Acf422 fasa5 plot lakonan analisis penilaian js

5
Analisis Penilaian Fasa 5 Fasa kelima ini merupakan fasa pengajaran plot yang kedua bagi teks drama Jalan Sempit. Secara sepintas lalu, fasa ini mengandungi: 1. Aktiviti perbincangan berkumpulan, dan 2. Aktiviti lakonan hasil perbincangan setiap kumpulan. Secara keseluruhan, jenis penilaian yang digunakan bagi langkah ini berbentuk formatif yang dilakukan secara informal, iaitu melalui pemerhatian, lisan dan penulisan. Bagi bentuk aktiviti yang bersifat informal dan santai ini, jenis penilaian sedemikian mencukupi. Objektif penilaian yang dilakukan untuk aktiviti ini ialah untuk mengukur tahap pemahaman pelajar mengenai teks Jalan Sempit dan menggunakan aspek CoRT, iaitu alternatif, kemungkinan dan pilihan (APC), untuk meminta para pelajar untuk mencipta peleraian alternatif bagi teks tersebut, berdasarkan 4 watak penting yang dipilih setiap kumpulan. Berdasarkan Rubrik Penilaian Persembahan yang disediakan untuk fasa ini, aktiviti lakonan ini berfungsi untuk menilai keberkesanan setiap kumpulan

Transcript of Acf422 fasa5 plot lakonan analisis penilaian js

Page 1: Acf422 fasa5 plot lakonan analisis penilaian js

Analisis Penilaian Fasa 5

Fasa kelima ini merupakan fasa pengajaran plot yang kedua bagi teks

drama Jalan Sempit. Secara sepintas lalu, fasa ini mengandungi:

1. Aktiviti perbincangan berkumpulan, dan

2. Aktiviti lakonan hasil perbincangan setiap kumpulan.

Secara keseluruhan, jenis penilaian yang digunakan bagi langkah ini

berbentuk formatif yang dilakukan secara informal, iaitu melalui pemerhatian,

lisan dan penulisan. Bagi bentuk aktiviti yang bersifat informal dan santai ini,

jenis penilaian sedemikian mencukupi.

Objektif penilaian yang dilakukan untuk aktiviti ini ialah untuk mengukur

tahap pemahaman pelajar mengenai teks Jalan Sempit dan menggunakan

aspek CoRT, iaitu alternatif, kemungkinan dan pilihan (APC), untuk meminta

para pelajar untuk mencipta peleraian alternatif bagi teks tersebut,

berdasarkan 4 watak penting yang dipilih setiap kumpulan. Berdasarkan

Rubrik Penilaian Persembahan yang disediakan untuk fasa ini, aktiviti lakonan

ini berfungsi untuk menilai keberkesanan setiap kumpulan untuk mencipta

peleraian alternatif bagi teks Jalan Sempit. Penilaian tersebut dilakukan

berdasarkan tiga faktor , iaitu:

1. keberkesanan lakonan menyampaikan nilai yang positif,

2. kekreatifan persembahan, dan

3. aspek kesesuaian bahasa yang digunakan berdasarkan konteks

dan berkesan.

Page 2: Acf422 fasa5 plot lakonan analisis penilaian js

Penilaian ini dilakukan oleh guru dan para pelajar lain di dalam kelas. Pelajar

akan mengupas nilai positif yang ingin disampaikan melalui persembahan

tersebut, beri hujah yang munasabah dan membuat penilaian mengenai

kerasionalan peleraian tersebut. Setiap kumpulan telah ditetapkan untuk

membuat penilaian dan pandangan untuk satu kumpulan yang lain. Ini

dilakukan untuk memastikan setiap kumpulan akan diberi peluang untuk

menyuarakan dan menerima pandangan daripada kumpulan lain mengenai

prestasi dan keberkesanan persembahan kumpulan mereka. Meskipun guru

telah membuat ketetapan sedemikian, kumpulan-kumpulan lain juga

digalakkan untuk bersuara ketika pengulasan dan perbincangan selepas

setiap persembahan.

Jenis aktiviti yang boleh disifatkan sebagai santai dan informal

ini tidak akan menjejas kualiti perbincangan dan penilaian yang dilakukan

setelah setiap persembahan akan dijalankan. Untuk memastikan kualiti

perbincangan yang tinggi, guru akan bertanya soalan yang mengajak para

pelajar untuk berfikir secara kritis dan analitis. Melalui perbincangan dan

pemerhatian yang dijalankan, guru akan dapat mengukur kebolehan para

pelajar untuk membuat penilaian yang berkualiti dan melatih mereka untuk

melihat perspektif yang berbeza mengenai sesuatu perkara. Sepertimana

yang difahamkan, penilaian formatif merupakan penilaian berterusan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga bertujuan untuk mengesan

penguasaan dan kemajuan murid untuk memperbaiki kelemahannya dengan

serta merta. Melalui perbincangan ini, setiap kumpulan akan dapat lapor balik

yang dapat memperbaiki kelemahan pemahaman atau keberkesanan lakonan

Page 3: Acf422 fasa5 plot lakonan analisis penilaian js

pelajar. Selain itu, aspek lakonan ini juga akan dapat meningkatkan apresiasi

pelajar terhadap teks Jalan Sempit.

Unsur kepelbagaian kecerdasan yang terlibat ialah kinestetik, visual-

spatial, interpersonal, intrapersonal, linguistik, dan logikal. Keseluruhan aktiviti

ini boleh diklasifikasikan sebagai suatu aktiviti yang bertahap rendah dan

tinggi dalam Taksonomi Bloom, iaitu tahap mengingat, memahami,

mengaplikasi, menilai dan mencipta. Aktiviti ini juga selari dengan Hasil yang

Diingini melalui Pendidikan (DOE). Antara hasil yang diingini dalam setiap

pelajar setelah tamat tahap sekolah menengah yang berkaitan dengan aktiviti

ini ialah:

1. mempunyai integriti moral,

2. yakin dengan kebolehan diri dan dapat menyesuaikan diri dengan

perubahan,

3. mempunyai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan dan

menunjuk empati kepada orang lain,

4. mempunyai daya kreativiti dan sifat ingin tahu

5. dapat menghargai perbezaan pendapat dan berkomunikasi secara

efektif, dan akhir sekali, dan

6. menjadikan pembelajaran itu suatu tanggungjawab diri.