al ayubi SEJARAH STPM P2

5
Soalan 38 Huraikan kepemimpinan dan sumbangan Khalifah Salahuddin al-Ayyubi Pengenalan § Salahuddin al-Ayyubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tarkit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad. Beliau adalah anak kepada seorang gabenor. Ayahnya bernama Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah seorang anak saudara kepada Sultan Nurudin Zenggi, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan. Selain sebagai panglima perang, beliau adalah pendakwah, mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab. § Salahuddin al-Ayyubi meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah (1193 Masihi) pada usia 55 tahun di Damsyik, Syria slepas memerintah selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah. Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinangan mengajak manusia supaya bangkit membela Islam. § Apa yang lebih mengharukan umat Islam pada ketika itu, beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta untuk diwariskan. Beliau dikatakan hanya memiliki 47 dirham wang perak dan 1 dinar wang emas.Oleh itu, urusan penyelenggaraan jenazah ditanggung oleh keluarga beliau, manakala kain kafannya diberikan oleh menteri. Isi-isi Penting: 1. Menentang Tentera Salib

description

SEJARAH STPM P2

Transcript of al ayubi SEJARAH STPM P2

Soalan 38Huraikan kepemimpinan dan sumbangan Khalifah Salahuddin al-Ayyubi

Pengenalan

Salahuddin al-Ayyubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tarkit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad. Beliau adalah anak kepada seorang gabenor. Ayahnya bernama Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah seorang anak saudara kepada Sultan Nurudin Zenggi, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan. Selain sebagai panglima perang, beliau adalah pendakwah, mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab. Salahuddin al-Ayyubi meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah (1193 Masihi) pada usia 55 tahun di Damsyik, Syria slepas memerintah selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah. Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinangan mengajak manusia supaya bangkit membela Islam. Apa yang lebih mengharukan umat Islam pada ketika itu, beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta untuk diwariskan. Beliau dikatakan hanya memiliki 47 dirham wang perak dan 1 dinar wang emas.Oleh itu, urusan penyelenggaraan jenazah ditanggung oleh keluarga beliau, manakala kain kafannya diberikan oleh menteri.

Isi-isi Penting:

1. Menentang Tentera Salib Semasa hayat Salahuddin Al-Ayyubi, beliau telah memberikan sumbangan yang sangat besar kepada umat Islam pada ketika itu. Ketika berusia 17 tahun, Salahuddin al-Ayyubi mula berkhidmat dengan Nur al-Din di Damsyik.Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang sangat berbakat dan sangat popular ketika zaman perang salib.Beliau membabitkan diri dalam peperangan salib di kawasan Mesir, Palestin dan Syria. Beliau mula terkenal pada 559 Hijrah (1164 Masihi) apabila menyertai ekspedisi bersama-sama Shirkuh yang dihantar oleh Nur al-Din bagi menentang tentera Salib di Mesir. Beliau berjaya mengusir Amaury dari Mesir pada 1 Rabiulakhir 564 Hijrah (Januari 1969 Masihi).Selepas Shirkuh meninggal dunia, Salahuddin al-Ayyubi telah menggantikan tempatnya. Pada masa sama, Nur al-Din melantik beliau sebagai panglima angkatan tentera Syria.

2. Membebaskan Kota Baitul Maqdis

Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayyubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan Al-Islam Wa Al-Muslimin. Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah. Pada tahun 583 Hijrah (1187 Masihi) berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin.Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayyubi hingga membuka jalan mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis. Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi) berlaku Perang Salib ketiga, hasil dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian. Mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam.Walaupun perang Salib yang ketiga itu menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian, mereka tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-Ayyubi.Pihak Kristian mengalami kekalahan dan ramai tentera terbunuh dan tertawan.Baitulmaqdis yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun, dapat ditakluki semula oleh Salahuddin al-Ayyubi.Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin ketika peperangan sangat jauh berbeza daripada kekejaman tentera Kristian. Ahli sejarah Kristian pun mengakui mengenai hal itu.

3. Mengamalkan dasar tolak ansur terhadap penganut Kristian

Lane-Poole, seorang penulis Barat mengesahkan mengenai kebaikan hati Salahuddin mencegah rakyatnya daripada membalas dendam. Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah.Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang Kristian dianiaya. Selanjutnya Lane-Poole menuliskan mengenai tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama iaitu pada 1099. Tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem, jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah ibadat. Darah membasahi bumi yang mengalir daripada pembunuhan orang Islam secara beramai-ramai.Ia juga mencemarkan kesucian gereja yang sebelumnya mengajar sifat berkasih sayang. Orang Kristian sangat bertuah apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.

4. Memulih dan membangunkan negara

Memberikan tumpuan kepada pemulihan benteng kota Kaherah yang diawasi oleh arkitek yang bertujuan untuk mengawal negara daripada pencerobohan musuh. Membangunkan Pulau al-Raudah dan al-Gizah yang menyediakan kemudahan petempatan dan pasaraya. Menubuhkan Diwaqn Armada yang bertanggungjawab menyelia urusan pembinaan kapal-kapal perang dan armada perang yang besar. Membina hospital Bimaristan al-Atiq dan bangunan gedung ubat-ubatan bagi membolehkan ubat diagihkan kepada pesakit mengikut gred. Ruangan khas untuk wanita disediakan dan pesakit mental.

5. Memajukan aspek pendidikan

Membina sekolah-sekolah dan menjemput golongan cerdik pandai dan ulama ke negaranya Memperkenalkan pendidikan prasekolah yang dikenali dengan nama sistem al-Katib yang menjadi pusat pendidikan kanak-kanak mempelajarai al-Quran, menghadal hadis dll Masjdi seperti Masjid Amru al-As, Masjid al-Azhar berperanan sebagai pusat pembelajaran ilmu keagamaan seperti ilmu tafsir.

6. Kemajuan dalam bidang ekonomi

Sumber ekonomi negara daripada jizyah, fidyah (tawanan perang) dan kharaj. Menumpukan kepaeda sektor ekonomi pertanian dengan memberikan tumpuan kepada penyediaan dan penyelenggaraan sistem terusan dan teknik-teknik pertanian bagi tujuan meningkatkan produktiviti pengeluaran negara. Menggalakkan aktiviti perdagangan dan menjadi pusat pertemuan dai timur dan barat. Membina banyak pasar-pasar di Mesir dan Syria selain membaik pulih serta meluaskan pasar yang sedia ada.

Penutup: Apa-apa yang berkaitan.