apresiasi hasil 2 d.pptx

51
Apresiasi Karya 2D Kanak-kanak Mohd Qusyairizul Syahmie bin @ Nordie Umi Syahira Aini Binti Safri

Transcript of apresiasi hasil 2 d.pptx

PowerPoint Presentation

Apresiasi Karya 2D Kanak-kanakMohd Qusyairizul Syahmie bin @ NordieUmi Syahira Aini Binti SafriAPRESIASI KARYA KANAK-KANAK MENURUT PADANGAN TOKOH

TAJUK : PEMANDANGAN DI KAMPUNG HALAMAN

NAMA : MOHD IKHRAM SYAH BIN MUKSIN

UMUR : 11 TAHUNKanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.Refleksi ini menurut Koster (2001), akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga ia membesar.

Penghasilan karyaterutama lukisan oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa, seni visual sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan, namun bagi kanak-kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekspresif (Lowenfeld,1975).

Kebanyakanpengkaji seni kanak-kanak menganggap hasil karya seni sebagai satu kaedah menarikuntuk melihat cara berfikir dan menyelamiperasaan selainmelihat dan menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka. Karya seni kanak-kanak adalah bersifat peribadi dan tersendiri. Melukis sebagai Medium Komunikasi.

Di sini lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak ini dilihat sebagai satu aspek luahan emosi dan juga sosial. Seperti yang dikatakan oleh Cowenfeld(1947), kreativiti turut termasuk dalam mendefinisikan bakat seni. Hal ini kerana, melalui maklumat seni, seseorang yang berkreativiti berkebolehan dalam menghasilkan karya yang menarik berdasarkan idea dan imaginasinya sendiri.

Kanak-kanak ini cuba untuk berkomunikasi dengan cara penghasilan lukisan sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi.

Melalui lukisan ini, mereka mencurahkan segala perasaan mereka semasa melakukan aktiviti, ini merupakan satu bentuk ekspresi diri. Sebagai contoh ciri-ciri penggunaan warna di dalam lukisan menggambarkan perasaan seseorang itu seperti warna biru yang melambangkan keamanan dan kedinginan. Kanak-kanak ini juga dapat menyampaikan mesej yang ingin disampaikan kepada orang lain. Dengan demikian, aspek komunikasi satu hala tercapai.

Lukisan ini menggambarkan aktiviti melukis mampu memberikan kepuasan kepada mereka. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya institusi kanak-kanak.Ini boleh dilihat sebagai faktor fizikal.

Semakin tinggi tahap perkembangan diri kanak-kanak, semakin penguasaan dalam menghasilkan sesuatu karya dengan mempelbagaikan teknik dan bahan yang digunakan. Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan(psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.

Lukisan ini juga, menggambarkan kanak-kanak hidup dengan aman dan damai di kampung halamannya, dia cuba menyatakan bahawa dia hidup dalam komuniti yang bersatu dan sederhana. Kanak-kanak ini boleh cuba berkomunikasi dengan alam di sekelilingnya seperti yang di gambarkan dalam karyanya.

TEORI PENGALAMAN PELBAGAI EDMUND BURKE FELDMAN Deskripsi

Pada peringkat pertama ini, apresiasi dilakukan dengan memberi gambaran nyata tentang sesuatu iaitu berdasarkan apa yang dilihat Gambaran berdasarkan apa yang dilihat termasuk elemen sensori seperti warna , garisan ,bentuk dan ruang atau dalam erti kata lain penekanan diberikan kepada unsur seni.

Penekanan diberikan kepada asas seni reka

Pengkritik perlu mengenalpasti ciri-ciri fizikal karya seperti imej dan bentuk pada karya seni tampak

Deskripsi

Elemen asas seni reka dinilai dan dikupas

Pemerhatian tentang imej benda, subjek kajian dan penggunaan unsur-unsur seni dinilai dengan mendalam

Kritikan deskripsi boleh dijadikan panduan dan rujukan serta membantu pengkarya.

Melihat pada gaya karya , contohnya gaya realistik, surelistik dan lain-lain.

Analisis

Penyelidikan atau penghuraian seperti masalah dan keadaan untuk mengetahui pelbagai aspek komposisi yang digunakan secara terperinci dan mendalam

Pengkrikitik perlu menganalisis komposisi yang digunakan dalam sesebuah karya,

AnalisisMenganalisis secara terperinci untuk mengetahui bagaimana prinsip-prinsip seni digunakan dan dihubungkan dengan proses dan teknik, imej atau bentuk, isi dan makna serta bentuk dan ruang dan mencari pertalian persoalan idea dan perasaan mendalam sesebuah karya. Contoh, fokus dan penegasan imej imbangan antaranya ruang dan warna Kesesuaian objek dalam objek Kontra dan imej

Interpretasi

Tafsiran ,penjelasan memperihalkan tentang makna, tujuan , implikasi bagi sesuatu perkara. Mengkaji kualiti ekspresif seniman Mengkaji makna yang disampaikan melalui karya Merujuk kepada penyataan perasaan Melibatkan mood dan idea dalaman Penyataan perasaan digunakan untuk menterjemahkan maksud dan makna karya seni

Pertimbangan

Renungan tentang kebaikkan atau masalah bagi sesuatu perkara sebagai dasar bagi sesuatu keputusan melalui perhitungan dan pemerhatian. Berbentuk memberi pandangan , pendapat dan membuat keputusan terhadap sesuatu karya. Pandangan yang diberikan berdasarkan penilaian ilmiah yang mempunyai bukti-bukti kajian yang lengkap dan terperinci. Pandangan yang diberikan tidak bersifat peribadi Ekspresif adalah keupayaan menyampaikan perasaan dan idea. Instrumentalisme bermaksud pertimbangan berdasarkan keberkesanan karya sebagai satu alat dalam konteks seperti institusi, masyarakat dan negara,

Pertimbangan

5 6 tahun

Muhammad Yusran Rafiqi, 6 Tahun

Muhd Zhahin Nabhkhan, 6 Tahun lukisan kanak-kanak murid prasekolah yang bertajuk keluargaku. deskripsi kedua-dua murid banyak menggunakan unsur seni seperti rupa. Terdapat banyak rupa geometri seperti segi empat sama sisi, dan bulatan. Manakala, murid menggunakan warna-warna asas seperti warna primer, iaitu, merah biru dan kuning. Latar belakang kedua-dua karya ini berwarna putih. Walaupun mempunyai masalah, Zhahin Nabhkhan yang mempunyai penyakit autism juga mampu melakukan lukisan seperti kanak-kanak normal. Unsur garisan juga banyak diaplikasikan dalam karya ini dan rupa yang terkawal. Teori Feldman

Analisis

objek rumah dipilih sebagai subjek utama oleh kedua-dua murid bertepatan dengan soalan yang diberikan kepada mereka.

kedua-dua lukisan ini menggunakan media pensil serta pensil warna untuk menaikkan seri karya ini walaupun hanya warna sekata dan tiada ton warna. Warna-warna terang seperi merah, kuning digunakan untuk menggambarkan kecerian. tahun kanak-kanak telah dapat melukis gambar manusia dengan rupa bentuk yang boleh difahami terutama oleh orang dewasa yang melihatnya.

Analisis

Merujuk kepada gambar ini bentuk kepala masih lagi tidak dapat dalam bentuk yang sepatutnya kerana mereka masih dalam kategori menghasilkan contengan secara tidak terkawal. Walau bagaimanapun, kanak-kanak ini dapat melukis tangan dan kaki dalam kedudukan yang betul walau hanya sekadar bentuk garisan tetapi tetap masih difahami oleh sesiapa yang melihatnya

Kanak-kanak ini telah mula melukis rambut pada figura manusia mereka. Ini menunjukkan satu perkembangan artistik kanak-kanak telah berlaku. Terdapat juga penambahbaikan dalam lukisan leher, kaki dan tangan figura jika dibuat perbandingan dengan figura kanak-kanak yang sebelumnya. Lukisan pada kanak-kanak berusia 6 tahun selalunya telah kawalan yang seimbang dan teratur dari segi pergerakan tangan. Oleh itu, kita dapati gambar yang dilukis oleh murid-murid ini menampakkan gambaran bahagian kepala dengan rambutnya dan pakaian. Walaupun demikian mereka masih tidak dapat membuat keseimbangan antara bahagian kepala dan badan Analisis

Interpretasi

wajah-wajah ahli keluarga yang gembira dapat dilihat melalui gambaran lukisan yang dihasilkan. Selain itu juga, komposisi lukisan ini dilukis mengikut ketinggian bertujuan untuk memaparkan setiap ahli keluarga mengikut umur masing-masing.

Dapat dilihat bahawa kedua, dua murid ini menggambarkan ibu bapa mereka lebih tinggi daripada mereka. Mereka menghasilkan lukisan dengan jujur apa yang dilihat oleh mereka sendri. Terdapat juga nilai kasih sayang yang ingin disampaikan melalui kedua-dua karya ini merupakan kehidupan yang dialami bagi insan yang begelar anak

Mereka sering melukis imej orang, kerana ia merupakan imej terpenting bagi mereka. Malah kaki dan tangan juga merupakan imej yang penting kerana bagi mereka kaki penting untuk berjalan dan tangan penting untuk mereka makan.Pada peringkat ini lukisan mereka berciri simbolik di mana simbol simbol tersebut mewakili sesuatu objek

Walaupun karya ini sederhana, namun, lukisan ini merupakan hasil seni yang paling jujur dihasilkan oleh kanak-kanak itu sendri. Oleh itu, kasih sayang dan kebahagian sesebuah keluarga juga dapat dilihat daripada lukisan kanak-kanak. Kemahiran kawalan garisan dapat ditingkatkan lagi dengan usaha dan latihan yang sering dilakukan Interpretasi

7 8 tahun

Fasha Atirah, Tahun2

Siti Sahara Bt. Johar, Tahun2 Deskripsimurid-murid banyak menggunakan unsur seni seperti rupa. Terdapat banyak rupa geometri seperti segi empat sama sisi, segi empat tepat, segi tiga dan bulatan. Manakala, murid menggunakan warna-warna asas seperti warna primer, iaitu, merah biru dan kuning. Terdapat juga penggunaan warna skunder iaitu menggunakan asas campuran warna kuning dan biru untuk menghasilkan daun-daun pada pokok.

Rumah dijadikan subjek utama bagi kedua-dua murid ini, subjek utama diletakkan di tengah-tengah kerana ingin ditunjulkan dengan latar belakang yang terdiri daripada awan, pokok, jalan-raya, burung-burung berterbangan dan juga rumput. Manakala, latar belakang kedua-dua karya ini berwarna putih.

Deskripsi

Analisisobjek rumah dipilih sebagai subjek utama oleh kedua-dua murid bertepatan dengan soalan yang diberikan oleh saya kepada mereka.kedua-dua lukisan ini menggunakan media pensil serta pensil warna untuk menaikkan seri karya ini walaupun hanya warna sekata dan tiada ton warna. Penerapan warna yang terang dan kontra ini menjadikan karya ini menunjukkan unsur harmoni. Dalam penataan komposisi, objek utama, iaitu rumah dilukis dengan baik walaupun komposisi kedudukan pintu dan tingkap berbeza. Manakala dari segi penggunaan ruang pula, Fasha dan Sahara hampir menggunakan keseluruhan ruang yang menunjukkan bahawa mereka sudah bijak untuk memanfaatkan ruang yang ada dengan menyelitkan alam semulajadi dan alam benda.

lukisan yang dihasilkan adalah bersifat spontan, bebas dan berskala besar. Lukisan pada tahap ini menunjukkan apa yang difikirkan berbanding dengan apa yang sebenarnya dilihat oleh kanak-kanak. Pada peringkat ini juga penekanan lebih diberikan pada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya.

pada keseluruhannya peringkat ini kanak-kanak melukis sesuatu yang mereka tahu melalui pengalaman. Sebagai contoh, kanak-kanak pada usia ini jika mereka melukis lukisan sebuah kotak dan mereka juga akan melukis isi di dalam kotak itu. Kanak-kanak ini akan melukis objek yang jauh dengan saiz yang kecil dan objek yang dekat dengan saiz yang lebih besar. Ini menunjukkan permulaan pemahaman konsep perspektif. Analisis

Interpretasireka bentuk rumah mengandungi konsep asas yang nyata bagi ciri sebuah rumah akan kehidupan yang nyata. Kedua-dua murid ini cuba menyampaikan apa yang difahami dan dilihat melalui lukisan yang dihasilkan. Bagi mereka, sebuah rumah mempunyai dua tingkap dan sebuah pintu. Struktur bumbung yang menggunakan rupa segi empat tepat dan segi tiga juga menunjukkan rupa bentuk bumbung di Malaysia. Yang berbentuk sederhana berbanding di luar negarayang lebih berbentuk tirus. Terdapat juga nilai yang ingin disampaikan melalui kedua-dua karya ini merupakan kehidupan yang berlaku di sekeliling murid-murid ini.

Paling jelas yang ingin ditonjolkan ialah burung-burung berkicauan di udara di atas awan yang biru, pokok-pokok tumbuh subur dengan daun yang kehijauan. Justeru, sebagai kanak-kanak,kesedaran perlu dipupuk dari awal lagi supaya alam kita terjaga oleh generasi yang akan datang. Bahkan, struktur kereta juga menunjukan perkembangan teknologi yang menjadi simbol kepada kecanggihan teknologi.Interpretasi

Namun kebanyakan lukisan pada peringkat ini dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Berdasarkan lukisan yang dilukis oleh kedua-dua murid ini didapati fokus yang diberi tumpuan ialah pada bahagian rumah. Lukisan yang dihasilkan lebih bersifat hiasan atau dekoratif. Ini menunjukkan bahawa mereka sukakan kecantikan dan baginya untuk nampak cantik hiasan di kawasan rumah adalah sangat penting. Pada peringkat ini sebenarnya kanak-kanak telah mula mengaitkan imej yang dilukis dengan warna.

Interpretasi

Walaupun karya ini sederhana, iaitu hanya menggunakan objek-objek asas tetapi dengan komposisi dan pemilihan objek yang tepat memberikan kesan yang menarik untuk kanak-kanak seusia ini. Oleh itu, sebagai generasi muda yang bakal memipin negara kita kelak, kesedaran daripada peringkat awal perlu diambil.

Interpretasi

Nama : Nur Farzana MusaUmur : 7 tahunBangsa : Melayu Koleksi : Lukisan Pelajar-pelajar Malaysia-Jepun Ke-12

Kajian Dan Analisis Lukisan Kanak-kanak33 Olahan alat dan bahanMenggunakan pastel pada kertas lukisan tanpa memberi fokus kepada ton. Isi kandungan Menggunakan subjek rumah, pokok, air terjun, bukit, sawah padi untuk menggambarkan kehidupan kampung yang aman serta damai.

34 Tema Tema perkampungan orang Melayu Malaysia yang aman dan tenang. Kreativiti Menggunakan unsur-unsur seni dan prinsip rekaan dengan penggunaan warna yang cerah untuk menambahkan nilai estetik.

35Huraian Tentang Lukisan

Kanak-kanak pada peringkat ini mula dapat mencipta bentuk-bentuk yang terdapat di sekelilingnya.

Tanda contengan mulai hilang dan bentuk-bentuk yang dihasilkan adalah orang, pokok dan rumah.

36Melalui aspek apresiasi dari segi aspek menggambar (Description)

Penggunaan warna yang cerah dan menarik antara warna asas serta sejuk menambahkan nilai astetik karya ini.

Keadaan persekitaran kampung diperkuatkan dengan penggunaan warna hijau, biru coklat, jingga dan merah.

37Dari segi penggunaan garisan, objek yang dilukis berfokus kepada yang dilukis untuk mewujudkan outline. Rupa objek yang dilukis seperti burung dan air terjun digunakan untuk mewujudkan kesan pergerakan (movement).

38Rupa burung yang dilukis dengan aksi yang berbeza untuk menampakkan lagi kesan pergerakan lebih jelas.

Penegasan ditegaskan melalui aspek garisan, rupa, warna yang difokuskan dan menjadi tumpuan oleh pemerhati.

Subjek merangkumi aspek persekitaran yang terhasil daripada pengalaman langsung pelukis dengan menegaskan subjek seperti rumah, sawah padi, bukit-bukau, pokok dan air terjun.

Aspek imbangan dimanfaatkan dengan bentuk-bentuk seperti rumah, sawah padi dan pokok. Secara keseluruhannya lukisan ini adalah menyeluruh dari aspek kesatuan.

40Mesej yang disampaikan menggambarkan kepada kehidupan masyarakat kampung kaum Melayu di Malasysia yang aman, damai dan tenang.

Dari segi aspek penilaian, hasil karya ini dapat dapat diertikan dari segi kehidupan masyarakat sosial orang Melayu di Malaysia kebanyakan bekerja sebagai petani.

41Cerita Dalam Lukisan Kanak-Kanak

Persekitaran tempat tinggal mempengaruhi kanak-kanak. Setiap kanak-kanak belajar daripada persekitaran dan pengalaman yang hampir dengan mereka.

Nilai masyarakatnya menjadi sebahagian daripada cara dan sikap mereka pada seni menampakkan imej yang menjadi ekspresi individu sama ada dalam keadaan riang atau sedih.

42Tahap perkembangan kanak-kanak sentiasa terkawal dan mereka tidak pandai menipu walaupun dalam karya seni.

Kanak-kanak sentiasa belajar melalui pengalaman yang berlaku di persekitaran mereka.

43Di sini jelaslah menunjukkan yang seni adalah jambatan yang menghubungkan kanak-kanak dengan masyarakat dan persekitarannya.

Kebanyakan tema dalam pengajaran pendidikan seni berkaitan dengan kaum dan etnik dalam sesebuah negara ( Bali, Indonesia & Jahut,malaysia)

Di Malaysia, motif makhluk hidup dalam penghasilan batik sangat sedikit kerana fokus banyak tertumpu kepada motif flora seperti daun-daun, bunga-bungaan dan pokok dijadikan motif batik kita.

Faktor kreativiti artistik juga mempengaruhi hasil penghasilan karya diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi yang lain.

Pandai tukang dan tenaga pengajar pakat di ambil bagi memastikan semua hasil seni setiap kaum dan etnik akan berterusan.

45 RumusanKesimpulannya, faktor-faktor ini mempengaruhi ciri lukisan seseorang kanak-kanak itu dan faktor-faktor ini yang sebenarnya perlu digunakan sebaik mungkin bagi membentuk kanak-kanak yang kreatif.

Guru perlu berusaha mencungkil bakat setiap pelajar mengikut kecekapan individu.

Kepelbagaian ideologi dan budaya, faktor kreativiti artistik juga mempengaruhi hasil penghasilan karya 46Kreativiti artistik adalah diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi yang lain. Suatu ketika dahulu, anak-anak sering diberikan pendedahan yang sama dalam menghasilkan sesuatu produk yang ketika itu lebih mengutamakan fungsinya.

Setiap kanak-kanak belajar daripada persekitaran dan pengalaman yang hampir dengan mereka, sama ada mereka tinggal di kawasan bandar, pinggir bandar mahupun kawasan pendalaman.

47Kanak-kanak yang normal sering belajar daripada pengalaman mengenai kehidupan dalam masyarakatnya.

Apabila mereka tinggal dalam suasana yang aman dan damai, mereka berkarya dengan emosi yang tenang tanpa pemberontakan dalam diri.

Begitu juga apabila mereka tinggal di tempat yang berlakunya peperangan ataupun adanya ancaman, maka kanak-kanak itu berkarya mengenai darah, kematian, senapang dan kesengsaraan hidup.

48The WindCrayonAshley M.Age 6North Carolina, USA

49

Flying BirdMicrosoft PaintHarriet B.Age 8Auckland, New Zealand50

Statue of LibertyWatercolorKelsey M.Age 6Misawa Air Base, Japan51