Apakah Isu Ktindakan

4
Apakah isu-isu yang berhubungan dengan sains, teknologi dan masyarakat? Guru Perlu Menyelidik - Teacher is Researcher Kepentingan Penyelidikan Kepada Guru Saya katakan semua guru adalah penyelidik. saya katakan semua guru perlu menyelidik... Rasional membuat penyelidikan adalah berasaskan sebab-sebab berikut; Membuat jangkaan terhadap sesuatu fenomena yang bakal berlaku (prediction) penyelidikan dapat menyediakan maklumat yang penting berkaitan dengan fenomena yang dijangkakan, contohnya, jangkaan terhadap pencapaian pelajar dalam sesuatu peperiksaan. Membuat penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau program (improvement). Dapatan kajian dapat membantu individu, kumpulan atau organisasi untuk memperbaiki program yang sedia ada dan juga sebagai asas untik memperbaiki kelemahan yang ada. Dalam hal ini, penyelidikan penilaian (evaluation research) memainkan peranan yang penting. Dalam konteks bilik darjah, guru-guru perlu membuat penilaian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) masing- masing dari semasa ke semasa. Dengan ini, kelemahan yang dikenal pasti dapat diperbaiki dan penambahbaikan dapat dilakukan dari semasa ke semasa terhadap amalan kita. Jenis kajian yang sesuai dijalankan selain dari penilaian adalah kajian tindakan (action research). Guru-guru di seluruh negara telah didedahkan kepada kepada konsep penyelidikan tindakan (Action Research). Kementerian

description

SAINS

Transcript of Apakah Isu Ktindakan

Page 1: Apakah Isu Ktindakan

Apakah isu-isu yang berhubungan dengan sains, teknologi dan masyarakat?

Guru Perlu Menyelidik - Teacher is ResearcherKepentingan Penyelidikan Kepada Guru

Saya katakan semua guru adalah penyelidik. saya katakan semua guru perlu

menyelidik...

Rasional membuat penyelidikan adalah berasaskan sebab-sebab berikut; Membuat

jangkaan terhadap sesuatu fenomena yang bakal berlaku (prediction) penyelidikan

dapat menyediakan maklumat yang penting berkaitan dengan fenomena yang

dijangkakan, contohnya, jangkaan terhadap pencapaian pelajar dalam sesuatu

peperiksaan. Membuat penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau program

(improvement). Dapatan kajian dapat membantu individu, kumpulan atau organisasi

untuk memperbaiki program yang sedia ada dan juga sebagai asas untik

memperbaiki kelemahan yang ada. Dalam hal ini, penyelidikan penilaian (evaluation

research) memainkan peranan yang penting. Dalam konteks bilik darjah, guru-guru

perlu membuat penilaian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)

masing-masing dari semasa ke semasa. Dengan ini, kelemahan yang dikenal pasti

dapat diperbaiki dan penambahbaikan dapat dilakukan dari semasa ke semasa

terhadap amalan kita. Jenis kajian yang sesuai dijalankan selain dari penilaian

adalah kajian tindakan (action research).

Guru-guru di seluruh negara telah didedahkan kepada kepada konsep penyelidikan

tindakan (Action Research). Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan siri

pendedahan melalui kursus jangka pendek yang dikendalikan oleh Jabatan

Pelajaran Negeri dan Institut Pendidikan Guru (IPG). Sesetengah IPG begitu aktif

menjalankan kursus penyelidikan tindakan disamping pensyarahnya melakukan

penyelidikan tindakan samada bersendirian, bersama rakan setugas lain atau

bersama guru-guru sekolah. Terdapat IPG yang sangat aktif dalam penyelidikan

tindakan dan mengadakan seminar penyelidikan tindakan peringkat kebangsaan

seperti IPG Perlis, IPG Kinta, Ipoh dan IPG Keningau, Sabah. Beberapa buah IPG

lagi yang tidak disebutkan di sini juga aktif dalam penyelidikan tindakan.

Penyelidikan dapat membantu guru-guru memberi penjelasan (explanation)

terhadap sesuatu fenomena yang berlaku dalam amalan P&P, pengurusan bilik

Page 2: Apakah Isu Ktindakan

darjah dan pengurusan organisasi pendidikan. Guru sebagai pengurus pembelajaran

dan pengurus pentadbiran sekolah sentiasa mengalami fenomena tertentu

sepanjang menjalankan tugas. Ada fenomena yang memberi impak positif dan

sebaliknya. Malahan sering berlaku kita sendiri tidak dapat memahami kenapa

keadaan ini berlaku. Penyelidikan dapat membantu memberikan kita penjelasan

sekiranya fenomena ini perlu ditangani dengan cara yang betul. Melalui

penyelidikan, deskripsi sesuatu fenomena (description) dapat disediakan berkaitan

dengan bidang yang dikaji dalam membantu untuk memahami fenomena tersebut.

Maklumat statistik melalui penyelidikan dapat disediakan sekiranya diperlukan oleh

pihak pembuat dasar (Policy Makers). Penyelidikan juga akan dapat membantu guru

menyelesaikan masalah yang timbul semasa melaksanakan tugas harian. Sekiranya

kita menyelesaikan masalah tanpa mencari punca masalah sebenarnya,

kemungkinan masalah tersebut tidak dapat diselesaikan dengan baik, malahan

masalah lain yang lebih rumit akan menyusul. ‘Teacher is a researcher’ adalah satu

ungkapan yang sering dilaungkan oleh para pakar pendidikan dalam mana-mana

seminar, khususnya seminar penyelidikan pendidikan. Selain itu ungkapan lain yang

sering dilaungkan adalah ‘guru sebagai pengamal reflektif’. Dalam era kualiti diukur

dan akauntabiliti ditekan ini, pemastian kualiti pendidikan adalah amat penting. Oleh

itu penyelidikan adalah salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru agar

pemastian kualiti pendidikan dapat dicapai bagi memenuhi hasrat negara dan

kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Negara perlu menghasilkan guru-guru

yang dapat mengendalikan penyelidikan berasaskan bilik darjah dan dapat menilai

aspek-aspek dalam pengajaran dan pembelajaran. Penyelidikan tindakan, amalan

reflektif dan penulisan potfolio dan kes digalakkan di kalangan guru-guru. ‘Reflection

is the essential tool for developing the professional knowledge base of the teacher’.

Guru perlu disediakan sebagai seorang pengamal (practitioner) seperti profesion lain

iaitu doktor dan jururawat dan dapat mengamalkan konstruktivisme, i.e. mampu

membina ilmu baru berasaskan ilmu sedia ada, bukan seperti seorang ahli falsafah

atau ahli sejarah. Budaya keintelektualan @ budaya akademia perlu disemai dalam

kalangan guru. Suasana budaya bagi sesebuah institusi pendidikan adalah

menggalakkan pencarian ilmu, pembelajaran tanpa jemu dan secara berterusan,

membolehkan pelajar menerokai idea-idea baru yang boleh meningkatkan

perkembangan ilmu. membuka ruang minda pelajar untuk berfikir dengan terbuka,

Page 3: Apakah Isu Ktindakan

kritikal dan analitikal dan melambangkan kecendekiawanan para ilmuan (guru-guru)

dalam institusi tersebut.