AMALI2LENGKAPSEM4

14
AMALI 2 Bila di katakan satu spesies? Taksonomi dan Pengekalan Aliran Kepelbagaian Biologi Tajuk : Apa itu spesies Tujuan : Untuk mengenal pasti sesuatu spesies Pengenalan : Biokepelbagaian merujuk kepada organisma hidup di bumi. Biokepelbagaian biasanya dipertimbangkan pada 3 peringkat pengelasan iaitu kepelbagaian ekosistem, ia merujuk kepada variasi habitat, komuniti biosis dan kepelbagaian proses ekologi di dalam ekosistem. Kepelbagaian spesies pula merujuk kepada variasi dan kelimpahan pelbagai jenis organism. Kepelbagaian genetik merujuk kepada kombinasi gen-gen berlainan dalam populasi berbeza spesies yang sama. Telah dianggarkan bahawa jumlah bilangan spesies berlainan di Bumi adalah dalam lingkungan 7 hingga 20 juta. Maka adalah penting bagi ahli sains mereka satu skema dimana organism hidup boleh dikenalpasti dan dikelaskan ke dalam kumpulan-kumpulan utama. Taksonomi merupakan bidang sains pengelasan organism hidup. Skema pengelasan adalah penting kerana membolehkan komunikasi maklumat antara ahli sains mengenai sesuatu organism tertentu. Pengelasan ini membolehkan ahli sains mencadangkan perhubungan yang mungkin di antara pelbagai organism. Peranan organism di dalam ekosistem dan kepentingan organism kepada manusia. Bagi kepelbagaian spesies juga ia merujuk kepada pelbagai organisma hidup di dunia. Manakala kepelbagaian ekosistem pula adalah merujuk kepada pelbagai habitat, komuniti biosis dan proses ekologi dalam persekitaran daratan, laut dan persekitaran akuatik yang lain. Sesuatu spesies boleh di definasikan melalui dua kaedah atau pendekatan yang berbeza iaitu Spesis biologi dimana individu-

Transcript of AMALI2LENGKAPSEM4

Page 1: AMALI2LENGKAPSEM4

AMALI 2

Bila di katakan satu spesies?

Taksonomi dan Pengekalan Aliran Kepelbagaian Biologi

Tajuk : Apa itu spesies

Tujuan : Untuk mengenal pasti sesuatu spesies

Pengenalan :

Biokepelbagaian merujuk kepada organisma hidup di bumi. Biokepelbagaian biasanya

dipertimbangkan pada 3 peringkat pengelasan iaitu kepelbagaian ekosistem, ia merujuk

kepada variasi habitat, komuniti biosis dan kepelbagaian proses ekologi di dalam ekosistem.

Kepelbagaian spesies pula merujuk kepada variasi dan kelimpahan pelbagai jenis organism.

Kepelbagaian genetik merujuk kepada kombinasi gen-gen berlainan dalam populasi berbeza

spesies yang sama. Telah dianggarkan bahawa jumlah bilangan spesies berlainan di Bumi

adalah dalam lingkungan 7 hingga 20 juta. Maka adalah penting bagi ahli sains mereka satu

skema dimana organism hidup boleh dikenalpasti dan dikelaskan ke dalam kumpulan-

kumpulan utama. Taksonomi merupakan bidang sains pengelasan organism hidup. Skema

pengelasan adalah penting kerana membolehkan komunikasi maklumat antara ahli sains

mengenai sesuatu organism tertentu. Pengelasan ini membolehkan ahli sains

mencadangkan perhubungan yang mungkin di antara pelbagai organism. Peranan

organism di dalam ekosistem dan kepentingan organism kepada manusia.

Bagi kepelbagaian spesies juga ia merujuk kepada pelbagai organisma hidup di

dunia. Manakala kepelbagaian ekosistem pula adalah merujuk kepada pelbagai habitat,

komuniti biosis dan proses ekologi dalam persekitaran daratan, laut dan persekitaran akuatik

yang lain. Sesuatu spesies boleh di definasikan melalui dua kaedah atau pendekatan yang

berbeza iaitu Spesis biologi dimana individu-individu berupaya membiak bersama dengan

jayanya dan kaedah yang kedua ialah Spesis Morphologi di mana individu-individu pada

kelihatannya sama pada morphologinya atau binaan biokimianya. Kaedah kedua inilah

yang sering digunakan untuk menentukan spesies individu apabila kita tidak ada sebarang

maklumat tentang perlakuan pembiakan individu. Kebanyakan tumbuhan dan invertebrata

termasuk dalam kategori ini. Taksonomi sangat penting dalam pemuliharaan biodiversiti,

tetapi tidak cukup berupaya untuk membezakan antara sepsis atau keliru dalam memberi

nama-nama spesis. Ini menyebabkan usaha-usaha perlindungan dan pencegahan menjadi

lambat. Spesies adalah konsep taksonomi yang digunakan dalam biologi untuk menunjuk

pada populasi organisma yang sejenis atau serupa dalam beberapa hal yang penting.

Biasanya, organisma-organisma tersebut boleh membiak bersama. Dalam pengelasan

Page 2: AMALI2LENGKAPSEM4

saintifik, satu spesies diberikan tatanama binomial dalam bentuk nama genus dan diikuti

satu nama unik, dan ditulis dalam keadaan condong. Pengelasan ialah pembahagian

kepelbagaian ini kepada kumpulan yang lebih kecil dan lebih mudah diuruskan. Suatu ciri

yang penting ialah nama yang diberikan kepada kumpulan tumbuhan dan haiwan dalam

pengelasan prasaintifik. Pengkelompokan tidak di dasarkan secara menyeluruh pada

morfologi, walaupun rupa tumbuhan telah digunakan dalam pengenalan, tetapi didasarkan

juga pada bau, rasa dan nilai pemakanan.

Hipotesis : Spesies yang berbeza mempunyai ciri-ciri yang berbeza

Pembolehubah

1. Dimanipulasi : Ciri-ciri Moonmorphs.

2. Bergerakbalas : spesies yang berlainan.

3. Dimalarkan : Tempat, Bulan

Prosedur :

1) Moonmorphs dalam lampiran modul dikenalpasti ciri-ciri mereka dan dikumpulkan

kepada beberapa kumpulan berdasarkan kesamaan-kesamaan ciri yang terdapat

pada mereka.

2) MoonMorphs di kkumpulkan dalam 4 bahagian.

3) Ciri-ciri yang ditekankan di perhatikan.

4) Spesis yang telah di kenalpasti dikelaskan kepada beberapa kumpulan.

5) Spesies ini dikumpulkan mengikut cirri-ciri yang boleh kita lihat.

Page 3: AMALI2LENGKAPSEM4

Keputusan :

Kumpulan

Spesis

Ciri-ciri sepunya MoonMorphs

A

berbintik di bahagian abdomen

mempunyai abdomen yang besar

mempunyai tangan yang panjang

B mempunyai sepasang kaki dan

tangan.

Mempunyai bintik-bintik yang

bercorak.

Kuku yang tajam.

C mempunyai tangan yang

berbintik.

Ekor yang berbentuk.

Mempunyai abdomen yang leper

dan panjang.

Page 4: AMALI2LENGKAPSEM4

D

Mempunyai kepala yang berlipat.

Ekor yang pendek

Mempunyai kepala, mata,

abdomen dan ekor.

Pengelasan secara berkumpulan

Page 5: AMALI2LENGKAPSEM4

Kesimpulan:

Carta Pengelasan ‘MoonMorphs’

MOONMORPHS

Kumpulan A Kumpulan B

Abdomen Berbintik Kaki Berkuku

Bintik Lapan Bintik Sepuluh

Kuku tajam Kuku tumpul

Page 6: AMALI2LENGKAPSEM4

Perbincangan :

Kumpulan C Kumpulan D

Bentuk Badan Bentuk Kepala

Pendek Panjang Berlipat Tidak berlipat

MOONMORPHS

Page 7: AMALI2LENGKAPSEM4

.

PERBINCANGAN

1. Apakah ciri-ciri yang dikenalpasti sewaktu pengelasan haiwan dibuat? Mengapa

ciri itu dipilih? Mengapa bukan ciri yang lain?

Semasa saya membuat pengelasan haiwan ‘MoonMorphs’, faktor luaran dan ciri-ciri

sepunya di ambil kira. Saya melihat kepada bentuk kepala, abdomen, sesungut,

tangan, kaki dan ekor moonmorphs tersebut. Faktor luaran yang paling di ambil kira

dan mudah dilihat adalah bentuk abdomen kerana faktor itu lebih dominan

berbanding dengan faktor luaran yang lain. Berlainan spesis mempunyai bentuk

abdomen yang berlainan seperti ada di antara haiwan ini mempunyai perut yang

buncit, berbadan panjang dan juga berbintik-bintik di bahagian abdomen mereka

yang boleh di lihat dengan lebih ketara. Saya ada merujuk buku biologi tingkatan 4,

yang memberi penekanan kepada kita apabila membuat pengelasan haiwan atau

benda-benda hidup perlulah kita melihat kepada ciri-ciri sepunya yang ada pada

benda hidup tersebut, ini bagi memudahkan kita mengenali akan spesis yang sama.

Saya tidak memilih ciri-ciri yang lain kerana bentuk badan memberikan perbezaan

yang agak ketara berbanding dengan mata, tangan, sesungut, ekor dan juga kepala.

Kesemua haiwan tersebut dibahagikan kepada EMPAT kumpulan spesis iaitu Spesis

A, Spesis B, Spesis C, Spesis D.

2. Adakah kesemua individu di dalam spesis itu serupa antara satu sama lain?

Berapakah variasi yang diterima di antara individu di dalam spesis tersebut?

Tidak semua individu dalam satu spesis mesti serupa keseluruhannya. Spesies

adalah konsep taksonomi yang digunakan dalam biologi untuk menunjuk pada

populasi organisma yang sejenis atau serupa dalam beberapa hal yang penting.

Biasanya, organisma-organisma tersebut boleh membiak bersama. Sesuatu spesis

itu hanya sama pada sebahagian bentuk luaran sahaja, contohnya moonmorphs

yang mempunyai bintik-bintik di bahagian abdomen, walaupun sepsis berbintik tetapi

setiap individu itu mempunyai bintik yang berbeza-beza bilangan bintiknya.

Sebenarnya, sebahagian variasi ini adalah bersifat keturunan, dalam satu spesis

variasi antara individu yang boleh diterima mungkin 2 atau lebih bergantung kepada

ciri-ciri sepunya sesuatu spesis itu.

Page 8: AMALI2LENGKAPSEM4

3. Apakah yang akan terjadi kepada spesis jika menerima variasi individu yang

sangat tinggi? Apakah pula yang akan terjadi jika menerima variasi individu

yang sangat rendah?

Variasi ini wujud hasil daripada interaksi sesuatu organisma terhadap

persekitaran.Hal ini,menjelaskan fenotip sesuatu organisma yang disebabkan oleh

interaksi antara faktor persekitaran dengan faktor genetik. Punca ini dipengaruhi oleh

faktor genetik, faktor persekitaran dan faktor genetik berinteraksi antara faktor

persekitaran. Jika sesuatu spesis itu menerima tahap variasi individu yang tertinggi

maka untuk satu spesis itu hanya seekor akan mewakilinya tetapi sekiranya spesis

itu menerima variasi yang terlalu rendah maka satu spesis itu akan mempunyai

bilangan haiwan yang banyak mewakilinya. Ini mungkin berkaitan dengan sifat

variasi itu sendiri yang di perolehi daripada keturunannya.

4. Jelaskan bagaimana seorang taksonimis dapat membahagikan sesuatu spesis

kepada dua atau lebih spesis yang baru?

Saintis yang pakar dalam menentukan dan menggolongkan spesis dalam sesuatu

kumpulan dikenali sebagai taksonomis. Taksonomis sangat penting dalam

pemuliharaan biodiversity, tetapi tidak cukup berupaya untuk membezakan antara

spesis atau keliru dalam memberi nama-nama spesis. Taksonomis ini sebenarnya

hanyalah pemudahcara, yang membolehkan kita mengelaskan semua spesis yang

berbeza. Taksonomis dapat membahagikan sesuatu spesis kepada dua atau lebih

spesis baru adalah berdasarkan kepada sifat biologi dan sifat morphologi. Kaedah-

kaedah ini sering digunakan untuk menentukan spesis individu apabila tidak ada

sebarang maklumat tentang pembiakan individu tersebut.

Page 9: AMALI2LENGKAPSEM4

5. Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya variasi di dalam individu?

Variasi ialah perbezaan yang terdapat di kalangan individu daripada satu spesies

yang sama. Variasi di kalangan individu ini disebabkan oleh saling tindakan antara

faktor genetik dan faktor persekitaran. Variasi yang disebabkan oleh persekitaran

tidak boleh diperturunkan. Variasi akibat faktor genetik melibatkan proses-proses

pindah silang dan penggabungan semula semasa meiosis, penggabungan rawak

gamet dalam pembiakan seks dan mutasi. Variasi juga terbahagi kepada dua iaitu

variasi selanjar dan tak selanjar. Jika terdapat keperluan dan peluang yang wujud,

variasi membolehkan sesetengah individu mengeksploitasikan sumber yang ada di

habitat yang baru. Variasi yang dipengaruhi oleh faktor genetik boleh diwarisi dari

satu generasi ke generasi yang lain manakala variasi yang dipengaruhi oleh faktor

persekitaran pula tidak boleh di kawal.

6 Mengapakaah spesis “MoonMorphs” ini dipanggil “morphospecies”?

Spesis “MoonMorphs” ini dipanggil “morphospecies” adalah di mana individu-

individu pada kelihatannya sama pada morfologinya atau binaan biokimianya.

Morfologi merupakan cabang biosains yang berkenaan kajian bentuk dan struktur

badan organisma dan ciri-ciri binaan tertentunya. Ini termasuk aspek-aspek rupa

luaran seperti bentuk, struktur, warna, corak dan juga bentuk dan struktur anggota-

anggota dalaman seperti tulang dan organ. Ini berbeza dengan fisiologi yang

menekankan fungsi anggota. Moonmorphs juga dikenali sebagai morphospesis

disebabkan spesis tersebut boleh dikelaskan berdasarkan kepada ciri-ciri sepunya

yang boleh diperhatikan dalam sesuatu spesis. Kaedah morfologi sebenarnya agak

terbatas kerana maklumat yang digunakan untuk mengelaskan spesis adalah terhad

dan perlu kepada perbezaan yang jelas daripada spesis-spesis lain.

Page 10: AMALI2LENGKAPSEM4

7. Jelaskan mengapa spesis tersebut bukan spesis biologikal.

Spesis biologi adalah spesis dimana individu-individu berupaya membiak bersama

dengan jayanya. Pengelasan biologi merupakan kaedah taksonomi saintifik yang

digunakan untuk pengumpulan dan pengelasan organisma dalam kategori

organisma seperti genus atau spesis. Pengelompokan ini telah disemak kembali

untuk diselaraskan dengan prinsip keturunan yang sama (common descent) yang

dikemukakan oleh Charles Darwin. Sistem molekular, yang menggunakan urutan

DNA atau analisis bioinformatik telah mendorong kepada penilaian semula

taksonomi. Walau bagaimanapun, maklumat molekular cuma merupakan pelengkap

atau tambahan kepada sistem yang diasaskan kepada morfologi yang telah sedia

digunakan dalam pengelasan saintifik. Spesis tersebut merupakan bukan spesis

biologikal kerana tidak ada sebarang maklumat yang berkaitan pembiakan seperti

jantina, DNA, genetik juga habitat spesis tersebut. Spesis MoonMorphs ini

dikelaskan secara morfologi adalah kerana ciri-ciri yang hanya boleh dilihat secara

luaran dan sepunya sahaja. Spesis ini di kelaskan secara melihat kepada sifat-sifat

fizikalnya seperti bentuk abdomen, bentuk kepala, mata, sesungut dan ekor spesis

itu sendiri.

Page 11: AMALI2LENGKAPSEM4