Analisis SWOT

3
PROGRAM GOTONG ROYONG KELAS 3B DAN 2A ANALISIS SWOT KEKUATAN (S) 1. Kemudahan peralatan seperti penyapu, mop, tangga, kain buruk dan sebagainya telah ada untuk menjalankan aktiviti. 2. Guru-guru yang komited dan sedia memberikan kerjasama dalam melaksanakan aktiviti gotong-royong. 3. Pihak pentadbir memberikan sokongan dalam menjalankan aktiviti. 4. Murid-murid yang sangat berminat dan bersungguh-sungguh dalam menyertai setiap aktiviti yang diadakan di sekolah. KELEMAHAN (W) 1. Disiplin murid perlu dikawal selia semasa program berjalan. 2. Murid tahun 2 dan 3 tidak boleh mengangkat barang yang berat seperti almari dan meja guru. PELUANG (O) 1. Sokongan daripada guru besar, pentadbir sekolah dan semua AJK ANCAMAN (T) 1. Kecederaan boleh berlaku sekiranya murid tidak berhati-hati sewaktu

description

BIG

Transcript of Analisis SWOT

Page 1: Analisis SWOT

PROGRAM GOTONG ROYONG KELAS 3B DAN 2A

ANALISIS SWOT

KEKUATAN (S)

1. Kemudahan peralatan seperti penyapu, mop, tangga, kain buruk dan sebagainya telah ada untuk menjalankan aktiviti.

2. Guru-guru yang komited dan sedia memberikan kerjasama dalam melaksanakan aktiviti gotong-royong.

3. Pihak pentadbir memberikan sokongan dalam menjalankan aktiviti.

4. Murid-murid yang sangat berminat dan bersungguh-sungguh dalam menyertai setiap aktiviti yang diadakan di sekolah.

KELEMAHAN (W)

1. Disiplin murid perlu dikawal selia semasa program berjalan.

2. Murid tahun 2 dan 3 tidak boleh mengangkat barang yang berat seperti almari dan meja guru.

PELUANG (O)

1. Sokongan daripada guru besar, pentadbir sekolah dan semua AJK yang terlibat.

2. Ibu bapa turut memberikan kebenaran kepada anak-anak setiap kali anak mereka terlibat dengan aktiviti sekolah.

ANCAMAN (T)

1. Kecederaan boleh berlaku sekiranya murid tidak berhati-hati sewaktu menjalankan aktiviti terutamanya ketika aktiviti mengemop lantai.

2. Sikap murid yang kurang serius sewaktu menjalanan tugas atau suka bermain sekiranya kerja mereka telah diselesaikan.

Page 2: Analisis SWOT

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

PEMBINAAN INSAN GURU YANG SEIMBANG

ANALISIS SWOT

KEKUATAN (S)

1. Kemudahan fizikal yang baik seperti bilik mesyuarat, surau, kantin, dewan dan tandas bagi menjalankan aktiviti.

2. Mempunyai guru yang berpengalaman untuk menyampaikan ceramah kepada rakan guru yang lain.

3. Guru-guru yang komited dan sedia memberikan kerjasama terutamanya dalam berkongsi ilmu baharu yang dimiliki.

4. Pihak pentadbir memberikan sokongan dalam menjalankan aktiviti.

KELEMAHAN (W)

1. Masih terdapat guru yang tidak hadir dalam LDP kerana terikat dengan tugas-tugas rasmi atau tidak rasmi.

3. Masa yang tidak mencukupi untuk program seperti ini bagi memenuhi jumlah jam yang diperuntukkan untuk LDP.

PELUANG (O)

1. Sokongan daripada guru besar, pentadbir sekolah dan semua AJK yang terlibat.

2. Mempunyai bilik mesyuarat yang selesa untuk menjalankan aktiviti.

3. Pihak pentadbir menyediakan keperluan untuk melaksanakan LDP.

ANCAMAN (T)

1. Pelbagai program di peringkat daerah yang turut diadakan serentak dengan tarikh LDP menyebankan guru tidak dapat hadir.

2. Kekangan masa kerana terlalu banyak aktiviti yang hendak dijalankan dalam satu-satu masa.

3. Pemilihan tarikh LDP yang tidak dapat mengumpulkan semua guru secara keseluruhan.