BAB 2 - · PDF fileKONSEP KAWALAN KUALITI. Konsep Kawalan Kualiti adalah mengambil kira...
Transcript of BAB 2 - · PDF fileKONSEP KAWALAN KUALITI. Konsep Kawalan Kualiti adalah mengambil kira...
BAB 2
KONSEP ASAS
KUALITI
DEFINISI KUALITI
• KUALITI: Merupakan sifat/ciri-ciri produk atau
perkhidmatan yang boleh menyumbangkan kepada
kepuasan /kehendak pengguna.
• Menurut ANSI/ASQC- Kualiti merupakan keseluruhan
sifat dan sesuatu produk atau servis yang
membolehkannya memenuhi keperluaan yang tersirat
dan yang tersurat.
• Cth: Faktor keselamatan , kebolehsenggaraan,
kebolehgunaan, harga(ekonomi) dan alam sekitar.
DEFINISI KUALITI
• Joseph Juranmendefinisikan kualiti sebagai penyesuaian
untuk kegunaan, iaitu dari segi ciri-ciri produk atau
perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan dan
jaminan terhadap bebas dari kegagalan (freedom from
failure).
• Sebagai kesimpulannya, Juran telah menekankan kepada
3 perkara penting untuk menjayakan pengurusan kualiti
dalam sesebuah organisasi iaitu :
a. komitmen dan tindakan dari pihak pengurusan
b. latihan dalam pengurusan kualiti menyeluruh
c. penambahbaikan kualiti secara berterusan.
DEFINISI KUALITI
• W Edwards Deming
"Kualiti bererti membuatkan setiap orang melaksanakan
apa yang mereka telah persetujui dan mereka
melaksanakannya dengan tepat pada kali pertama"
Kecacatan Sifar (zero defect)
Definisi:
• Ralat atau kesilapan tidak seharusnya dianggap sebagai
suatu yang tidak boleh dielakkan. Ini bermakna jika
sesuatu kerja dijalankan maka hasilnya mestilah berkualiti
tanpa sebarang keraguaan atau tolak ansur. Bagi
memastikan ini terjadi segala kerja mestilah dikaji,
dirancang dan seterusnya dilaksanakan dengan baik.
Pelanggan Dalaman dan Luaran1. Pelanggan Luaran (External Customer)
~ Yang membeli dan menggunakan produk atau servis
2. Pelanggan Dalaman (Internal Customer)
~ Seperti rakan sekerja atau kakitangan sejabatan yang
menggunakan komponen dan produk/servis yang
dihasilkan oleh pekerja sebelumnya.
Pelanggan Dalaman dan Luaran
Biasanya dalam sesebuah syarikat ada beberapa jabatan/
unit.
~ Contohnya:
• Kualiti keluaran lebih terjamin apabila sampai ke tangan
pelanggan
~ Setiap proses yang dilalui produk telah
memenuhi kehendak pelanggan dalaman
Jabatan Stor
(PEMBEKAL)
Jabatan Pembuatan
(PELANGGAN)
Bekalkan
barang
KAWALAN kualiti (Quality CONTROL)
Definisi: Satu sistem yang merangkumi teknik-teknik atau
aktiviti yang digunakan untuk mencapai sesuatu sasaran
atau kehendak kualiti serta mengekalakan dan
memperbaiki kualiti sesuatu produk atau perkhidmatan.
Kawalan kualiti merangkumi kesemua kerja
pengoperasian atau proses atau proses ujian, pengukuran
dan membandingkan produk yang terhasil/ dikeluarkan
dengan satu piawaan dan kemudiannya menentukan
samada produk tersebut patut diterima, ditolak diubahsuai
atau dibina semula.
Teknik operasi dan aktiviti kawalan kualiti
1. Menentukan spesifikasi produk seperti yangdikehendaki atau diperlukan.
2. Merekabentuk produk atau perkhidmatan yangmemenuhi kehendak spesifikasi yang telah dipiawai.
3. Memilih serta menjalankan proses pengeluaran ataupemasangan yang memenuhi kehendak atau tujuanspesifikasi.
4. Menjalankan pemerikasaan untuk menentukan samadahasil produk/[erkhidmatan akur atau menurut kepadaspesifikasi yang telah ditetapkan.
5. Menilai atau mengkaji semula tentang pengguna untukmemberikan informasi @ input kepadapenambahbaikan spesifikasi sekiranya diperlukan.
KAWALAN kualiti (Quality CONTROL)
Tujuan aktiviti kawalan kualiti dijalankan.
1. Memberikan pelanggan produk/perkhidmatan yang
bertepatan pada harga yang berpatutan.
2. Penambahbaikan kualiti yang berterusan.
KONSEP KAWALAN KUALITI.
Konsep Kawalan Kualiti adalah mengambilkira sejauhmana suatu produkperkhidamatan dapat memenuhi kehendakpelanggan.
Faedah/kelebihan kawalan kualiti
1. Mengurangkan pembuangan skrap dan kerja semula.
2. Memperbaiki kualiti pembuatan dan pemasangan produk.
3. Membantu dalam rekebentuk yang rasional dan
penambahbaikan.
4. Membantu dalam pemilihan bahan, peralatan dan proses.
5. Meningkatkan keberkesanan pemeriksaan atau pengujian.
6. Menyediakan pihak pengurusan dengan suatub asas yang baru,
efektif dan impersonal untuk tujuan mencapai keputusan.
7. Meningkatkan pengeluaran keseluruhan dan mengurangkan kos
keseluruhan.
Jaminan kualiti (Quality assurance)
Definisi:
Semua aktiviti atau tindakan yang sesuai diambil untuk
mendapatkan kepercayaan bagi menjamin produk atau
perkhidmatan yang mumuaskan hati pelanggan.
Atau
Produk yang telah dijual kepada pelanggan mestilah boleh
beroperasi lebih daripada jangka waktu yang biasa tanpa
berlaku sebarang kerosakan.
Jaminan kualiti (Quality assurance)1. Jaminan kualiti merangkumi semua perancangan,
aktiviti atau tindakan yang sistematik dan bersesuaianyang perlu diambil untuk mendapatkan kepercayaanyang secukupnya bagi menjamin produk/perkhidmatanmencapai kualiti yang dikehendaki dan memuaskan hatipelanggan.
2. Jaminan kualiti bertanggungjawab dengan segalaurusan aktiviti yang memberikan kesan terhadapkepuasan pelanggan dan kualiti produk.
3. Jaminan kualiti bertindak mengekalkan kualiti padatahap piawai.
4. Produk yang dijual kepada pelanggan mestilah bolehberoperasi atau digunakan lebih daripada jangkawaktuyang biasa tanpa berlaku sebarang kerosakan.
Jaminan kualiti (Quality assurance)Jaminan kualiti seharusnya memberi jaminan dari segi;
i. Prestasi
ii. Tahan Lasak
iii. Rekabentuk
iv. Perkhidmatan
v. Senggaraan
KUALITI MENYELURUH (TQM)
DEFINISI:
Satu proses pengurusan kualiti yang:-
a. Berorientasikan pelanggan(customer).
b. Berjalan secara berterusan (continuous improvement);
dan
c. Melibatkan semua aspek dalam organisasi(Total
Perspective).
KUALITI MENYELURUH
• TQM akan membawa organisasi mencapai kualiti
menyeluruh(Total Quality).
• Ciri-ciri kualiti bukan sahaja dipamerkan pada Keluaran
atau Perkhidmatan, tetapi seluruh operasi dan urusan
sesebuah agensi
CIRI-CIRI TQM
(1) Matlamat:
(a) Kepuasan hati pelanggan.
(b) Output tanpa cacat(Zero-Defect)
(c) Output yang sentiasa tepat (Right the First Time).
(2) Fokus:
(a) Sistem dan proses.
(b) Budaya organisasi.
(c) Pelanggan.
(d) Pembekal.
Faedah-faedah tqm
1. Pengurangan dalam kerja semula;
2. Pengurangan dalam kesilapan;
3. Pengurangan dalam penangguhan;
4. Penjimatan kos;
5. Pusing ganti pekerja dan jualan,
6. Peningkatan dalam kadar kepuasan pelanggan
dalaman dan luaran;
7. Keuntungan dan kecekapan,
8. Penggunaan mesin dan bahan mentah yang lebih baik
Prinsip-prinsip TQM
• Secara keseluruhannya, terdapat dua prinsip penting
dalam TQM iaitu penyertaan menyeluruh dan
peningkatan berterusan.
1. Prinsip Pertama: Penyertaan Menyeluruh (Total
Involvement).
2. Prinsip Kedua: Peningkatan Berterusan
(Continuous Improvement)
Prinsip-prinsip TQM
• Secara keseluruhannya, terdapat dua prinsip penting
dalam TQM iaitu penyertaan menyeluruh dan
peningkatan berterusan.
1. Prinsip Pertama: Penyertaan Menyeluruh (Total
Involvement).
2. Prinsip Kedua: Peningkatan Berterusan
(Continuous Improvement)
Prinsip Pertama: Penyertaan
Menyeluruh (Total Involvement)
• TQM menekankan kepada penyertaan kesemua individu
yang terdapat dalam sesebuah organisasi sebagai satu
langkah untuk mencapai kualiti yang dikehendaki iaitu;
1. Pihak pengurusan,
2. Pekerja,
3. Pelanggan
4. Pembekal.
Prinsip Kedua: Peningkatan Berterusan
(Continuous Improvement)• Pelanggan merupakan asas kepada peningkatan
berterusan kerana apabila pelanggan berpuas hati,
mereka akan menjadi setia dan ini merupakan objektif
utama sesebuah organisasi untuk bertahan dalam
pasaran.
• Peningkatan berterusan hanya dapat dicapai sekiranya
organisasi mengambil usaha untuk mempertingkatkan
proses dan operasi syarikat dengan penggunaan inovasi
bersertakan pembuangan aktivitiaktiviti yang tidak
mendatangkan manafaat (non value added).
Peningkatan Berterusan (Continuous
Improvement)• Dapat dilakukan melalui beberapa aktiviti:
1. Aktiviti Pertama: Peningkatan Proses atau Kaizen.
2. Aktiviti Kedua: Pusingan Deming.
3. Aktiviti Ketiga: Kumpulan Kualiti (Aktiviti Kumpulan Kecil).
4. Aktiviti Keempat: Sistem Cadangan.
5. Aktiviti Kelima: Anugerah dan Penghargaan.
6. Aktiviti Keenam: Kanban atau Just in Time (lIT).
7. Aktiviti Ketujuh: Amalan 5S.
8. Aktiviti Kelapan: Penandaarasan (Benchmarking).
9. Aktiviti Kesembilan: Anugerah TQM.
10. Aktiviti Kesepuluh: Sistem Pengurusan Kualiti (ISO 9000)
Aktiviti Pertama:
Peningkatan Proses atau Kaizen.
• Kaizen atau peningkatan proses merupakan kejayaan daya saing
syarikat Jepun.
• Perkataan kaizen diperkenalkan oleh Masaaki Imai yang bermaksud
langkah demi langkah dalam peningkatan kualiti
• Ia merupakan peningkatan berterusan dengan penambahan inovasi.
• Terdapat tiga perkara yang dikenalpasti dapat dipertingkatkan
prosesnya iaitu dalarn pengurusan, kumpulan dan individu
• Peningkatan proses merupakan satu siri langkah yang mengandungi
aktiviti-aktiviti yang saling berkaitan di mana ia akan menghasilkan
output yang lebih baik dan seterusnya dapat memenuhi kehendak
pelanggan.
• Ia merupakan satu pengurusan proses untuk mengelak berlakunya
kesilapan atau kecacatan dalam produk atau perkhidmatan dengan
menggunakan kaedah kawalan piawaian seperti SPC (Statistical
Processing Control).
Enam sigma (6 sigma)
• Kaedah pengurusan baru yang berasaskan kaedah
kuantitatif dalam statistik yang menumpukan kepada mutu
pengeluaran dan perkhidmatan sehingga kecacatannya
begitu kecil sehingga menjangkau kepada tahap diluar
enam sigma (σ=sisihan piawai.
• Nama Six Sigma berasal dari fakta bahawa ia adalah
pendekatan pengurusan yang dicipta untuk mewujudkan
proses pengeluaran yang mana tidak lebih daripada 3.4
kecacatan setiap juta.
Tujuan enam sigma
1. Menghilangkan kecacatan semasa proses pembuatan
produk
2. Memendekkan/meminimakan waktu pembuatan
produk,
3. Mengurangkan kos/ menjimatkan kos.
Enam sigma (6 sigma)
Peranan pemeriksaanTujuan:
• Untuk mengetahui kualiti samada rosak atau tidak.
Bila perlu diperiksa:
i. Bahan mentah dan komponen yang dibeli
ii. Barangan siap
iii. Sebelum sesuatu operasi yang mahal dijalankan untuk mengelakkanpembaziran jika banrangan rosak juga diproses.
iv. Sebelum proses penutupan/ epmbungkusan (packing).
~Mengecat, menyantum komponen dan plating akan menutupkerosakan produk.
JENIS-JENIS PEMERIKSAAAN
1. Pemeriksaan kepingan pertama (First piece)
2. Pemeriksaan ‘Pilot piece’.
3. Pemeriksaan Proses.
4. Pemeriksaan Incoming.
5. Pemeriksaan Patrol.
6. Pemeriksaan Akhir. (Final Inspection)
JENIS-JENIS PEMERIKSAAAN
1. Pemeriksaan kepingan pertama (first piece)
~suatu kaedah pemeriksaan dimana produk yang pertamadihasilkan daripada satu lot yang akan diperiksa.
2. Pemeriksaan ‘Pilot piece’.
~Pemeriksaan dengan menjalankan komponen melaluikeseluruhan turutan operasi diatas satu siri mesin yang ditetapkan bagi pengeluaran keatas produk baru yang belumdipasarkan.
JENIS-JENIS PEMERIKSAAAN
3. Pemeriksaan Proses.
~Prosedur pemeriksaan ini berubah-ubah mengikut jenis
produk yang dikeluarkan.
4. Pemeriksaan Incoming.
~Dikenali sebagai vendor(Pembekal) inspection dimana
pemeriksaan barangan dijalankan ke atas barangan atau
bahan yang diterima dari sumber luar kilang.
JENIS-JENIS PEMERIKSAAAN
5. Pemeriksaan Patrol.
~ Adalah suatu kaedah dimana seorang inspektor patrol akanmeronda dari satu mesin ke satu mesin secara rondaan danmemeriksa kerja-kerjayang dihasilkan oleh operator mesin tersebutyang dirasakan bermasalah.
6. Pemeriksaan Akhir.
~Dilakukan setelah produk siap sepnuhnya (100%)
~Bertujuan untuk memberikan tahap keyakinan yang memenuhipiawaian
Pemeriksaan Akhir (FINAL
INSPECTION)
Pemeriksaan 100%
• Pemeriksaan dijalankan secara keseluruhan iaitu
kesemua unit dalam lot akan diperiksa. Pemeriksaan
100% memerlukan kos yang tinggi dan mengambil masa.
Sesuai digunakan terhadap produk yang memerlukan
ketepatan dan keselamatan yang tinggi.
PENSaMPELAN
• Definisi: Satu teknik mengambil sampel bagi pemeriksaan keatasproduk yang mana produk tersebut akan rosak selepasdiuji/diperiksa.
• Tujuan:
I. Kos untuk pemeriksaan 100% adalah sangat tinggi.
II. Pemeriksaan 100% tidak akan dapat dilakukan.
III. Pemeriksaan 100% boleh menyebabkan bosan dan keletihan bagipemeriksaan.
IV. Apabila pengujian akan menyebabkan produk itu rosak (musnah).
KAWALAN KUALITI STATISTIK
Definisi:
~ Adalah kaedah pengumpulan data dari proses yang
dijalankan dalam melihat samada proses tersebut
diganggu oleh perubahan biasa atau perubahan oleh faktor
luar.
PERSAMPELAN PENERIMAAN
Definisi:
Merupakan satu bentuk pemeriksaan yang dilakukan ke
atas lot atau kelompok barang sebelum proses atau
selepas proses.
~ Digunakan untuk membuat keputusan terhadap lot-lot
samada menerima atau menolak lot-lot berdasarkan
sampel.