8)Refleksi Tugasan Kerja Kursus Projek BMM 3117

download 8)Refleksi Tugasan Kerja Kursus Projek BMM 3117

of 1

Transcript of 8)Refleksi Tugasan Kerja Kursus Projek BMM 3117

41

REFLEKSI TUGASAN KERJA KURSUS PROJEK BMM 3117

Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian Bahasa(RPH) Melayu yang telah dibuat, saya mendapati pendekatan,kaedah, dan teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu adalah sangat releven di dalam penghasilan Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu.Pendekatan yang diaplikasikan dalam penghasilan RPH Bahasa Melayu telah membantu untuk merangka suatu corak perjalanan RPH menjadi lebih baik dari segi perancangannya.Pendekatan ini membentuk suatu rangka luar yang kukuh dan memayungi perancangan pengajaran yang bakal dijalankan.Di dalam RPH yang telah dirangka itu pendekatan yang dipilih ialah deduktif iaitu apabila pengajaran tentang ayat yang umum dimulakan pada awal P&P yang kemudiannya membawa kepada cirri yang spesifik iaitu dari segi frasa ayat,sebutan dan intonasi yang ditekankan. Seterusnya saya pergi lebih spesifik iaitu berkenaan kaedah pengajaran yang digunakan di dalam RPH iaitu kaedah natural.Ini dikaitkan dengan perjalanan RPH yang dimulakan dengan lisan,bertutur dan seterusnya kepada membaca dan menulis.Ini diperlihatkan dengan jelas dengan perubahan kemahiran bahasa yang digunakan pada setiap langkah pengajaran. Di dalam RPH yang telah dirangka ini teknik yang menjadi keutamaan di sini ialah teknik bercerita yang memberikan ruang kepada murid untuk meluahkan idea mereka berdasarkan bahan rangsangan yang telah diberikan iaitu tayangan video.Selain itu teknik yang diaplikasikan ialah teknik perbincangan iaitu dilakukan semasa di langkah tiga apabila murid diberikan peluang untuk berbincang sesama ahli kumpulan untuk mengeluarkan dan berkongsi idea sebelum dipersembahkan dapatan mereka kepada kelas. Kesimpulannya,pendekatan,kaedah, dan teknik pengajaran adalah saling berkait dan menjadi elemen yang menunjangi RPH bagi menjalankan P&P Bahasa Melayu untuk murid sekolah rendah.