8. Refleksi

2
REFLEKSI Sepanjang melaksanakan kerja kursus Pentaksiran dalam Pembelajaran Sejarah (SJH 3093), saya telah didedahkan dengan bermacam-macam pengetahuan berkaitan pentaksiran dalam pembelajaran Sejarah. Saya telah menulis sebuah esei berkaitan menjelaskan konsep dan ciri-ciri pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian. Dengan membuat tugasan tersebut, saya lebih memahami bahawa keempat-empat istilah ini mempunyai pengertian yang berbeza dan bukan bermaksud penilaian. Kebaikan membuat tugasan tersebut ialah membolehkan saya mendalami proses-proses pentaksiran supaya saya dapat menjalankan proses-proses tertentu di sekolah kelak mengikut kehendak dan matlamat sendiri tanpa mengelirukan. Tugasan kedua dan ketiga merupakan membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dan menghasilkan satu set soalan Sejarah Tahun 4 berserta skema pemarkahan. Kemahiran ini memang penting bagi seorang guru kerana guru mesti mengikut JSU untuk menghasilkan set soalan. JSU membantu kita menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian dan ia juga menentukan perimbangan antara topik dengan aras kemahiran yang diuji serta kepentingan lain. JSU ini merupakan panduan untuk membentuk soalan dan membantu saya menggubal soalan Sejarah secara sistematik. Semasa saya menggubal set soalan, saya mementingkan kemudahan murid semasa menjawab soalan dengan menyusun soalan-soalan dengan kemas dan pilihan jawapan juga disusun dari pendek hingga panjang. Tajuk ini penting kerana ia berkaitan dengan profesional guru. Pada pendapat saya, sebagai seorang guru, kita akan dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan set soalan, oleh demikian kita mestilah memiliki pengetahuan tentang pentaksiran pembelajaran dengan mendalam dan jelas. Kita tidak boleh menyampaikan pengajaran sahaja tanpa membuat apa-apa, maka haruslah memastikan murid-murid

description

refleksi

Transcript of 8. Refleksi

REFLEKSISepanjang melaksanakan kerja kursus Pentaksiran dalam Pembelajaran Sejarah (SJH 3093), saya telah didedahkan dengan bermacam-macam pengetahuan berkaitan pentaksiran dalam pembelajaran Sejarah. Saya telah menulis sebuah esei berkaitan menjelaskan konsep dan ciri-ciri pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian. Dengan membuat tugasan tersebut, saya lebih memahami bahawa keempat-empat istilah ini mempunyai pengertian yang berbeza dan bukan bermaksud penilaian. Kebaikan membuat tugasan tersebut ialah membolehkan saya mendalami proses-proses pentaksiran supaya saya dapat menjalankan proses-proses tertentu di sekolah kelak mengikut kehendak dan matlamat sendiri tanpa mengelirukan. Tugasan kedua dan ketiga merupakan membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dan menghasilkan satu set soalan Sejarah Tahun 4 berserta skema pemarkahan. Kemahiran ini memang penting bagi seorang guru kerana guru mesti mengikut JSU untuk menghasilkan set soalan. JSU membantu kita menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian dan ia juga menentukan perimbangan antara topik dengan aras kemahiran yang diuji serta kepentingan lain. JSU ini merupakan panduan untuk membentuk soalan dan membantu saya menggubal soalan Sejarah secara sistematik. Semasa saya menggubal set soalan, saya mementingkan kemudahan murid semasa menjawab soalan dengan menyusun soalan-soalan dengan kemas dan pilihan jawapan juga disusun dari pendek hingga panjang. Tajuk ini penting kerana ia berkaitan dengan profesional guru. Pada pendapat saya, sebagai seorang guru, kita akan dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan set soalan, oleh demikian kita mestilah memiliki pengetahuan tentang pentaksiran pembelajaran dengan mendalam dan jelas. Kita tidak boleh menyampaikan pengajaran sahaja tanpa membuat apa-apa, maka haruslah memastikan murid-murid dapat menguasai apa yang kita ajar dengan proses-proses berkaitan pentaksiran tersebut. JSU yang sesuai dan baik dibina harus dibuat pertimbangan daripada pelbagai aspek. Misalnya, masa pengajaran bagi satu topik, aras kemahiran, bilangan soalan, topik-topik sejarah dan sebagainya. Dalam menggubal set soalan, guru mestilah bersikap tanggungjawab dan adil. Guru tidak boleh semata-mata menyalin semua soalan daripada buku latihan tetapi haruslah berfikir untuk mereka soalan baru supaya murid tidak dapat mengambil kesempatan untuk memperoleh markah tinggi. Pentaksiran amat penting bagi setiap orang. Ia dapat memotivasikan kita supaya memajukan diri dalam sesuatu perkara seperti pembelajaran murid. Pengalaman melaksanakan tugasan ini adalah amat berharga kepada saya dan akan saya ingati untuk dipraktikkan kepada murid-murid saya apabila saya bergelar sebagai seorang guru Sejarah nanti.