ALI JINNAH_Takyif Fiqhi Terhadap Yuran Prestasi Daripada Lebihan Dana Risiko Peserta Takaful

42
TAKYIF FIQHI TERHADAP YURAN PRESTASI (PERFORMANCE FEE) DARIPADA LEBIHAN (SURPLUS) DANA RISIKO PESERTA TAKAFUL Muhammad Ali Jinnah Ahmad, Lokmanulhakim Hussain & Apnizan Abdullah 1. PENDAHULUAN Institusi insurans konvensional secara umumnya memperolehi keuntungan apabila jumlah premium yang diterima melebihi jumlah tuntutan yang dibayar kepada pemegang polisi insurans. Perbezaan positif di antara premium dan tuntutan di anggap sebagai lebihan atau surplus. Selain dari itu, lebihan turut dihasilkan oleh institusi insurans daripada sumber-sumber lain seperti faedah dan dividen daripada pelaburan, pelbagai jenis yuran dan tuntutan ganti rugi yang lebih rendah dari yang telah diramalkan. Kebanyakan pengawalselia kewangan menggariskan beberapa peraturan tertentu yang perlu dipatuhi oleh institusi- institusi insurans. Di antara peraturan tersebut adalah mempunyai simpanan rizab tertentu untuk memastikan institusi insurans sentiasa mempunyai dana yang mencukupi bagi menghadapi sebarang keperluan dan tuntutan. Sebarang jumlah yang melebihi dari rizab yang telah di simpan oleh institusi insurans turut di anggap sebagai lebihan. Meskipun lebihan insurans secara umumnya di anggap sebagai hak milik institusi insurans, terdapat produk insurans konvensional seperti Participating Traditional Life Policy yang memberikan kelebihan kepada Penulis merupakan penyelidik di International Shariah Research Academy of Islamic Finance (ISRA), Lorong Universiti A, 59100 Kuala Lumpur. Penulis boleh dihubungi di [email protected], [email protected] dan [email protected]. 1

description

MCSN

Transcript of ALI JINNAH_Takyif Fiqhi Terhadap Yuran Prestasi Daripada Lebihan Dana Risiko Peserta Takaful

Page 1: ALI JINNAH_Takyif Fiqhi Terhadap Yuran Prestasi Daripada Lebihan Dana Risiko Peserta Takaful

TAKYIF FIQHI TERHADAP YURAN PRESTASI (PERFORMANCE FEE) DARIPADA LEBIHAN (SURPLUS) DANA RISIKO PESERTA TAKAFUL

Muhammad Ali Jinnah Ahmad, Lokmanulhakim Hussain & Apnizan Abdullah

1. PENDAHULUAN

Institusi insurans konvensional secara umumnya memperolehi keuntungan apabila jumlah premium yang diterima melebihi jumlah tuntutan yang dibayar kepada pemegang polisi insurans. Perbezaan positif di antara premium dan tuntutan di anggap sebagai lebihan atau surplus. Selain dari itu, lebihan turut dihasilkan oleh institusi insurans daripada sumber-sumber lain seperti faedah dan dividen daripada pelaburan, pelbagai jenis yuran dan tuntutan ganti rugi yang lebih rendah dari yang telah diramalkan.

Kebanyakan pengawalselia kewangan menggariskan beberapa peraturan tertentu yang perlu dipatuhi oleh institusi-institusi insurans. Di antara peraturan tersebut adalah mempunyai simpanan rizab tertentu untuk memastikan institusi insurans sentiasa mempunyai dana yang mencukupi bagi menghadapi sebarang keperluan dan tuntutan. Sebarang jumlah yang melebihi dari rizab yang telah di simpan oleh institusi insurans turut di anggap sebagai lebihan. Meskipun lebihan insurans secara umumnya di anggap sebagai hak milik institusi insurans, terdapat produk insurans konvensional seperti Participating Traditional Life Policy yang memberikan kelebihan kepada pemegang polisi apabila lebihan yang terhasil akan dikongsi bersama melalui pembayaran berbentuk bonus dan dividen.

Pemilikan premium dan lebihan darinya secara umumnya merupakan di antara perkara yang membezakan di antara operasi insurans konvensional dengan ansuransi Islam atau lebih dikenali dengan takaful. Dalam takaful, dana risiko peserta terhasil dari sumbangan atau tabarru’ para peserta. Dana tabarru’ atau dana risiko tersebut masih di miliki oleh peserta takaful meskipun terdapat pandangan lain seperti dari Accounting and Penulis merupakan penyelidik di International Shariah Research Academy of Islamic Finance (ISRA), Lorong Universiti A, 59100 Kuala Lumpur. Penulis boleh dihubungi di [email protected], [email protected] dan [email protected].

1

Page 2: ALI JINNAH_Takyif Fiqhi Terhadap Yuran Prestasi Daripada Lebihan Dana Risiko Peserta Takaful

Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara ke-7MCSN7, 29-30 Mei 2013

Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI) yang berpandangan bahawa dana risiko peserta tidak dimiliki oleh sesiapapun kerana ianya mempunyai identiti tersendiri yang dinamakan sebagai syakhsiyyah i’tibariyyah atau legal entity. Walaubagaimanapun, berdasarkan pandangan pertama, disebabkan dana risiko peserta merupakan milik bersama peserta, sebarang lebihan darinya akan kekal milik bersama para peserta. Perkara berbeza dengan konsep insurans konvensional dimana premium dan lebihan darinya dimiliki oleh institusi insurans.

Meskipun lebihan dana risiko di anggap sebagai milik bersama peserta takaful, terdapat pandangan yang mempertimbangkan supaya lebihan takaful dikongsi bersama-sama dengan institusi takaful. Walaubagaimanapun, pandangan ini perlu di pandu dengan dalil dan hujah syarak bagi memastikan setiap operasi takaful patuh kepada syariah bagi mengelakkan takaful disalah erti atau disamakan dengan insurans konvensional. Secara umumnya, terdapat kesamaran terhadap hujah atau adaptasi perundangan (takyif fiqhi) bagi perkongsian lebihan di antara peserta dan institusi takaful. Tambahan pula, terdapat pandangan kontemporari yang menggunapakai konsep-konsep baru seperti yuran prestasi (performance fee) sebagai hujah perkongsian lebihan dana risiko peserta.

Hasil dari tinjauan yang telah dilakukan terhadap beberapa institusi takaful di Malaysia, beberapa konsep telah dijadikan sebagai asas dalam memperincikan kaedah perkongsian lebihan dana risiko. Diantaranya ialahi konsep ju’alah, ujrah, hibah dan hafiz tashji’i. Kepelbagaian konsep yang telah digunakan memerlukan penyelidikan kerana perkongsian lebihan dalam takaful boleh di anggap sebagai kontrak pertukaran (mu’awadah) yang perlu dilakukan secara telus dan adil untuk mengelakkan sebarang anasir yang tidak mematuhi syariah seperti pengambilan harta secara zalim dan sebagainya. Kajian terhadap takyif fiqhi yang digunapakai perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang keraguan atau tanda tanya terhadap operasi takaful di masa hadapan.

Justeru itu, kertas kerja muzakarah ini mensasarkan beberapa objektif penting sebagaimana berikut:

2

Page 3: ALI JINNAH_Takyif Fiqhi Terhadap Yuran Prestasi Daripada Lebihan Dana Risiko Peserta Takaful

Ujrah : Isu-Isu dan Aplikasi dalam Kewangan Islam

(i) Memahami konsep dan aplikasi yuran prestasi (performance fee) dalam takaful

(ii) Mengenalpasti kontrak-kontrak yang telah ditakyifkan sebagai yuran prestasi

(iii) Mencadangkan kontrak-kontrak yang bertepatan bagi yuran prestasi

Bagi memastikan perbincangan ini dapat difahami dengan mudah, kertas ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama. Bahagian (1) kertas ini akan memperkenalkan istilah yuran prestasi, aplikasinya dalam sistem kewangan dan juga kepentingannya. Pengenalan ini penting sebelum menelurusi lebih jauh terhadap kontrak-kontrak yang menepati ciri-ciri yuran prestasi dalam takaful. Bahagian (2) kertas ini akan menerangkan secara ringkas kontrak-kontrak yang boleh ditakyifkan sebagai yuran prestasi dan ini merangkumi definisi, dalil pensyariatan, rukun serta pandangan ulama terhadapnya. Kontrak ju’alah, ujrah, hibah dan hafiz tashji’i akan dipersembahkan kerana kontrak-kontrak ini seringkali dijadikan hujah bagi pengambilan lebihan dana risiko peserta oleh institusi takaful. Seterusnya isu-isu dan cabaran terhadap penggunaan kontrak-kontrak ini akan dibincangkan dalam bahagian (3). Berdasarkan dari perbincangan dalam bahagian 2 dan 3, kesimpulan atau takyif fiqhi akan diberikan dalam menentukan kontrak yang sesuai dan sahih untuk digunapakai bagi institusi takaful mengenakan bayaran yuran prestasi jika terdapat lebihan dalam dana risiko peserta.

2. KONSEP DAN APLIKASI YURAN PRESTASI DALAM INSTITUSI TAKAFUL

Dalam usaha memahami konsep dan aplikasi yuran prestasi dalam takaful, perlu diperjelaskan disini bahawa konsep pembayaran yuran hanya sesuai digunapakai oleh institusi takaful yang menggunakan model wakalah sebagai pokok asas pengurusan sesebuah skim takaful. Selain dari yuran prestasi, yuran atau fi lain yang memainkan peranan penting dalam model wakalah adalah yuran wakalah atau wakalah fee.

3

Page 4: ALI JINNAH_Takyif Fiqhi Terhadap Yuran Prestasi Daripada Lebihan Dana Risiko Peserta Takaful

Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara ke-7MCSN7, 29-30 Mei 2013

Walaubagaimanapun yuran wakalah tidak akan dibincangkan disini bagi memberi penumpuan terhadap takyif fiqhi yuran prestasi.

2.1Definisi Yuran Prestasi

Menurut sistem kewangan konvensional, yuran prestasi merupakan sejenis yuran yang memberikan sebahagian daripada pulangan dana atau pelaburan kepada pengurus sebagai ganjaran untuk prestasi yang positif. Yuran yang di bayar secara umumnya mengikut peratusan daripada keuntungan yang dibuat ke atas pelaburan. Yuran prestasi telah diperkenalkan untuk memberi ganjaran kepada pengurus bagi meningkatkan nilai portfolio, kerana pelabur akan melihat pertambahan nilai menerusi peningkatan nilai portfolio. (investorwords.com). Istilah yuran prestasi secara umumnya tidak banyak di jelaskan dalam kamus dan buku-buku sistem kewangan konvensional. Hal ini berkemungkinan disebabkan oleh aplikasi yuran prestasi merupakan suatu aplikasi yang baru juga diperkenalkan dalam sektor kewangan konvensional. Selain dari itu, terdapat sumber-sumber lain yang menyamakan yuran prestasi sebagai yuran insentif. (thefreedictionary.com).

Merujuk kepada definisi yuran prestasi yang telah diberikan, yuran prestasi kebiasaannya di amalkan dalam sektor pelaburan. Walaubagaimanapun, ianya boleh juga di gunakan dalam sektor-sektor yang lain sebagai dorongan dan insentif bagi setiap usaha atau pekerjaan yang dilakukan. Meskipun sukar untuk dibuktikan bahawa pekerja yang turut di bayar dengan yuran prestasi lebih cemerlang dari pekerja yang tidak dibayar yuran prestasi, penggunaan yuran prestasi telah berkembang dan semakin popular dalam beberapa tahun kebelakangan.

2.2Aplikasi Yuran Prestasi dalam Takaful

Persoalan yuran prestasi tidak timbul dalam dalam insurans konvensional kerana sebarang lebihan merupakan milik institusi insurans tanpa perlu memberikan sebarang penjelasan terhadap

4

Page 5: ALI JINNAH_Takyif Fiqhi Terhadap Yuran Prestasi Daripada Lebihan Dana Risiko Peserta Takaful

Ujrah : Isu-Isu dan Aplikasi dalam Kewangan Islam

pemegang polisi insurans. Walaubagaimanapun, persoalan ini timbul dalam operasi takaful demi memastikan ketelusan urus tadbir dan kepatuhan institusi takaful terhadap syariah. Konsep dan aplikasi yuran takaful tidak dapat lari dari perbincangan mengenai lebihan takaful.

Lebihan takaful pada kebiasaannya akan dibahagi-bahagikan sebanyak satu kali setahun di penghujung tahun kewangan sesebuah pengendali takaful dari akaun yang telah di audit dan dimuktamadkan. Merujuk kepada jumlah muktamad lebihan, lebihan yang akan diagih-agihkan perlu merujuk kepada panduan yang diberikan oleh aktuari yang dilantik untuk di sahkan oleh ahli lembaga pengarah. Lebihan akan diagihkan diantara peserta dan institusi takaful mengikut pelbagai peratusan mengikut jenis produk takaful. Aktuari yang dilantik akan memberikan panduan pembahagian lebihan berdasarkan beberapa faktor seperti jangkaan peserta takaful, peraturan yang telah di tetapkan oleh pengawal selia kewangan, polisi dalaman institusi takaful serta kontrak yang telah dipersetujui bersama peserta takaful.

Peraturan yang telah ditetapkan oleh pengawal selia contohnya ialah sepertimana yang telah digariskan oleh Takaful Operational Framework Bank Negara Malaysia:

The performance fee can only be paid to the shareholders if the participants’ portion of the surplus is also paid to the participants. The amount payable to the takaful operators shall not exceed the amount paid to participants.

Maksudnya: Yuran prestasi hanya boleh dibayar kepada para pemegang saham jika bahagian lebihan untuk peserta dibayar kepada para peserta. Jumlah yang perlu dibayar kepada pengendali takaful tidak boleh melebihi jumlah yang dibayar kepada peserta.

Peraturan ini menggariskan lebihan yang diberikan kepada institusi takaful tidak boleh melebihi dari lebihan yang diberikan kepada peserta takaful. Dalam erti kata lain, institusi takaful tidak boleh mengambil melebihi dari 50 peratus dari lebihan yang terhasil. Perlu diingatkan bahawa tidak kesemua lebihan takaful akan di

5

Page 6: ALI JINNAH_Takyif Fiqhi Terhadap Yuran Prestasi Daripada Lebihan Dana Risiko Peserta Takaful

Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara ke-7MCSN7, 29-30 Mei 2013

agihkan kepada peserta dan institusi takaful kerana terdapat sejumlah peratus lebihan perlu dikekalkan dalam dana risiko peserta.

Lebihan dalam agregat yang diperolehi dalam tahun kewangan bersamaan dengan;

i. Caj tabarru yang diperolehi; ditambah

ii. Pendapatan pelaburan daripada Dana Risiko Peserta - Aset Keluarga; tolak

i. Tuntutan ditanggung, tolak

ii. Perbelanjaan diagihkan kepada Dana Risiko Peserta - Keluarga.

iii. Net Retakaful. tolak

iv. Penyerahan (Surrender), tolak

v. Peningkatan Rizab Berkanun

Sekiranya Dana Risiko Peserta berada dalam defisit, pinjaman tanpa faedah (Qard) akan diberikan dari Dana Operator untuk mengimbangi defisit. Qard akan dibayar balik apabila Dana Risiko Peserta kembali kepada kedudukan lebihan.

Perkongsian lebihan akan dimulakan dengan kumpulan produk (product group), dan kemudiannya terhadap individu. Jika kumpulan produk mengalami kerugian bagi tahun kewangan tersebut, maka tidak akan ada lebihan diagihkan kepada kumpulan ini. Lebihan daripada kumpulan produk yang lain akan dikurangkan untuk melindungi kerugian yang dialami mana-mana kumpulan produk. Lebihan yang diagihkan kepada setiap kumpulan produk merupakan jumlah total Tabarru ditolak dengan tuntutan yang ditanggung dan diselaraskan takaful semula / insurans semula bersih kos langsung bagi kumpulan produk itu, kurang penyerahan dan peningkatan rizab berkanun.

Jika lebihan yang diperuntukkan kepada peserta adalah lebih rendah daripada jumlah minimum yang dipersetujui dengan peserta maka jumlah itu akan dibayar kepada badan amal atau kebajikan yang diluluskan oleh Ahli Jawatankuasa Syariah institusi takaful

6

Page 7: ALI JINNAH_Takyif Fiqhi Terhadap Yuran Prestasi Daripada Lebihan Dana Risiko Peserta Takaful

Ujrah : Isu-Isu dan Aplikasi dalam Kewangan Islam

tersebut. Contohnya peserta dan pengendali takaful membuat persetujuan bahawa jikalau lebihan untuk peserta melebihi dari RM 10, lebihan tersebut akan dipulangkan kepada peserta. Walaubagaimanapun, jika lebihan untuk peserta dibahagi-bahagikan, peserta akan mendapat kurang dari RM 10, maka persetujuan boleh dibuat supaya lebihan bawah RM 10 disalurkan ke badan-badan kebajikan. Contoh dan aplikasi yang diberikan di atas merupakan gambaran umum berkenaan operasi lebihan takaful yang di amalkan di Malaysia. Lebihan yang diperolehi oleh takaful turut dinamakan sebagai “yuran prestasi”.

2.3 Asas Pengambilan Yuran Prestasi dalam Takaful

Pada 25 Mac 2004 dan 25 Mei 2006, Majlis Penasihat Syariah (MPS), Bank Negara Malaysia telah memutuskan di dalam mesyuaratnya yang ke-42 dan 59 bahawa lebihan dana risiko sesebuah produk Takaful boleh dikongsi antara Pengendali dan peserta-peserta Takaful. Selepas itu, satu resolusi lain telah diputuskan oleh MPS, BNM di dalam mesyuaratnya yang ke-62 yang berlangsung pada 4 Oktober 2006 yang memutuskan bahawa lebihan dana risiko bagi Takaful berasaskan model Wakalah boleh diambil oleh pengendali Takaful atas sandaran “yuran prestasi” berdasarkan peratusan yang dipersetujui oleh pengendali dan peserta-peserta Takaful. Bagi dana Takaful yang diuruskan berdasarkan konsep Mudharabah, lebihan dana risiko boleh dikongsi bersama oleh pengendali dan peserta-peserta Takaful pada kadar untung atau peratusan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak tersebut.

Berdasarkan para “Takaful Operational Framework” yang dikeluarkan oleh BNM, pengendali Takaful perlu menyediakan polisi bertulis yang memperincikan kaedah pembahagian lebihan dana risiko yang perlu diluluskan oleh Badan Penasihat Syariah, Ahli Lembaga Pengarah dan BNM. Lanjutan dari itu, para pengendali Takaful yang menggunakan konsep Wakalah di Malaysia telah mula memperuntukkan di dalam kontrak Takaful satu klausa menyatakan pengambilan sebahagian daripada lebihan dana risiko sesuatu produk Takaful mereka berdasarkan konsep “yuran prestasi”.

7

Page 8: ALI JINNAH_Takyif Fiqhi Terhadap Yuran Prestasi Daripada Lebihan Dana Risiko Peserta Takaful

Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara ke-7MCSN7, 29-30 Mei 2013

Berdasarkan para 5/5 Piawaian Syariah No. 26 (Insuran Islam) (AAIOFI, 2010), pengendali Takaful dibenarkan untuk menyatakan cara pengagihan lebihan dana yang menepati kepentingan umum peserta-peserta Takaful. Walaubagaimanapun, pengendali takaful tidak berhak untuk menerima apa-apa bahagian daripada lebihan tersebut. Para 12/2 dalam Piawaian Syariah yang sama menggariskan bahawa pengagihan lebihan boleh dibuat dengan salah satu cara berikut;

a. Pengagihan berdasarkan kadar caruman peserta-peserta Takaful tanpa mengira sama ada peserta-peserta itu telah menerima indemniti atau tidak sepanjang tahun kewangan itu; atau

b. Pengagihan kepada peserta-peserta yang tidak menerima sebarang indemniti pada tahun kewangan tersebut; atau

c. Pengagihan lebihan dana selepas bayaran indemniti pada tahun kewangan itu ditolak; atau

d. Pengagihan mengikut mana-mana metod yang disahkan oleh Badan Pengawasan Syariah.

Walau bagaimanapun, pendirian AAIOFI telah dikemaskinikan dalam tahun 2012 di mana, pengendali Takaful kini dibenarkan untuk mengambil sebahagian daripada lebihan dana setelah ditolak rizab dan indemniti sebagai “insentif” untuk memberi ganjaran kepada pengendali Takaful yang mengendali dana Takaful secara baik. Ini dinyatakan didalam para baru kepada Piawaian Syariah No 26 (Insuran Islam) iaitu para 14.3 (AAIOFI, 2010). Para 14.5 menyatakan bahawa Badan Penasihat Syariah AAOIFI mencadangkan 30% sebagai kadar insentif kepada pengendali takaful.

2.4Kepentingan Yuran Prestasi

Dana lebihan yang besar adalah tanda aras yang menunjukkan bahawa sesebuah syarikat insurans atau pengendali Takaful mampu menguruskan dana insuran atau Takaful dengan baik dan menjamin kekukuhan keadaannya. Keadaan ini menguatkan lagi tahap kepercayaan peserta-peserta insuran atau Takaful terhadap keupayaan dan prestasi mereka dalam menguruskan dana tersebut. Sebagaimana yang telah

8

Page 9: ALI JINNAH_Takyif Fiqhi Terhadap Yuran Prestasi Daripada Lebihan Dana Risiko Peserta Takaful

Ujrah : Isu-Isu dan Aplikasi dalam Kewangan Islam

dibincangkan di dalam bahagian awal kertas kerja ini, isu pengagihan lebihan dana ini tidak menjadi isu bagi sistem insuran konvensional kerana kontrak insuran yang dimeterai oleh sesebuah syarikat insuran dan pemegang-pemegang polisinya membenarkan syarikat insuran untuk mengambil lebihan dana tersebut. Ini adalah berlainan sekali dengan sistem Takaful yang menggunakan konsep taa’wun (Billah, 2003; Akhter, 2010).

Di dalam sistem Takaful, keuntungan dan lebihan dana adalah dua perkara berbeza yang tergantung kepada jenis model Takaful yang digunakan. Oleh itu, pengagihan dana lebihan ini berasaskan yuran prestasi masih menjadi satu isu di kalangan pemain-pemain industri Takaful. Ini kerana yuran prestasi sebagai premis pengagihan lebihan dana risiko dilihat sebagai mekanisme yang penting bagi sesebuah pengendali Takaful untuk menguruskan dana tersebut dengan hemat dan jayanya.

Yuran prestasi sebagai premis atau hujah pengambilan bahagian bagi pengendali Takaful boleh dijustifikasikan sebagai bayaran insentif terhadap keupayaan dan kecekapan sesebuah syarikat pengendali Takaful menguruskan dana risiko dan menjana keuntungan untuknya. Soualhi (2008) menyatakan bahawa pengagihan dan pembahagian ini dapat memastikan kedudukan pengendali Takaful setanding syarikat-syarikat insuran konvensional yang lain dan kekal berdaya saing.

Keberdayasaingan pengendali Takaful perlu seiring dengan syarikat insuran konvensional seterusnya dapat mengelakkan kebarangkalian penghijrahan peserta Takaful kepada syarikat-syarikat insuran konvensional. Ini kerana soal peningkatan harga produk-produk Takaful berbanding produk-produk insuran konvensional di pasaran tidak akan timbul kerana pengendali Takaful diberi ruang yang sama dalam pengambilan lebihan dana risikon sebagaimana yang diamalkan oleh syarikat-syarikat insuran konvensional bagi mengurangkan risiko kenaikan harga sumbangan (contribution) bagi sesebuah produk Takaful.

Selain itu, pengagihan lebihan dana risiko di atas premis yuran prestasi juga harus dilihat sebagai penting sebagai pemangkin motivasi dan mengelak moral hazard terhadap pengendali Takaful untuk menguruskan

9

Page 10: ALI JINNAH_Takyif Fiqhi Terhadap Yuran Prestasi Daripada Lebihan Dana Risiko Peserta Takaful

Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara ke-7MCSN7, 29-30 Mei 2013

dana tersebut dengan lebih cemerlang kerana mereka berpendapat bahawa lebih banyak lebihan dana risiko yang ada akan menyumbang kepada peningkatan bahagian para pengendali Takaful. Ini akan memberi kesan positif terhadap kedudukan kewangan pengendali-pengendali Takaful untuk terus berdaya saing seiring dengan sistem insuran konvensional yang seterusnya dapat melahirkan suasana persaingan yang sihat antara kedua-dua sistem yang berbeza ini. Perkara ini juga sejajar dengan aspirasi setiap pengawal selia kewangan untuk mengekalkan persaingan yang baik dalam setiap system kewangan.

3 KAJIAN TERHADAP KONSEP-KONSEP BERKAITAN YURAN PRESTASI

Pengenalan

Huraian mengenai definisi, aplikasi dan kepentingan yuran prestasi menunjukkan terdapat beberapa kontrak yang boleh ditakyifkan sebagai yuran prestasi dalam takaful yang dikenakan terhadap dana lebihan risiko peserta takaful. Walaubagaimanapun, terdapat kesamaran terhadap adaptasi perundangan (takyif fiqhi) bagi amalan dan penggunaan yuran prestasi dalam takaful. Di antara konsep yang sering dikaitkan dengan yuran prestasi adalah jualah, ujrah, hibah dan hafiz tashji’i. Kesemua konsep ini berkait rapat dengan yuran prestasi kerana ianya boleh memberi kesan kepada kedudukan hukum yuran prestasi disisi syarak samada amalan yuran prestasi mematuhi syarak ataupun tidak. Oleh yang demikian, pemahaman yang asas terhadap konsep-konsep ini diperlukan sebelum memahami lebih mendalam berkenaan dengan isu yang timbul dari penggunaan konsep-konsep ini.

3.1 Ju’alah

Konsep pertama yang sering ditakyifkan dengan yuran prestasi adalah konsep ju’alah. Disertakan di sini pengertiannya dan perkara-perkara yang asas berkenaan dengan ju’alah.

Dari sudut Bahasa Arab, boleh disebut JuÑÉlah, JiÑÉlah, atau JaÑÉlah. Perkataan ini berasal dari kata dasar JaÑala (جعل) yang membawa dua maksud:

10

Page 11: ALI JINNAH_Takyif Fiqhi Terhadap Yuran Prestasi Daripada Lebihan Dana Risiko Peserta Takaful

Ujrah : Isu-Isu dan Aplikasi dalam Kewangan Islam

a) dengan جعل maksud menetapkan. Kerana di dalam kontrak JuÑÉlah, pihak yang mahu menawarkan juÑÉlah akan menetapkan kadar ganjaran yang disebut sebagai juÑl.

b) dengan maksud menjadikannya wajib. Kerana pihak yang جعلmenawarkan kontrak juÑÉlah mewajibkan ganjaran tertentu kepada orang yang boleh melakukannya .Maka juÑalah dari sudut bahasa ialah suatu yang diberikan kepada seseorang atas suatu perbuatan yang dilakukannya.

Dari sudut istilah pula, JuÑÉlah ditakrifkan sebagai:

التزام عوض معلوم على عمل معين أو مجهول عسرعمله

Terjemahannya: Beriltizam dengan pemberian suatu ganjaran yang dimaklumi, di atas satu-satu pekerjaan yang tertentu ataupun yang majhul, yang sukar dilakukan

Ini adalah definisi di dalam mazhab Syafie, dan di dalam mazhab Hanbali definisi yang dikemukakan adalah hampir menyamai definisi tersebut. Manakala di dalam mazhab Maliki, JuÑÉlah ditakrifkan sebagai:

اإلجارة على منفعة مظنون حصولهاTerjemahannya: Upahan di atas suatu manfaat yang dijangka boleh dihasilkan

Dalil-dalil keharusan kontrak JuÑÉlah bagi fuqaha yang berpendangan demikian ialah seperti berikut:

Dari Al-Quran.

Dalil disyariatkan JuÑÉlah daripada al-Quran ialah firman Allah Taala:

ولمن جاء به حمل بعيرMaksudnya: "Dan sesiapa yang memulangkannya akan diberi (benda-benda makanan) sebanyak muatan seekor unta". (Al-Quran, Surah Yusuf: ayat 72).

Kata Al-QurÏubi, "Di dalam ayat ini terdapat dalil keharusan amalan JuÑalah, dan ia dibenarkan kerana darurat". Keharusan JuÑÉlah daripada dalil ayat tersebut adalah berdasarkan kepada kaedah 'SyaraÑ umat

11

Page 12: ALI JINNAH_Takyif Fiqhi Terhadap Yuran Prestasi Daripada Lebihan Dana Risiko Peserta Takaful

Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara ke-7MCSN7, 29-30 Mei 2013

sebelum kita adalah syaraÑ kita juga selama tidak ada dalil yang menunjukkan ia dimansuhkan'.

Dari Sunnah.

Dalil keharusan amalan JuÑÉlah daripada sunnah ialah hadith:

أن ناسا من أصحاب النبي صلى الله عليه و سلم أتوا على حي من أحيZZاء العZZرب فلم يقZZروهم فبينمZZا هم كZZذلك إذ لZZدغ سZZيد أولئZZZك فقZZZالوا هZZZل معكم من دواء أو راق ؟ فقZZالوا إنكم لم تقرونا وال نفعل حتى تجعلوا لنZZا جعال فجعلZZوا لهم قطيعZZا من الشاء فجعل يقرأ بأم القرآن ويجمع بزاقه ويتفZZل فZZبرأ فZZأتوا بالشاء فقالوا ال نأخZZذه حZZتى نسZZأل النZZبي صZZلى اللZZه عليZZه و سZZلم فسZZألوه فضZZحك وقZZال ( ومZZا أدراك أنهZZا رقيZZة خZZذوهاواضربوا لي بسهم )Maksudnya: Sekumpulan sahabat Nabi SAW datang ke satu perkampungan Arab, tetapi penduduk tersebut tidak melayan mereka sebagai tetamu. Dalam keadaan begitu, ada seorang pemimpin mereka disengat binatang berbisa, lalu mereka bertanya, "Adakah kalangan kalian ada ubat, atau orang yang boleh menjampi?". Para sahabat menjawab, "Kamu tidak melayan kami sebagai tetamu, maka kami tidak akan lakukan kecuali kamu berikan kepada kami satu ganjaran (juÑl)". Lalu mereka menawarkan ganjaran dengan sekumpulan kambing". Lantas Abu Said al-Khudri membacarakan Ummul Quran (Fatihah), dan meludahkan padanya, lalu sembuhlah pemimpin tersebut. Mereka pun membawakan kepada para sahabat sekumpulan kambing, lalu para sahabat berkata, "Kami tidak mengambilnya sehingga kami bertanya Nabi SAW. Mereka pun bertanya baginda, lalu baginda ketawa dan bersabda, "Apa yang memberitahumu bahawa ia (Fatihah) adalah jampi? Ambillah kambing-kambing itu, dan berikan untukku sebahagian". (Sahih Bukhari dan Muslim).

Keharusan kontrak JuÑÉlah adalah bertepatan dengan keperluan manusia dalam sesetengah situasi. Kerana di dalam kontrak ini, sebagai contohnya pemberian ganjaran kepada sesiapa yang memulangkan barangannya, pekerjaan yang dituntut adalah bersifat majhul (tidak diketahui). Sedangkan, di dalam kontrak ijÉrah, tidak sah mengupah seseorang untuk melakukan pekerjaan yang bersifat majhul. Maka, dengan keharusan kontrak juÑÉlah, dapat menampung keperluan seperti ini.

12

Page 13: ALI JINNAH_Takyif Fiqhi Terhadap Yuran Prestasi Daripada Lebihan Dana Risiko Peserta Takaful

Ujrah : Isu-Isu dan Aplikasi dalam Kewangan Islam

Akad JuÑÉlah mempunyai empat rukun berikut:

1) ØÊghah2) Dua pihak yang berkontrak3) Pekerjaan4) Ganjaran (JuÑl)

3.2 Ujrah

Konsep kedua yang sering ditakyifkan dengan yuran prestasi adalah konsep ujrah. Disertakan di sini pengertian ujrah secara ringkas dan perkara-perkara yang asas berkaitan dengan ujrah. Dalam Bahasa Arab, perkataan ujrah membawa maksud ganjaran atas suatu pekerjaan. (Ibn ManÐËr, 1414H, 4:10). Manakala dari sudut istilah fiqah, ujrah ialah suatu tukaran (ÑiwaÌ) bagi manfaat suatu aset ataupun bagi manfaat daripada pekerjaan manusia. (×aydar, 1411H, 1:441). Daripada definisi di atas, ujrah adalah bayaran sewa dalam kontrak ijÉrah aÑyÉn (leasing contract) ataupun bayaran upah dalam kontrak ijÉrah aÑmÉl (renting contract).

Ujrah boleh diberikan sama ada dalam bentuk mata wang, Ñayn, ataupun manfaat. Sekiranya ujrah adalah dalam bentuk mata wang, maka ulama mensyaratkan bahawa ia mestilah dimaklumi kadarnya, dan ditentukan sama ada ia diserahkan secara tunai ketika akad atau secara tangguh. Manakala sekiranya ujrah adalah dalam bentuk Ñayn, maka syarat-syarat ujrah adalah seperti berikut (Sharaf al-SharÊf, 1397, 161-166):

i- Ujrah hendaklah suatu yang diharuskan syarak. Maka jika sekiranya ia adalah dalam bentuk barangan, maka hendaklah suatu harta yang halal, suci, mempunyai manfaat, dan dimiliki oleh pemberi upah ketika akad.

ii- Ujrah hendaklah suatu yang boleh diserahkan ketika akad. Kerana suatu yang tidak mampu diserahkan adalah menyamai suatu yang tidak wujud.

iii- Ujrah hendaklah dimiliki sepenuhnya oleh pemberi upah (musta’jir) ketika termeterainya akad ijÉrah.

13

Page 14: ALI JINNAH_Takyif Fiqhi Terhadap Yuran Prestasi Daripada Lebihan Dana Risiko Peserta Takaful

Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara ke-7MCSN7, 29-30 Mei 2013

iv- Ujrah hendaklah suatu yang wujud. Maka suatu yang tidak wujud atau yang tidak dipastikan kewujudannya tidak boleh dijadikan sebagai ujrah.

v- Ujrah hendaklah suatu yang dimaklumi dan dipastikan kadarnya.

3.3 Hibah

Konsep ketiga yang sering ditakyifkan dengan yuran prestasi adalah konsep hibah. Disertakan di sini pengertian hibah secara ringkas dan perkara-perkara yang asas berkaitan dengan hibah.

Hibah dari sudut Bahasa Arab ialah tabarruÑ. (Al-JurjÉnÊ, 1403H, 256; Al-NasafÊ, 1311H, 106). Manakala dari sudut istilah fiqah, hibah didefinisikan sebagai:

تمليك العين بغير عوض

Maksudnya: “Pemberian milik sesuatu tanpa pertukaran”. (Al-KÉsÉnÊ, 1406H, 6:116; Al-ShÊrÉzÊ, t.t., 3:109).

Ia disyariatkan dalam Islam dan hukumnya adalah sunat. Al-ÑImrÉni menukilkan ijmak dengan katanya, “Dan keseluruhan orang Muslim bersepakat tentang sunatnya hibah”. (Al-ÑImrÉnÊ, 1421H, 8:107).

Secara asasnya, akad hibah mempunyai rukun-rukun berikut:

i. Pihak berkontrak (al-WÉhib dan al-MawhËb).ii. Perkara yang dihibahkan.iii. Sighah (Ijab dan Qabul).

Hibah dan hadiah mempunyai persamaan yang sangat rapat dari sudut pengertiannya. Kerana kedua-duanya adalah pemberian milik sesuatu kepada seseorang tanpa ada pertukaran atau harga. Namun, antara kedua-duanya mempunyai perbezaan dari sudut tujuan (maqÉsid) dan dari sudut cara pemberian. Dari sudut tujuan (maqÉsid), hadiah memberikan pengertian yang lebih khusus di mana kebiasaannya hadiah diberikan oleh seseorang kepada seseorang yang lain dengan tujuan penghormatan atau kasih sayang. Ini berbeza dengan hibah yang mana ia

14

Page 15: ALI JINNAH_Takyif Fiqhi Terhadap Yuran Prestasi Daripada Lebihan Dana Risiko Peserta Takaful

Ujrah : Isu-Isu dan Aplikasi dalam Kewangan Islam

adalah pemberian yang tidak dikaitkan dengan tujuan kasih sayang atau penghormatan.

Dari sudut cara pemberian pula, hadiah kebiasaannya diberikan secara pengutusan atau penghantaran. Ini kerana, hadiah diberikan dengan tujuan penghormatan, maka kaedah pemberian dengan cara pengutusan dan penghantaran adalah bertepatan dengan maqÉsid tersebut. Manakala hibah pula tidak dikaitkan dengan kaedah pemberian tertentu.

Justeru, dari dua sudut perbezaan ini, hadiah adalah lebih khusus berbanding hibah. Al-AnÎÉrÊ mendefinisikan hadiah sebagai:

وهي تمليك ما يحمل أي يبعث غالبا بال عوض إلىالمهدى إليه إكراما له

Maksudnya: “Pemberian milik suatu yang kebiasaannya dilakukan secara pengutusan kepada orang yang dihadiahkan, sebagai penghormatan”. (Al-AnÎÉrÊ, t.t., 2:478).

Daripada definisi tersebut, difahami bahawa pemberian hadiah kebiasaannya adalah sebagai satu bentuk penghormatan kepada orang yang dihadiahkan.

Al-RuÍaybÉnÊ menjelaskan bahawa sesuatu pemberian kepada seseorang adalah berbeza mengikut tujuan dan maqÉsid masing-masing. Beliau mengatakan, “Sesiapa yang bertujuan daripada pemberiannya untuk mendapat pahala di akhirat semata-mata, maka pemberiannya adalah dikira sedekah. Jika dia bertujuan daripada pemberiannya untuk memuliakan atau kasih sayang, maka pemberiannya dikira hadiah. Jika tidak bertujuan sesuatu daripada yang tersebut, maka pemberiannya dikira hibah, ÑaÏiyyah, atau niÍlah”. (al-RuÍaybÉnÊ, 1415H, 4:378).

Sebahagian ulama menyebut perbezaan ketiga bagi hibah dan hadiah, iaitu hadiah kebiasaannya diberikan oleh seseorang kepada seseorang yang lebih tinggi kedudukannya. Al-NawawÊ menukilkan daripada pengarang al-Tatimmah:

والهدية في معنى الهبة إال أن غالب ما يستعمل لفظالهدية فيما يحمل إلى إنسان أعلى منه

15

Page 16: ALI JINNAH_Takyif Fiqhi Terhadap Yuran Prestasi Daripada Lebihan Dana Risiko Peserta Takaful

Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara ke-7MCSN7, 29-30 Mei 2013

Maksudnya: “Hadiah adalah sama makna dengan hibah, kecuali kebiasaannya perkataan hadiah digunakan untuk pemberian yang dihantar kepada orang yang lebih tinggi daripada pemberi”. (Al-NawawÊ, t.t., 4:197).

Kesimpulannya, antara hibah dan hadiah, kedua-duanya adalah mempunyai pengertian yang sama dari sudut pemberian milik sesuatu tanpa pertukaran dan harga. Kedua-duanya mempunyai rukun dan syarat-syarat yang sama. Yang membezakannya hanyalah dari sudut-sudut yang dijelaskan tadi.

3.4 Hafiz Tashji’i

Konsep keempat yang sering ditakyifkan dengan yuran prestasi adalah konsep hafiz tashji’i. Disertakan di sini pengertian hafiz tashji’i secara ringkas dan perkara-perkara yang asas berkaitan dengan hafiz tashji’i.

Perkataan hafiz (حافز) dalam bahasa Arab merupakan kata tunggal bagi perkataan hawafiz yand berasal dari kata kerja hafaza (الحوافز) .(حفز) Perkataan hafaza dari sudut bahasa bermaksud galakan dan juga (حفز) tolakan. Dari sudut bahasa, perkataan hafiz secara umumnya membawa maksud galakan atau dorongan untuk melakukan sesuatu. Dalam istilah kewangan, perkataan Hafiz di susuli dengan perkataan lain seperti perkataan tashji’ie (تشجيعي) yang membawa maksud galakan. Gabungan perkataan hafiz dan tashji’i تشجيعي) membawa maksud ‘insentif (حافز galakan’. Dari sudut istilah, penulis tidak menemui definisi hafiz tashji’i dikalangan fuqaha. Hafiz secara umumnya ditakrifkan sebagai galakan atau motivasi yang telah menjadi salah satu komponen penting dalam sistem ganjaran atau upah.

Secara amnya, tujuan sesorang itu melakukan sesuatu pekerjaan kerana mengharapkan sesuatu balasan ataupun insentif. Sebagai contoh ialah hadis Rasul SAW:

عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم " إن قامت الساعة وفي يد أحدكم فسيلة

( وهي النخلة الصغيرة أو الودية ) فإن استطاع أن ال تقوم" حتى يغرسها فليغرسها

رواه أحمد والبخاري في األدب المفرد

16

Page 17: ALI JINNAH_Takyif Fiqhi Terhadap Yuran Prestasi Daripada Lebihan Dana Risiko Peserta Takaful

Ujrah : Isu-Isu dan Aplikasi dalam Kewangan Islam

Ertinya: Daripada Anas bin Malik r.a. berkata, katanya Rasulullah s.a.w.: “Jika datang kiamat dan pada tangan salah seorang daripada kamu terdapat benih kurma, jika mampu kiamat tidak akan berlaku sehingga ditanam benih kurma itu, maka tanamlah benih kurma tersebut.”

Hadis ini secara umumnya menunjukkan bahawa seseorang insan itu melakukan sesuatu pekerjaan kerana mengharapkan sesuatu hasil atau insentif. Seseorang itu menanam pokok kerana mengharapkan buah atau insentif lain yang akan terhasil dari pokok yang ditanamnya. Walaubagaimanapun, jika ia mengetahui bahawa kiamat hampir berlaku, sudah tentu ia akan meneruskan pekerjaannya kerana mengetahui usahanya akan sia-sia kerana kiamat hampir berlaku. Namun demikian, Rasulullah SAW telah memberi dorongan dan memerintahkan supaya setiap pekerjaan hendaklah diteruskan meskipun kiamat hampir berlaku.

Merujuk kepada insentif, setiap tugasan yang diberikan perlu dilakukan dalam masa, kualiti dan kuantiti tertentu bagi mendapatkan upah yang telah dijanjikan. Walaubagaimanapun, jika individu tersebut dijanjikan dengan upah beserta insentif tambahan jika melebihi dari kuantiti atau kualiti yang telah ditetapkan, individu itu akan meningkatkan usahanya demi mengejar insentif tambahan yang telah dijanjikan.

Selain dari itu, terdapat sepotong hadis yang merujuk kepada insentif iaitu:

وعن ابن عباس رضي الله عنهما أن النبي صلى الله عليه وسلم لقي ركبا بالروحاء فقال: "من القوم؟" قالوا:

المسلمون. قالوا من أنت؟ قال: "رسول الله" فرفعت امرأةصبيا فقالت: ألهذا حج؟ قال "نعم ولك أجر"

((رواه مسلم)).Ibn Abbas R.A telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bertemu dengan satu rombongan di Ar-Rauha’ dan berkata: Siapakah rombongan ini? Mereka berkata: Kami orang-orang Islam. Mereka bertanya: Siapakah anda? Rasul berkata: Saya Rasulullah. Kemudian seorang wanita mengagkat seorang kanak-kanak lantas bertanya: adakah haji kanak-kanak diterima? Rasulullah berkata: Ya dan kamu juga akan diberi pahala.

17

Page 18: ALI JINNAH_Takyif Fiqhi Terhadap Yuran Prestasi Daripada Lebihan Dana Risiko Peserta Takaful

Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara ke-7MCSN7, 29-30 Mei 2013

Merujuk kepada hadis di atas, wanita tersebut bertanya sama ada ibadah haji seorang kanak-kanak diterima ataupun tidak? Rasulullah SAW menjawab ibadah haji kanak-kanak itu bukan sahaja diterima malah wanita yang membawanya akan diberikan pahala sebagai insentif bagi usaha mereka yang membawa kanak-kanak menunaikan ibadah haji.

4 ISU-ISU DAN CABARAN TERHADAP KONSEP-KONSEP BERKAITAN YURAN PRESTASI

Meskipun terdapat banyak konsep yang dikaitkan dengan yuran prestasi, konsep-konsep ini perlu berpandukan dengan dalil dan hujah syarak bagi memastikan setiap operasi takaful patuh kepada syariah dan mengelakkan operasi takaful disalah erti atau disamakan dengan insurans konvensional. Disertakan disini beberapa isu dan cabaran bagi mengadaptasi konsep-konsep ini sebagai yuran prestasi untuk dibincangkan bersama.

4.1 Ju’alah

Di antara isu yang ditimbulkan terhadap penggunaan kontrak ju’alah sebagai takyif fiqhi yuran prestasi ialah terdapat beberapa amalan dalam yuran prestasi yang tidak menepati syarat dan rukun kontrak ju’alah. Di antaranya ialah berkenaan dengan syarat-syarat berkaitan dengan ganjaran (JuÑl). Bagi memudahkan kefahaman tentang perkara yang boleh dijadikan ganjaran, fuqaha meletakkan satu kaedah, iaitu setiap yang harus dijadikan upah dalam ijÉrah, maka harus juga dijadikan ganjaran dalam juÑÉlah. Maka ganjaran dalam JuÑÉlah mestilah suatu yang dimaklumi, dan tidak boleh secara majhul.

Walaubagaimanapun, terdapat pandangan dari mazhab Hanabilah yang membenarkan ganjaran dalam ju’alah sesuatu yang tidak diketahui atau majhul. Perkara ini telah djelaskan oleh Ibn Qudamah dalam kitab Mughni iaitu:

ويحتمل أن تجوز الجعالة مع جهالة العوض إذا كانتالجهالة ال تمنع التسليم

18

Page 19: ALI JINNAH_Takyif Fiqhi Terhadap Yuran Prestasi Daripada Lebihan Dana Risiko Peserta Takaful

Ujrah : Isu-Isu dan Aplikasi dalam Kewangan Islam

Maksudnya: “Kemungkinan diharuskan juÑÉlah dengan ganjaran yang tidak diketahui, sekiranya ia tidak menghalang daripada penyerahan”.

Oleh yang demmikian, meskipun majoriti ulama tidak membenarkan juÑÉlah dengan ganjaran yang tidak dimaklumi kadarnya, terdapat riwayat dalam mazhab Hanbali ini membenarkan ganjaran yang tidak dimaklumi kadarnya. Terdapat juga riwayat daripada Syafi’iyyah yang tidak mensyaratkan mak’lumiyyah dalam keadaan tertentu seperti ganjaran yang mahu diberikan oleh panglima tentera dalam peperangan dsb.

Secara umumnya ganjaran atau yuran prestasi yang diberikan kepada pengendali takaful tidak diketahui sama ada ianya wujud atau tidak sehinggalah tamat tahun kewangan sesebuah pengendali takaful. Jika terdapat lebihan pada tahun tersebut, ganjaran yang diberikan juga tidak diketahui jumlahnya kerana pembahagian diberikan mengikut peratusan tertentu. Jika lebihan yang diperolehi tinggi, maka yuran prestasi yang diperolehi akan tinggi dan disebaliknya.

Selain dari isu ganjaran yang tidak diketahui, di antara syarat ju’alah yang perlu dilihat adalah hendaklah pekerjaan itu sesuatu yang harus dilakukannya bukannya sesuatu yang telah diwajibkan keatasnya. Contohnya adalah sesorang itu memulangkan unta yang dicurinya setelah mendengar tawaran hadiah dari tuannya.

4.2 Hibah

Di antara kontrak yang boleh ditakyifkan untuk yuran prestasi adalah hibah muÑallaqah, di mana pengendali takaful diberikan hibah yang dikaitkan dengan kewujudan lebihan daripada dana risiko peserta.

Yang dimaksudkan dengan hibah muÑallaqah ialah pemberian hibah yang dikaitkan dengan suatu syarat. Dari perspektif hukum fiqah, majoriti ulama berpendapat bahawa mengaitkan pemberian hibah dengan sesuatu syarat adalah tidak harus.

Ibn Nujaym menyatakan:

19

Page 20: ALI JINNAH_Takyif Fiqhi Terhadap Yuran Prestasi Daripada Lebihan Dana Risiko Peserta Takaful

Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara ke-7MCSN7, 29-30 Mei 2013

الهبة تعليق يصح ال

Maksudnya: “Tidak diharuskan taÑlÊq al-hibah (menggantungkan hibah dengan suatu syarat)”. (Ibn Nujaym, t.t., 5:202).

ImÉm al-×aramayn menyatakan:

باطل الهبة تعليق أن

Maksudnya: “Bahawa taÑlÊq al-hibah (menggantungkan hibah dengan suatu syarat) adalah batil”. (ImÉm al-×aramayn, 8:413).

Ibn QudÉmah menyatakan:

وال يصح تعليق الهبة بشرط؛ ألنها تمليك لمعين في الحياة،فلم يجز تعليقها على شرط، كالبيع

Maksudnya: “Dan tidak sah taÑlÊq al-hibah dengan suatu syarat, kerana hibah adalah pemberian milik kepada seseorang tertentu ketika hidup, maka tidak harus taÑlÊq hibah dengan suatu syarat, seperti mana jual beli”. (Ibn QudÉmah, t.t., 6:47).

Sebahagian ulama berpandangan bahawa mentaÑlÊqkan hibah dengan suatu syarat adalah dibenarkan. Ibn al-Qayyim mengatakan:

عن صح وقد بالشرط؟ الهبة تعليق بطالن على الدليل فما بالشرط الهبة علق أنه وسلم وآله عليه تعالى الله صلى النبى

جابر حديث فىMaksudnya: “Apakah dalil menunjukkan taÑlÊq al-hibah dengan syarat adalah batil? Sedangkan sahih daripada Nabi SAW bahawa baginda mentaÑlÊqkan hibah dengan syarat dalam hadis JÉbir”. (Ibn al-Qayyim, t.t., 2:16).

Walau bagaimanapun, apabila seseorang mentaÑlÊqkan hibah dengan syarat, akad hibah masih tidak dikira berlaku. Tetapi ia dikira sebagai waÑd (janji) daripadanya untuk memberi hibah jika perkara yang disyaratkan itu berlaku.

20

Page 21: ALI JINNAH_Takyif Fiqhi Terhadap Yuran Prestasi Daripada Lebihan Dana Risiko Peserta Takaful

Ujrah : Isu-Isu dan Aplikasi dalam Kewangan Islam

Ibn QudÉmah menjelaskan perkara ini dengan mengatakan, jika sekiranya berlaku taÑlÊq hibah, maka ia sebenarnya adalah suatu waÑd (janji). Kata beliau:

-وسلم عليه الله صلى - النبي كقول شرط، على علقها فإن:سلمة ألم

.وعدا كان . «لك فهي النجاشي إلى هديتنا رجعت إن» Maksudnya: “Jika seseorang mentaÑlÊqkan hibah ke atas suatu syarat, seperti hadis Nabi SAW kepada Ummu Salamah “Jika hadiah kami kepada al-NajÉshÊ kembali, maka ia adalah milik kamu”, maka ia adalah suatu waÑd”. (Ibn QudÉmah, t.t., 6:47).

Begitu juga Ibn al-Qayyim mengatakan, sekiranya berlaku taÑlÊq al-hibah, ia sebenarnya adalah waÑd untuk memberi hibah. Katanya:

وعد بالشرط المعلقة والهبة

Maksudnya: “Dan hibah yang ditaÑlÊqkan dengan syarat adalah suatu waÑd”. (Ibn al-Qayyim, t.t., 16).

Sekiranya pengambilan yuran prestasi oleh pengendali takaful ditakyifkan sebagai hibah muÑallaqah, maka sebenarnya ketika ‘dimeterai’ akad hibah pada permulaan, ia hanyalah suatu waÑd daripada peserta untuk memberikan hibah, dan bukannya satu hibah. Sebaliknya, jika wujud lebihan daripada dana risiko pada akhir tahun kewangan, maka ketika itu menjadi kewajipan (secara diyanah) bagi peserta untuk menunaikan janjinya memberikan hibah kepada pengendali takaful.

4.3 Ujrah

Antara konsep yang digunakan dalam menjustifikasikan pengambilan sebahagian lebihan (surplus) dana risiko oleh syarikat takaful ialah konsep ujrah. Di antara istilah ujrah yang digunakan ialah Surplus Administrative Charge (SAC) dan sebagainya. Bagi melihat sejauh mana konsep ini sesuai

21

Page 22: ALI JINNAH_Takyif Fiqhi Terhadap Yuran Prestasi Daripada Lebihan Dana Risiko Peserta Takaful

Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara ke-7MCSN7, 29-30 Mei 2013

digunakan dalam isu ini, kertas kerja ini akan membuat analisis berdasarkan prinsip-prinsip syarak dalam bab ijarah.

1- Kombinasi antara dua kontrak

Penggunaan konsep ujrah sebagai takyÊf fiqhi bagi yuran prestasi yang diambil oleh syarikat takaful daripada lebihan dana risiko akan melibatkan unsur kombinasi antara dua akad, iaitu akad wakÉlah dan juga akad ijÉrah Ñamal dalam pengurusan dana risiko.

Kombinasi antara dua akad secara asasnya adalah dibenarkan sekiranya menepati prinsip-prinsip kontrak dalam syarak dan tidak membawa kepada unsur-unsur yang tidak dibenarkan. Dalam Piawaian AAOIFI:

يجوز اجتماع أكثر من عقد في منظومة واحدة بدون اشتراط هعقد في عقد إذا كان كل واحد منها جائزا بمفرد

Maksudnya: “Dibolehkan menghimpunkan lebih daripada satu akad dalam sesuatu susunan akad, tanpa melibatkan unsur pensyaratan suatu akad dengan akad lain, sekiranya setiap daripada akad-akad itu adalah harus secara bersendirian”. (AAOIFI, 1431H, 350).

Dalam konteks isu yang dibincangkan, sekiranya wujud kombinasi antara akad wakÉlah dan juga akad ijÉrah Ñamal bagi menjustifikasikan bahawa lebihan dana risiko yang diambil syarikat takaful adalah sebagai ujrah, maka hendaklah wujud perbezaan dan pengasingan yang jelas antara dua maÍall al-Ñaqd bagi dua kontrak tersebut.

Dengan kata lain, akad wakÉlah hendaklah menepati segala rukun dan syaratnya, dan akad ijÉrah Ñamal juga mestilah menepati segala rukun dan syaratnya, yang mana maÍall al-Ñaqdi bagi kedua-dua kontrak tersebut adalah berlainan dan tiada pertindangan.

Jika sekiranya maÍall al-Ñaqd bagi akad wakÉlah dan akad ijÉrah Ñamal adalah sama dan tidak ada pengasingan, maka kewujudan akad ijarah kedua adalah tidak diperlukan dalam kontrak ini.

22

Page 23: ALI JINNAH_Takyif Fiqhi Terhadap Yuran Prestasi Daripada Lebihan Dana Risiko Peserta Takaful

Ujrah : Isu-Isu dan Aplikasi dalam Kewangan Islam

2. Isu kadar ujrah yang tidak tetap

Antara syarat yang disepakati oleh keempat-empat mazhab dalam bab ijarah ialah kadar ujrah hendaklah diketahui ketika kontrak dimeterai. (Al-ZaylaÑÊ, t.t., 5:105; Ibn Rushd, 1408H, 8:445; Al-ShÉfiÑÊ, 1410H, 4:11; Ibn QudÉmah, 1414H, 2:175).

Malahan Al-ShÉfiÑÊ menyebut syarat ini dengan menggunakan lafaz yang mengisyaratkan kepada kesepakatan seluruh umat Islam. Beliau mengatakan:

ولم يجز المسلمون أن تكون اإلجارة إال بشيء معلوم

Maksudnya: “Orang-orang Muslim tidak mengharuskan ijarah kecuali dengan suatu (upah) yang dimaklumi”. (Al-ShÉfiÑÊ, 1410H, 4:11).

Pengagihan lebihan dana risiko yang dipraktikkan oleh syarikat-syarikat takaful adalah berdasarkan kepada nisbah yang telah disepakati antara syarikat takaful dan peserta-peserta, contohnya 50:50, 30:70, 10:90 dan lain-lain. Jika nisbah agihan antara syarikat takaful dan para peserta adalah 30:70 sebagai contoh, maka kadar ujrah yang diterima oleh syarikat takaful adalah 30% daripada lebihan dana risiko. Sedangkan lebihan dana risiko adalah suatu yang tidak dipastikan kewujudannya dan kadarnya ketika permulaan kontrak.

Dengan kaedah pengagihan lebihan dana risiko berasaskan nisbah, maka ia tidak menepati konsep ujrah dalam akad ijarah, kerana wujudnya unsur jahÉlah pada kadar ujrah.

3. Isu QafÊz al-ÙaÍÍÉn

Pengambilan lebihan dana risiko oleh syarikat takaful dengan asas bahawa ia dikira ujrah berdasarkan nisbah daripada lebihan yang terhasil adalah menjerumuskan kepada isu qafÊz al-ÏaÍÍÉn yang tidak dibenarkan syarak.

QafÊz al-ÏaÍÍÉn merujuk kepada permasalahan mengupah seseorang melakukan suatu kerja dengan bayaran upah adalah sebahagian daripada hasil kerja tersebut. Misalan klasik dan asal bagi qafÊz al-ÏaÍÍÉn ialah seseorang mengupah seorang pengisar untuk mengisar sejumlah gandum,

23

Page 24: ALI JINNAH_Takyif Fiqhi Terhadap Yuran Prestasi Daripada Lebihan Dana Risiko Peserta Takaful

Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara ke-7MCSN7, 29-30 Mei 2013

dengan menjadikan bayaran upahnya dalam bentuk satu qafÊz daripada hasil kisaran yang disiapkannya nanti. Antara Ñillah pengharaman qafÊz al-ÏaÍÍÉn ialah bayaran upah ketika waktu akad adalah majhul (tidak diketahui kadarnya) dan tidak boleh diserahkan. (Al-AnÎÉrÊ, t.t., 2:405).

Termasuk juga dalam permasalahan qafÊz al-ÏaÍÍÉn adalah jika seseorang mengupah orang lain untuk mengutip hasil contohnya, dan upahnya adalah suatu peratusan daripada hasil kutipan. Ini sebagaimana dinukilkan oleh al-AnÎÉrÊ daripada al-SubkÊ:

مان في جباة األموال أن يجعل لهم نصف يقع في هذا الزان ا يجبونه، وهو يشبه قفيز الطح العشر مم

Maksudnya: “Berlaku pada zaman ini para pemungut wang diberikan upah sebanyak 1/20 daripada hasil pungutan mereka. Dan ia menyamai permasalahan qafÊz al-ÏaÍÍÉn”. (Al-AnÎÉrÊ, t.t., 3:313).

Dalam konteks lebihan dana risiko yang diambil oleh syarikat takaful di atas nama ujrah, ia akan melibatkan permasalahan qafÊz al-ÏaÍÍÉn kerana bayaran upah adalah berdasarkan peratusan tertentu daripada hasil pelaburan yang dijalankan oleh syarikat takaful. Justeru konsep ujrah bagi isu ini tidak menepati hukum ijarah kerana menjerumuskan kepada permasalahan qafÊz al-ÏaÍÍÉn yang tidak dibenarkan.

4.4 HÉfiz TashjÊÑÊ

Secara umumnya, istilah dan penggunaan hafiz tashji’i telah dipopularkan oleh beberapa piawaian dalam AAOIFI dan pandangan cendekiawan dari timur tengah. Oleh kerana hafiz merupakan salah satu konsep baru yang diamalkan dalam muamalat, beberapa parameter penting perlu diberikan penekanan dalam menggunapakai konsep hafiz dalam kewangan Islam. Parameter-parameter tersebut diantaranya adalah asas-asas bermua’alah, menjauhi unsur-unsur yang terlarang seperti kezaliman, ketidakpastian, riba dan judi. Kesemua parameter ini berkait rapat dengan hafiz kerana boleh memberi kesan terhadap hukum hafiz di sisi syarak sama ada hafiz itu boleh dikira harus atau sebaliknya.

24

Page 25: ALI JINNAH_Takyif Fiqhi Terhadap Yuran Prestasi Daripada Lebihan Dana Risiko Peserta Takaful

Ujrah : Isu-Isu dan Aplikasi dalam Kewangan Islam

Justeru itu, perbincangan ulama berkaitan dengan parameter perlu diketengahkan bagi mengetahui justifikasi-justifikasi pandangan mereka supaya pandangan yang sesuai dalam konteks kewangan semasa boleh dipilih untuk membentuk parameter penggunaan hafiz dalam kewangan Islam. Parameter ini penting kerana hafiz merupakan satu konsep yang baru yang boleh dikategorikan sebagai uqud ghayru musamma iaitu bentuk-bentuk kontrak yang belum diberi nama. Justeru itu, parameter-parameter yang akan dibincangkan perlu diambilkira bagi memastikan bahawa penggunaan hafiz dalam kewangan Islam amnya dan takaful khususnya tidak tersasar dari objektifnya yang asal bahkan boleh menyumbang kepada tercapainya maqasid syariah dalam muamalat.

Parameter Pertama: Hukum Asal Muamalah

Mu’amalat (المعامالت) dalam bahasa Arab adalah kata nama majmuk bagi perkataan (معاملة) yang membawa maksud (التعامل) iaitu berurusan. Manakala dari sudut istilah, definisi mua’malat terbahagi kepada dua bahagian: Pendapat Pertama adalah Mu’amalat merupakan aktiviti yang melibatkan pertukaran wang seperti jual beli, sewa, pajak gadai dan sebagainya. Ini adalah pandangan mazhab Malikiah, Syafi’iyah dan Hanabilah. Pendapat Kedua: Mu’amalat merangkumi setiap perkara yang merujuk kepada maslahah kepada manusia dengan manusia yang lain seperti jual beli, perkahwinan, pewarisan dan sebagainya. Ini adalah pandangan mazhab Hanafiyah.

Para Fuqaha berbeza pandangan terhadap hukum asal muamalah sama ada ianya diharuskan atau dilarang.

Pendapat Pertama: ialah hukum asal muamalat adalah diharuskan. Ini merupakan pandangan Hanafiyyah, Malikiyyah, Syafi’iyyah, dan Hanabilah yang menjadikannya pandangan jumhur ulama. Pendapat ini bersandarkan beberapa dalil dari Al-Qur’an dan Sunnah yang menunjukkan bahawa hukum asal muamalah ialah harus seperti:

(i) Firman Allah dalam surah Al-Maidah: ayat 1 yang berbunyi:يا أيها الذين آمنوا أوفوا بالعقود

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian”.

25

Page 26: ALI JINNAH_Takyif Fiqhi Terhadap Yuran Prestasi Daripada Lebihan Dana Risiko Peserta Takaful

Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara ke-7MCSN7, 29-30 Mei 2013

Berdasarkan ayat di atas, Allah memerintahkan supaya menepati setiap aqad dan perjanjian secara am. Aqad dan perjanjian perlu dipegang dan ditepati selagimana tidak ada larangan yang jelas dan mutlak terhadap pengharaman aqad yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak yang beraqad. Ayat ini telah dijadikan sebagai hujah bahawa hukum asal muamalat adalah harus selagimana tidak ada dalil pengharamannya.

(ii) Firman Allah dalam surah Al-An’am: ayat 119 yang berbunyi:م عليكم ل لكم ما حر وقد فص

Maksudnya: Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu.

Berdasarkan ayat di atas, Allah telah menejelaskan perkara-perkara yang haram, sifat-sifatnya dan jenis-jenisnya. Oleh yang demikian, perkara yang tidak ada dalil pengharamannya akan mengambil hukum harus. Ianya disebabkan sesuatu hukum iu tidak boleh dibuktikan tanpa sebarang dalil.

(iii) Hadis Rasulullah s.a.w dalam hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah yang berbunyi:

الحالل ما أحل الله في كتابه، والحرام ما حرم اللهفي كتابه، وما سكت عنه، فهو مما عفا عنكم

Maksudnya: “Perkara halal adalah perkara yang dihalalkan oleh Allah dalam kitabNya. Dan perkara yang haram adalah perkara yang diharamkan oleh dalam kitabNya. Apa-apa yang didiamkanNya, maka ia adalah perkara yang dimaafkan olehNya kepada kamu”.

Pendapat Kedua: ialah hukum asal muamalat adalah larangan. Ini merupakan pandangan Al-Abhari dari Malikiyyah dan Ibn Hazm dari Zahiriyyah. Pendapat ini bersandarkan beberapa dalil dari Al-Qur’an dan Sunnah yang menunjukkan bahawa hukum asal muamalah ialah larangan:

(i) Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 229 yang berbunyi:

26

Page 27: ALI JINNAH_Takyif Fiqhi Terhadap Yuran Prestasi Daripada Lebihan Dana Risiko Peserta Takaful

Ujrah : Isu-Isu dan Aplikasi dalam Kewangan Islam

ومن يتعد حدود الله فأولئك هم الظالمونMaksudnya: “Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”.

Berdasarkan ayat di atas, Allah telah menyamakan orang yang melanggar peraturan yang telah ditetapkanNya sebagai orang yang zalim. Pendapat yang mengatakan bahawa hukum asal muamalah adalah harus merupakan suatu perbuatan yang telah melanggar perkara yang telah ditetapkan oleh Allah.

(ii) Firman Allah dalam surah Al-Nahl, ayat 116 yang berbunyi:

وال تقولوا لما تصف ألسنتكم الكذب هذا حالل وهذاحرام لتفتروا على الله الكذب

Maksudnya: Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: “Ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya.

Berdasarkan ayat di atas, Allah telah melarang dari berdusta dengan mengatakan sesuatu itu halal atau haram tanpa sebarang bukti atau dalil.

(iii) Sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:من عمل عمال ليس عليه أمرنا فهو رد

Maksudnya: “Sesiapa melakukan suatu amalan yang bukan daripada urusan kami, maka ia ditolak”.

Berdasarkan hadis di atas setiap aqad yang tidak disebutkan oleh syarak ke atas keharusannya maka hukumnya adalah larangan dan tertolak.

Setelah meneliti dalil-dalil di atas dan perbincangan fuqaha mengenainya, majoriti ulama berpendapat bahawa hukum asal muamalat adalah harus adalah lebih kuat dan bersesuaian terhadapan keperluan bermuamalah

27

Page 28: ALI JINNAH_Takyif Fiqhi Terhadap Yuran Prestasi Daripada Lebihan Dana Risiko Peserta Takaful

Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara ke-7MCSN7, 29-30 Mei 2013

masakini di mana terdapat beberapa konsep muamalah yang tidak disebutkan secara jelas didalam al-Qur’an mahupun Sunnah.

Parameter Kedua: Tiada Kezaliman

Perkataan zalim berasal dari perkataan bahasa Arab (الظلم) dan dari sudut bahasa bermaksud meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya dengan sengaja. Dari segi istilah,

فهو فعل المحظور، وترك المأمور، فكل مجاوزة للشرع،ظلم محرم، سواء كانت بزيادة أو نقصان

Maksudnya: Zalim ialah melakukan perbuatan ditegah, dan meninggalkan perkara yang diperintah. Maka setiap perkara melampaui batasan syarak adalah kezaliman yang diharamkan, samada dalam bentuk tambahan ataupun pengurangan.

Terdapat banyak dalil-dalil berkaitan dengan kewajipan menegakkan keadilan dan mencegah sebarang bentuk kezaliman pada setiap masa dan ketika. Ianya disebabkan kezaliman merupakan punca kepada berlakunya kerosakan dan kehancuran. Menegah kezaliman juga sangat penting dalam kehidupan seharian khususnya dalam berjual beli. Di antara dalil berkenaan dengan kewajipan menegak keadilan, mencegah kezaliman dan memakan harta orang secara batil ialah:

(i) Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 188:

وال تأكلوا أموالكم بينكم بالباطل وتدلوا بها إلى الحكاملتأكلوا فريقا من أموال الناس باإلثم وأنتم تعلمون

Maksudnya: Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

(ii) Firman Allah dalam surah al-A’raf, ayat 85:وال تبخسوا الناس أشياءهم

Maksudnya: Dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia akan benda-benda dan perkara-perkara yang menjadi haknya.

28

Page 29: ALI JINNAH_Takyif Fiqhi Terhadap Yuran Prestasi Daripada Lebihan Dana Risiko Peserta Takaful

Ujrah : Isu-Isu dan Aplikasi dalam Kewangan Islam

(iii) Hadis Rasulullah s.a.wبم يأخذ أحدكم مال أخيه بغير حق

Maksudnya: “Dengan apakah seseorang kamu mengambil harta saudaranya secara tidak hak”.

Daripada dalil-dalil terhadap kewajipan menegakkan kebenaran dan kewajipan mencegah kezaliman, para fuqaha telah bersepakat ke atas pengharaman melakukan kezaliman. Riba juga telah diharamkan kerana terdapat unsur-unsur zalim di dalamnya, begitu juga dengan pengharaman judi kerana kewujudan unsur kezaliman didalamnya.

Parameter Ketiga: Tiada Gharar

Gharar (الغرر) merupakan perkataan masdar bagi (( dan غرر terdapat beberapa takrif dari segi bahasa iaitu kekurangan, risiko, terdedah kepada kehancuran dan kejahilan. Sandaran asas bagi pengharaman terhadap gharar ialah hadis Rasulullah SAW yang telah di riwayatkan oleh Abu Hurayrah r.a: نهى رسول الله عن بيع الغرر

Maksudnya: “Rasulullah SAW melarang daripada jual beli gharar”.

Dalam menentukan samaada sesuatu jual beli itu mengandungi gharar atau tidak, para fuqaha telah meletakkan beberapa panduan tambahan seperti:

1. Hendaklah unsur gharar itu sangat besar atau seringkali berlaku dalam kontrak. Walaubagaimanapun, para fuqaha berpendapat unsur gharar yang kecil tidak membatalkan sesuatu aqad. 2. Gharar tersebut boleh dielak dengan mudah tanpa perlu susah payah. Walaubaimanapun, jika gharar itu tidak boleh dielak seperti apa yang terkandung dalam perut haiwan atau buah-buahan maka diberikan keringanan dan kemaafan terhadap gharar sebegini.

29

Page 30: ALI JINNAH_Takyif Fiqhi Terhadap Yuran Prestasi Daripada Lebihan Dana Risiko Peserta Takaful

Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara ke-7MCSN7, 29-30 Mei 2013

Selain daripada parameter-parameter yang disebutkan, beberapa parameter lain perlu diambil kira bagi penggunaan hafiz tashji’i seperti tiada unsur-unsur riba dan maysir.

5 KESIMPULAN

Daripada perbincangan terhadap keempat-empat konsep yang di gunakan oleh pengendali takaful sebagai takyif fiqhi yang sesuai yuran prestasi, didapati bahawa konsep-konsep yang berdasarkan kepada kontrak-kontrak fiqah seperti juÑÉlah, ujrah, dan hibah tidak memenuhi sepenuhnya syarat-syarat yang terdapat dalam kontrak tersebut.

Bagi konsep ju’alah, isu syariah yang berbangkit ialah ganjaran yang disebut dalam kontrak adalah majhul sedangkan syarat ganjaran dalam akad ju’alah menurut jumhur ulama hendaklah diketahui secara jelas kadarnya. Secara umumnya ganjaran atau yuran prestasi yang diberikan kepada pengendali takaful tidak diketahui sama ada ianya wujud atau tidak sehinggalah tamat tahun kewangan sesebuah pengendali takaful. Jika terdapat lebihan pada tahun tersebut, ganjaran yang diberikan juga tidak diketahui jumlahnya kerana pembahagian diberikan mengikut peratusan tertentu. Jika lebihan yang diperolehi tinggi, maka yuran prestasi yang diperolehi akan tinggi dan disebaliknya.

Bagi konsep ujrah pula, tiga isu syariah yang utama ialah; isu kombinasi antara dua akad, isu kadar ujrah yang tidak tetap, danjuga isu yang melibatkan unsur qafiz al-tahhan. Kombinasi antara dua akad mungkin tidak memberi kesan kepada kesahihan akad sekiranya memenuhi prinsip-prinsip yang digariskan. Manakala isu ketidaktetapan kadar ujrah dan isu qafiz al-tahhan adalah antara isu yang boleh memberi kesan hukum dalam bab ijarah kerana ia melibatkan syarat-syarat dalam kontrak.

Bagi konsep hibah pula, konsep hibah mu’allaqah secara umumnya tidak dibenarkan oleh majoriti ulama. Namun, sebahagian ulama membenarkan mentakliqkan hibah ke atas suatu syarat, tetapi dari sudut akadnya ia masih tidak termeterai. Mereka berpendapat hibah yang ditakliqkan ke

30

Page 31: ALI JINNAH_Takyif Fiqhi Terhadap Yuran Prestasi Daripada Lebihan Dana Risiko Peserta Takaful

Ujrah : Isu-Isu dan Aplikasi dalam Kewangan Islam

atas suatu syarat adalah dikira sebagai satu wa’d daripada bakal pemberi hibah.

Berdasarkan perbincangan di atas, kertas kerja ini mendapati bahawa penggunaan konsep hafiz tashji’i adalah sesuai ditakyifkan sebagai yuran prestasi kerana ianya tidak tertakluk kepada syarat-syarat khas seperti mana kontrak-kontrak lain yang telah dibincangkan. Konsep hafiz tashji’i adalah suatu konsep baru dalam mu’amalat yang dikategorikan di dalam aqad ghayr musamma. Selagimana konsep ini memenuhi prinsip asas dalam muamalat, maka ianya boleh diaplikasikan sebagai takyif fiqhi pengambilan yuran prestasi oleh pengendali takaful. Konsep ini harus memenuhi parameter-parameter yang telah digariskan dalam menentusah status kesahihannya. Walaubagaimanapun, konsep ju’alah juga masih boleh digunakan sebagai takyif fiqhi bagi yuran prestasi bersandarkan pendapat dari mazhab Hanabilah. Wallahua’lam.

6 RUJUKAN

Al-Qur’an

AAOIFI. (2010). Shariah Standard No 26 (Islamic Insurance). Bahrain: AAOIFI

Akhter, W. (2010). ‘ Takaful models and global practices’. Journal of Islamic Banking and Finance, Vol-Jan- March, pp. 30-44.

AlÊ ×aydar. (1411H). Durar al-×ukkÉm. DÉr al-Jayl.

AlÊ JumÑah. (2013). Sukatan dan Timbangan Shariah (Terjemahan). Jabatan Mufti Pahang.

Al-AnÎÉrÊ. (t.t.). Al-Ghurar al-Bahiyyah.

Al-AnÎÉrÊ. (t.t.). AsnÉ al-MaÏÉlib. DÉr al-Kutub al-ÑIlmiyyah.

Al-JurjÉnÊ. (1403H). Al-TaÑrÊfÉt. Beirut: DÉr al-Kutub al-ÑIlmiyyah.

31

Page 32: ALI JINNAH_Takyif Fiqhi Terhadap Yuran Prestasi Daripada Lebihan Dana Risiko Peserta Takaful

Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara ke-7MCSN7, 29-30 Mei 2013

Al-KÉsÉnÊ. (1406H). BadÉ´iÑ al-ØanÉ´iÑ. Beirut: DÉr al-Kutub al-ÑIlmiyyah.

Al-NasafÊ. (1311H). Ùalibah al-Ùalabah. Baghdad: Al-MaÏbaÑah al-ÑÓmirah.

Al-NawawÊ. (t.t.). TahdhÊb al-AsmÉ’ wa al-LughÉt. Beirut: DÉr al-Kutub al-ÑIlmiyyah.

Al-ÑImrÉnÊ. (1421). Al-BayÉn. Jeddah: DÉr al-MinhÉj.

Al-RuÍaybÉnÊ. (1415H). MaÏÉlib UlÊ al-NuhÉ. Al-Maktab al-IslÉmÊ.

Al-ShÉfiÑÊ. (1410). Al-Umm. Beirut: DÉr al-MaÑrifah.

Al-ShÊrÉzÊ. (t.t.). Al-Muhadhdhab. Jeddah: DÉr al-MinhÉj.

Al-ZaylaÑÊ. (1313). TabyÊn al-×aqÉ’iq. Cairo: Al-MaÏbaÑah al-KubrÉ al-AmÊriyyah.

Bank Negara Malaysia (2010). Takaful Operational Framework. Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia

Ibn al-AthÊr. (1399H). Al-NihÉyah FÊ GharÊb al-×adÊth. Beirut: Al-Maktabah al-ÑIlmiyyah.

Ibn al-Qayyim. (t.t.). IghÉthah al-LahafÉn. Riyadh: Maktabah al-MaÑÉrif.

Ibn ManÐËr. (1414H). LisÉn al-ÑArab. Beirut: DÉr ØÉdir.

Ibn Nujaym. (t.t.). Al-BaÍr al-RÉ’iq. DÉr al-KitÉb al-IslÉmÊ.

Ibn QudÉmah. (1414). Al-KÉfÊ. DÉr al-Kutub al-ÑIlmiyyah.

Ibn Rushd. (1408H). Al-BayÉn Wa al-TaÍÎÊl. Beirut: DÉr al-Gharb al-IslÉmÊ.

ImÉm al-×aramayn. (1428H). NihÉyah al-MaÏlab. DÉr al-MinhÉj.

Ma’sum Billah, M.M. (2003). Islamic and Modern Insurance. Selangor: Ilmiah publishers.

AlÊ ×aydar. (1411H). Durar al-×ukkÉm. DÉr al-Jayl.AlÊ JumÑah. (2013). Sukatan dan Timbangan Shariah (Terjemahan). Jabatan Mufti Pahang.

Khalid Abdullah Musleh, Al-Hawafiz Al-Tijariyyah Al-Taswiqiyyah Wa Ahkamuha fi Al-Fiqh Al-Islami.

Soualhi, Y. (2008). ‘Shari’ah Inspection in Surplus Distribution: Shari’ah Views and their Current Implementation’, ISRA Islamic Finance Seminar (IIFS) diadakan pada 11 November 2008

32