SWOT guru cemerlang.docx

28
IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU LAPORAN PERKHEMAHAN 1 PROGRAM BINA INSAN GURU TAHUN2012 NAMA PELAJAR : TAN SHU LIH AMBILAN : JUN 2011 SEMESTER : 3 OPSYEN : MATEMATIK PERINGKAT : 1 – PERKHEMAHAN TARIKH : 3 OGOS DAN 4 OGOS 2012 TEMPAT : SJK ( C) NAM HENG KUMPULAN : MATEMATIK 7 KEHADIRAN : 202 / 210 ORANG ( BIL. MURID LELAKI = 90 ; BIL. MURID

Transcript of SWOT guru cemerlang.docx

Page 1: SWOT guru cemerlang.docx

IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

JOHOR BAHRU

LAPORAN PERKHEMAHAN 1

PROGRAM BINA INSAN GURU

TAHUN2012

NAMA PELAJAR : TAN SHU LIH

AMBILAN : JUN 2011

SEMESTER : 3

OPSYEN : MATEMATIK

PERINGKAT : 1 – PERKHEMAHAN

TARIKH : 3 OGOS DAN 4 OGOS 2012

TEMPAT : SJK ( C) NAM HENG

KUMPULAN : MATEMATIK 7

KEHADIRAN : 202 / 210 ORANG

( BIL. MURID LELAKI = 90 ; BIL. MURID PEREMPUAN=112)

MURID TIDAK HADIR : 8 ORANG

Page 2: SWOT guru cemerlang.docx

LAPORAN REFLEKTIF :

TAJUK : PERKHEMAHAN I

( A ) LAPORAN AKTIVITI / PERISTIWA

Program perkhemahan Kem Kepimpinan ini telah berjaya dilaksanakan pada 3 & 4

Ogos 2012 di SJK (C) Nam Heng.  Peserta-peserta perkhemahan berpeluang

memasang dan mendirikan khemah dengan jayanya. Perkhemahan ini diadakan

adalah untuk mendedahkan generasi muda dengan pelbagai aktiviti yang dapat

menguji daya ketahanan dan kepimpinan mereka. Acara majlis penutupan rasmi telah

disempurnakan oleh Pengerusi PIBG SJK ( C) Nam Heng , iaitu En. Low Seng Huat

pada pukul 2.30 petang, 4 Ogos 2012.  Beliau berbesar hati meluangkan masa dan

menyampaikan hadiah-hadiah dan sijil penghargaan kepada para peserta

perkhemahan.

Pendahuluan

Seramai 202 peserta telah terlibat dalam perkhemahan yang terdiri daripada

112 orang perempuan dan 90 orang lelaki. Sebanyak 68 orang guru SJK

(C)Nam Heng, 5 orang guru SJK (C) Masai dan seorang guru dari SJK ( C )

Ming Chih yang bertugas sebagai urusetia di dalam Perkhemahan Kem Motivasi

ini.

Hari Pertama : 3 OGOS 2012 ( Jumaat )

Pendaftaran bermula jam 1.00 petang di dewan, SJK(C) Nam Heng. Taklimat telah

disampaikan oleh Kem Komandan, Pn.Tan Ai Nee. Peserta-peserta diberikan tanda

nama dan tanda nama tersebut hendaklah dikalungkan di leher sepanjang

perkhemahan. Selain itu, taklimat mendirikan khemah diberikan oleh guru

Page 3: SWOT guru cemerlang.docx

bertugas. Taklimat berkaitan disiplin, keselamatan, pengisian dan peraturan

perkhemahan juga diperjelaskan kepada semua peserta. Para peserta mula

mendirikan khemah masing-masing dan dibahagikan kepada dua zon, iaitu

Zon A untuk tapak perkhemahan lelaki dan Zon B bagi tapak  perkhemahan

perempuan. Aktiviti mendirikan khemah berjalan dengan lancar

dengan bantuan pembantu urusetia dan guru. Cuaca pada hari tersebut juga cukup

baik, redup dan berangin. Aktiviti Ice-breaking dijalankan di dalam dewan pada

4.30 petang. Para peserta dibahagikan kepada 14 patrol. Apabila selesai, semua

peserta diberi ruang untuk berkenal-kenalan. Seterusnya setiap kumpulan dikehendaki

memberi nama kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan perlu melantik seorang

ketua patrol dan seorang penolong ketua patrol. Semasa aktiviti-aktiviti

dijalankan, mereka berjaya membentangkan hasil kerja kumpulan dengan baik.

Setiap kumpulan diminta memberikan nama kumpulan, rasional memilih

kumpulan tersebut, melakar bendera kumpulan dan sorakan identiti

kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan diberi masa 10 minit

untuk membentangkan has i l ke r ja kumpu lan dan kumpu lan la in bo leh

menyoa l kumpu lan tersebut. Aktiviti berjalan dengan harmoni dan

menyeronokkan. Aktiviti dikelolakan dengan baik oleh ketua kem komandan,

Pn. Tan Ai Nee dan dibantu oleh fasilitator setiap kumpulan serta   pembantu

urusetia. Aktiviti Ice-breaking dapa t d iakh i r i sempurna dengan nyany ian

dan ta r ian . Pn .Tan member ikan kes impu lan dan memuj i peng l iba tan

semua peserta. Tujuan aktiviti dijalankan untuk memberi peluang kepada semua

peserta berfikir secara rasional dan matang serta berupaya menjawab semua

pertanyaan. Ini dapat melatih peserta diri untuk menjadi pemimpin yang berani dan

bijak menangani isu semasa. Sesi berakhir pada jam 5.30 petang. Peserta dibenarkan

untuk rehat dan makan malam yang disediakan oleh Ahli Jawatankuasa Makanan.

Persembahan etnik kumpulan dan aktiviti malam kebudayaan bermula pada 7.30

malam. Setiap kumpulan telah diberi tugas awal untuk menyediakan bahan-bahan

persembahan kumpulan. Persembahan dikelolakan oleh Cikgu Lau Sook Ting dan

Cikgu Teh Siok Hun selaku pengadil. Setiap kumpulan diberi masa 30 minit untuk

menyiapkan diri dengan bahan-bahan terbuang. Aktiviti berjalan dengan

Page 4: SWOT guru cemerlang.docx

menghiburkan dan lancarnya. Persembahan tersebut memberi peluang kepada

peserta-peserta untuk berinteraksi sesama mereka dalam kumpulan dan berfikir untuk

melakukan yang terbaik dalam masa yang singkat. Peserta-peserta lebih berani

untuk berkomunikasi. Selain itu, penyaluran pengetahuan cintai alam kepada peserta

adalah secara langsungnya. Dalam persembahan, setiap wakil perlu melakukan

lakonan, nyanyian dan tarian dalam masa 10 minit yang diberikan. Malam ini

merupakan antara malam yang tidak akan dilupakan. Aktiviti tersebut begitu

menyeronokkan dan membuka minda peserta agar kreatif dan berfikir dalam

kumpulan semasa menyelesaikan masalah. Aktiviti ditamatkan dengan rumusan jam

9.30 malam. Acara-acara aktiviti didapati mencapai kemuncak semasa unggun api

pada pukul 9.30 malam. Pihak sekolah telah menjemput Pengurus Lembaga Sekolah

En. Tai Soon Hong bersama Guru besar SJK (C) NAM HENG, iaitu Pn. Heng Guay

Looe untuk menyalakan unggun api. Murid-murid dan guru-guru mengelilingi unggun

api sambil menyanyi, menari dan bermain. Aktiviti berakhir pada jam 11.30 malam.

Peserta-peserta diberi minum malam sebelum tidur di khemah masing-

masing kerana terlalu kepenatan.

Hari Kedua : 4 Ogos 2012 ( Sabtu )

Peserta-peserta telah dikejutkan daripada tidur pada pukul 5:30 pagi . Semua peserta

diminta untuk bersiap dengan pakaian sukan untuk senaman pagi pukul 6:30 pagi.

Ak t i v i t i senaman pag i  berjalan baik dengan bantuan radio. Peserta

nampak gembira sambil bersenamrobik. Ia merupakan satu aktiviti yang

menyihatkan dan menghiburkan. Setelah selesai, empat orang peserta diminta

bersiap dengan pakaian seragam lengkap untuk upacara menaikkan bendera dan

nyanyian Lagu Negaraku. Peserta-peserta berdiri tegak semasa kibaran bendera dan

seterusnya menyanyi Lagu Negaraku. Kemudian, peserta dinasihatkan untuk

bersarapan pagi selepas itu. Menu pada pagi itu adalah roti, telur goreng dan Milo.

Peserta-peserta menjamu selera dengan gelojoh kerana kelaparan. Ak t i v i t i

se te rusnya ia lah Ceramah Pembinaan Insan . Menerusi ceramah tersebut,

peserta diberikan motivasi dan semangat untuk menjayakan tugasan yang diberikan

seperti membalut telur dengan pelbagai cara supaya ia tidak pecah apabila dibaling

Page 5: SWOT guru cemerlang.docx

dari atas pentas ke lantai serta berusaha membina tower yang paling tinggi dan juga

kukuh dengan menggunakan suratkhabar sahaja. Permainan stesen ke stesen

diadakan pada pukul 10.00 pagi. Setiap kumpulan akan bergerak dari satu stesen ke

stesen mengikut pelan yang teleh diagihkan oleh Cikgu Shiley sebelum bermula

permainan Stesen pertama ialah Hantar Gelung Rotan, Stesen Kedua ialah Putaran

Setempat, Stesen Ketiga ialah Menaiki Kereta, Stesen Keempat ialah Melontar

Gelung Getah, Stesen Kelima ialah melontar-lontar halangan, Stesen

Keenam ialah Hantar Bola Ping Pong manakala stesen ketujuh ialah Teka-teki.

Peserta-peserta dikehendaki menyertai semua aktiviti stesen tersebut secara

berkumpulan dan markah akan diambil di setiap stesen. Akhirnya, peserta kumpulan 4

telah memenangi juara dalam permainan stesen tersebut. Peserta memasak

tengah hari pada 11.30 pagi. Walaupun makanan tengah hari merupakan maggie

mee, akan tetapi peserta-peserta kelihatan gembira menjamunya. Ini mungkin kerana

ia merupakan pengalaman pertama kali mereka memasak sendiri dengan

menggunakan arang. Setiap peserta juga dikehendaki menjaga sendiri pinggan dan

gelas yang diberi dan hendaklah membasuhnya sendiri setelah digunakan. Selepas

itu, peserta-peserta diminta membuka khemah dan membersihkan kawasan tapak

perkhemahan. Majlis penutupan dirasmikan oleh En. Low Seng Huat.. Apa yang

menyeronokkan lagi pada hari ini ialah peserta telah diberikan sijil penyertaan.

Peserta-peserta juga sempat mengadakan sesi penggambaran beramai-ramai dan

mengucapkan terima kasih kepada pembimbing mereka dan mengucapkan selamat

tinggal kepada rakan-rakan yang lain.

Page 6: SWOT guru cemerlang.docx

Isu / Masalah ( Jika ada )

( B ) Analisis SWOT

( i ) KEKUATAN

1. Aktiviti ini berjaya membantu guru menjalankan tanggungjawab profesion

perguruan.

2. Guru cemerlang berpengalaman, bertimbang rasa dan berdedikasi.

3. Guru bertanggungjawab menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di

samping meningkatkan kualiti dan keterampilan diri.

4. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah sesuai dan dalam suasana yang

tenteram.

( ii ) KELEMAHAN

1 Masa yang diperuntukan untuk berkongsi pengalaman bagi guru

cemerlang

agak singkat.

2 P.A. sistem dalam dewan kurang sempurna.

3 Makanan yang disediakan tidak mencukupi.

( iii ) PELUANG

1. Sokongan daripada guru PPG Kohort 1, daripada kelas MT7 IPGKTI yang

menyertai BIG.

2. Peruntukan perbelanjaan wang yang diberikan daripada peribadi guru

PPG Kohort 1, daripada kelas MT7 IPGKTI.

3. Pensyarah IPGKTI memberi bantuan setinggi-tingginya.

Page 7: SWOT guru cemerlang.docx

( iv ) ANCAMAN

1. Tiada sebarang perkara yang boleh memberi ancaman kepada

keselamatan guru PPG sepanjang lawatan guru vemerlang ini

dilaksanakan.

( C ) REFLEKSI KENDIRI :

( i ) MANFAAT PROGAM BIG

1. Saya berpeluang supaya melatih diri sendiri untuk menyelesaikan

masalah secara kritis dan kreatif.

2. Saya dapat menerima pelbagai cabaran dengan penuh keyakinan.

3. Saya mampu menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

4. Saya dapat memupuk semangat saling bantu- membantu di kalangan

guru-gru dan murid-murid.

5. Slot senaman pagi telah memberanikan saya bertampil ke hadapan murid-

murid semasa penerangan dan semasa menunjukkan cara

bersenamrobik.

( ii ) PENAMBAHBAIKAN

1. Memastikan peserta-peserta sentiasa dalam keadaan yang sihat.

2. Kawasan yang menjalankan permainan stesen perlu berdekatan supaya

murid-murid dapat menjimatkan masa semasa aktiviti-aktiviti dijalankan.

Penutup

Dari keseluruhannya, objektif perkhemahan tercapai dan Berjaya. Saya

berharapkan bahawa aktiviti seperti ini dapat d i te ruskan demi manfaa t

pe la ja r . Rata-rata peserta perkhemahan memberikan komen yang positif setelah

berakhirnya program perkhemahan ini. Nyatanya mereka telah menunjukkan

semangat kerjasama yang tinggi dalam menjayakan semua aktiviti sepanjang

perkhemahan ini berlangsung.  Semoga program sebegini akan diteruskan pada masa

Page 8: SWOT guru cemerlang.docx

akan datang dalam usaha melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi,

rohani, intelek dan sahsiah!

Sekian,

Majulah dan Teruskan

Disediakan oleh:

TAN SHU LIH

Tandatangan Pelapor : Disahkan oleh penilai:

……………………………… …………………………………………

( TAN SHU LIH ) ( )

LAMPIRAN

Berikut adalah gambar-gambar yang diambil sepanjang program ini berlangsung:

Pendaftaran

Page 9: SWOT guru cemerlang.docx

Aktiviti mendirikan khemah

LDK 1- Ice-breaking

Page 10: SWOT guru cemerlang.docx

Aktiviti Malam Kebudayaan

Aksi kumpulan dan persembahan murid

Page 11: SWOT guru cemerlang.docx

Unggun api

Unggun api

Page 12: SWOT guru cemerlang.docx

Aktiviti senaman pagi turut dijalankan

Sarapan murid disediakan

Page 13: SWOT guru cemerlang.docx

Kumpulan murid diberi taklimat sukaneka 1

Kumpulan murid diberi taklimat sukaneka 2

Page 14: SWOT guru cemerlang.docx

Aktiviti sukaneka untuk memupuk semangat juang murid

Kemahiran PJ juga dipupuk dalam program ini

Page 15: SWOT guru cemerlang.docx

Memasak Maggie Mee

Mengemas khemah bersama-sama

Page 16: SWOT guru cemerlang.docx

Perkongsian refleksi murid