alat tradisi
-
Upload
izyan-bakri -
Category
Business
-
view
309 -
download
2
Transcript of alat tradisi
Alat Muzik bertali menggunakan penggesek dan mempunyai tiga utas tali daripada dawai logam.
Lazimnya badan dibuat daripada kayu nangka dan berongga di bahagian dalam. Bentuk
badannya lebar di bahagian atas dan liras sedikit ke bawah. Dadanya ditutup dengan kulit
diperbuat daripada perut lembu yang dikeringkan. Busut kecil yang dibuat dari lilin lebah
ditampal pada sebelah kiri dadanya dipanggil "susu". Disisi bahagian atas lehernya dipasang
pemulas bagi melaras suaranya. Leher atau papan jari dipasang pada bahagian atas badannya.
Pada bahagian atas kepalanya berukiran dan dipanggil `Pucuk Rebung'. Lehernya memanjang ke
bawah menerusi badan dan hujungnya menjadi pancang dibahagian bawah di mana alat itu
diletakkan berdiri bila ia dimainkan. Kayu kekuda titian tadi diletak pada tengah dadanya dan
boleh diubah kedudukannya. Penggesek dibuat dari kayu dan melengkong sedikit. Tali
penggesek ialah urat daripada selapuk balutan mayang kelapa dan kini digunakan tali tangsi.
Fungsi
Digunakan dalam muzik mengiringi Mak Yong, Peteri dan Selampit di Kelantan.
Cara Bermain
Rebab diletak berdiri didepan pemain yang duduk bersila dilantai. Rebab digesek dan sambil
menggesek jari-jarinya mengawal ketegangan tali-tali penggesek. Jari-jari tangan sebelah lagi
memetik atau menekan pada tali?tali di bahagian leher untuk mengeluarkan berbagai pic.
Ketiga?tiga tali dilaras pada jeda perfect 4 th atau pada jeda perfect 4 th dan perfect 5 th