86927338 Pembinaan Instrumen Dan Item Pentaksiran Dalam Pendidikan Moral

13
1 PEMBINAAN INSTRUMEN DAN ITEM PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL PENGENALAN Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Ia merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara berterusan. Ia hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996. Secara keseluruhannya pentaksiran bertujun untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil pentasiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan berkesan dan seterusnya membantu guru mengembnagkan potensi murid ketahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. P & P dalam aspek kognitif merujuk kepada Dewey (1916) dan pemerhatiannya bahawa setiap insan mempunyai kapasiti untuk berfikir. Menurut Polson & Jeffries (1985), mereka telah mengatakan pemikiran berkaitan secara langsung dengan kemahiran penyelesaian masalah. Manakala menurut Ennis (1985, 1991) berpendapat pemikiran merupakan beberapa siri proses pemikiran secara logik. Selain itu,Galotti (1989) menyatakan terdapat dua jenis membuat keputusan kesan dari pemikiran, iaitu “formal reasoning” dan “everyday reasoningTujuan Pentaksiran Memantau perkembangan murid Melaksanakan penilaian dan memperhalusi kurikulum. Menyediakan maklum balas untuk melaporkan penguasaan seseorang murid. Memotivasi murid. Menentukan tahap pencapaian. Mengadaptasi strategi pengajaran mengikut kebolehan dan kebolehan pelajar.

Transcript of 86927338 Pembinaan Instrumen Dan Item Pentaksiran Dalam Pendidikan Moral

Page 1: 86927338 Pembinaan Instrumen Dan Item Pentaksiran Dalam Pendidikan Moral

1

PEMBINAAN INSTRUMEN DAN ITEM PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

MORAL

PENGENALAN

Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan

murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Ia merupakan sebahagian daripada proses

pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara berterusan. Ia hendaklah dilaksanakan secara

tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996. Secara keseluruhannya

pentaksiran bertujun untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan

mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil pentasiran membolehkan guru mengambil

tindakan susulan berkesan dan seterusnya membantu guru mengembnagkan potensi murid

ketahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

P & P dalam aspek kognitif merujuk kepada Dewey (1916) dan pemerhatiannya bahawa

setiap insan mempunyai kapasiti untuk berfikir. Menurut Polson & Jeffries (1985), mereka telah

mengatakan pemikiran berkaitan secara langsung dengan kemahiran penyelesaian masalah.

Manakala menurut Ennis (1985, 1991) berpendapat pemikiran merupakan beberapa siri proses

pemikiran secara logik. Selain itu,Galotti (1989) menyatakan terdapat dua jenis membuat

keputusan kesan dari pemikiran, iaitu “formal reasoning” dan “everyday reasoning”

Tujuan Pentaksiran

Memantau perkembangan murid

Melaksanakan penilaian dan memperhalusi kurikulum.

Menyediakan maklum balas untuk melaporkan penguasaan seseorang murid.

Memotivasi murid.

Menentukan tahap pencapaian.

Mengadaptasi strategi pengajaran mengikut kebolehan dan kebolehan pelajar.

Page 2: 86927338 Pembinaan Instrumen Dan Item Pentaksiran Dalam Pendidikan Moral

2

MASALAH DAN KAEDAH PENYELESAIAN PEMBINAAN INSTRUMEN DAN ITEM

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL

Terdapat beberapa masalah yang berlaku dalam pembinaan instrument dan item

pentaksiran dalam Pendidikan Moral. Antara masalah tersebut adalah, sesetengah guru

Pendidikan Moral tidak mengetahui apakah instrumen dan item pentaksiran dalam Pendidikan

Moral. Selain itu juga, guru-guru yang mengetahui tentang instrument dan item pentaksiran

dalam Pendidikan Moral tidak mengetahui cara-cara untuk melakukan item pentaksiran ini.

Terdapat dua jenis instrumen dalam Pendidikan Moral. Dua instrumen tersebut adalah

instrumen pentaksiran formal dan instrumen pentaksiran tidak formal.

Item Pentaksiran

Pentaksiran Formal Pentaksiran Tidak Formal

- Objektif - Pemerhatian

- Subjektif - Temubual

- Hasil Kerja Murid

- Senarai Semak

- Rekod Anekdot

Page 3: 86927338 Pembinaan Instrumen Dan Item Pentaksiran Dalam Pendidikan Moral

3

Pentaksiran Formal

Kebiasaannya penggunaan ujian kertas dan pensel dapat memberi ukuran pencapaian

pelajar dalam aspek kognitif/pemikiran moral.

Pembinaan item ujian objektif dan subjektif boleh dilakukan mengikut aras kesukaran

yang dinyatakan dalam Taksonomi Bloom.1

Ia dijalankan dalam dua bentuk iaitu secara formal dan tidak formal. Pentaksiran dalam

bentuk formal dijalankan melalui penilaian yang berbentuk ujian pensil kertas. Penilaian

fomal boleh berbentuk objektif dan subjektif. 2

Jenis-jenis ujian objektif dan subjektif:-

Soalan Objektif

Soalan subjektif

Soalan aneka pilihan

- Jawapan terbaik

- Positif dan negative

- Cantuman

Soalan betul salah

Soalan yang memrlukan jwapan yang

pendek

Soalan melengkapkan perkataan, ayat

dan cerita.

Soalan menggunakan gambar.

1 http://www.officeport.com/edu/blooms.htm

2 Gerald S. Hanna and Peggy Dettmer, Assessment for Effective Teaching: Using Context-Adaptive Planning,

Pearson/Allyn and Bacon, 2004.

Page 4: 86927338 Pembinaan Instrumen Dan Item Pentaksiran Dalam Pendidikan Moral

4

Aras Kemahiran Ujian Bertulis

Item objektif atau subjektif boleh dibina untuk semua aras kemahiran dalam bidang

kognitif/pemikiran moral di bawah kategori Taksonomi Bloom.3

Perhatikan jadual di bawah:

Aras kemahiran dalam bidang Objektif Contoh soalan

1.Pengetahuan

Menguji kebolehan pelajar mengingat kembali

fakta, erti, istilah, prinsip, hukum dan definisi

yang telah dipelajari.

Nyatakan nilai yang berkaitan dengan Tuhan

dan pengolahan alam semulajadi oleh

manusia.

2. Kefahaman

Menguji kebolehan murid memahami,

menukar dan menjelaskan fakta, konsep,

prinsip, hukum dan teori yang telah dipelajari.

Huraikan maksud nilai bertanggungjawab

3. Aplikasi

Menguji kebolehan pelajar menggunakan

fakta, konsep, hukum, teori, prinsip,

pengetahuan dan kemahiran untuk

menyelesaikan masalah yang berkaitan

Arasu seorang pelajar yang jarang

menguruskan diri dan jadual pembelajarannya.

Dia selalu bergantung kepada orang lain untuk

menyiapkan kerja rumahnya. Jelaskan nilai

yang sepatutnya diamalkan oleh Arasu.

4. Analisis

Menguji kebolehan pelajar membanding dan

menghuraikan faktor-faktor kesamaan,

perbezaan dan perhubungan di antara satu

sama lain.

Yang manakah pernyataan berikut TIDAK

menerangkan ciri nilai bertanggungjawab

dengan betul?

5. Sintesis

Menguji kebolehan pelajar mencantumkan,

menggabungkan dan mengintergrasikan fakta-

fakta atau idea-idea yang berkaitan

Cekal, gigih, tekun, dedikasi dan daya usaha.

Semua ciri yang dinyatakan adalah berkaitan

dengan nilai ………………

3 (Dipetik dari Adapted from Champagne, Lovitts and Calinger (1990).Assessment in the Service of Instruction. Washington, AAAS.)

Page 5: 86927338 Pembinaan Instrumen Dan Item Pentaksiran Dalam Pendidikan Moral

5

6. Penilaian

Menguji kebolehan calon membuktikan,

menilaikan, mengesahkan, mengkritikkan,

merumuskan atau memberi pendapat sesuatu

pernyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan

sebagainya.

Di antara nilai-nilai yang berikut, yang

manakah paling efektif digunakan untuk

mendidik kanak-kanak sifat kebersihan diri?

Panduan Menulis Ujian

Pokok soalan mesti ditulis dalam bahasa yang mudah difahami

Pilihan jawapan atau gerak balas hendaklah ditulis sejajar dengan pokok soalan

Struktur item haruslah dibentuk mengikut format yang biasa diamalkan

Ujian Subjektif

Ujian esei

Pelajar menjawab soalan dalam tulisan/perkataan sendiri

Jawapan- satu ayat, beberapa ayat, satu perenggan, beberapa perenggan, satu karangan

Pelajar bebas memilih, menerangkan, membentangkan idea-idea dengan perkataan

sendiri

Pemeriksa memeriksa secara subjektif, holistik, analitik(mengikut kriteria pemarkahan

Jenis-Jenis Soalan Subjektif

Jenis respons terhad

o mengandungi soalan yang memerlukan pelajar menulis jawapan secara ringkas

o contoh: beri dua faedah mengolah alam semulajadi dengan baik

Jenis respons lanjutan

o mengandungi soalan yang memerlukan pelajar memberi jawapan dalam satu atau

beberapa perenggan

Page 6: 86927338 Pembinaan Instrumen Dan Item Pentaksiran Dalam Pendidikan Moral

6

o contoh: Huraikan cara-cara mengurangkan vandalisme di kalangan pelajar

sekolah dengan merujuk kepada nilai-nilai dalam Pendidikan Moral.

Di bawah soalan jenis respons terhad ada:

Soalan berstruktur

o satu siri soalan yang berkaitan dengan sesuatu isu yang dikemukakan satu demi

persatu

o jawapan yang diberikan merupakan satu penyelesaian kepada isu yang

dikemukakan(nilai, sikap, tingkahlaku)

Soalan berpandu

o mengandungi penggerak-penggerak atau stimuli seperti gambar, peta, carta dan

lain-lain

o pelajar menjawab berdasarkan penggerak-penggerak yang disediakan

Soalan jenis gerak balas lanjutan

soalan jenis perbicaraan

memberi peluang kepada pelajar menjawab secara bebas- menghuraikan idea/pendapat

secara bertulis

sangat sesuai digunakan untuk mengukur proses pemikiran, daya kreatif, keaslian idea,

induksi, imaginasi

menilai aras yang lebih tinggi (analisis, sintesis, penilaian)

Contoh: Huraikan kesan Rumah Hijau kepada penduduk dunia.

Rancangkan satu projek amal bakti di sekolah anda. Bezakan di antara tanggungjawab

terhadap keluarga dan tanggungjawab terhadap negara.

Pentafsiran soalan subjektif

Skop jawapan soalan terlalu luas

Soalan yang menimbulkan perbalahan

Page 7: 86927338 Pembinaan Instrumen Dan Item Pentaksiran Dalam Pendidikan Moral

7

Kesukaran soalan di luar kemampuan pelajar

Soalan terlalu mudah

Soalan yang kurang jelas

Panduan menggubal soalan subjektif bagi mata pelajaran Pendidikan Moral

Digubal berdasarkan aspek penting – bahan P&P

Istilah dan bahasa dalam soalan jelas dan tepat

Soalan mesti spesifik dan berlandaskan nilai

Ada ciri keesahan-topik, aras kemahiran

Ciri keobjektifan – jawapan, skema pemarkahan

Ciri kebolehpercayaan – wajib dijawab

Pentaksiran Tidak Formal

Pentaksiran jenis ini adalah lebih kepada membuat penilaian serta pemerhatian tentang

seseorang murid di dalam bilik darjah. Pemerhatian serta penilaian ini boleh berasaskan tingkah

laku, emosi , dan juga kognitif. 4

Jenis-jenis Pentaksiran Tidak Formal

A) Pemerhatian

Adalah satu kaedah penilaian melalui pemerhatian yang dijalankan secara bersistematik dan

tepat untuk mengumpul maklumat dan merekodnya dengan tepat tentang murid yang menjadi

sasaran pemerhatian ataupun secara keseluruhan kelas. Jika ia melibatkan individu tertentu, ia

adalah bertujuan untuk mengenal pasti punca, sebab atau permasalahan yang dihadapi sama ada

berkaitan dengan pembelajaran cara bersosialisasi ataupun isu moral yang dihadapi. Pemerhatian

akan dibuat dalam bentuk memerhati tentang tingkah laku , perbualan atau interaksi sosial murid,

dan juga hasilan kerja.

4 Ee, Ah Meng, Pelajar bermotivasi pelajar cemerlang, Fajar Bakti, Shah Alam, 1998.

Page 8: 86927338 Pembinaan Instrumen Dan Item Pentaksiran Dalam Pendidikan Moral

8

Tujuan Pemerhatian

Mengesan serta-merta

Mengesan kemajuan

Mengesan pencapaian

Mengesan fenomena tingkah laku

Digunakan untuk menilai : -

o Sikap

o Perlakuan atau amalan

o Amali

o Kemahiran manipulatif

o Kemahiran bersosial

o Kemahiran belajar

o Kemahiran kinestetik

o Kemahiran literasi komputer

o Kemahiran mereka cipta

Merekod Pemerhatian

1) Rekod Berterusan

Catatan dalam bentuk cerita (narrative) yang dibuat ke atas indidvidu atau kumpulan murid

semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang dikatakan oleh murid akan

dicatat sepanjang tempoh pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan

dalam tempoh 5-10 minit. Daripada pemerhatian ini guru akan dapat mengukur tentang

keupayaan murid bertoleransi, berinteraksi, dan memahami konsep-konsep moral yang perlu ada

pada setiap individu.

Page 9: 86927338 Pembinaan Instrumen Dan Item Pentaksiran Dalam Pendidikan Moral

9

B) Temu bual

Temubual merupakan satu instrumen yang digunakan dalam kajian yang berbentuk

tinjauan. Tujuannya ialah untuk menghasilkan satu set item yang boleh digunakan secara

optimum untuk menjawab persoalan kajian. Antara bentuk temu bual iailah temu bual

berstruktur, temu bual semi struktur, dan temu bual yang tidak berstruktur. Guru mestilah

menentukan jenis temu bual dalam kajian, rancangan temu bual, stail, kandungan dan susunan

soalan temu bual. Ciri-ciri soalan temu bual mestilah mudah, jelas , dan susunan temu bual, serta

tempoh yang sesuai dan tidak terlalu lama untuk menggelakkan kebosanan responden.

C) Hasil Kerja Murid

Hasil kerja murid yang terpilih sahaja perlu dimasukkan di dalam fortfolio. Pemilihan hasil

kerja hendaklah dibuat oleh murid bersama guru. Hasil kerja murid termasuklah:

i. Gambar atau lukisan

ii. Tulisan

iii. Binaan yang disempurnakan

iv. Cerita yang ditulis

v. Buku skrap

Catatan perlu dibuat keatas setiap hasil kerja murid yang telah dipilih setelah dianalisis dan

dinilai. Catatan yang dibuat biasanya menggambarkan tahap kebolehan, contohnya sudag boleh

membuat bulatan, sudah boleh menulis huruf. Koleksi hasil kerja murid dalam portfolio harus

mengandungi hasil kerja yang melibatkan murid khususnya semasa pemilihan isi kandungan,

penentuan criteria pemilihan isi kandungan, penentuan criteria untuk menilai dan bukti refleksi

yang dibuat oleh murid.

Maklumat daripada hasil kerja murid ini membantu guru memahami murid dari segi

perasaan, sikap dan mengenal pasti kemajuan tahap penguasaan murid terhadap sesuatu

kemahiran, pengetahuan dan amalan nilai-nilai murni.

Page 10: 86927338 Pembinaan Instrumen Dan Item Pentaksiran Dalam Pendidikan Moral

10

D) Senarai semak

Senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi pengetahuan,

kemahiran, sikap , sahsiah, dan kebolehan murid. Senarai item yang disediakan adalah untuk

menentukan sama ada yang berkaitan dengan tingkah laku yang dapat diperhatikan, kekerapan

tingkah laku itu berlaku, dan lain-lain berdasarkan keperluan pemerhatian. Ia memerlukan satu

bentuk jadual dan setiap pemerhatian yang dapat dilihat hanya akan dicatat dengan menandakan

( ) atau cara lain.

E) Anekdot

Satu catatan ringkas mengenai satu peristiwa atau tingkah laku murid yangdianggap

penting, unik dan signifikan untuk direkodkan. Anekdot ditulis secara objektif menerangkan

fenomena yang berlaku, bila dan di mana berlaku. Catatan ringkas ini akan membantu guru

memahami tentang diri murid berkenaan. Perkara-perkara yang ditulis dalam rekod anekdot ialah

yang menggambarkantentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial , kemahiran

menyelesaikan masalah dan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh murid.

Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk menulis rekod anekdot ialah:

Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku.

Mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek

Perkembangan kanak-kanak, merangkumi kelebihan dan kekurangan.

Menulis maklumat selepas peristiwa berlaku

Menulis apa yang dilihat secara objektif

Maklumat yang biasanya direkodkan adalah berpandukan peristiwa

menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola

interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Page 11: 86927338 Pembinaan Instrumen Dan Item Pentaksiran Dalam Pendidikan Moral

11

KESIMPULAN

1. Ujian objektif memerlukan pelajar memberikan respons yang pendek atau dipilih

daripada beberapa pilihan jawapan. Contoh ujian objektif ialah aneka pilihan, salah

benar, ujian padanan dan ujian melengkapkan jawapan.

2. Ujian subjektif terdiri daripada soalan yang memerlukan pelajar memberikan respons

secara bertulis.

3. Manakala item-item dalam pentaksiran tidak formal merupakansatu proses sistematik

untuk mengumpul maklumat yang digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran.pentaksiran ialah proses yang menggunakan data kualiti dan data kuantiti

untuk membuat taksiran tersebut.5 Penilaian biasanya dianggap sebagai satu proses

pengujian formal dan biasanya menimbulkan tekanan dan ketegangan dikalangan pelajar.

4. Pembinaan instrument tentang pengukuran dan penilaian bertujuan mendapatkan

maklumat yang sah, boleh dipercayai serta berguna berhubung dengan pencapaian

pelajar-pelajar. Proses ini melibatkan usaha penentuan tentang apa yang hendak diukur,

kemudian mentakrifkannya supaya item boleh dibina untuk mengukurnya. Domain

pencapaian pelajar hendaklah jelas supaya item soalan dapat dibentuk.

5 Dalam kebanyakan perancangan pentaksiran kepastian atau kebolehpercayaan terhadap pentaksiran adalah amat

berkurangan. Kebanyakan pentaksiran dikatakan tidak mempunyai nilai "kesahan" dan "kebolehpercayaan"

Page 12: 86927338 Pembinaan Instrumen Dan Item Pentaksiran Dalam Pendidikan Moral

12

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Md.Aroff. (1999).Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral,Serdang:

Penerbit UPM.

Abdul Rahman Abdul Rashid, Yap Keni Fatt dan Abd. Rahim Selamat ( 2001).BahasaMelayu Komunikasi 2 :

Komunikasi Retorika, Femina.

Ee, Ah Meng, (1998) Pelajar bermotivasi Pelajar Cemerlang, Fajar Bakti, Shah Alam.

Ee, Ah.Meng. ( 1994). Pendidikan Moral (Elektif).Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd

Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral . Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.

Brown, James Dean, (1995) The elements Of Language Curriculum : a Systematic Approach to

Program Development / James Dean Brown. Boston : Heinle & Heinle.

Gerald S. Hanna and Peggy Dettmer, (2004). Assessment for Effective Teaching: Using Context-

Adaptive Planning, Pearson/Allyn and Bacon.

H e n a M u k h e r j e e , J u d y E l l i s e t . a l . ( 1 9 9 2 ) . Strategi Pengajaran Pendidikan

Moral KBSM. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Hinman, L.M. (2000).Contemporary Moral Issues: Diversity and Consensus. (2nd. Ed.) New Jersey:

Prentice Hall.Kurtins.

W. M. and Gewirtz, J.L. (1995). Moral development: an introduction. US:Allyn and Baco

Page 13: 86927338 Pembinaan Instrumen Dan Item Pentaksiran Dalam Pendidikan Moral

13