Amirul Rofiq Roslee: KAWALAN KUALITI DI DALAM...

download Amirul Rofiq Roslee: KAWALAN KUALITI DI DALAM …amirulrofiq.blogspot.com/p/kawalan-kualiti-di-dalam...2017-09-06pemotongan gas oxy acetylene; kawalan kualiti di dalam kimpalan; pemotongan

If you can't read please download the document

Transcript of Amirul Rofiq Roslee: KAWALAN KUALITI DI DALAM...

Amirul Rofiq Roslee: KAWALAN KUALITI DI DALAM KIMPALAN

Amirul Rofiq Roslee

Pages

Home

CARA - CARA MENUKAR KAPASITOR KIPAS SILING

PEMOTONGAN GAS OXY ACETYLENE

KAWALAN KUALITI DI DALAM KIMPALAN

PEMOTONGAN ARKA PLASMA (PLASMA ARC CUTTING)

DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN DAN PERLAKSANAANNY...

KAWALAN KUALITI DI DALAM KIMPALAN

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KUALITI

Keseluruhan ciri-ciri dan keadaan bagi sesuatu perkhidmatan atau barangan yang setanding dengan keupayaan untuk memuaskan keadaan atau memenuhi kehendak pelanggan.

LEBIH JELAS LAGI :

Memuaskan pelanggan

Menepati kehendak

Tahap kecemerlangan

Sesuai untuk digunakan

Bebas dari kecacatan

KAWALAN KUALITI

Ia merupakan satu aktiviti untuk mengawal kualiti produk dan seterusnya menguji kualiti sesuatu produk tersebut supaya ia mengikut piawaian/standard yang telah ditetapkan ataupun sesuatu aktiviti yang perlu mengambil tempat dalam menentukan kawalan kualiti selepas selesai sesuatu kerja dimana pemeriksaan yang dibuat adalah betul.

Ujian yang dilakukan adalah seperti berikut :

Teknik operasi memeriksa bahan

Teknik pemeriksaan dimensi

Teknik pemeriksaan sebelum dan selepas mengimpal

Kaedah ujian yang akan dilakukan, sama ada ujian musnah atau ujian tanpa musnah

Kaedah ujian untuk memeriksa kebocoran (jaminan untuk kimpalan)

MAKSUD JAMINAN KUALITI

1. Tindakan yang dirancang secara sistematik untuk mengelakkan keraguan kepada perkhidmatan atau barangan yang mana akan memenuhi kriteria yang diberikan dalam usaha untuk mendapatkan yang terbaik.

2. Ia merupakan rancangan dan sistem yang di dokumentasikan di mana kepercayaan terhadap produk dapat ditunjukkan dan dinilai melalui semua sistem kertas kerja yang digunakan untuk merancang, mengawal dan merekod aktiviti.

UNTUK MENCAPAI KUALITI

Bagi memenuhi kehendak diatas, satu sistem dokumentasi kualiti diperlukan mengikut rangka kerja yang formal iaitu kawalan terhadap aktiviti kritikal. Rangka kerja tersebut mengandungi 4 lapisan dokumen mengikut urutan seperti berikut :

1. Manual Kualiti

2. Sistem Kualiti

3. Rancangan Kualiti

4. Langkah kerja prosedur

CIRI-CIRI KUALITI KEPADA PERKHIDMATAN

1. Ketepatan

2. Keselesaan

3. Kesopanan

4. Kecekapan

5. Keberkesanan

6. Kecepatan

7. Kebolehpercayaan

CIRI-CIRI KUALITI KEPADA PRODUK

1. Mudah diperolehi

2. Tahan lama

3. Bersih

4. Mudah disimpan

5. Selamat

6. Mudah dikesan

STANDARD/PIAWAIAN

1. Standard/piawaian bagi sistem kualiti menyatakan keperluan minimum untuk sistem kualiti yang diaplikasikan kepada sesuatu produk atau perkhidmatan

2. Standard ini digunakan untuk panduan kepada sesebuah organisasi untuk memperkenalkan jaminan kualiti

3. Ia juga merupakan asas untuk mengolah sistem kualiti sesebuah organisasi

4. Standard juga digunakan sebagai rujukan terperinci dalam jaminan kualiti apabila dibangkitkan di dalam kontrak

5. Standard umum yang digunakan di negara kita ialah ISO (INTERNATIONAL ORGANIZATION FOR STANDARDIZATION)

LAPISAN DOKUMEN JAMINAN MUTU

SISTEM KUALITI

Ia adalah satu struktur organisasi, prosedur, pemprosesan, tanggungjawab langkah kerja serta sumber-sumber untuk melaksanakan Pengurusan Kualiti

PENGURUSAN KUALITI

1. Berorientasikan pelanggan

2. Bermatlamatkan penambahbaikan yang berterusan

3. Menarik penglibatan sepenuhnya semua orang dalam Organisasi

MANUAL KUALITI

1. Dokumen yang menyediakan polisi, prosedur dan perlaksanaan umum sesebuah organisasi

2. Dokumen yang pertama yang akan dilihat oleh pembeli atau bakal pelanggan untuk mengetahui pendekatan syarikat dalam menjamin kualiti

3. Dokumen ini perlu mengandungi kenyataan komitmen seoenuhnya sesebuah syarikat terhadap kualiti dan ditandatangani oleh pengerusi, pengarah atau ketua pegawai eksekutif sesebuah syarikat.

4. Kenyataan polisi ini seharusnya dipamerkan secara tetap didalam premis seseebuah organisasi

LANGKAH KERJA PROSEDUR

1. Dokumen yang menjelaskan bagaimana sesuatu aktiviti dijalankan dan oleh siapa

2. Definisi ini diambil dari British Standard

3. Walaupun prosedur ini bukanlah arahan kerja terperinci seperti prosedur kimpalan, kenyataan seperti siapa melakukan dan bagaimana menerangkan rancangan korporat untuk mencapai kualiti terdapat dalam dokumen ini

Dalam keadaan begitu, sistem kualiti yang bersesuaian perlu didokumentasikan dalam bentuk projek atau kontrak rancangan kualiti yang terperinci

RANCANGAN KUALITI

1. Dokumen yang disediakan untuk amalan kualiti, sumber dan turutan aktiviti terperinci yang berkaitan dengan sesuatu produk, perkhidmatan, kontrak atau kerja.

2. Ia juga merupakan suatu sistem kualiti korporat yang diubahsuai mengikut kehendak yang diperlukan

TAHAP SISTEM KUALITI

1. Tahap kualiti sistem yang spesifik akan meminimumkan keperluan sistem kualiti untuk diaplikasikan kepada produk ataupun servis

2. Tahap sistem kualiti digunakan adalah bertujuan sebagai :

Petunjuk kepada seseuatu organisasi memperkenalkan kaminan mutu

Asas untuk pengukuhan dalam sesebuah sistem kualiti organisasiREKOD KUALITI

1. Satu dokumen berkenaan dengan pemeriksaan produk, pemeriksaan kuantiti, hasil keputusan yang diperolehi, pengenalan yang positif kepada pemeriksaan bahan yang berpandukan lukisan atau bahagian nombor, tandatangan atau setem yang dibawa oleh seseorang dan tarikh pemeriksaan.

2. Rekod Kualiti mengandungi dokumen yang meliputi perkara berikut :

Borang penerimaan laporan pemeriksaanKeputusan NDTUjian pengesahanLaporan pemeriksaan akhirDimanakah rekod disimpan dan oleh siapaBerapa lama rekod kualiti itu disemak

JENIS KANDUNGAN KUALITI REKOD

1. Rekod untuk jujukan pemeriksaan yang ditulis dalam borang tertentu atau dipanggil rancangan kualiti

2. Laporan yang belum disahkan

3. Prosedur kimpalan

4. Keperluan yang diperlukan sebagai pengimpal

5. Rekod bahan guna habis yang digunakan

6. Rekod data maklumat tentang kimpalan

7. Laporan NDT

8. Rekod rawatan

9. haba

10. Ujian hidraulik atau lain-lain ujian yang di rekodkan

11. Sijil oengujian kelulusan bahan(material)

12. Sijil penerimaan produk atau sijil pengesahan selepas laporan pemeriksaan akhir

APAKAH STANDARD YANG DIPERLUKAN UNTUK MENCAPAI ISO 9000

1. Tindakbalas pengurusan - Siapa yang bertanggungjawab dan untuk apa?

2. Sistem kualiti - Bagaimana menjalankan sistem operasi?

3. Pemeriksaan semula perjanjian - Membenarkan kakitangan untuk melihat apa yang diperlukan dan siapa yang harus ditanya untuk melakukannya

4. Pemeriksaan semula pengawalan dan rekabentuk Menjamin penghasilan pengeluaran dari papan lukisan hingga tamat.

5. Kawalan pendokumenan Pastikan dokumen yang diguna pakai adalah betul.

6. Pembelian Pastikan hasil pengeluaran dan perkhidmatan adalah betul.

7. Membeli bekalan hasil pengeluaran Pastikan kesemua bahan sentiasa dalam keadaan baik.

8. Mengenal dan mengesan hasil pengeluaran

9. Proses pengawalan Perlu tahu dengan jelas bagaimana untuk menghasilkan hasil keluaran.

10. Pengujian dan pengawalan Perlu tahu bagaimana pengujian dan pemeriksaan ini dilakukan.

11. Pemeriksaan,pengukuran dan keperluan pengujian Pastikan keperluan yang digunakan adalah betul.

12. Kelas pemeriksaan dan pengujian Di mana hasil pengeluaran berada dalam kitaran pemeriksaan?

13. Pengeluaran dari ketidaksesuaian hasil pengeluaran Pastikan penghasilan hasil pengeluaran tidak berlaku sebarang kesilapan.

14. Kerja-kerja pembaikan Cari punca berlaku masalah dan penyelesaian masalah.

15. Kawalan, pengstoran, pembungkusan dan penghantaran Jangan musnahkan sesuatu barangan kerana ia telah dihasilkan.

16. Pencatatan kawalan Di kehendaki sebagai bukti dokumen keperluan syarikat yang tepat mengikut kesesuaian.

17. Mengaudit hal-hal kualiti Adakah aktiviti kualiti mengikut apa yang dirancangkan?

18. Perkhidmatan Jika ianya dilakukan diluar syarikat, adakah ia memberi kesan kepada prosedur keperluan.

19. Kaedah perangkaan Mereka bentuk untuk kualiti hasil keluaran.

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Home

Subscribe to:Posts (Atom)

About Me

amirul rofiq

View my complete profile

Blog Archive

2016

(5)

July

(5)KIMPALAN ARKA JENIS FLUX CORED ARC WELDING (FCAW)KIMPALAN ARKA JENIS GAS TUNGSTEN ARC WELDING (GTAW...KIMPALAN ARKA JENIS GAS METAL ARC WELDING (GMAW)KIMPALAN ARKA JENIS SHIELDED METAL ARC WELDING (SM...KIMPALAN ARKA

Simple theme. Theme images by mayo5. Powered by Blogger.