Adab-Adab Ziarah Kubur · PDF fileBerdoa kepada jenazah, meminta sekian-sekian hajat dan...
Transcript of Adab-Adab Ziarah Kubur · PDF fileBerdoa kepada jenazah, meminta sekian-sekian hajat dan...
Adab-Adab Ziarah Kubur Islam sebagai agama yang syumul tidak meninggalkan sesuatu
amalan atau perkara melainkan ia membimbing kita kepada apa yang
bermanfaat dan menjauhkan kita dari apa yang memudaratkan.
Antaranya ialah amalan ziarah kubur di mana Islam telah memberikan
sejumlah adab yang perlu kita perhatikan, iaitu:
1. Membetulkan Tujuan Ziarah Kubur. Tujuan ziarah kubur ialah supaya ia memberi manfaat kepada penziarah supaya insafi diri serta hulurkan sedekah bacaan Al-Quran
kepada mereka yang telah mendahului kita.
2. Mengucapkan Salam.
Apabila memasuki kawasan perkuburan Muslim, ucapkanlah
salam kepada mereka. Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallam telah
mengajar beberapa ucapan, salah satu darinya ialah:
3. Tidak Mengucapkan Perkataan Yang Keji Dan Batil.
Perkataan keji dan batil terdiri dari tiga jenis:
Berbicara urusan dunia.
Mencela, mengkritik dan menyebut aib jenazah yang
dikebumikan di perkuburan itu.
Berdoa kepada jenazah, meminta sekian-sekian hajat dan
perlindungan dengan harapan jenazah dapat memakbulkan
doanya atau jenazah memberi pengaruh kepada Allah agar Allah
memakbulkan doanya.
4. Tidak Memijak Kubur.
Jabir radhiallahu ‘anh menerangkan:
Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melarang dari
mengkapur(menyimen) kubur, menulis di atasnya, membuat
binaan di atasnya dan memijaknya.[14]
Terdapat empat larangan dalam hadis ini:
Dilarang menyimenkan kubur, yakni mensimenkannya atau
membuat binaan konkrit, jubin, marmar dan sebagainya.
(Kerana Tanah itu adalah Tanah Wakaf) Dilarang menulis di atasnya doa-doa di batu nisan atau
menulis ayat-ayat al-Qur’an di binaan sekeliling kubur.
Dilarang membuat binaan di atas kubur umpama masjid,
kubah, tembok dan sebagainya. Jika dibimbangi kubur akan
rosak disebabkan kesan alam (hujan lebat, angin kuat,
peralihan tanah), boleh membuat binaan yang tingginya
tidak lebih sejengkal sekadar untuk memelihara keutuhan
kubur.
Di larang memijak di atas kubur. Boleh berjalan di antara
dan di sekitar kubur namun jangan di atas kubur.
5. Tidak Bersandar Kepada Kubur.
‘Amr bin Hazm al-Anshari radhiallahu ‘anh menceritakan:
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melihat aku bersandar
kepada sebuah kubur lalu baginda berkata: “Jangan
menyakiti ahli kubur ini”
6. Tidak Duduk Di Atas Kubur.
Dilarang duduk di atas kubur ( duduk tepat di atas kubur )
Dibolehkan duduk di tepi kubur. WallahuA’lam www.dakwahpdf.blogspot.com