagai umur dan perkembangan. walau bagaimanapun, melalui kedaan ini, Piaget telah berjaya mengemukakan konsep-konsep tentang perkembangan kana-kanak yang telah diterima sebagai satu teori komprehensif yang meliputi kesemua budaya dan masyarakat (Mahamood Nazar Mohamed, 2001).Muzik merupakan satu elemen yang boleh diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui penyerapan elemen muzik, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan. Penggunaan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran boleh digunapakai untuk pelbagai subjek. Contohnya subjek Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, dan sebagainya. Setiap unsur muzik yang diserapkan perlu mempunyai hubungkait dengan subjek yang diajar.

Penerapan unsur muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran memang memberi kesan yang positif. Melalui kaedah penerapan unsur muzik, murid akan lebih terdorong untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan muzik yang bersesuaian dengan suasana dan mood kelas amat penting bagi menghilangkan kebosanan dalam kalangan murid. Muzik terdiri dari susunan irama dan melodi yang boleh mendamaikan jiwa dan sesetengah muzik mampu menaikkan semangat pendengar. Muzik instrumental iaitu susunan melodi tanpa vokal yang lebih bersifat sentimental mampu untuk memberikan ketenangan kepada murid dan sesuai digunakan ketika sesi membaca.

4.0 Tahap Praoperasi (2-7 Tahun).-Kaitan Dengan Penggunaan Lagu Kanak Kanak.

Pada tahap kanak-kanak awal ini, Piaget menamakannya sebagai Tahap Praoperasi (2-7) tahun. Mengikut Piaget, proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku ditahap ini iaitu:

I. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah lakunyang ketara seperti kebolehan mengira.II. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil.III. Hal-hal umum telah betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku umpama gambaran mental asas tentang kemajuan dan sesuatu objek dan sebagainya.

Piaget menyatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Ingatan adalah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memoranda mental mengenai peristiwa lalu. Bayangan pula ialah proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran dikumpulkan di bahagian mental (Asmah Bee Mohd Noor, 2000).

Piaget telah membahagikan tahap praoperasi kepada dua sub tahap iaitu:

I. Tahap Prokonseptual (2-4 tahun) dan II. Tahap Praoperasi (4-7 tahun).

Di tahap prakonseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama belum dapat menyusun penerngan yang ada dalam pemikirannya.

Kecerdasan di tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang, ketidaksanggupan membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara peristiwa yang berbeza. Terdapat empat kandungan utama proses kognitif dalam tahap ini iaitu egocentrism, konsep sebab-akibat, peningkatan peralihan bahasa dan pembentukan identiti diri (Asmah Bee Mohd Noor, 2000).

Tahap yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa. Mereka juga menggunakan symbol dalam permainan. Contohnya menganggap buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap rendah berbanding dengan orang dewasa. Contohnya pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana dunia keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja (Asmawati Desa, 2004).

Satu lagi kekurangan di tahap ini ialah dari segi prinsip ketekalan; iaitu pengetahuan bahawa kuantiti adalah tidak berhubnug dengan susunan atau keadaan fizikal sesuatu objek. Kanak-kanak yang tidak memahami prinsip ini tidak akan tahu bahawa amaun, isipadu atau panjang sesuatu objek tidak akan berubah apabila bentuk atau susunannya diubah. Contohnya apabila segumapal tanah liat yang di bentuk segi tiga yang kemudiannya diubah membentuk segi empat tanpa mengubah amaunnya, mereka mengatakan bahawa tanah liat yang berbentuk segi empat itu lebih besar daripada yang berbentuk segi tiga tadi (Asmawati Desa, 2004).

Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan,. Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. Piaget juga telah mengenalpasti empat faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu iaitu kematangan biologi, interaksi individu dengan persekitaran, pengalaman sosial dan keseimbangan.

Guru boleh menggunakan bahan yang konkrit untuk menggambarkan sesuatu konsep yang lebih kompleks untuk kanak-kanak pada peringkat operasi formal. Contohnya, penggunaan bahan tiga dimensi, carta, rajah, gambar, jadual, dan pengalaman murid sendiri sebagai alternatif untuk mengajar sesuatu yang lebih sukar. Dengan penggunaan bahan-bahan tersebut, murid-murid dapat membayangkan perkara yang diajar oleh guru serta dapat memahami perkara yang kompleks dengan lebih mudah. Selain itu, guru mestilah memberi lebih banyak peluang kepada pelajar untuk mencari alternatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Mereka juga boleh membuat hipotesis daripada hasil pembelajaran mereka tersebut. Guru juga mesti membimbing mereka untuk mencari jalan penyelesaian, agar mereka dapat berfikir secara kritis dan kreatif. Guru juga boleh mengemukakan konsep yang luas. Bimbing pelajar untuk meneroka serta mengkaji konsep tersebut. Guru mesti menerima pendapat pelajar dan bimbing mereka agar menerima pandangan orang lain. Dengan cara ini, pemikiran pelajar akan lebih terbuka dan tidak hanya bertumpu kepada fakta semata-mata. Mereka juga dapat mempelajari menerima pandangan orang lain jika pendapat orang tersebut adalah benar. Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting kepada kanak-kanak dalam mencapai perkembangan kognitif yang optimum. Jadi, guru mestilah merancang aktiviti untuk murid-murid dengan efektif sebagaimana yang telah disarankan. Selain itu, guru perlulah membimbing murid-murid dengan sebaiknya untuk mencapai perkembangan kognitif ini. Tahap pemikiran murid mungkin berbeza-beza, jadi guru perlulah cakna dengan perkembangan kognitif murid untuk merealisasikan hasrat ini.Selain itu, terdapat juga sesetengah lagu yang mempunyai unsur-unsur pendidikan seperti lagu Anak Ayam dan Sepuluh Budak Hitam yang berunsurkan Matematik dan lagu Bangau Oh Bangau yang mengandungi unsur-unsur Sains. Selain itu, guru juga boleh menggubah lirik yang berunsurkan subjek yang diajar dan dipadankan dengan melodi yang sesuai untuk proses pengajaran dan pmbelajaran. Hal ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu lebih menarik.Penerapan unsur muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu langkah yang baik dan wajar dilakukan oleh guru untuk mewujudkan satu kaedah mendidik yang lebih menyeronokkan. Langkah ini dapat menarik minat murid untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik.

5,0 Cerita kanak kanak.Sang Belalang dan Sang lebahDi dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi dan menari.Ia berkawan dengan sang lebah. Ia berasa gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia, kenanga, melur dan cempaka. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum. Tiap-tiap hari, belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu. Ada rama-rama, kumbang, dan semut. Mereka dapat tinggal di taman itu. Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-sama.

Pada suatu hari, belalang mencari Sang lebah untuk bermain tetapi Sang lebah sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan tiba. Belalang tidak percaya hujan akan tujun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan menari sendirian. Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan. Hujan turun dengan lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapi di rumahnya tiada makanan.

Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan, katanya dalam hati. Belalang berbaring semula dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap turun dengan lebat. Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat Sang lebah untuk mencari makanan sebelum musim hujan. Akhirnya belalang jatuh sakit. Rakan-rakan belalang tidak mengetahui keadaan belalang yang sakit. Apabila hujan berhenti, Sang lebah teringat akan belalang. Dia keluar dari sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat terperanjat melihat belalang yang terlantar di atas katil di rumah.

Saya akan membawa makanan, kata sang lebah kepada belalang apabila melihat belalang terlalu lemah dan pucat. Sang Lebah mencari semut dan rakannya yang lain untuk menolong belalang. Akhirnya belalang sembuh dan sihat. Belalang insaf dan sering mendengar nasihat daripada rakannya.

5.1 Ulasan

Bercerita juga merupakan salah satu aktiviti yang sangat sesuai dengan perkembangan emosi kanak-kanak. Kepentingan emosi dalam kehidupan telah mula diakui oleh ahli-ahli falsafah sejak zaman Greek lagi. Tidak hairanlah jika Plato, Aristotle, Spinoza, Descartes, Hobbes, dan Hume telah mengemukakan teori-teori berkaitan emosi yang menjadi asas kepada penyelidikan tentang emosi dan kaitannya dengan kehidupan manusia. Walau bagaimanapun, penyelidikan tentang emosi menjadi sukar kerana wujudnya nilai normatif yang tidak konsisten antara satu individu dengan individu yang lain. Menurut Plato, terdapat tiga komponen asas dalam minda manusia iaitu daya takulan, kehendak (desire), dan komponen emotif. Antara komponen emotif yang dimaksudkan ialah kegembiraan, kesedihan, ketakutan, dan kemarahan. Bagi Aristotle juga, emosi mempunyai peranan yang sangat besar dalam mempengaruhi kehidupan manusia secara keseluruhannya.

5.3 Bercerita

Telah lama disedari bahawa cerita dapat memberi sumbangan ke arah kejayaan akademik dan kesejahteraan emosi kanak-kanak. Cerita-cerita rakyat misalnya, sesuai dijadikan bahan bercerita. Sebagai alat untuk pembelajaran, kaedah bercerita dapat dijadikan alat untuk menggalakkan pelajar meneroka keunikan diri mereka. Selain itu ia juga dapat meningkatkan tahap kebolehan mereka berkomunikasi melalui pemikiran dan perasaan serta meluahkannya dalam bentuk oral yang teratur. Dalam dunia sekarang yang serba maju dan canggih, aktiviti bercerita dapat dijadikan alat untuk memupuk dan menyuburkan sifat-sifat peka pelajar terhadap kelebihan menguasai bahasa dengan baik. Selain itu, ia juga menyedarkan mereka bahawa adalah penting kita mempunyai kemahiran mendengar yang baik bagi mewujudkan komunikasi yang berkesan antara individu.

Bercerita juga membolehkan kanak-kanak menyuarakan pendapat dan perasaan secara lisan. Perkara ini berlaku apabila kanak-kanak diberi peluang untuk bercerita semula setelah guru berbuat demikian. Guru boleh bertanya kepada kanak-kanak apakah yang mereka fikir akan berlaku selepas sesuatu kejadian dalam cerita. Dengan cara ini, kanakkanak dengan daya imaginasi mereka akan dilatih memberikan pendapat dan pandangan. Guru pula perlu menerima cadangan kanak-kanak tersebut tanpa prejudis. Dari situ guru boleh membantu kanak-kanak mengembara ke dalam dunia imaginasi dengan mendengar dan berkongsi cerita tersebut dengan rakan-rakan sekelas yang lain. Bercerita boleh dijadikan alat untuk melatih kemahiran mendengar dan bertutur secara yang menyeronokkan. Hal ini demikian kerana sewaktu bercerita, kanak-kanak atau guru juga tidak terikat dengan nada dan intonasi perbualan yang biasa. Setiap patah perkataan perlu diucapkan bersesuaian dengan cerita. Contohnya, sekiranya terdapat kisah harimau dalam cerita itu, guru boleh memberi perhatian yang lebih sewaktu menyebut harimau mengaum bagi memberi kesungguhan bahawa harimau mengaum itu suatu perbuatan yang dapat menunjukkan kegagahan. Guru tidak perlu untuk membunyikan ngauman itu, cukup kalau memberi penekanan dalam sebutannya. Hal ini dapat mengelakkan jika guru tidak dapat mengaum dengan suara yang kuat dan dalam. Suasana bercerita dan mendengar cerita ini dapat mewujudkan keseronokan kepada kanak-kanak di samping mereka dapat melatih kemahiran mendengar yang baik. Guru mungkin boleh member arahan awal supaya kanak-kanak mendengar dengan baik, barulah guru akan mula bercerita. Jika pelajar pula diberi peluang bercerita, sesi tersebut dapat menjadi sesi melatih mereka bertutur dan menyebut perkataan dengan betul.

Kesimpulanya, Bercerita dapat menjadi cara yang sesuai untuk mengenali keunikan individu. Sewaktu aktiviti bercerita dijalankan, guru dapat mengenal pasti ciri-ciri tertentu dalam setiap pelajarnya. Ada kanak-kanak yang dapat duduk dan mendengar dengan baik, ada kanak kanak yang hanya boleh duduk diam selama beberapa minit sahaja, ada kanak-kanak yang suka mengganggu rakan sewaktu sesi berlangsung, ada kanak-kanak yang suka mengambil bahagian dalam bercerita, dan sebagainya. Secara tidak langsung, guru dapat mengenal perangai setiap pelajar di bawah penyeliaannya. Perkara ini penting bagi mereka untuk mengawal kelas sewaktu pengajaran berlangsung.

PenutupKesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting kepada kanak-kanak dalam mencapai perkembangan kognitif yang optimum. Jadi, guru mestilah merancang aktiviti untuk murid-murid dengan efektif sebagaimana yang telah disarankan. Selain itu, guru perlulah membimbing murid-murid dengan sebaiknya untuk mencapai perkembangan kognitif ini. Tahap pemikiran murid mungkin berbeza-beza, jadi guru perlulah cakna dengan perkembangan kognitif murid untuk merealisasikan hasrat ini. Pendekatan ini memberi sumbangan yang besar dalam membantu kita memahami perkembangan personaliti manusia.Pendapat tentang pengaruh id, ego dan superego dari zaman kanak-kanak bagi perkembangan personaliti seseorang telah merangsang banyak penyelidikan.Pendapat ini juga berpengaruh dalam disiplin-disiplin seperti seni, kesusasteraan Inggeris dan sejarah. Berdasarkan teori Piaget pada peringkat praoperasional (umur 2-7 tahun) kemahiran bahasa kanak-kanak berkembang dengan cepat dan dapat diasah melalui pelbagai aktiviti. Menurut Sufean et al. (2005), kanak-kanak yang berada di prasekolah mengikut teori perkembangan kognitif Piaget berada pada peringkat praoperasional dan konkrit operasi. Pada peringkat ini, proses pembelajaran tindakan secara mental terhadap sesuatu perkara ataupun objek berlaku. Semasa proses ini, kanak-kanak belajar bagaimana menggunakan perkataan dan gambaran untuk mewakilkan objek. Kanak-kanak prasekolah sebenarnya sudah memahami dengan baik tentang bahasa bertulis sebelum mereka belajar membaca dan menulis secara konvensional lagi (Berk 2008). Kemahiran ini seterusnya boleh diasah melalui pembelajaran menggunakan aktiviti bersesuaian dengan keperluan dan perkembangan mereka. Aktiviti ini dapat menarik minat kanak-kanak untuk terus belajar dan focus.

RUJUKAN:Abdullah. (2005). Liguistik am: Siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Almon, J. (2004). The Vital Role of Play in Early Childhood Education. http://waldorfresearchinstitute.org/pdf/BAPlayAlmon.pdf.

[1 Mac 2010]. Arce, E. (2000). Early curriculum basics: play, discovery, creativity. Curriculum for Young Children, 29-39. USA: Delma Thomson Learning.

Berk, L. E. (2008). Application of information processing to academic learning. ChildDevelopment, 304-308. UK: Allyn & Bacon.

Christie, J. F. & Roskos, K.A. (2009). Plays potential in early literacy development. Encyclopedia on early childhood development [online]. Centre of exellence for early childhood developement http://www.childencyclopedia.com/documents/Christie-

RoskosANGxp.pdf. [1 Mac 2010] Downey, J. & Garzoli, E. (2007). The effectiveness of play-based cur

Asmah Bee Mohd Noor, 2000. Psikologi Perkembangan. Bangi: Pusat Pengajian Jarak Jauh Universiti Kebangsaan Malaysia.

Asmawati Desa, 2004. Psikologi Untuk Golongan Professional. Kuala Lumpur: McGraw-Hill

Mahmood Nazar Mohamed, 2001. Pengantar Psikologi Satu Pengenalan Asas kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jamiah Hj Manap, 20007. Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia. Universiti Kebangsaan Malaysia.

1