Apresiasi Logo Dan Brosur

3
REFLEKSI Melalui kerja kursus ini saya berasa sangat gembira kerana saya berpeluang untuk mencari maklumat, membincang kerja kursus dengan kawan dan dapat menggunakan perisian grafik seperti Illustrator dan Photoshop untuk menghasilkan logo dan brosur dengan lebih kemas, cepat dan mudah. Ketika membuat logo dan brosur saya mengenal pasti masalah dahulu iaitu membuat pemikiran mengenai kehendak soalan, tama dan tajuk produk yang hendak direka bentuk melalui pengamatan dan perbincangan untuk mendapat idea baru. Seterusnya, saya telah mengumpulkan maklumat. Saya cuba mendapat maklumat sebanyak mungkin dari pelbagai sumber dan membuat kajian tentang logo dan brosur. Kemudian, saya memilih, mengumpul, meyusun dan mempersembahkan maklumat dalam folio. Selepas itu, saya menentukan saiz hasilan dan membuat sketsa dan perkembangan berdasarkan bahan rujukan dengan mengutamakan prinsip-prinsip rekaan seperti imbangan, kontra, pergerakan dan sebaginya dalam proses menggubah. Seterusnya, membuat reka letak dan reka bentuk kasar , memilih tipografi, gambar foto dan ilustrasi,serta bahan kutipan kerja penyediaan untuk dilukis dengan lebih baik. Kemudian, membuat reka bentuk dan reka letak akhir serta memastikan ilustrasi dan sketsa dibuat dengan lebih kemas dan baik. Akhirnya, membuat lukisan yang tepat mengikut kadar banding dalam bentuk dua dimensi atau tiga dimensi dalam perisian grafik Illustrator dan Photoshop.

description

Apresiasi Logo Dan Brosur

Transcript of Apresiasi Logo Dan Brosur

REFLEKSIMelalui kerja kursus ini saya berasa sangat gembira kerana saya berpeluang untuk mencari maklumat, membincang kerja kursus dengan kawan dan dapat menggunakan perisian grafik seperti Illustrator dan Photoshop untuk menghasilkan logo dan brosur dengan lebih kemas, cepat dan mudah.Ketika membuat logo dan brosur saya mengenal pasti masalah dahulu iaitu membuat pemikiran mengenai kehendak soalan, tama dan tajuk produk yang hendak direka bentuk melalui pengamatan dan perbincangan untuk mendapat idea baru. Seterusnya, saya telah mengumpulkan maklumat. Saya cuba mendapat maklumat sebanyak mungkin dari pelbagai sumber dan membuat kajian tentang logo dan brosur. Kemudian, saya memilih, mengumpul, meyusun dan mempersembahkan maklumat dalam folio.Selepas itu, saya menentukan saiz hasilan dan membuat sketsa dan perkembangan berdasarkan bahan rujukan dengan mengutamakan prinsip-prinsip rekaan seperti imbangan, kontra, pergerakan dan sebaginya dalam proses menggubah. Seterusnya, membuat reka letak dan reka bentuk kasar , memilih tipografi, gambar foto dan ilustrasi,serta bahan kutipan kerja penyediaan untuk dilukis dengan lebih baik. Kemudian, membuat reka bentuk dan reka letak akhir serta memastikan ilustrasi dan sketsa dibuat dengan lebih kemas dan baik.Akhirnya, membuat lukisan yang tepat mengikut kadar banding dalam bentuk dua dimensi atau tiga dimensi dalam perisian grafik Illustrator dan Photoshop.Semasa menjalankan tugasan ini, banyak persoalan timbul dalam fikiran saya, terutamanya bagaimanakah untuk menggunakan perisian grafik untuk menghasilkan sesuatu karya yang sempurna ? Selepas belajar menggunakan Illustrator dan Photoshop dalam kuliah, saya juga telah mencari maklumat dari internet untuk membantu saya menyiapkan kerja kursus ini. Namun, terdapat juga pelbagai masalah saya hadapi apabila menggunakan perisan komputer ini seperti cara mewarnakan logo, reka letak logo dan brosur. Oleh itu saya telah mendapatkan bantuan dan pendapat daripada pensyarah dan rakan-rakan saya.Berdasarkan logo dan brosur yang telah saya hasilkan, tindakan penambahbaikan untuk memperbaiki hasil dapatan ialah menguasai perisian grafik Illustrator dan Photoshop dengan baik supaya mendapat cara yang lebih sesuai untuk menghasilkan karya. Tambahan pula, membuat kajian tentang logo dan brosur secara mendalam agar mendapat maklumat yang mencukupi untuk menghasilkan logo dan brosur yang berkualiti tinggi.Kesimpulannya, melalui kerja kursus PSV 1064 saya telah menambah pengetahuan saya tentang seni grafik, logo dan brosur. Hal ini menjadikan saya lebih mahir dalam menggunakan perisian grafik. Sebagai seorang guru pelatih, penguasaan kemahiran asas menggunakan beberapa jenis perisian untuk kerja-kerja reka bentuk dan membentuk imej adalah penting dan berguna pada masa depan. Akhirnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya kerana telah memberi satu tugasan yang bermakna dan dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya. Saya amat yakin bahawa ilmu pengetahuan yang saya dapat adalah sangat berguna kepada saya dan saya akan menggunakan ilmu pengetahuan ini dengan menyeluruh dalam kehidupan saya.