Aktiviti Melibatkan 5 Deria

5
AKTIVITI MELIBATKAN 5 DERIA Rangsangan deria adalah sangat penting kerana deria adalah faktor utama yang menentukan sama ada penyampaian mesej ke otak melalui sistem saraf berlaku dengan baik atau tidak. Deria, saraf dan otak sangat berhubungkait.Oleh sebab itu,jika tiada rangsangan yang baik, maka sel-sel otak tidak akan berkembang dengan baik. Kelamahan pada sistem saraf juga akan menyebabkan kelemahan pada otak. Sistem saraf adalah antara sistem badan yang terpenting yang meliputi seluruh anggota badan. Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan untuk merangsang deria kanak-kanak:- DERIA SENTUHAN Secara asasnya kulit kita mempunyai 5 reseptor iaitu “pain,heat,cold,touch & pressure”. Rangsangan yang baik adalah apabila ia melibatkan kelima-lima reseptor kulit tadi. AKTIVITI MELIBATKAN DERIA SENTUHAN Mengejar Belon Buih 1. Murid dibawa ke taman permainan yang mempunyai padang berumput dan pasir. 2. Murid diminta membuka kasut masing-masing. 3. Guru meniupkan belon buih dan meminta murid untuk mengejar belon tersebut. Bahan Masakan

description

Aktiviti Melibatkan 5 Deria

Transcript of Aktiviti Melibatkan 5 Deria

AKTIVITI MELIBATKAN 5 DERIARangsangan deria adalah sangat penting kerana deria adalah faktor utama yang menentukan sama ada penyampaian mesej ke otak melalui sistem saraf berlaku dengan baik atau tidak. Deria, saraf dan otak sangat berhubungkait.Oleh sebab itu,jika tiada rangsangan yang baik, maka sel-sel otak tidak akan berkembang dengan baik. Kelamahan pada sistem saraf juga akan menyebabkan kelemahan pada otak. Sistem saraf adalah antara sistem badan yang terpenting yang meliputi seluruh anggota badan.Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan untuk merangsang deria kanak-kanak:-DERIA SENTUHANSecara asasnya kulit kita mempunyai 5 reseptor iaitu pain,heat,cold,touch & pressure. Rangsangan yang baik adalah apabila ia melibatkan kelima-lima reseptor kulit tadi. AKTIVITI MELIBATKAN DERIA SENTUHANMengejar Belon Buih1. Murid dibawa ke taman permainan yang mempunyai padang berumput dan pasir.2. Murid diminta membuka kasut masing-masing.3. Guru meniupkan belon buih dan meminta murid untuk mengejar belon tersebut.Bahan Masakan1. Guru menunjukkan bahan masakan pada murid, seperti garam,beras,bunga cengkih,tepung dan parut kelapa.2. Murid diminta menyentuh bahan-bahan tersebut satu persatu.3. Sambil murid menyentuh bahan-bahan tersebut,guru menerangkan tekstur bahan-bahan tersebut kepada murid.Hidangan Air1. Guru menyediakan teh panas dan menghidangkannya diatas meja.2. Murid diminta merasakan haba dari atas gelas menggunakan tapak tangan.3. Murid diminta mengambil ais batu dan memasukkan satu persatu kedalam gelas tersebut.4. Murid diminta untuk minum air tersebut selepas ianya sudah sejuk.DERIA BAU Pelbagai bahan boleh digunakan untuk merangsang deria bau kanak-kanak. Sebagai contoh bunga, rempah ratus, buah-buahan,makanan dan sebagainya.AKTIVITI MELIBATKAN DERIA BAUBahan Masakan1. Guru menyediakan bahan masakan seperti serai,daun limau purut dan cinnamon.2. Murid diberikan seorang satu persatu bahan-bahan tersebut.3. Murid diminta menghidu bahan tersebut satu persatu dan menyatakan tentang bau bahan tersebut samada wangi,busuk atau sebagainya.DERIA RASADeria rasa adalah deria yang melibatkan lidah. Lidah mempunyai fungsi tersendiri untuk membezakan rasa manis, masam, masin, pahit, tawar, pedas dan sebagainya.AKTIVITI MELIBATKAN DERIA RASAMakan Buah-buahan1. Guru menghidangkan buah-buahan kepada murid seperti rambutan, limau, tembikai, manga muda dan durian (yang telah dikupas).2. Guru meminta murid beramai-ramai makan buah-buahan tersebut.3. Sambil mereka makan buah-buahan tersebut,murid diminta menyatakan tentang rasa buah-buahan tersebut seperti masam, manis, pahit atau sebagainya.

DERIA PENDENGARANBanyak aktiviti yang boleh dijalankan untuk merangsang deria pendengaran seperti menyanyi, pergerakan berirama, berbisik dan sebagainya.AKTIVITI MELIBATKAN DERIA PENDENGARANPermainan Berbisik1. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan dan diminta beratur dalam satu barisan panjang.2. Guru membisikkan satu ayat pada murid pertama. Contoh, Mak masak ikan semilang masak lemak cili api3. Murid pertama,kemudian diminta untuk membisikkan semula ayat tersebut kepada rakannya dibelakang.4. Murid seterusnya melakukan perkara yang sama hingga kepada murid yang terakhir.5. Kumpulan yang dapat membisikkan ayat yang betul sehingga murid yang terakhir adalah pemenang.DERIA PENGLIHATANDeria penglihatan dapat dirangsang dengan baik terutamanya bila melibatkan warna, perbezaan saiz, bentuk dan jarak.AKTIVITI YANG MELIBATKAN DERIA PENGLIHATANMelawat Zoo Negara1. Murid dibawa oleh guru melawat Zoo Negara.2. Murid dibawa melihat haiwan-haiwan dan menikmati pemandangan di Zoo Negara.3. Guru bersoal jawab dengan murid semasa aktiviti dijalankan.4. Soalan yang ditanya melibatkan warna haiwan, saiz haiwan dan bentuk badan haiwan tersebut.