Aplikasi Karya Agung

39
Isi Kandungan Bil Tajuk Muka Surat 1. Penghargaan 2 2. 1.0 Pengenalan Karya Agung Sulalatus Salatin 3-8 3. 2.0 ) Aspek Kandungan : Unsur Kognitif Dan Emotif Berdasarkan Episod Yang Dipilih 9-13 4. 3.0) Contoh Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 6 Bestari 14-20 5. 4.0) Kekuatan Dan Kelemahan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu 21-23 6. 5.0) Kesimpulan 24 7. 6.0) Rujukan 25-26

description

aplikasi karya agung

Transcript of Aplikasi Karya Agung

Page 1: Aplikasi Karya Agung

Isi Kandungan

Bil Tajuk Muka Surat

1. Penghargaan 2

2. 1.0 Pengenalan Karya Agung Sulalatus Salatin 3-8

3. 2.0 ) Aspek Kandungan : Unsur Kognitif Dan Emotif

Berdasarkan Episod Yang Dipilih

9-13

4. 3.0) Contoh Rancangan Pengajaran Harian Bahasa

Melayu Tahun 6 Bestari

14-20

5. 4.0) Kekuatan Dan Kelemahan Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran Bahasa Melayu

21-23

6. 5.0) Kesimpulan 24

7. 6.0) Rujukan 25-26

Page 2: Aplikasi Karya Agung

Penghargaan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Titipan penghargaan terhadap Allah s.w.t atas rahmat yang diberikan kepada

hambanya yang kerdil ini. Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada

pensyarah pembimbing yang memberikan ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam proses

pembelajaran karya agung kepada saya.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan satu kuliah

kerana membantu saya memahami tugasan ini dengan lebih mendalam. Rakan satu kuliah juga

memberikan penerangan dan perbincangan yang jelas mengenai karya agung yang dipilih dalam

menyelesaikan tugasan ini.

Akhir sekali, ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat

dalam membantu saya menyelesaikan tugasan ini. Saya memohon maaf jika ada kesilapan yang

tidak disengajakan dalam menghasilkan tugasan ini.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

2

Page 3: Aplikasi Karya Agung

2.0 PENGENALAN KARYA AGUNG SULALATUS SALATIN

Sulalatus Salatin merupakan satu karya kesusasteraan Melayu lama yang tergolong dalam

corak karya sastera sejarah atau lebih dikenali sebagai historiografi Melayu. Karya-karya yang

bercorak sejarah ialah hasil karya sastera Melayu lama yang mengambil bahan (asli) daripada

peristiwa-peristiwa sejarah sama ada mengenai sesuatu tempat, sesebuah kota, sesebuah kerajaan

dan keturunan.

Dari segi pengisahan ataupun penceritaan Sulalatus Salatin, ianya bercampur aduk antara

peristiwa yang benar-benar berlaku ataupun yang merupakan fakta sejarah yang sebenar dengan

kisah-kisah dongeng yang tidak berpijak di bumi yang nyata. Contohnya, kisah manusia yang

boleh hidup di bawah laut, mengenai lembu putih yang boleh terbang dan sebagainya. Kisah-

kisah dongeng dan fantasi ini bercampur dengan kisah sebenar kewujudan Melaka sebagai

sebuah kerajaan yang berperanan penting dari segi politik di rantau ini, peranan sebagai pusat

pelabuhan yang disinggahi pedagang dari Timur dan Barat, pusat perkembangan agama Islam

dan hasil kesusasteraan Melayu pengaruh Islam. Karya ini juga berkaitan dengan fakta-fakta

sebenar tentang kemasyhuran dan kedaulatan sultan-sultan yang memerintah Melaka seperti

Sultan Muzaffar Shah, Sultan Mahmud Shah dan Sultan Alau’ddin Riayat Shah.

Mengenai kewibawaan dan kepimpinan pembesar-pembesar Melaka yang menonjolkan

ketokohan pemimpin unggul seperti Bendahara Tun Perak, Bendahara Sri Maharaja Tun Mutahir

dan juga pembesar-pembesar lain seperti Menteri Jana Puteri, Tun Telanai, Kasturi, Hang Tuah

dan kisah sebenar mengenai kedatangan Portugis dan penaklukan ke atas Melaka.

3

Page 4: Aplikasi Karya Agung

Bab yang dipilih untuk dikaji ialah bab kelima yang merangkumi penceritaan mengenai

kebijaksanaan Tun Perak, Satu Cara Mengelakkan Pecah Belah, Langgaran Siam dipatahkan,

Pemerintahan Sultan Mansur Shah, Raja Indera pura ditawan, hubungan Muhibah-Sulawesi, dari

mana Hang Tuah berasal, Maharaja Dewa Sura dibebaskan dan Hubungan baik-baik Siam-

Melaka. Perjalanan peristiwa di dalam episod ini adalah seperti di bawah :-

a) Bakat Kebijaksanaan Tun Perak

Siam merupakan sebuah kerajaan yang besar. Banyak negeri telah menjadi jajahan takluk

Siam. Raja Siam bernama Bubunya. Raja Siam telah menghantar utusan ke Melaka yang

bertujuan untuk “minta surat sembah”. Siam mahu Melaka mengakui kekuatannya dan menjadi

jajahan takluk Siam. Sultan Muzaffar Shah enggan tunduk di bawah kemahuan Siam. Raja Siam

telah menyiapkan angkatan tentera perang yang besar dan lengkap untuk menyerang dan

menundukkan Melaka. Angkatan ini diketuai oleh Awi Cakri. Berita terbabit telah sampai ke

pengetahuan Sultan Melaka. Baginda menitahkan semua hulu balang berkumpul di Melaka. Tun

Perak, Penghulu Orang Kelang datang membawa bersama-sama anak, isteri serta harta benda ke

Melaka.

Tindakan Tun Perak membawa bersama anak, isteri dan harta benda ke Melaka telah

menimbulkan syak sultan. Baginda menitahkan Seri Amerta untuk bertanya hal terbabit kepada

Tun Perak. (Seri Amerta merupakan orang yang bertanggungjawab menyampaikan titah raja

ketika raja berada di balai penghadapan). Tun Perak tidak menjawab pertanyaan Seri Amerta.

Kali ketiga barulah Tun Perak menjawab :

4

Page 5: Aplikasi Karya Agung

“….. Tuan hamba dengan pedang tuan hamba sebilah itu juga, hendaklah baik-baik

peliharalah, jangan diberi berkarat; akan pekerjaan kami, orang bekerja ini, di mana tuan

hamba tahu?.....nescaya berperang dengan musuh bersungguh-sungguh hatinya; kurang-

kurang ia melawankan Duli Yang Dipertua, lebih-lebih ia melawakan anak perempuannya”.

(Sulalatus Salatin, hlm. 90).

Sultan Muzaffar tertarik dengan kebijaksanaan akal Tun Perak. Serangan Siam dapat

dipatahkan oleh angkatan Melaka. Siam tidak berhasil mengalahkan Melaka dan terpaksa

berundur kembali kepada Siam. Tun Perak tidak dibenarkan kembali ke Kelang. Sultan Melaka

melantik Tun Perak sebagai Bentara Melaka.

b) Satu Cara Mengelakkan Pecah Belah

Perselisihan berlaku antara Tun Perak yang dilantik sebagai Perdana Menteri dengan Seri

Nara Diraja yang memegang jawatan sebagai Bendahara pada waktu itu. (Jika mengikut adat,

Tun Perak lah yang sepatutnya dilantik sebagai Bendahara kerana ia keturunan Bendahara).

Tetapi hal sebaliknya yang berlaku, Seri Nara Diraja merupakan orang kesayangan Sultan

Muzaffar Syah kerana membantu menjayakan rampasan kuasa hingga membolehkan Sultan

Muzaffar menaiki takhta dan mengusir Raja Rekan. Perselisihan ini menyebabkan Sultan

Muzaffar Syah bimbang akan melemahkan kerajaan Melaka.

“Jikalau demikian binasalah negeri ini, kerana Orang Besar tiada muafakat sama Orang

Besar”. (Sulalatus Salitin, hlm 92).

5

Page 6: Aplikasi Karya Agung

Sultan cuba menyelesaikan masalah dengan cara tersendiri. Baginda menawarkan kepada

Seri Nara Diraja anak-anak pembesar negeri yang cantik-cantik untuk melembutkan hati Seri

Nara Diraja. Namun begitu beliau telah menolak beberapa nama yang dicadangkan. Apabila

Sultan menawarkan Tun Kudu, Seri Nara Diraja menerima dengan senang hati. Tun Kudu ialah

saudara perempuan kepada Tun Perak. Baginda sultan terpaksa menceraikan Tun Kudu (Tun

Kudu adalah isteri Sultan Muzaffar Shah) dan selepas edah, dikahwinkan dengan Seri Nara

Diraja). Tindakan ini berjaya menyelesaikan permusuhan. Seri Nara Diraja telah mencadangkan

kepada sultan agar melantik Tun Perak sebagai Bendahara Melaka manakala Seri Nara Diraja

kekal kembali ke jawatan asalnya iaitu Penghulu Bendahari. Tun Perak dilantik sebagai

Bendahara Paduka Diraja. Setelah dilantik sebagai Bendahara, nama Tun Perak termasyhur.

Sulalatus Salatin mencatatkan :

“adapun Bendahara Paduka Raja itulah dikatakan orang bijaksana kerana pada zaman

itu ada tiga buah negeri yang sama besarnya, pertama-tama Majapahit, Patin Aria Gajah

Mada; dan Pasai Orang Kaya Kenayan; dan Melaka, Paduka Raja; iaitu Bendahara.”

( Sulalatus Salatin, hlm 93-94)

C) Hubungan Berbaik-baik Melaka- Siam

Hubungan Melaka-Siam renggang selepas serangan Siam ke atas Melaka tidak berhasil

semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. Untuk menjamin keselamatan Melaka, Sultan

Mansur Shah mencadangkan agar Melaka menjalin hubungan berbaik-baik dengan Siam. Surat

6

Page 7: Aplikasi Karya Agung

yang dihantar ke Siam itu mengikut kehendak Sultan Melaka hendaknya. Bendahara mengarang

surat seperti yang dimaksudkan oleh sultan. Kandungan surat bendahara berbunyi;

“Hendak tidak ditawani, takut mudarat ke atas nyawa; sungguhpun di lawani, terlalu

takut akan Paduka Bubunya. Daripada sangat harap akan ampun dan kurnia, maka

menyuruhnya Tun Telanai dan Menteri Jana Putera.” (Sulalatus Salatin, hlm.108)

Utusan Melaka ke Siam diketuai Tun Telanai dan Menteri Jana Putera. Ketika berada di

negeri Siam, tiga peristiwa penting berlaku. Dalam kejadian pertama Paduka Bubunya

bertanyakan Tun Telanai makna Sultan Mansur Shah itu bermakna;

“… raja yang dimenangi akan Allah Taala daripada segala seterunya.” (Sulalatus Salatin,

hlm 109).

Menurut Hassan A (2000:32) , sastera tradisional Melayu perlulah dilihat melalui suatu

gambaran yang jelas tentang budaya dan pandangan hidup masyarakat Melayu. Tambahan lagi,

bahasa yang dilihat dalam puisi, karya dan peribahasa Melayu lahir dari minda bangsa yang

cukup peka terhadap keindahan alam flora dan fauna, pentingnya budi pekerti manusia sebagai

nilai sosial, nilai moral dan fungsi adat dalam kehidupan bermasyarakat dan kepentingan

keadilan sebagai asas keamanan masyarakat dan negeri.

Pemahaman mengenai karya dapat dilihat secara khusus pada isi kandungannya yang

mempunyai nilai pendidikan yang tinggi. Sebagai contohnya, nilai kebijaksanaan di mana Tun

Perak mampu membantu angkatan tentera Sultan Muzaffar Shah memenangi peperangan dengan

pihak Siam yang mempunyai angkatan tentera yang lebih hebat. Tun Perak juga berjaya

menangkis andaian bahawa Tun Perak telah menganiayai penduduk Kelang. Tun Perak tidak

7

Page 8: Aplikasi Karya Agung

terus menjawab pertuduhan itu sebaliknya meminta Sultan memecat dahulu jawatannya. Ini jelas

dilihat melalui petikan hikayat Sulalatus Salatin halaman 91 “………..Jikalau hamba belum

dipecat, bagaimana hamba dibicarakan dengan saksi hamba?”. Tindakan Tun Perak ini telah

menarik perhatian Sultan lalu melantiknya sebagai menteri dengan gelaran Paduka Raja.

Kebijaksanaan Sultan Muzaffar Shah menyelesaikan masalah perlantikan Bendahara dilihat

sebagai satu contoh di mana ketua perlu sentiasa mengambil keputusan yang bijak yang mampu

mengelakkan daripada berlaku perpecahan di bawah satu komuniti yang diketuainya. Selain itu,

ketua juga perlu sentiasa memastikan bahawa mereka yang berada di bawahnya tiada

perselisihan faham yang mampu memberikan kesan negatif kepada sesuatu perhubungan di

dalam komuniti. Ini dilihat melalui petikan karya ini di halaman 92 “Jikalau demikian binasalah

negeri ini, kerana orang besar tiada muafakat sama orang besar”.

Hubungan baik antara pelbagai kaum yang berasaskan kepada asal usul yang berbeza

menjadi sandaran kepada keharmonian negara seperti Malaysia. Hubungan berbaik-baik Siam-

Melaka menunjukkan bahawa keharmonian dan keselamatan sesebuah negara bergantung pada

hubungan antara kaum serta hubungan baik dengan negara jiran. Ini dapat dilihat melalui

cadangan Sultan Mansur Syah yang mencadangkan agar surat di hantar kepada Siam bagi

menjamin keselamatan Melaka. Surat yang dihantar mengikut kehendak Sultan Melaka

hendaknya, petikan dalam halaman 108 berbunyi “Surat itu sembah jangan, salam pun jangan,

kasih pun jangan”.

8

Page 9: Aplikasi Karya Agung

2.0 ) ASPEK KANDUNGAN : UNSUR KOGNITIF DAN EMOTIF

BERDASARKAN EPISOD YANG DIPILIH

Estetika berasal dari bahasa Latin ‘aestheticus’ atau bahasa Yunani ‘aestheticos’ yang

bersumberkan dari kata ‘aithe’ yang bererti merasa. Estetika dapat didefinisikan sebagai susunan

bahagian dari sesuatu yang mengandung pola.

Ilmu merujuk kepada kefahaman manusia terhadap sesuatu perkara, yang mana ia

merupakan kefahaman yang sistematik dan diusahakan secara sedar. Pada umumnya, ilmu

mempunyai potensi untuk dimanfaatkan demi kebaikan manusia.Ilmu mengikut Prof Rr. Syed

Naquib al Atas "sesuatu yg sampai ke dalam diri insan dan memberi makna dlm kehidupan".

Prof Dr Hassan Langgulung pula, "ilmu sesuatu yg sampai ke dalam diri menjadi tahu yg asalnya

tidak tahu". Ahli falsafah Socrates pula kata " ilmu adalah suatu pengetahuan yang benar". Plato

pula kata "ilmu adalah pengetahun yg tepat". Kong Fu Zie (Confucius) kata pula "ilmu adalah

suatu pengalaman yg pasti". Guru Nanak pula kata "ilmu adalah amalan yang bermakna dan

berguna". Imam al Ghazali menjelaskan "ilmu adalah pengetahuan yg sistematik, benar dan

meyakinkan". Itulah sedikit tentang pentakrifan ilmu yg dibaca.

9

Page 10: Aplikasi Karya Agung

A) Unsur Kognitif

Unsur kognitif yang pertama ialah Tun Telanai dan Menteri Jana Putera Memperdaya

Orang-Orang Siam Sewaktu Berada di Negeri Siam. Kisah ini terdapat di dalam episod yang

mencerminkan hubungan Melaka Siam. Utusan Melaka yang diketuai oleh Tun Telanai dan

Menteri Jana Putera. Sewaktu berada di Siam, Tun Telanai telah ditanya oleh Raja Siam

mengapa orang-orang Melaka tidak alah apabila diserang oleh Siam. Tun Telanai tidak terus

menjawab pertanyaan sebaliknya ditunjukkan suatu permainan iaitu :

“Maka Tun Telanai pun menyuruh orang Suir, seorang tua lagi untut kakinya.

Maka disuruh Tun Telanai bermain lembing di hadapan Paduka Bubunnya. Maka orang

tua itu dilambung-lambungnya lembing itu, maka ditahannya belakangnya, maka lembing

itu jatuh ke tanah, sedikit pun tiada garis di belakangnya.

Maka itu barulah Tun Telanai memberitahu Paduka Bubunnya;

“Inilah sebabnya maka Melaka diserang tiada alah, kerana semua orang Melaka

demikian belaka.”. Sulalatus Salitin halaman 109

Maksud kata Tun Telanai ialah orang Melaka tubuh badan kebal dan tidak lut oleh

senjata. Ini dengan sendirinya menunjukkan bahawa kekuatan orang-orang Melaka tidak ada

taranya. Sebab itulah Melaka tidak boleh dikalahkan. Unsur lucu dari peristiwa di atas amat jelas

menunjukkan bahawa orang-orang Melaka kebal daripada segala muslihat semata-mata

bertujuan untuk menunjukkan kebesaran dan kekuatan kerajaan Melaka.

10

Page 11: Aplikasi Karya Agung

Hal yang sama juga dapat dilihat melalui muslihat Menteri Jana Putera bagi mengelakkan

angkatan Melaka mengalami kekalahan waktu diserang musuh Siam. Utusan Melaka ini terlebih

dahulu memikirkan strategi yang patut dilakukan bagi menjaga maruah Sultan Melaka., kerana

sekiranya mereka kalah tentulah imej Raja Melaka dipandang rendah. Bagi mengatasinya,

Menteri Jana Putera memberitahu Raja Siam bahawa angkatan Melaka tidak boleh menyerang di

sebelah matahari terbenam kerana arah tersebut merupakan kiblat bagi orang-orang islam.

Dengan alasan ini, maka angkatan tentera musuh disuruh berperang di sebelah lain di mana

kekuatan musuh adalah lemah. Tentera Melaka mendapat kemenangan yang besar dan

meyakinkan Raja Siam bahawa Melaka merupakan sebuah negara yang kuat.

B) Unsur Emotif

Unsur emotif yang akan dibincangkan di sini ialah unsur kemanusiaan. Menurut Kamus

Dewan, kemanusiaan merujuk kepada perihal, sifat-sifat manusia. Sifat-sifat manusia meliputi

hal-hal yang baik dan murni yang dituntut sebagai sesuatu yang dimiliki oleh manusia kerana

kelebihan manusia sebagai seorang insan yang dianugerahkan dengan akal fikiran. Unsur

kemanusiaan yang dikaji berdasarkan episod yang dipilih ialah kemanusiaan yang positif di

mana ia termasuklah nilai-nilai positif, baik, murni, berbudi bahasa, berjasa. bertimbang rasa,

setia, sanggup berkorban dan sebagainya.

Sulalatus Salatin menyebut dengan jelas mengenai beberapa orang raja dan pembesar yang

bijaksana semasa mentadbir Melaka. Mereka mengutamakan tanggungjawab dan amanah

sebagai ketua negara bagi menjamin kehidupan rakyat yang aman dan damai. Antara Sultan

Melaka yang mempunyai sikap yang adil dan bijaksana ialah Sultan Mansur Shah, di dalam

11

Page 12: Aplikasi Karya Agung

karya ini Sultan Mansur Shah digambarkan “,,,,, terlalu baik parasnya, serta adil lagi murah;

seorang pun raja-raja di alam ini tidak sepertinya”. Kebijaksanaan Sultan Mansur Shah juga

dilihat melalui cadangannya berbaik-baik dengan Siam bagi menjamin keselamatan Melaka

“Surat itu jangan sembah, salam pun jangan, kasih pun jangan”. Sulalatus Salatin halaman 108.

Pemerintahan Melaka yang mengamalkan sistem feudal memberikan gambaran bahawa

rakyat dan pembesar akan memberikan tumpuan dan menumpahkan sepenuh taat setia kepada

raja. Ini jelas dilihat melalui jasa Tun Perak sewaktu angkatan Siam menyerang Melaka. Tun

Perak memegang jawatan Penghulu Orang-Orang Kelang. Kejayaan Tun Perak menyekat

kemaraan serta serangan Siam hingga menyelamatkan Melaka tanpa pertumpahan darah

mendapat pengiktirafan tertinggi daripada sultan. Jika mengikut adat Melaka, Tun Peraklah yang

sepatutnya dilantik sebagai Bendahara Melaka selepas ayahandanya Bendahara Seri Wak Raja

mati (minum racun) tetapi Sultan Muzaffar Shah telah melantik Seri Nara Diraja kerana dia

sangat berpengaruh dan membantu Sultan Muzaffar Shah menaiki takhta. Tun Perak seolah-olah

membawa diri ke Kelang dan dilantik sebagai penghulu Kelang. Sebagai seorang anak pembesar,

darah pahlawan tetap mengalir di dalam diri Tun Perak. Kewibawaan beliau sebagai tokoh

pemimpin yang berkaliber tetap terserlah.

Unsur emotif yang ketiga ialah sifat bertimbang rasa atau berdiplomasi. Ini jelas dilihat

melalui tindakan Sultan Muzaffar Shah yang menceraikan isteri kesayangannya Tun Kudu bagi

menyelesaikan masalah persengketaan antara Tun Perak dan Seri Nara Diraja. Sifat timbang

rasa Sultan yang sanggup mengorbankan kepentingan diri demi keutuhan kerajaan di bawah

pemerintahnya membawa kepada kejayaan besar dalam kestabilan politik di Melaka. Ini dapat

12

Page 13: Aplikasi Karya Agung

dilihat melalui petikan di dalam karya “ Jikalau demikian binasalah negeri ini, kerana Orang

Besar tiada muafakat sama Orang Besar”, Sulalatus Salatinhalaman 92. Malah keputusan sultan

juga memberikan peluang kepada seorang yang berkaliber iaitu Tun Perak sebagai Bendahara

Melaka. Tindakan sultan menyelesaikan permusuhan. Seri Nara Diraja telah mencadangkan

kepada Sultan untuk melantik Tun Perak sebagai Bendahara Melaka. Manakala, Seri Nara Diraja

kembali ke jawatan asalnya iaitu sebagai Penghulu Bendahari. Tun Perak dilantik sebagai

Bendahara Paduka Raja

13

Page 14: Aplikasi Karya Agung

3.0) CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) BAHASA

MELAYU TAHUN 6 BESTARI

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia

Tarikh : 15. Julai. 2015

Masa 8.45 pagi – 9.45 pagi

Bilangan murid : 25 orang murid

Tajuk : Hikayat Agung

Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :-

Menyatakan persoalan dan watak perwatakan di

dalam karya.

Menyatakan nilai-nilai kemasyarakatan yang

terdapat di dalam karya.

Fokus utama : 11.3 Mengulas karya sastera yang mudah secara umum

dari aspek tema dan persoalan, watak dan perwatakan,

nilai dan pengajaran dan gaya bahasa.

Aras 2(i) Menghuraikan nilai dan pengajaran yang

terdapat dalam sesebuah karya sastera.

14

Page 15: Aplikasi Karya Agung

Fokus Sampingan : 6.5 membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan

maklumat khusus.

Aras 2 (i) Membaca dan mengimbas fakta yang relevan

daripada pelbagai bahan untuk mengukuhkan maklumat

BBM :  Petikan teks, dialog, skrip, nama watak, peta buih.

Langkah Isi Pengajaran Langkah Pembelajaran Catatan

Set

Induksi

(5 minit) 1. Menghubung kait

petikan perkataan

dan teks yang

diberikan dalam

bentuk permainan

“puzzle”.

*Isi rumusan daripada teks

yang diberikan.

Bijaksana

Bersatu padu

Toleransi

2

1. Guru meminta murid

mencari beberapa

perkataan yang

disorokkan di

beberapa tempat.

2. Guru meminta murid

mencantumkan

perkataan terbabit di

hadapan kelas.

3. Guru meminta murid

membaca dan

menyatakan perkataan

yang dijumpai.

4. Guru meminta murid

mengaitkan perkataan

yang dijumpai dengan

apa yang akan

dipelajari berdasarkan

BBM : kad

perkataan.

KBKK:

menghubungkaitkan

15

Page 16: Aplikasi Karya Agung

teks yang diedarkan.

Langkah 1

(15 Minit) 1. Membaca petikan

teks yang diberikan

dan memahami isi

petikan.

2. Berbincang

mengenai watak,

perwatakan dalam

aktiviti sosio

drama (lakonan).

1. Guru edar petikan.

2. Guru membimbing

murid untuk membaca

petikan teks yang

diberikan.

3. Guru membimbing

murid untuk

memahami petikan

teks yang diberikan.

4. Guru membahagikan

murid di dalam tiga

kumpulan utama.

5. Guru memberikan

setiap kumpulan skrip

dan dialog untuk

aktiviti sosio drama

(lakonan).

6. Guru memberikan

masa kepada murid

untuk membuat

perbincangan

mengenai watak dan

perwatakan, latar

tempat dan

sebagainya.

BBM : Lembaran

petikan, skrip.

KBKK: mengimbas

kembali

Nilai Murni: jujur

16

Page 17: Aplikasi Karya Agung

Langkah 2

(15 Minit)

1. Aktiviti lakonan

mengikut situasi

Tun Perak

yang

bijaksana

Satu cara

mengelakka

n pecah

belah.

Hubungan

Baik Siam-

Melaka.

1. Guru meminta murid

membuat

persembahan di

hadapan kelas

mengikut kumpulan

dan situasi .

2. Kumpulan pertama

akan melakonkan

mengenai watak,

perwatakan Tun

Perak yang bijaksana

dalam menangkis

serangan Siam ke

atas Melaka.

3. Persoalan yang

dibawa ialah

kesetiaan kepada

pemerintah dan

ketua.

4. Kumpulan kedua

akan melakonkan

situasi Sultan

Muzaffar Shah yang

menyelesaikan

masalah permusuhan

antara dua orang

KBKK:

menganalisis

BBM : dialog, skrip

dan nama watak

Nilai Murni:

memberi

penghargaan,

menghargai, ikhlas,

jujur

17

Page 18: Aplikasi Karya Agung

besar Melaka.

5. Persoalan yang

dibawa ialah

toleransi dalam

menyelesaikan

masalah.

6. Terakhir, akan

membawa situasi di

mana perpaduan dan

hubungan yang baik

antara pemimpin

dan masyarakat

pelbagai bangsa.

7. Persoalan yang

dibawa ialah

kebijaksanaan dalam

menjamin

keselamatan rakyat.

8. Guru membuat

rumusan dan

kesimpulan ringkas

daripada aktiviti

lakonan yang

dilakukan.

Langkah 3

(20 Minit) 1. Menyatakan watak,

perwatakan dan

persoalan dalam

karya.

1. Guru memaparkan

peta buih mengenai

ketiga-tiga situasi

yang dilakonkan.

KBKK:

menghubung kait

18

Page 19: Aplikasi Karya Agung

2. Mengabung watak,

perwatakan dan

aplikasi dalam

kehidupan harian

3. Menjawab soalan

latihan yang

disediakan

berdasarkan

petikan teks dan

perbincangan yang

dijalankan.

2. Murid berbincang,

menyenaraikan dan

menyatakan watak,

perwatakan dan

persoalan berdasarkan

lakonan yang

dilaksanakan.

3. Murid mengisi peta

buih dengan jawapan

melalui kaedah

“brainstorming”.

4. Murid mengaitkan

pengalaman sedia ada

untuk

menggabungkan

pengalaman sedia ada

dengan perwatakan

dan persoalan untuk

di aplikasi dalam

kehidupan harian.

5. Murid mengisi peta

buih yang diedarkan

dengan watak dan

perwatakan serta

persoalan yang

terdapat di dalam

karya.

BBM : Peta buih,

petikan sinopsis teks

Nilai :-

Toleransi,

Kerjasama dan

bijaksana

Penutup

(5minit) 1. Guru merumuskan

19

Page 20: Aplikasi Karya Agung

1. Rumusan

pengajaran

*Guru membuat rumusan

mengenai karya yang

dipelajari.

*Guru membuat rumusan

mengenai isi pelajaran.

pengajaran hari

ini.

2. Guru meminta

pandangan murid

mengenai nilai-

nilai positif yang

diperoleh pada

hari ini.

3. Murid-murid

diminta

mengambil

pengajaran

daripada watak

dan perwatakan

yang telah

dilakonkan.

KBKK: Merumus

20

Page 21: Aplikasi Karya Agung

4.0 ) KEKUATAN DAN KELEMAHAN DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN BAHASA Melayu

Kekuatan pengajaran dan pembelajaran karya agung di dapat dilihat melalui nilai-nilai

yang dinyatakan di dalam karya. Nilai pertama yang boleh dilihat ialah nilai berbudi dan

berbahasa dianggap sebagai suatu nilai yang tinggi dalam masyarakat Melayu dan disanjung

tinggi sebagai ukuran ketinggian keperibadiannya. Dalam karya Sulalatus Salatin menunjukkan

ketinggian ilmu orang Melayu dalam berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang indah

dan tertib. Nilai yang kedua yang dapat dipelajari oleh murid-murid ialah nilai falsafah Islam

yang menunjukkan satu disiplin ilmu yang mengusahakan kebenaran secara umum. Karya

Sulalatus Sulatin banyak memberikan penerangan mengenai pertalian antara manusia dengan

penciptanya, antara manusia dengan manusia dan juga manusia dengan persekitarannya. Falsafah

Islam  tidak dapat dipisahkan daripada dua sumber berautoriti iaitu al-quran dan as-sunah.

Kekuatan yang lain yang boleh dipelajari ialah falsafah keadilan di mana Sultan Muzaffar

Shah menonjolkan sikap raja yang adil. Ini dapat dilihat melalui tindakannya menyiasat terlebih

dahulu pengaduan mengenai Tun Perak yang telah melakukan penganiayaan kepada rakyat

Kelang. Selain itu, pengetahuan mengenai adat yang diamalkan juga menjadi asas kepada

kekuatan dalam pengajaran karya agung. Adat merupakan peraturan yang diamalkan sejak turun

temurun. Adat yang diwujudkan perlu dipatuhi oleh masyarakat. Dalam Sulalatus Salatin,

terdapat banyak adat Melayu yang diamalkan oleh golongan raja dan golongan rakyat. Adat yang

digunakan pada masa dahulu juga masih ada yang digunakan pada masa sekarang sesuai dengan

peredaran masa.

21

Page 22: Aplikasi Karya Agung

Masalah murid dalam menguasai KOMSAS harus dikenal pasti dan diselesaikan.

Kekangan masa bukanlah suatu penghalang bagi seseorang guru untuk menilai sejauh mana

masalah ini dapat di atasi. Melalui pendekatan Psikologi Pendidikan yang diperkenalkan kepada

bakal guru, sedikit sebanyak dapat membantu guru menyelesaikan masalah pelajar yang kurang

menguasai komponen sastera. Pertama, masalah murid dalam menguasai karya tradisional.

Kelemahan ketara murid adalah untuk memahami maksud atau kata-kata klasik yang terdapat

dalam setiap patah kata yang dipelajari oleh mereka. Gaya bahasa dalam karya sangat ketara

penggunaan bahasanya dengan karya moden kerana banyak menggunakan kata-kata kiasan dan

pelajar jarang mendengar perkataan-perkataan klasik dituturkan apatah lagi menggunakan

perkataan-perkataan klasik tersebut dalam pertuturan seharian mereka. Ini adalah kerana pelajar-

pelajar tersebut menggunakan bahasa ibunda mereka atau bahasa Melayu baku dalam kehidupan

seharian.

Bahan pengajaran dan pembelajaran yang tidak menarik dan membosankan juga

menyebabkan pelajar kurang memberi tumpuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Media pengajaran buku teks sebagai bahan sumber utama dan buku-buku rujukan serta buku

kerja dalam kajian berhubung penggunaan soalan berkaitan kosa kata juga didapati masih

tertumpu pada aras rendah dan soalan pada aras tinggi tidak diberi perhatian (Rawadieh, 1998;

Noor Rohana, 1996;). Faktor dalaman turut dikenal pasti sebagai penyumbang kepada kegagalan

pelajar untuk memahami kosa kata atau perkataan dan makna-makna klasik dalam puisi Melayu

tradisional. Sikap pelajar yang malas untuk mencari bahan tambahan bagi mengukuhkan lagi

pemahaman menyebabkan mereka gagal untuk mencari makna kosa kata yang sesuai dalam puisi

karya Melayu tradisional.

22

Page 23: Aplikasi Karya Agung

5.0 ) KESIMPULAN

Secara umumnya, karya agung merujuk kepada karya-karya unggul hasil nukilan penulis-

penulis terdahulu. Hasil penulisan karya ini diangkat menjadi karya agung disebabkan nilai

sejarah yang terdapat dalam inti kandungan kepengarangan nya. Tambahnya lagi, karya ulung

ialah karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, ilmu, falsafah dan nilai budaya dan sosial

yang kekal dalam kesedaran atau psyche dan ingatan bersama bangsa itu sepanjang sejarahnya. .

Tugasan ini melihat proses penerapan karya agung dalam pengajaran dan pembelajaran di

bilik darjah, iaitu melihat kesesuaian dan kelebihan penggunaan teks karya agung kepada murid.

Secara umumnya, dalam tidak kita sedari sebenarnya kita sudah sekian lama didedahkan dengan

kisah-kisah kehidupan zaman dahulu sejak dari bangku sekolah rendah lagi. Berdasarkan

pengalaman pengkaji, kisah tentang Hang Tuah, Badang dan sebagainya sudah acap kali

diceritakan secara lisan oleh guru. Walaupun tidak diajarkan secara formal, namun kisah-kisah

ini sebenarnya sudah berakar umbi dalam diri kita sejak kecil lagi. Jika ditinjau dari aspek

pendidikan formal pula, penerapan karya agung lebih banyak ditekankan dalam subjek

kesusasteraan Melayu di sekolah menengah. Buktinya, teks karya agung “Sulalatus Salatin:

Sejarah Melayu” yang diselenggarakan oleh A. Samad Ahmad telah dijadikan bahan bacaan

subjek kesusasteraan Melayu tingkatan enam. Menurut Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad

(2012:262) mentakrifkan bahawa pengajaran merupakan pelaksanaan melibatkan usaha guru

untuk membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk

belajar demi memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran. 23

Page 24: Aplikasi Karya Agung

kesimpulannya karya agung memberikan pemahaman kepada kita bahawa sememangnya

isi kandungan sesebuah karya agung Melayu itu mempunyai nilai pendidikan yang hebat dan

perlu dikaji oleh generasi muda. Menyedari hakikat ini, pengkaji melihat bahawa satu

pembaziran sekiranya hikayat-hikayat lama ini tidak didedahkan kepada masyarakat,

terutamanya murid sekolah. Hal ini berpadanan dengan pepatah Melayu, melentur buluh biarlah

dari rebungnya. Tugasan ini cuba mengenal pasti kesesuaian penggunaan karya agung Melayu

sebagai bahan bantu dalam pengajaran dan pembelajaran  di bilik darjah Pengkaji melihat

bahawa karya agung Melayu boleh digunakan sebagai bahan bantu semasa set induksi dan juga

fasa lain dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.         

24

Page 25: Aplikasi Karya Agung

6.0 ) RUJUKAN

BUKU

1. Zainon S Samad. (2008). Sulalatus Salatin Sejarah Melayu STPM. Kuala Lumpur.

Cresent News (KL) Sdn. Bhd.

2. Mustafa Mohd Isa. (1977). Perwatakan Dalam Sejarah Melayu. Greeting Dist.

Kuala Lumpur.

3. A. Samad Ahmad. (1979). Sulalatus Salatin: Sejarah Melayu. Dewan Bahasa dan

Pustaka. Kuala Lumpur

4. Koh Boh Boon. (1994). Pengajaran Sastera dalam Pendidikan Bahasa Melayu.

Penerbitan Fajar Bakti. Kuala Lumpur.

5. Seri Lanang Jaya Hj Rohani, Abd Rahman Napiah, Mohd Rashid Mohd Idris &

Naffi Ahmad. (2013). Penghayatan Karya Agung Melayu. UPSI. Perak.

JURNAL dan KAJIAN

1. Mohd Faizal Bin Arshad. (2014). Penerapan Karya Agung dalam P&P : Karya

Agung Melayu, Coretan Terunggul Bangsa ku. dicapai daripada

http://kamiberkaryaagung.blogspot.com/2014/04/penerapan-karya-agung-

dalam-p.html. dicapai pada 15.Julai. 2015.

25

Page 26: Aplikasi Karya Agung

2. Nor Hashimah Jalaluddin & Rozaimah Rashidin. Rasuah dalam Kalangan

Karya Melayu Tradisional : Satu Analisis Semantik Kognitif : Jurnal UKM.

dicapai daripada http://journalarticle.ukm.my/1562/1/shima.pdf. dicapai pada

15. Julai. 2015.

IINTERNET

1. Karya Agung. (2013). Analisis Karya Agung : karya Agung Melayu. Dicapai

daripada http://karyaagungmelayu13.blogspot.com/2013/05/analisis-karya-

agung.html. Dicapai pada 12. Julai. 2015

2. Span Kuning. (2013). Menelusuri Unsur Sejarah dalam Karya Agung Tun Seri

Lanang : Sulalatus Salitin. dicapai daripada

http://mentadakmentaduk.blogspot.com/2013/05/menelusuri-unsur-sejarah-

dalam-karya.html. dicapai pada 12. Julai. 2015

3. Cikgu Naza Zaza. (2012). Karya Agung Koplete : Slideshare. Dicapai daripada

http://www.slideshare.net/ZAZA132/karya-agung-komplete-13237346.

Dicapai pada 11. Julai. 2015

4. Admin. (2012). Ulasan karya Agung Sulalatus Salitin : Karya Agung Melayu.

dicapai daripada http://empatserangkai445.blogspot.com/2013/05/ulasan-

karya-agung-sulalatus-salatin.html. Dicapai pada 9. Julai. 2015

26