Apresiasi LOGO

download Apresiasi LOGO

of 1

Transcript of Apresiasi LOGO

  • 7/23/2019 Apresiasi LOGO

    1/1

    APRESIASI

    Terdapat beberapa hue warna, garisan, jalinan, harmoni, rupa dan

    keseimbangan dalam hasil ciptaan logo saya ini. Dalam penghasilan logo ini saya telah

    mengaplikasikan pelbagai unsur prinsip rekaan dan unsur-unsur seni.

    Terdapat kehormonian dalam hasil ciptaan logo ini. Dalam penghasilan logo ini,

    bagi aspek keharmonian dari segi warna saya telah menggunakan kombinasi tona

    warna yang cantik seperti warna hijau dan kuning pada daun supaya memberi kesan

    yang sangat harmoni dan mampu memberi daya tarikan. Saya juga menggunakan tona

    gabungan warna coklat dan putih pada lengkungan yang mewakili imej pokok pada

    logo. Manakala, harmoni dari segi susunan reka letak imej-imej dalam logo ini pula

    telah memberikan kesan yang cantik dan kemas.

    Selain itu, kesan jalinan juga wujud pada catan ini. Dalam catan ini terdapat

    kesan jalinan pada urat-urat bagi helaian daun itu memberi kesan harmoni. Manakala,

    unsur kepelbagaian didapati di mana wujudnya perbezaan antara daun-daun dan

    jalinan pada lengkungan bulat apabila ia diwarnakan. Saya juga merasakan terdapat

    unsur kontra wujud apabila terdapat unsur yang bertentangan iaitu dari warna pudar

    kepada warna terang atau dari warna terang kepada warna gelap. Pada catan ini,

    terdapat kesan kontra pada helaian daun itu. nsur rupa juga terlihat pada logo ini iaitu

    apabila rupa daun dan digabungan dengan rupa bumi serta rupa pada lengkungan

    yang mewakili pokok telah menjadikan logo ini lebih ringkas dan kemas.

    Selain itu, unsur keseimbangan jelas kelihatan pada susunan reka letak imej

    helaian daun, imej bumi dan imej lengkungan pokok. ! helaian daun itu disusun

    mengikut komposisi dari kecil kepada besar begitu juga pada lengkungan pokok itu di

    letakkan mengikut arah membulat ataupun pusingan. nsur ruang juga dapat

    ditonjolkan disini apabila terdapat ruang antara ruang putaran setiap lengkungan pokok

    itu dengan objek bumi di tengah-tengah. "ukan itu saja, pada hujung ranting yang

    menjulur ke atas dengan ! imej daun itu juga mempunyai kesan ruang yang tidak

    bersambung antara satu sama lain. Secara kesimpulannya, logo ini mempunyai daya

    tarikan tersendiri berdasarkan unsur-unsur seni dan prinsip rekaan tertentu.