Amali 1 SCE 1024

4
Perbincangan : Di dalam sesebuah eksperiment,tidak ada eksperiment yang tidak mempunyai ralat. Ralat boleh dibahagikan kepada dua, iaitu ralat rawak dan rawak bersistem. Ralat rawak terhasil daripada keadaan alat dan anggapan pemerhati. Ralat ini tidak dapat dijangkan. Oleh itu, Sebagai langkah-langkah pencegahan ralat di dalam eksperimen ini, sebanyak enam kali bacaan telah diambil untuk mengambil bacaan purata bagi mengelakkan ralat dan mencari bacaan yang paling tepat. Selain itu, ralat yang lain adalah ralat bersistem. Ralat ini terhasil daripada cara sesuatu eksperiment tersebut dilaksanakan. Ralat ini tidak dapat dihapuskan melalui pegambilan purata bacaan kerana ralat akan tetap sama apabila penentukuran alat yang salah digunakan atau kesilapan bias pemerhati semasa melakukan eksperimen. Oleh itu,ralat ini dapat dielakkan dengan mengubah cara eksperiment dijalankan dan menukar alat yang mempunyai penentukuran yang tepat dan jitu. Eksperimen ini telah dijalankan untuk mengukur pemalar tetap yang berkaitan dengan ukuran panjang. Dalam tugasan ini, kaliper Vernier digunakan untuk mengukur panjang p, lebar b and ketebalan t. Kaliper vernier mempunyai skala utama dan skala Vernier. Bacaan kaliper Vernier dibaca dengan menggunakan rumus di bawah: Bacaan kaliper = bacaan skala utama + bacaan skala vernier Semasa menggunakan kaliper vernier, rahang kaliper vernier telah ditutup rapat dan didapati tidak ada ralat sifar. Kaliper vernier mempunyai kejituan sehingga 0.01 cm . Oleh itu semasa mengukur menggunakan kaliper vernier, kemungkinan terdapat ralat sebanyak ± 0.01 cm disebabkan ralat paralaks. 1

description

Perbincangan Amali 1 Pengukuran SCE 1024

Transcript of Amali 1 SCE 1024

Page 1: Amali 1 SCE 1024

Perbincangan :

Di dalam sesebuah eksperiment,tidak ada eksperiment yang tidak mempunyai ralat. Ralat boleh dibahagikan kepada dua, iaitu ralat rawak dan rawak bersistem. Ralat rawak terhasil daripada keadaan alat dan anggapan pemerhati. Ralat ini tidak dapat dijangkan. Oleh itu, Sebagai langkah-langkah pencegahan ralat di dalam eksperimen ini, sebanyak enam kali bacaan telah diambil untuk mengambil bacaan purata bagi mengelakkan ralat dan mencari bacaan yang paling tepat.

Selain itu, ralat yang lain adalah ralat bersistem. Ralat ini terhasil daripada cara

sesuatu eksperiment tersebut dilaksanakan. Ralat ini tidak dapat dihapuskan melalui

pegambilan purata bacaan kerana ralat akan tetap sama apabila penentukuran alat yang

salah digunakan atau kesilapan bias pemerhati semasa melakukan eksperimen. Oleh

itu,ralat ini dapat dielakkan dengan mengubah cara eksperiment dijalankan dan menukar

alat yang mempunyai penentukuran yang tepat dan jitu.

Eksperimen ini telah dijalankan untuk mengukur pemalar tetap yang berkaitan

dengan ukuran panjang. Dalam tugasan ini, kaliper Vernier digunakan untuk mengukur

panjang p, lebar b and ketebalan t. Kaliper vernier mempunyai skala utama dan skala

Vernier. Bacaan kaliper Vernier dibaca dengan menggunakan rumus di bawah:

Bacaan kaliper = bacaan skala utama + bacaan skala vernier

Semasa menggunakan kaliper vernier, rahang kaliper vernier telah ditutup rapat dan

didapati tidak ada ralat sifar. Kaliper vernier mempunyai kejituan sehingga 0.01 cm . Oleh

itu semasa mengukur menggunakan kaliper vernier, kemungkinan terdapat ralat sebanyak

±0.01cm disebabkan ralat paralaks.

Pembaris meter telah digunakan untuk mengukur panjang p, tiub PVC dan wayar.

Bagi lebar b, dan ketebalan t, kaliper vernier telah digunakan. Pembaris meter mempunyai

kejituan sehingga 0.1 cm . Oleh itu, semasa mengukur menggunakan kaliper vernier,

kemungkinan terdapat ralat sebanyak ±0.05cm disebabkan ralat paralaks.

Tolok skru mikrometer telah digunakan bagi mengukur diameter dawai keluli.

Semasa mengukur diameter dawai keluli, kebanyakan bacaan telah didapati berlainan. Ini

disebabkan oleh ralat bersitem yang mana berkemungkinan daripada penentukuran alat

yang salah atau kesilapan bias pemerhati. Hal ini kerana, wayar keluli adalah fleksibel.

Oleh itu ia mudah untuk dialihkan dan menyebabkan perbezaan bacaan pada setiap

bahagian dawai keluli. Tolok skru mikrometer mempunyai kejituan sehingga 0.01 mm .

1

Page 2: Amali 1 SCE 1024

Oleh itu, semasa mengukur menggunakan kaliper vernier, kemungkinan terdapat ralat

sebanyak ±0.005mm disebabkan ralat paralaks.Tolok skru micrometer mempunyai skala

utama dan skala vernier. Untuk membaca bacaan ukuran sesuatu bahan,rumus tersebut

telah digunakan:

Bacaan tolok skru mikrometer = bacaan utama + bacaan vernier

Neraca tiga-bim digunakan bagi menimbang jisim bahan. Semasa menimbang jisim bahan, terdapat beberapa gangguan persekitaran seperti angin. Oleh itu,apabila ,menimbang bahan menggunakan neraca tiga-bim, eksperimen hendaklah dijalankan ditempat yang mempunyai persekitaran yang sesuai yang tidak mempunyai angin yang kuat bagi mengelakkan ralat bersistem. Neraca tiga-bim mempunyai ralat ±0.1g dan mempunyai kejituan sehinnga 0.05 g.

Kesimpulan:

Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis alat yang digunakan untuk menentukan

nisbah kuantiti fizikal untuk unit ukuran. Kesesuaian alat yang digunakan dalam

pengukuran adalah berdasarkan kejituan alat . Lebih jitu alat yang digunakan, lebih tepat

bacaan yang diambil. Selain itu, pelajar yang kini akan tahu bagaimana untuk

menggunakan kaliper vernier,tolok skru mikrometer,neraca bim-tiga dan membaca dengan

betul dan tentukan jumlah tiub menggunakan formula yang diberikan.Disamping itu,

pemerhati mestilah mengelakkan kesilapan berlaku apabila mengambil bacaan seperti ralat

paralaks dan kesilapan sifar untuk mendapatkan bacaan.Akhir sekali, dengan menjalankan

eksperimen, cara asas untuk mengendalikan dan membaca radas boleh menjadi amalan.

Rujukan :

2

Page 3: Amali 1 SCE 1024

Nor Sabirin Mohamed, Zainal Abidin. 2012. College Physics. IPTA Publications

Serway, R.A. & Faughn, J.S., 1999. College Physics. 5th edition, Thomson Learning.

Young, H.D. and Freedman, R.A., 2011. University Physics with Modern Physics.13th

edition. California: Pearson Addison Wesley.

3