alat berfikir

27
Komponen alat-alat berfikir a. Seorang ibu berpendapat anak-anaknya terlalu banyak menonton sehingga beliau meletakkan tabung syiling di atas televisyen dan sesiapa yang ingin menonton mesti membayar mengikut jam. Apakah PMI ke atas idea ini? o PMI merupakan singkatan kepada perkataan Positive Minus Interesting. Perkara ini merujuk kepada kelebihan, kekurangan dan apakah yang menarik dalam idea yang telah dikemukakan itu. Kelebihan pula menggambarkan kesan positif apabila idea ini dilaksanakan dan membawa kebaikan antara kedua-dua pihak iaitu seorang ibu dan anak-anaknya. Manakala kekurangan pula merujuk kepada kesan negatif terhadap perlaksanaan idea ini terhadap kedua-dua pihak dan yang terakhir sekali ialah apakah perkara menarik yang terdapat dalam idea tersebut. b. Aplikasikan CAF ke atas cadangan berkongsi kereta ke tempat kerja. o CAF adalah singkatan kepada Consider All Factors yang membawa kepada maksud menimbangkan semua kemungkinan. Ini boleh didefinisikan sebagai semua kebarangkalian yang dapat ketengahkan. Ini dapat menentukan manakah cadangan yang paling baik dan ideal yang tentunya membawa kepada kebaikan terhadap semua pihak yang terlibat. c. Pada sesetengah negara pengguna jalan raya membayar tol. Apakah cara-cara lain untuk mengutip bayaran daripada pengguna jalan raya. Buat APC. o APC merupakan singkatan daripada Alternatives, Possiblities, Choices. Perkataan-perkataan ini membawa maksud tindakan lain untuk melaksanakan sesuatu perkara 1

Transcript of alat berfikir

Page 1: alat berfikir

Komponen alat-alat berfikir

a. Seorang ibu berpendapat anak-anaknya terlalu banyak menonton sehingga beliau meletakkan tabung syiling di atas televisyen dan sesiapa yang ingin menonton mesti membayar mengikut jam.

Apakah PMI ke atas idea ini?

o PMI merupakan singkatan kepada perkataan Positive Minus Interesting. Perkara ini merujuk kepada kelebihan, kekurangan dan apakah yang menarik dalam idea yang telah dikemukakan itu. Kelebihan pula menggambarkan kesan positif apabila idea ini dilaksanakan dan membawa kebaikan antara kedua-dua pihak iaitu seorang ibu dan anak-anaknya. Manakala kekurangan pula merujuk kepada kesan negatif terhadap perlaksanaan idea ini terhadap kedua-dua pihak dan yang terakhir sekali ialah apakah perkara menarik yang terdapat dalam idea tersebut.

b. Aplikasikan CAF ke atas cadangan berkongsi kereta ke tempat kerja.

o CAF adalah singkatan kepada Consider All Factors yang membawa kepada maksud menimbangkan semua kemungkinan. Ini boleh didefinisikan sebagai semua kebarangkalian yang dapat ketengahkan. Ini dapat menentukan manakah cadangan yang paling baik dan ideal yang tentunya membawa kepada kebaikan terhadap semua pihak yang terlibat.

c. Pada sesetengah negara pengguna jalan raya membayar tol. Apakah cara-cara lain untuk mengutip bayaran daripada pengguna jalan raya. Buat APC.

o APC merupakan singkatan daripada Alternatives, Possiblities, Choices. Perkataan-perkataan ini membawa maksud tindakan lain untuk melaksanakan sesuatu perkara yang membawa kepada kemungkinan tertentu dan akhirnya memilih suatu keputusan yang nyata. Keputusan itu semestinya membawa kepada kebaikan sejagat dan disenangi masyarakat.

1

Page 2: alat berfikir

e. Pada masa akan datang manusia mungkin akan bekerja tiga jam sehari sahaja disebabkan peningkatakan dalam penggunaan robot.Buat satu C&S untuk jangka masa panjang untuk isu ini.

o C&S merupakan seingkatan kepada Consequence & Sequel yang membawa maksud kesan dan akibat daripada kesan tersebut iaitu kesan dan akibat peningkatan dalam penggunaan robot dalam sektor pekerjaan.

2

Page 3: alat berfikir

SOALAN (A)

Pada mulanya, idea ini boleh dianggap mengarut kerana hanya sejumlah

kecil bilangan ibu bapa yang sanggup bertindak sedemikian. Ini kerana, perkara

ini ditafsirkan sebagai kejam terhadap anak-anak. Mana mungkin anak-anak

mampu membayar dan mempunyai duit yang banyak di usia yang kecil.

Namun, jika difikirkan dengan sebaiknya, nilai positif juga dapat dipupuk

melalui idea ini. Antaranya ialah anak-anak yang terlalu banyak menonton

televisyen akan mengambil inisiatif diri sendiri dengan mengikut kata-kata ibu

bapa, iaitu kurang menonton televisyen. Di usia yang kecil, anak-anak

semestinya tidak mempunyai banyak wang. Melalui idea ini, anak-anak akan

mengehadkan masa untuk menonton televisyen dan ini membolehkan anak-anak

mempunyai masa lapang yang lebih. Selain itu, amalan menabung juga dapat

diterapkan melalui idea ini. Kebiasaannya, anak-anak menabung apabila disuruh

oleh ibu bapa untuk kegunaan diri sendiri di masa hadapan. Namun, tidak ramai

anak-anak yang menabung kerana mereka lebih gemar membelanjakan lebihan

wang untuk membeli makanan ringan, permainan dan sebagainya. Idea ini

membolehkan anak-anak akan menyimpan wang semata-mata untuk menonton

rancangan kegemarannya. Mereka akan menabung melalui tabung yang

disediakan oleh ibu bapa. Oleh itu, wang yang ada pada anak-anak tidak

dibazirkan.

3

Page 4: alat berfikir

Kesan buruk juga dapat dilihat menerusi idea ini. Ibu bapa yang

menetapkan peraturan sebegini boleh mengakibatkan anak-anak berasa

tertekan dan merasakan diri mereka seolah-olah terkongkong. Bagi mereka,

menonton televisyen merupakan salah satu cara bagi melepaskan tekanan dan

bagi mengembalikan keceriaan. Namun, jika ini juga disekat oleh ibu bapa,

mereka akan menimbulkan protes dan akhirnya, emosi mereka akan terganggu.

Di samping itu, anak-anak akan bertindak lebih agresif iaitu dengan tidak berada

di rumah. Perkara ini berlaku di mana anak-anak yang tidak dapat kebebasan di

rumah akan mencari kebebasan di luar. Mereka mungkin akan terlibat dengan

gejala-gejala negatif bersama rakan-rakan.

Apa yang menariknya idea ini ialah melalui kesan positif. Amalan

menabung yang dipupuk itu memberi faedah kepada keluarga itu sendiri. Wang

yang disimpan boleh digunakan untuk perbelanjaan lain seperti membayar bil-bil

elektrik, bil-bil air dan sebagainya. Dengan ini, pembaziran dapat dielakkan dan

keluarga akan memperoleh keuntungan. Namun bagi ibu bapa,duit dari anak-

anak ini bukanlah diharapkan sangat bahkan cuma ingin mengajar anak-anak

mereka menjadi insan yang berguna dan pandai menggunakan kemudahan yang

diberi.

4

Page 5: alat berfikir

SOALAN (B)

Di zaman ini, penggunaan kereta semakin hari semakin bertambah.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),

bilangan kenderaan yang didaftarkan semakin meningkat setiap tahun. Ini boleh

diibaratkan setiap individu mempunyai kereta sendiri. Namun, banyak pendapat

yang menyokong supaya perkongsian kereta ke tempat kerja di lakukan oleh

masyarakat di Negara kita ini. Cadangan ini dilihat banyak memberi impak yang

positif kepada semua individu. Oleh itu, di sini terdapat tiga faktor yang

menyumbang kepada impak yang positif.

Melalui faktor sosial, perkara yang harus dititikberatkan terlebih dahulu

ialah alam sekitar. Kewujudan bilangan kereta sekarang menyumbang kepada

pembebasan berleluasa gas chlorofluocarbon (CFC). Gas ini memang

berbahaya. Pembebasan gas ini akan menyebabkan lapisan ozon semakin

menipis. Sekarang saintis telah mengakui bahawa lapisan ozon semakin

menipis. Ini amat berbahaya di mana persekitaran di bumi akan memerangkap

haba yang banyak. Oleh itu, alam sekitar akan terjejas, ais-ais di kutub utara dan

kutub selatan akan mula mencair, dan seterusnya tempat yang rendah akan

tenggelam. Kesihatan hidupan juga akan turut terjejas. Saban hari, ribuan

kenderaan berasap memuntahkan bahan cemar ke atmosfera. Sesetengahnya

hinggap dan mencemari bumi dan anak sungai. Gas beracun naik ke stratosfera,

menghakis lapisan pelindung ozon dan menyebabkan pemanasan global

5

Page 6: alat berfikir

manakala partikel yang ringan terapung di persekitaran, mencuri masuk ke dada,

lantas menyebabkan masalah pernafasan seperti bronkitis dan asma. Ini

menyebabkan bilangan pesakit akibat dari gas beracun itu akan bertambah.

Melalui perkongsian kereta, pengeluaran asap kenederaan dapat

dikurangkan. Dengan itu, pencemaran dapat dikurangkan dan seterusnya jumlah

penyakit akibat pencemaran dapat dikurangkan. Selain itu, kesesakan lalu lintas

dapat dikurangkan jika kita berkongsi kereta. Apabila jumlah kereta meningkat di

jalan raya, kesulitan sudah tentu akan berlaku apabila hendak ke tempat kerja di

mana pada sesuatu masa, kesesakan lalu lintas akan berlaku. Secara tidak

langsung, jumlah kemalangan juga dapat dikurangkan.

Melalui faktor ekonomi, penjimatan akan wujud. Harga petrol, diesel dan

gas petroleum cecair yang semakin meningkat sejak 28 Februari 2007

membolehkan ramai individu yang bijak akan memilih untuk berkongsi kereta. Ini

membolehkan mereka berkongsi wang untuk mengisi minyak, bukan seorang

sahaja yang membayar . Dengan itu, wang akan dijimatkan dan boleh digunakan

untuk tujuan yang lain. Selain itu, kos pengangkutan juga dapat dikurangkan.

Kos seperti servis kereta, pembaikan kereta dapat dijimatkan. Individu yang

berkongsi kereta mestilah bertanggungjawab dalam menyumbang wang untuk

keperluan bersama, tidak terlalu bergantung kepada tuan punya kereta apabila

hendak membayar apa-apa kos pengangkutan. Di samping itu, bayaran tol dapat

dikurangkan. Dengan itu, wang kita dapat dijimatkan dengan lebih banyak.

6

Page 7: alat berfikir

Melalui faktor politik, faedah akan dirasai oleh negara dan kerajaan.

Setiap tahun kerajaan memperuntukkan sejumlah dana bertujuan untuk

digunakan bagi merawat mangsa-mangsa kemalangan. Jika kita berkongsi

kenderaan, kemalangan di jalan raya akan dikurangkan. Dengan ini, wang yang

disalurkan dapat dijimatkan dan dapat digunakan untuk tujuan yang lain. Selain

itu, kehidupan yang aman dan tenteram dapat diwujudkan. Tanpa kemalangan

jalan raya dan kesesakan lalu lintas, hidup akan menjadi lebih aman dan damai.

Kerajaan amat menitikberatkan dalam usaha menangani jumlah kemalangan

yang semakin meningkat. Seharusnya, kita sebagai individu dan pengguna jalan

raya sepatutnya menyokong usaha kerajaan dengan cara membantu kerjaan

mengurangkan jumalah kemalangan yang berlaku. Caranya mudah, antaranya

ialah memandu dengan berhemah, mematuhi peraturan jalan raya. Tindakan

berkongsi kereta juga turut termasuk dalam cara ini.

Kesimpulannya, berkongsi kenderaan adalah suatu idea yang bernas dan

bermanfaat. Walaupun ia mempunyai beberapa kelemahan tetapi ia boleh diatasi

dengan hubungan antara individu yang erat dan kepercayaan antara satu sama

lain. Disamping itu, perkongsian kenderaan ini dapat memberi pelbgai kebaikan

serta mesra alam.

7

Page 8: alat berfikir

SOALAN (C)

Terdapat banyak cara yang digunakan oleh negara di dunia ini untuk

memperoleh sumber kewangan. Di sesetengah negara, terdapat peraturan yang

menetapkan bahawa rakyat perlu membayar tol. Ini merupakan salah satu

sumber kewangan yang diperoleh oleh sesetengah negara itu. Namun, terdapat

banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk mengutip bayaran dari pengguna

jalan raya.

Antaranya ialah dengan menaikkan harga minyak yakni petrol, diesel

dan gas petroleum. Langkah kerajaan menaikkan harga minyak sejak

diumumkan akhir Februari lalu mendapat banyak reaksi positif dan negatif dari

ramai pihak. Apa yang positifnya melalui cara ini ialah negara akan mendapat

keuntungan yang lebih. Wang yang digunakan untuk membayar minyak akan

lebih meningkat dan seterusnya akan menjimatkan belanjawan negara. Selain

itu, kadar pencemaran udara yang dihasilkan oleh kenderaan akan menurun

kerana jumlah kenderaan di atas jalan raya akan berkurangan. Hal ini

disebabkan oleh pengguna tidak mampu membayar harga minyak yang mahal

dan mereka akan bertindak untuk berkongsi kenderaan. Melihatkan pada kesan

negatif, cara ini memberi bebanan kepada rakyat. Kepada mereka yang sentiasa

menggunakan kenderaan untuk bekerja, mereka akan berasa tertekan kerana

harga minyak yang mahal. Di samping itu, barang-barang seperti barang

keperluan dan lain-lain akan turut naik. Hal ini juga mungkin menyebabkan

8

Page 9: alat berfikir

kehidupan rakyat tidak tenteram. Mesti ada pelbagai protes yang disampaikan

kepada tampuk pemerintahan. Peluang pekerjaan juga akan hilang disebabkan

oleh pemansuhan tol-tol. Dengan itu, kadar pengangguran akan meningkat.

Cara lain bagi mengutip bayaran dari pengguna ialah dengan

menaikkan harga cukai jalan. Kesan positif daripada cara ini ialah dapat

menjimatkan belanjawan negara. Hal ini disebabkan oleh kerajaan tidak perlu

mengeluarkan wang untuk membina tol-tol di jalan raya. Seterusnya, wang

kerajaan juga dapat dijimatkan kerana tidak perlu menggaji pekerja di tempat tol.

Selain itu, jumlah kenderaan yang bergerak di jalan raya akan berkurang. Harga

cukai jalan yang tinggi mungkin menyebabkan pengguna jarang keluar. Oleh itu,

kesesakan lalu lintas dapat dielakkan dan kemalangan dapat dihindari. Kesan

negatif daripada cara ini ialah membebankan pengguna jalan raya. Hal ini

disebabkan oleh mereka tidak mampu untuk membayar harga cukai jalan yang

tinggi. Tekanan akan lebih dirasai oleh golongan miskin dan sederhana. Selain

itu, pendapatan negara akan turut berkurang kerana pengguna jalan raya

berkurang. Di samping itu, mungkin akan timbulnya kes-kes jenayah seperti kes

pempalsuan cukai jalan raya. Kes ini merupakan tanda protes rakyat terhadap

kerajaan yang mengenakan harga cuikai jalan yang tinggi.

Cara seterusnya ialah dengan menaikkan harga saman. Salah laku di

jalan raya berlaku saban hari di negara kita. Dengan menaikkan harga saman

jalan raya, pengguna akan lebih berhati-hati di jalan raya. Mereka akan

9

Page 10: alat berfikir

memandu dengan berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya. Sikap buruk

mereka dapat dikikis dan secara tidak langsung disiplin mereka apabila berada di

atas jalan raya dapat dipupuk. Selain itu, jumlah kemalangan jalan raya dapat

dikurangkan. Mengikut kajian, hampir 100 % kejadian kemalangan di dunia ini

berlaku kerana kecuaian pengguna jalan raya, yakni etika-etika yang tidak

dihiraukan. Melalui cara ini, pengguna akan takut untuk memandu dengan

berbahaya, kerana bimbang jika terpaksa membayar harga saman yang mahal.

Di sebalik kebaikan cara ini, terdapat juga keburukannya. Antaranya ialah

membebankan pengguna jalan raya. Harga saman sehingga mencapai RM 1000

menunjukkan jumlah ini terlalu besar. Kadang-kadang, walaupun hanya

kesalahan yang kecil, harga saman mampu mencapai sehingga beratus-ratus

ringgit. Golongan yang tidak berkemampuan sudah tentu tidak mampu untuk

membayar, seterusnya memilih untuk dikenakan hukuman penjara. Selain itu,

kes-kes jenayah seperti mencuri dan merompak mungkin berlaku. Hal ini

disebabkan oleh pesalah jalan raya tidak mampu untuk membayar saman dan

seterusnya mereka bertindak untuk mencari wang tidak kira melalui jalan halal

mahupun jalan haram. Tekanan dari pihak polis contohnya mungkin

mengakibatkan mereka nekad untuk mencuri wang, demi membayar saman

tepat paqda masanya.

Melalui tiga cara yang dinyatakan seperti di atas, cara yang

dianggap terbaik ialah dengan menaikkan harga saman kepada pengguna yang

melakukan salah laku jalan raya. Melalui cara ini, wang dapat diperoleh dengan

10

Page 11: alat berfikir

mudah daripada pengguna jalan raya. Dengan itu, cara ini dianggap terbaik

untuk memperoleh bayaran daripada pengguna jalan raya.

11

Page 12: alat berfikir

SOALAN (E)

CONSEQUENCE & SEQUEL

Kesan daripada pengguna robot dalam sektor pekerjaan akan

menyebabkan peningkatan kadar pengangguran. Pengangguran ini berlaku

kerana terlampau banyak penggunaan robot dalam melakukan kerja. Manusia

akan ramai yang menganggur kerana setiap ruang yang diisi dengan robot tidak

dapat diisi dengan manusia kerana robot lebih senang diuruskan berbanding

manusia. Manusia tidak secekap robot menyebabkan manusia tidak dapat

bersaing dengan robot. Oleh itu pengangguran akan berlaku dengan tinggi jika

penggunaan robot lebih meluas.

Penggunaan robot juga akan menyebabkan kita akan kekurangan tenaga

mahir. Perkara ini berlaku kerana tenaga manusia jarang digunakan dan

digantikan dengan penggunaan robot. Manusia memerlukan masa yang lama

untuk mahir dan kemahiran manusia juga perlu diasah secara berterusan bagi

menghasilkan tenaga yang mahir. Dengan penggunaan robot manusia akan

menjadi lemah dan tidak berpengalaman.

Kesan lain ialah berkaitan dengan pengeluaran yang dihasilkan oleh

robot. Pengeluaran yang dihasilkan oleh robot adalah malar berbanding manusia

kerana robot sudah ditetapkan dalam memori mereka bahawa hanya itu saja

yang dilakukan dari awal hingga akhir berbanding dengan manusia yang

mempunyai banyak idea. Pengeluaran yang malar akan menyebabkan banyak

kekurangan dan ada juga kelebihan.

Selain itu penggunaan robot juga memberi kesan terhadap pengkhususan

dalam pekerjaan. Robot sukar dikategorikan kelas-kelas kemampuan mereka

kerana mereka sudah direka dengan kelebihan yang sama. Oleh itu ianya akan

12

Page 13: alat berfikir

menyebabkan pengurus akan sukar mengelaskan kemampuan robot kerana

robot mempunyai ciri yang sama.

Kesan yang terakhir ialah apabila berlaku kerosakan terhadap robot.

Robot merupakan mesin yang memerlukan kos yang tinggi semasa

penciptaannya. Oleh itu jika robot itu rosak ianya akan memakan kos yang tinggi

untuk membaiki mesin tersebut kerana barangannya sukar dicari. Ada

kebarangkalian jika robot itu rosak ianya perlu ditukar kepada robot yang baru

dan ini akan menelan kos yang tinggi.

13

Page 14: alat berfikir

SOALAN (F)

Tugas mendidik anak-anak di rumah dipikul sepenuhnya oleh kedua ibu

bapa. Namun, apabila anak-anak itu dihantar ke sekolah, tugas itu diambil alih

oleh guru. Di dunia ini, ibu bapa semestinya mahukan guru yang terbaik untuk

mendidik anak-anak mereka.

Sifat pertama yang penting ialah guru itu mestilah seorang yang jujur.

Konteks jujur dalam profesion seorang guru adalah dalam melaksanakan tugas.

Ilmu yang disalurkan mestilah dilengkapi dengan hati yang ikhlas dan jujur. Guru

mestilah jujur apabila mengajar murid-muridnya. Ini disebabkan oleh sifat jujur itu

amat diberkati oleh Tuhan. Jika sifat ini menjadi amalan guru setiap kali guru

menyumbang ilmu, nescaya ilmu itu akan mudah didapati oleh murid-murid.

Sifat kedua yang penting ialah berpengetahuan. Sifat ini amatlah penting

bagi setiap guru untuk memilikinya. Guru yang berpengetahuan luas mempunyai

kelebihan dalam segala aspek. Mereka boleh menyampaikan maklumat

pembelajaran dengan baik dan menjelaskan dengan mudah apa yang tidak

difahami oleh murid-murid. Dengan itu, interaksi dan hubungan antara guru dan

murid semakin meningkat di mana murid-murid akan sentiasa merujuk kepada

guru jika timbul sebarang masalah.

Sifat ketiga yang penting ialah penyayang. Setiap guru mestilah

mempunyai sifat ini. Hubungan antara guru dan pelajarnya mestilah disertai

14

Page 15: alat berfikir

dengan kasih sayang. Jika tidak, murid-murid tidak akan rapat dengan guru, dan

ini akan menyebabkan mereka susah untuk menerima apa yang diajar. Guru

yang penyayang akan disukai oleh pelajarnya. Mereka akan lebih relaks dan

senang hati apabila belajar, tidak akan timbul soal stress dalam proses

pembelajaran.

Sifat keempat pula ialah rajin yang wajib ada pada setiap individu yang

bernama guru. Sifat ini penting kerana ini menunjukkan sejauh mana guru itu

mempunyai ketahanan dan kesabaran dalam mengajar. Di zaman ini memang

banyak pelajar yang malas belajar. Guru perlu menyelamatkan mereka dengan

perlu lebih rajin dalam menyumbang ilmu, membuat kelas tambahan, sebagai

contoh. Kita dapat lihat pelajar sekarang malas untuk bergerak sendiri, mereka

akan bergerak jika disuap. Bak kata peribahasa, ‘bagai pahat dan penukul’. Guru

perlu membuang sifat malas jika ingin membantu pelajar berjaya dalam hidup

dan tidak terjerumus dalam bidang yang tidak sihat.

Sifat kelima ialah bertanggungjawab. Tugas guru adalah untuk mendidik

pelajar-pelajarnya di sekolah. Ini merupakan tanggungjawab besar yang wajib

dipikul oleh seorang guru. Segala ilmu yang ada perlu dicurahkan kepada anak-

anak bangsa. Jika tanggungjawab ini diabaikan nescaya anak-anak bangsa tidak

akan berjaya. Tanggungjawab ini bukan hanya mendidik, malahan meliputi

aspek pembentukan peribadi dan sahsiah pelajar. Ibu bapa telah menaruh

seluruh kepercayaan kepada guru apabila mereka menghantar anak-anak

15

Page 16: alat berfikir

mereka ke sekolah. Guru perlulah lebih bertanggungjawab kepada pelajarnya.

Menolong dan menghulur bantuan sepanjang masa. Pengabaian sifat ini akan

menyerlahkan kelunturan etika-etika seorang guru dan secara tidak langsung,

pelajar akan mula hilang rasa hormat kepada guru.

16

Page 17: alat berfikir

http://www.homeolibrary.com

http://go.to/homeolibrary.

http://www.angelfire.com/in2/psychomed/obs.html

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana saya telah berjaya

menyiapkan kerja khusus Teras Kemahiran Berfikir ini. Saya telah menghantar

tugasan ini tepat pada masanya tanpa sebarang masalah. Saya berasa amat

17

Page 18: alat berfikir

gembira kerana ditugaskan oleh pensyarah saya, En. Che Othman bin Che Wil

untuk menyiapkan kerja khusus ini.

Melalui kerja khusus ini, saya telah mendapat sedikit sebanyak

pendedahan dan pengetahuan. Dengan kata lain, tugasan ini telah

memantapkan pemahaman kami dalam subjek Teras Kemahiran Berfikir ini.

Saya dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis sekaligus dapat menyelesaikan

semua masalah yang wujud dalam kehidupan seharian tanpa melalui banyak

masalah. Saya telah membuat dan mencari bahan rujukan di Perpustakaan

Institut Perguruan Kota Bharu. Saya juga mencari bahan rujukan di

Perpustakaan Negeri Kelantan. Selain itu , kami juga mencari info tentang Teras

Kemahiran Belajar melalui internet. Ini semua telah memudahkan kami untuk

menyempurnakan tugasan ini.

Walaupun begitu, saya tidak dapat lari daripada masalah. Saya

menghadapi sedikit masalah pada permulaan tugasan ini. Saya agak tidak

faham akan cara – cara untuk melakukan tugasan ini. Hal ini telah menyukarkan

saya. Syukurlah saya mempunyai rakan sekelas yang begitu ambil berat dan

tidak mementingkan diri. Mereka banyak membantu saya dalam proses

menyudahkan kerja khusus ini. Saya juga berasa untung kerana pensyarah saya

sudi menerangkan dengan lebih terperinci bagaimana cara nutuk menyiapkan

tugasan ini terutama dalam bahagian yang tertentu. Ramai pelajar keliru dan

18

Page 19: alat berfikir

tidak faham akan tajuk ini. Walaubagaimanapun, setelah mendapat penerangan

yang mendalam daripada pensyarah, saya semua dapat menyelesaikan tugasan

ini dengan baik dan dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

Sedikit masalah lain telah menghantui saya semasa menyiapakan kerja

khusus ini. Walaupun begitu, ia tidak mematahkan semangat kami tetapi

membuatkan kami semakin bersemangat dan bersungguh–sungguh untuk

melakukan kerja Teras Kemahiran Belajar ini. Selain daripada masalah ini, saya

berasa lega kerana tidak menghadapi masalah–masalah lain yang lebih berat

lagi.

Saya berasa amat berpuas hati kerana mampu menyiapkan kerja khusus

yang mencabar ini dengan sempurna. Saya berharap akan mendapat tugasan

seperti ini lagi di masa akan datang kerana tugasan seperti ini banyak membantu

saya untuk meningkatkan lagi kefahaman kami dalam subjek Teras Kemahiran

Belajar. Sesiapa yang tidak menyiapkan tugasan patut berasa rugi kerana tidak

mendapat pelbagai faedah untuk diri mereka sendiri. Dengan pengalaman dan

ilmu yang diperolehi hasil daripada tugasan ini , saya Mohd Najihuddin bin Jusoh

akan sedaya upaya mengamalkan konsep-konsep kemahiran berfikir secara

kreatif dan kreatif apabila menjalankan khidmat sebagai guru suatu nanti.

-InsyaAllah........

-Wassalam….....

19