AMALI+5+SCE+3107

7
EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI SHA’ARI OMAR IPG KAMPUS KOTA BHARU AMALI 5 MEMAHAMI TREND POPULASI Tujuan : Untuk menyiasat mengenai tren populasi Teori : Pertumbuhan Populasi merupakan perubahan dalam bilangan individu dalam sesebuah populasi dalam tempoh masa tertentu atau perubahan dari segi saiz populasi (N) dari semasa ke semasa, dan ini ditentukan oleh kadar kelahiran, kematian, imigrasi dan emigrasi. Pertumbuhan boleh dimodelkan oleh lengkung geometri iaitu lengkung tak linear yang berbentuk S-(sigmoid) atau lengkung eksponen. Jika saiz populasi dua kali ganda antara setiap sela masa, maka bentuk pertumbuhan geometri ini akan dipanggil pertumbuhan eksponen. TUGASAN 1 Apakah jenis pertumbuhan populasi yang dimiliki oleh badak dan mengapa saiz populasi akhir berbeza? Jadual 1 menunjukkan anggaran populasi bagi dua jenis populasi badak di dalam persekitaran yang sama, bagi 5 selang masa (generasi). Selang masa (t) = generasi Populasi Badak A Populasi Badak B Saiz populasi, (N) Faktor pertumbuhan, (R) Saiz populasi, (N) Faktor pertumbuhan, (R) 0 N 0 = 30 N 0 = 20 1 58 1.9 39 2.0 2 123 2.1 82 2.1 3 236 1.9 161 2.0 4 484 2.0 318 2.0 5 955 2.0 643 2.0 Jadual 1

description

d

Transcript of AMALI+5+SCE+3107

EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI SHA’ARI OMAR IPG KAMPUS KOTA BHARU

AMALI 5

MEMAHAMI TREND POPULASI

Tujuan :

Untuk menyiasat mengenai tren populasi

Teori :

Pertumbuhan Populasi merupakan perubahan dalam bilangan individu dalam sesebuah

populasi dalam tempoh masa tertentu atau perubahan dari segi saiz populasi (N) dari semasa

ke semasa, dan ini ditentukan oleh kadar kelahiran, kematian, imigrasi dan emigrasi.

Pertumbuhan boleh dimodelkan oleh lengkung geometri iaitu lengkung tak linear yang

berbentuk S-(sigmoid) atau lengkung eksponen. Jika saiz populasi dua kali ganda antara

setiap sela masa, maka bentuk pertumbuhan geometri ini akan dipanggil pertumbuhan

eksponen.

TUGASAN 1

Apakah jenis pertumbuhan populasi yang dimiliki oleh badak dan

mengapa saiz populasi akhir berbeza?

Jadual 1 menunjukkan anggaran populasi bagi dua jenis populasi

badak di dalam persekitaran yang sama, bagi 5 selang masa

(generasi).

Selang masa

(t) = generasi

Populasi Badak A Populasi Badak B

Saiz populasi,

(N)

Faktor

pertumbuhan,

(R)

Saiz populasi,

(N)

Faktor

pertumbuhan,

(R)

0 N0 = 30 N0 = 20

1 58 1.9 39 2.0

2 123 2.1 82 2.1

3 236 1.9 161 2.0

4 484 2.0 318 2.0

5 955 2.0 643 2.0

Jadual 1

EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI SHA’ARI OMAR IPG KAMPUS KOTA BHARU

Langkah

1. Pertumbuhan populasi diplot menggunakan paksi yang sama. Masa, t sebagai

pembolehubah dimalarkan pada paksi-X dan saiz populasi, N sebagai pemboleh ubah

bergerak balas pada paksi-Y. Satu garis dilukis mewakili garis pertumbuhan berdasarkan

data yang diiberikan.

2. Bentuk graf dikenalpasti.

3. Faktor pertumbuhan, R dikira bagi setiap populasi bagi setiap selang masa dan dimasukkan

ke dalam Jadual 1.

4. Purata geometrik dikira bagi kedua-dua populasi.

Populasi badak A, Purata R= 1.98 ~ 2.0

Populasi badak B, Purata R = 2.02 ~ 2.0

Soalan

Semak ketiga-tiga faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan. Mengapa terdapat

perbezaan dari segi saiz populasi antara kedua-dua populasi pada selang masa ke 5? Adakah

ia disebabkan oleh perbezaan dalam saiz populasi permulaan, faktor pertumbuhan, atau

persekitaran?

TUGASAN 2

Apakah jenis pertumbuhan populasi yang dimiliki oleh koala dan

mengapa saiz populasi akhir berbeza?

Jadual 2 mengandungi anggaran bagi dua jenis populasi koala di

dalam persekitaran yangg sama bagi 5 selang masa (generasi).

Selang

masa (t)

=

generasi

Populasi Koala A Populasi Koala B

Saiz

populasi,

(N)

Faktor

pertumbuhan,

(R)

Saiz

populasi,

(N)

Faktor

pertumbuhan,

(R)

0 N0 = 20 N0 = 20

1 36 1.8 31 1.5

2 63 1.8 47 1.5

3 118 1.9 66 1.4

4 212 1.8 103 1.6

5 375 1.8 150 1.5

Jadual 2

EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI SHA’ARI OMAR IPG KAMPUS KOTA BHARU

Langkah

1. Pertumbuhan populasi diplot menggunakan paksi yang sama. Masa, t sebagai

pembolehubah dimalarkan pada paksi-X dan saiz populasi, N sebagai pemboleh ubah

bergerak balas pada paksi-Y. Satu garis dilukis mewakili garis pertumbuhan berdasarkan

data yang diiberikan.

2. Bentuk graf dikenalpasti.

3. Faktor pertumbuhan, R dikira bagi setiap populasi bagi setiap selang masa dan dimasukkan

ke dalam Jadual 2.

4. Purata geometrik dikira bagi kedua-dua populasi.

Populasi koala A, Purata R =1.82 ~ 1.8

Populasi koala B, Purata R =1.5

Soalan

1. Bagi kedua-dua populasi koala, mengapa terdapat perbezaan dari segi saiz populasi

pada selang masa ke 5? Adakah ia disebabkan oleh perbezaan dalam saiz populasi

permulaan, faktor pertumbuhan, atau persekitaran?

2. Di dalam Jadual 2, jika data bagi populasi Koala A adalah sama tetapi di bawah

keadaan hujan yang sedikit dan data bagi populasi Koala B adalah di bawah keadaan

kemarau, mengapa adanya perubahan bagi faktor pertumbuhan, R populasi tersebut?

(Faktor pertumbuhan, R = Kelahiran - Kematian).

TUGASAN 3

Apakah jenis pertumbuhan populasi yang dimiliki oleh kuda belang dan

bagaimana keupayaan muatan (carrying capacity) mempengaruhi saiz populasi

akhir?

Jadual 3 menunjukkan anggaran populasi oleh dua jenis kuda belang di dalam

persekitaran yang berbeza bagi 10 selang masa (generasi).

EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI SHA’ARI OMAR IPG KAMPUS KOTA BHARU

Selang

masa (t) =

generasi

Populasi Kuda Belang A Populasi Kuda Belang B

Saiz populasi,

(N)

Faktor

pertumbuhan,

(R)

Saiz populasi,

(N)

Faktor

pertumbuhan, (R)

0 N0 = 20 N0 = 20

1 80 4.0 50 2.5

2 230 2.9 100 2.0

3 400 1.8 220 2.2

4 500 1.3 360 1.6

5 550 1.1 460 1.3

6 580 1.1 520 1.4

7 590 1.0 550 1.0

8 595 1.0 570 1.0

9 600 1.0 580 1.0

10 600 1.0 600 1.0

Jadual 3

Langkah

1. Pertumbuhan populasi diplot menggunakan paksi yang sama. Masa, t sebagai

pembolehubah dimalarkan pada paksi-X dan saiz populasi, N sebagai pemboleh ubah

bergerak balas pada paksi-Y. Satu garis dilukis mewakili garis pertumbuhan berdasarkan

data yang diberikan.

2. Bentuk graf dikenalpasti.

3. Faktor pertumbuhan, R dikira bagi setiap populasi bagi setiap selang masa dan dimasukkan

ke dalam Jadual 3.

4. Purata geometrik dikira bagi kedua-dua populasi.

Populasi kuda belang A, Purata R = 1.62 ~ 1.6

Populasi kuda belang B, Purata R = 1.5

EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI SHA’ARI OMAR IPG KAMPUS KOTA BHARU

Soalan

1. Populasi yang manakah sama ada A atau B yang mempunyai faktor pertumbuhan yang

paling tinggi?

2. Adakah faktor pertumbuhan, R tersebut tetap? Terangkan sebarang perubahan yang

berlaku pada R.

3. Apakah keupayaan muatan (carrying capacity) bagi setiap populasi?

TUGASAN 4

Bagaimanakah persaingan di antara kedua-dua populasi kuda

belang mempengaruhi keupayaan muatan (carrying capacity)?

Jadual 4 menunjukkan anggaran bagi dua jenis populasi di

kawasan persekitaran yang sama bagi 10 selang masa (generasi).

Selang masa (t)

= generasi

Populasi Kuda Belang A Populasi Kuda Belang B

Saiz

populasi, (N)

Faktor

pertumbuhan, (R)

Saiz

populasi, (N)

Faktor

pertumbuhan

(R)

0 N0 = 20 N0 = 20

1 90 4.5 50 2.5

2 220 2.5 120 2.4

3 340 1.6 210 1.8

4 410 1.2 260 1.2

5 440 1.1 260 1.0

6 450 1.0 230 1.0

7 450 1.0 200 1.0

8 440 1.0 170 1.0

9 460 1.0 150 1.0

10 450 1.0 150 1.0

Jadual 4

EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI SHA’ARI OMAR IPG KAMPUS KOTA BHARU

Langkah

1. Pertumbuhan populasi diplot menggunakan paksi yang sama. Masa, t sebagai

pembolehubah dimalarkan pada paksi-X dan saiz populasi, N sebagai pemboleh ubah

bergerak balas pada paksi-Y. Satu garis dilukis mewakili garis pertumbuhan berdasarkan

data yang diiberikan.

2. Bentuk graf dikenalpasti.

3. Faktor pertumbuhan, R dikira bagi setiap populasi bagi setiap selang masa dan dimasukkan

ke dalam Jadual 4.

4. Purata geometrik dikira bagi kedua-dua populasi.

Populasi kuda belang A, Purata R =1.59 ~ 1.6

Populasi kuda belang B, Purata = 1.39 ~ 1.4

Soalan

1. Populasi yang manakah sama ada A atau B yang mempunyai faktor pertumbuhan yang

paling tinggi?

2. Adakah faktor pertumbuhan, R tersebut tetap? Terangkan sebarang perubahan yang

berlaku pada R.

3. Adakah keupayaan muatan (carrying capacity) bagi populasi A berubah? Nyatakan

mengapa.

4. Kedua-dua populasi kuda belang mempunyai populasi saiz awal yang sama. Mengapakah

satu populasi tidak bersaing dengan yang lain? Kenalpasti tiga faktor yang mengawal

pertumbuhan populasi.

5. Jika data di dalam Jadual 3 menunjukkan dua populasi yang hidup berasingan dan di dalam

Jadual 4 menunjukkan dua populasi yang hidup bersama, apakah kesan persaingan bagi R

untuk kedua-dua populasi kuda belang?

EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI SHA’ARI OMAR IPG KAMPUS KOTA BHARU