ar bahagi

11
PENGGUNAAN KAEDAH H-SQUARE MEMBANTU MURID TAHUN 4 DALAM OPERASI BAHAGI NOMBOR 3 DIGIT DENGAN 1 DIGIT Oleh: Wan Samirah Bahiah Binti Muhammad , Norlia Binti Abd Aziz Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail [email protected] , [email protected] ABSTRAK Bahagi menggunakan pembahagian panjang melibatkan operasi asas iaitu tolak dan darab. Kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu murid Tahun 4 menguasai kemahiran bahagi nombor 3 digit dengan 1 digit menggunakan kaedah H SQUARE dengan lebih mudah. Peserta kajian terdiri daripada empat murid iaitu dua murid lelaki dan dua murid perempuan yang dipilih berdasarkan ujian diagnostik. Pengumpulan data menggunakan instrumen ujian Pra dan ujian Pos, analisis dokumen, pemerhatian dan temubual. Data dianalisis secara deskriptif mengikut peserta kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa intervensi yang digunakan berjaya membantu semua peserta kajian memahami dan menyelesaikan soalan berkaitan dengan bahagi 3 digit dengan 1 digit. Antara kekuatan kaedah HSQUARE ini adalah dapat memudahkan murid melakukan bahagi tanpa proses pembahagian panjang secara kaedah tradisional dan membahagi mengikut nilai tempat. Kata kunci: Kaedah H SQUARE, bahagi 3 digit dengan 1 digit REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Berdasarkan pengalaman menjalani praktikum yang lepas, pengkaji mendapati murid mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran operasi bahagi secara pembahagian panjang. Masalah yang sama juga dialami oleh murid tahun 4 Naim di Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang, Kuala Terengganu ini. Kelas ini merupakan kelas yang ketiga daripada lima buah kelas di sekolah tersebut dan majoriti tahap pencapaian murid dalam subjek Matematik adalah sederhana. Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji telah menjalankan satu tindakan bagi membantu murid menguasai kemahiran bahagi dengan keadah H SQUARE. Melalui pemerhatian dan analisis dokumen, seperti buku latihan dan lembaran kerja, didapati beberapa bentuk kesilapan sering dilakukan oleh murid-murid, selain daripada gagal memberi jawapan betul. Rajah 1 menunjukkan bahawa murid tidak membahagi mengikut susunan nilai tempat. Murid telah menurunkan digit lima pada nilai sa di sebelah digit enam pada nilai puluh tanpa menyelesaikan terlebih dahulu nilai tempat puluh.

description

ar bahagi

Transcript of ar bahagi

Page 1: ar bahagi

PENGGUNAAN KAEDAH H-SQUARE MEMBANTU MURID

TAHUN 4 DALAM OPERASI BAHAGI NOMBOR

3 DIGIT DENGAN 1 DIGIT

Oleh:

Wan Samirah Bahiah Binti Muhammad , Norlia Binti Abd Aziz

Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

[email protected] , [email protected]

ABSTRAK

Bahagi menggunakan pembahagian panjang melibatkan operasi asas

iaitu tolak dan darab. Kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk

membantu murid Tahun 4 menguasai kemahiran bahagi nombor 3 digit

dengan 1 digit menggunakan kaedah H – SQUARE dengan lebih mudah.

Peserta kajian terdiri daripada empat murid iaitu dua murid lelaki dan

dua murid perempuan yang dipilih berdasarkan ujian diagnostik.

Pengumpulan data menggunakan instrumen ujian Pra dan ujian Pos,

analisis dokumen, pemerhatian dan temubual. Data dianalisis secara

deskriptif mengikut peserta kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa

intervensi yang digunakan berjaya membantu semua peserta kajian

memahami dan menyelesaikan soalan berkaitan dengan bahagi 3 digit

dengan 1 digit. Antara kekuatan kaedah H– SQUARE ini adalah dapat

memudahkan murid melakukan bahagi tanpa proses pembahagian

panjang secara kaedah tradisional dan membahagi mengikut nilai

tempat.

Kata kunci: Kaedah H – SQUARE, bahagi 3 digit dengan 1 digit

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Berdasarkan pengalaman menjalani praktikum yang lepas, pengkaji mendapati murid mempunyai

masalah dalam menguasai kemahiran operasi bahagi secara pembahagian panjang. Masalah yang sama

juga dialami oleh murid tahun 4 Naim di Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang, Kuala Terengganu ini.

Kelas ini merupakan kelas yang ketiga daripada lima buah kelas di sekolah tersebut dan majoriti tahap

pencapaian murid dalam subjek Matematik adalah sederhana. Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji telah

menjalankan satu tindakan bagi membantu murid menguasai kemahiran bahagi dengan keadah H –

SQUARE. Melalui pemerhatian dan analisis dokumen, seperti buku latihan dan lembaran kerja, didapati

beberapa bentuk kesilapan sering dilakukan oleh murid-murid, selain daripada gagal memberi jawapan

betul. Rajah 1 menunjukkan bahawa murid tidak membahagi mengikut susunan nilai tempat. Murid telah

menurunkan digit lima pada nilai sa di sebelah digit enam pada nilai puluh tanpa menyelesaikan terlebih

dahulu nilai tempat puluh.

Page 2: ar bahagi

Rajah 1 : Tidak membahagi mengikut susunan nilai tempat

Rajah 2 : Menukarkan ayat matematik seperti bentuk lazim operasi darab

Berdasarkan rajah 2, kesilapan murid ialah dalam menukarkan ayat matematik kepada bentuk lazim.

Murid telah menulis cara pembahagian panjang seperti bentuk lazim pendaraban dan memberi jawapan

yang salah.

SOROTAN LITERATUR

Dalam kajian Nusrat Fatima Rizvi (2007), beliau menyatakan bahawa bahagi mempunyai dua konsep

iaitu pertama bahagi secara sama rata dan kedua bahagi sebagai penolakan berulang. Menurut (William,

1976), operasi asas bahagi adalah songsangan kepada pendaraban. Ini di sokong oleh kajian yang

dilakukan oleh (John Back, 2007) yang menyatakan bahawa algoritma operasi bahagi perlu diselesaikan

dari kiri ke kanan dan memerlukan proses penurunan.

Terdapat pelbagai kajian yang lepas telah dijalankan berkaitan dengan kaedah sebagai pemudahcara untuk

membahagi. Contoh kajian lepas ialah kaedah PAGAR oleh Muhamad Mustaqim (2012). Kekuatan

kaedah beliau dapat menyelesaikan pembahagian secara satu persatu mengikut susunan nilai tempat.

Kesannya murid tidak akan tertinggal digit semasa membahagi.

Page 3: ar bahagi

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini adalah bertujuan untuk menentukan sama ada kaedah H – SQUARE dapat membantu murid

Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang dalam operasi bahagi nombor 3 digit dengan 1 digit

Objektif

Menentukan bagaimana kaedah H – SQUARE dapat membantu murid Tahun 4 dalam operasi bahagi

nombor 3 digit dengan 1digit.

Persoalan Kajian

Bagaimanakah kaedah H – SQUARE dapat membantu murid Tahun 4 dalam operasi bahagi nombor 3

digit dengan 1 digit?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian tindakan ini melibatkan empat orang murid tahun 4 SK Teluk Ketapang yang terdiri daripada dua

murid lelaki dan dua murid perempuan. Instrumen yang digunakan bagi menganalisis data ialah

pemerhatian, temubual, analisis dokumen serta ujian pra dan ujian pos. Data dianalisis secara deskriptif

mengikut peserta kajian.

Proses pengumpulan data yang melibatkan pemerhatian dilakukan secara berstruktur iaitu pengkaji

melakukan pemerhatian melalui borang senarai semak iaitu semasa ujian pra, ujian pos dan sepanjang

sesi intervensi yang dilaksanakan. Selain itu juga, pengkaji menggunakan borang senarai semak untuk

melihat tingkah laku peserta kajian sebelum dan selepas sesi intervensi. Pengkaji juga melakukan

pemerhatian semasa mereka menyelesaikan soalan di papan tulis dan pada model yang diberikan semasa

sesi intervensi serta mendekati peserta kajian sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Pengumpulan data yang kedua melalui temubual. Temu bual dijalankan bagi menjawab persoalan kajian

yang dikemukakan iaitu bagaimanakah penggunaan kaedah H – SQUARE dapat membantu murid tahun

4 dalam operasi bahagi nombor hingga 3 digit dengan 1 digit. Pengkaji menganalisis temu bual yang

dilaksanakan bersama peserta kajian dalam bentuk analisis secara manual dimana pengkaji mentranskrip

semula sesi temu bual yang dijalankan secara individu selepas menduduki Ujian Pra, sesi intervensi dan

menduduki Ujian Pos bagi semua peserta kajian yang telah dipilih. Transkrip tersebut dianalisis semula

dan dipersembahkan dalam bentuk naratif sewaktu analisis dan interpretasi data. Berdasarkan skrip temu

bual pengkaji bersama peserta kajian, pengkaji akan dapat membuat kesimpulan akan keberkesanan

kaedah yang telah diajarkan kepada mereka. Di samping itu juga, di akhir temu bual peserta kajian turut

akan diminta untuk berkongsi pendapat tentang penggunaan kaedah H – SQUARE dalam menyelesaikan

soalan yang diberikan.

Analisis dokumen juga dilakukan bagi mengumpul data yang lengkap. Pengkaji menganalisis

menggunakan pelbagai jenis dokumen seperti lembaran kerja dan gambar sebagai bukti kajian sepanjang

sesi intervensi sehingga tamat proses kajian. Dokumen ini dianalisis sebagai sokongan terhadap dapatan

daripada pemerhatian dan juga temu bual yang dijalankan bagi memastikan kesahan dan

kebolehpercayaan. Selain itu, skrip jawapan setiap peserta kajian dianalisis secara individu bagi kedua-

dua Ujian Pra dan Ujian Pos. Pengkaji menganalisis skrip jawapan yang telah disemak dengan mengenal

pasti kesilapan yang dilakukan oleh peserta kajian sebelum sesi intervensi dijalankan kepada mereka.

Setelah peserta kajian menjalani sesi intervensi, pengkaji sekali lagi menganalisis dokumen skrip jawapan

Page 4: ar bahagi

yang telah disemak bagi melihat kesilapan, kaedah yang digunakan dan membandingkan keputusan yang

diperoleh dan perbandingan hasil kerja peserta kajian daripada ujian pra dengan ujian pos yang mereka

lakukan dalam menjawab soalan bahagi nombor 3 digit dengan 1 digit.

SPESIFIKASI TINDAKAN

Kaedah yang diperkenalkan untuk membantu murid bagi membahagi nombor 3 digit dengan 1 digit ialah

kaedah H – SQUARE. Berikut merupakan langkah – langkah penggunaan kaedah H – SQUARE. Contoh

soalan ialah 654 ÷ 2 =

Langkah 1 : Peserta kajian dikehendaki untuk menulis digit pada setiap petak mengikut nilai tempat

ratus, puluh dan sa. Petak pertama iaitu nilai tempat ratus ditulis dengan nombor 6, petak

kedua iaitu nilai tempat puluh ditulis dengan nombor 5 dan petak ketiga iaitu nilai tempat

sa ditulis dengan nombor 4. Nombor 2 iaitu nombor pembahagi diitulis dalam petak

berbentuk bulat. Nilai digit diisi/ditulis dari atas ke bawah pada petak tersebut.

6

4

Langkah 2 : Peserta kajian dikehendaki untuk mengira dengan mencari jawapan bagi setiap digit/ nombor

pada petak pertama sehingga ketiga tersebut dengan membahagi dengan nombor 2

berdasarkan sifir 2 yang dibina. Setiap hasil jawapan yang diperoleh akan ditulis pada petak

sebelah kiri. Manakala nombor daripada yang dibahagi akan ditolak dengan nombor yang

sebelumnya pada setiap petak tersebut. Jika nombor yang ditolak mempunyai baki seperti

rajah sebelah, maka peserta kajian perlu menyalin semula baki tersebut dan menulis pada

bahagian kiri bersebelahan dengan digit 5 pada petak kedua nilai tempat puluh.

2

5

2

6 – 6 = 0 3

05

4

Page 5: ar bahagi

Langkah 3 : Langkah yang sama diulang bagi petak kedua nilai tempat puluh dan petak ketiga nilai

tempat sa.

Langkah 4 : Setelah selesai setiap digit dalam petak nilai tempat dibahagikan, peserta kajian perlu menulis

dan membaca daripada atas ke bawah. Contoh cara menulis jawapan bagi soalan di

atas ialah 327. Langkah yang sama ini juga digunakan untuk membahagi nombor 3 digit

dengan 1 digit dengan baki.

3

2

Sebanyak tiga sesi intervensi telah dijalankan kepada peserta kajian. Sesi intervensi satu ialah peserta

kajian dapat membahagi nombor 3 digit dengan 1 digit tanpa baki menggunakan kaedah H – SQUARE.

Untuk sesi intervensi dua ialah peserta kajian dapat membahagi nombor 3 digit dengan 1 digit dengan

baki menggunakan kaedah H – SQUARE hasil pembelajaran pada sesi tiga ialah murid dapat melakar

gambar rajah kaedah H – SQUARE pada lembaran kerja yang diberi dan dapat menjawab enam soalan

pada lembaran kerja tersebut dengan betul.

2

6 – 6 = 0

05 – 4 = 1

14 – 14 = 0

3

2

7

2

7

6 – 6 = 0

05 – 4 = 1

14 – 14 = 0

Page 6: ar bahagi

DAPATAN KAJIAN

Nazril merupakan seorang murid yang pasif dan tidak suka bergaul dengan rakan- rakan yang lain semasa

di dalam kelas. Dia lebih banyak duduk di tempatnya dan melakukan hal sendiri. Semasa pengajaran dan

pembelajaran, di dapati bahawa dia tidak memberi focus terhadap apa yang diajar di hadapan dan apabila

guru bertanya, dia hanya membisu dan tidak menunjukkan reaksi. Semasa latihan diberikan, dia tidak

agak lambat dalam menyiapkan latihan tersebut. Dia juga tidak pernah menghantar buku latihannya

untuk disemak oleh pengkaji. Nazril menduduki Ujian Pra untuk mengenal pasti kelemahan dan

kesilapan dalam kemahiran bahagi nombor tiga digit dengan satu digit. Hasil daripada jawapan yang telah

disemak oleh pengkaji, terdapat dua kesilapan yang dikenal pasti iaitu kesilapan dalam susunan digit

dan nilai tempat bagi pembahagian panjang serta kesilapan dalam algoritma bahagi. Berikut merupakan

contoh kesilapan yang telah dilakukan oleh Nazril.

Rajah 3 : Kesilapan dalam susunan nilai nombor

Berdasarkan rajah 3, Nazril melakukan kesilapan dalam prosedur bahagi. Dia dapat menukarkan soalan

dalam ayat matematik kepada bentuk lazim bahagi tetapi dia membahagi dengan memberi jawapan bukan

pada nilai tempat yang sepatutnya contohnya apabila 5 di bahagi 2 jawapan adalah 0 tetapi dia tertinggal

proses itu dan terus menolak dengan nombor 4 dan kemudian dia menurunkan nombor 4 menjadikan 14

dan seterusnya membahagi dengan 2. Ini menunjukkan bahawa Nazril tidak memahami prosedur bahagi

mengikut nilai tempat dengan baik

Rajah 4 : kesilapan dalam algoritma bahagi

Rajah 4 menunjukkan Nazril telah melakukan kesilapan semasa proses pembahagian panjang. Kesilapan

pada soalan ini ialah Nazril juga tidak membahagi mengikut urutan digit nombor yang perlu dibahagi satu

persatu mengikut nilai tempat yang bermula dari nilai tempat ratus dan berakhir dengan nilai tempat sa.

Dia juga tidak memberi jawapan yang betul. Ini terbukti apabila pengkaji menebual Nazril dan dia

mengatakan bahawa bahagi ini satu tajuk yang sukar baginya dan tidak memahami dengan baik proses

pembahagian panjang ini.

Page 7: ar bahagi

Selepas ujian pra ini, pengkaji telah menjalankan tiga sesi intervensi dengan memperkenalkan kaedah

baru iaitu H - SQUARE bagi membantu Nazril dalam membahagi dengan lebih mudah mengikut susunan

nilai digit supaya tiada digit yang tertinggal semasa membahagi. Justeru, pengkaji telah menggunakan

model pada permulaan intervensi sebagai pemudahcara kepada Nazril untuk membahagi dengan keadah

H – SQUARE.

Hasil pembelajaran pada sesi satu ialah peserta kajian dapat melakukan operasi bahagi tanpa baki dengan

kaedah H – SQUARE. Pada permulaan sesi, pengkaji memperkenalkan terlebih dahulu bagaimana kaedah

H – SQUARE ini digunakan dengan memberi beberapa contoh soalan di papan tulis. Kemudian, Nazril

diminta untuk menjawab lima soalan pada lembaran kerja yang disediakan dengan kaedah H – SQUARE

pada model sebagai permulaan untuk dia memahami kaedah ini dengan jelas. Sepanjang sesi dijalankan,

Nazril memberi tumpuan terhadap apa yang disampaikan oleh pengkaji. Hasil daripada lembaran kerja

yang telah dilakukan, pengkaji mendapati Nazril berjaya menjawab soalan tersebut dengan kaedah H –

SQUARE. Rajah 5 menunjukkan Nazril dapat melakukan proses bahagi dengan kaedah H – SQUARE di

atas model. Nazril juga dapat menyusun dan membahagi digit mengikut nilai tempat yang betul.

Rajah 5 : Contoh soalan yang diselesaikan oleh Nazril pada sesi 1

Selepas sesi ini selesai, pengkaji menebual Nazril bagi mengetahui kefahamannya terhadap apa yang telah

dipelajari ini dengan kaedah baru yang diperkenalkan. Apabila ditanya adakah kaedah ini mudah bagi

dirinya dan jawapan yang diberikan ialah kaedah ini senang dan mudah untuk lihat kerana dia dapat

menyusun nombor mengikut petak dan dia tidak akan tertinggal nombor sesana melakukan proses

membahagi.

Bagi sesi intervensi dua, hasil pembelajaran ialah peserta kajian dapat bahagi dengan baki dengan kaedah

H – SQUARE. Pada sesi kali ini, Nazril kelihatan lebih bersemangat dan ceria untuk memeruskan

pembelajaran. Sikapnya juga menjadi berubah daripada dalam kelas sebelum ini. Dia lebih banyak

bercakap dan suka mengusik rakan – rakan yang lain sehingga ditegur oleh pengkaji untuk memberi

tumpuan sebelum pengkaji memulakan pengajaran. Pengkaji menerangkan bagaimana untuk mengenal

pasti baki dengan menggunakan kaedah H – SQUARE ini. Sepanjang sesi dia dapat memberi tumpuan

dan melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan berani untuk ke hadapan apabila

dipanggil untuk menyelesaikan soalan di papan tulis. Seterusnya, lembaran kerja diberikan dan Nazril

diminta untuk menyelesaikan soalan Nazril berjaya menyiapkan soalan yang diberi dengan betul

walaupun masa yang diambil agak lama. Rajah 6 menunjukkan salah satu contoh hasil kerja Nazril pada

sesi kali ini.

Page 8: ar bahagi

Rajah 6 : Contoh hasil kerja Nazril

Selepas sesi, pengkaji menyoal Nazril bagaimana dia mengenal pasti digit mana yang akan ditulis sebagai

baki untuk soalan yang diberikan dan jawapan yang diberikan ialah dia dapat menyatakan dengan betul

iaitu dia telah melihat pada baki hasil daripada penolakan dua nombor pada setiap petak ketiga iaitu nilai

tempat sa.

Sesi intervensi tiga, hasil pembelajaran ialah melakar gambar rajah kaedah H – SQUARE pada lembaran

kerja yang diberikan dengan menjawab soalan dengan betul. Hasil semakan yang telah dilakukan oleh

pengkaji, Nazril telah berjaya menjawab empat soalan dengan betul daripada enam soalan. Kesilapan

yang telah dilakukan oleh Nazril disebabkan oleh kecuaiannya semasa menolak dua nombor tetapi

penguasaan terhadap kemahiran bahagi dengan kaedah baru telah memberi kesan positif kepada Nazril

semasa menjawab soalan ini kerana dia dapat menjawab soalan bahagi yang diberi. Rajah 7 menunjukkan

salah satu kesilapan yang telah dilakukan oleh Nazril semasa sesi intervensi tiga.

Rajah 7 : Kecuaian semasa penolakan dua nombor

Selepas ketiga – tiga sesi ini selesai, ujian pos telah diduduki oleh Nazril bagi melihat kefahaman dan

tahap pencapaian Nazril selepas menjalani sesi intervensi. Hasil semakan oleh pengkaji daripada jawapan

yang diberikan mendapati bahawa Nazril telah dapat menjawab kesemua lapan soalan subjektif yang

berkaitan topik bahagi dengan betul. Daripada pemerhatian pengkaji, Nazril dapat membuat lakaran

dengan baik walaupun tidak kemas dan comot. Namun, Nazril dapat memahami kemahiran membahagi

dengan menggunakan kaedah H – SQUARE ini. Dia dapat menyusun digit mengikut susunan nilai tempat

dan membahagi setiap digit – digit tersebut langkah demi langkah tanpa melakukan kesilapan. Jadual 1

menunjukkan salah salah satu contoh perbandingan hasil penyelesaian Nazril bagi ujian pra dengan ujian

pos.

Page 9: ar bahagi

Jadual 1 : Perbandingan Hasil Kerja Nazril Bagi Ujian Pra Dengan Ujian Pos

Selepas ujian pos dilaksanakan pengkaji sekali lagi menemubual Nazril dan bertanya adakah kaedah H –

SQUARE ini berjaya menarik minat dia untuk belajar topik bahagi dan dapat memudahkan dia atau tidak

untuk melakukan proses membahagi. Jawapan yang telah diberikan oleh Nazril ialah dia mengatakan

bahawa kaedah ini sangat mudah dan dia menyukainya. Dia juga mengatakan bahawa ingin menggunakan

kaedah ini semasa peperiksaan kelak.

Hasil kajian tindakan ini mendapati bahawa pencapaian kesemua peserta kajian meningkat dalam topik

bahagi ini. Peserta kajian dapat memahami dan menguasai kaedah baru yang telah diperkenalkan oleh

pengkaji iaitu kaedah H – SQUARE. Dari segi tingkah laku, didapati bahawa sikap Nazril telah berubah

ke arah yang lebih baik. Antaranya daripada seorang murid yang tidak fokus, tidak rajin dan pendiam

kepada sikap yang lebih positif. Penguasaan kemahiran boleh ditingkatkan lagi dengan melakukan lebih

banyak latihan dan membuat penambahbaikan dari segi pendekatan oleh pengkaji.

KESIMPULAN

Sesi intervensi yang dijalankan memberikan banyak faedah dan kelebihan kepada peserta kajian dan

pengkaji. Antaranya ialah dengan sesi ini pengkaji dapat mendekatkan diri dan mengenali peserta kajian

yang selama ini kurang diberi perhatian semasa di dalam kelas disebabkan oleh bilangan murid di dalam

kelas. Pengkaji juga dapat membimbing dan membantu peserta kajian seorang demi seorang. Dengan ini

perhatian dapat diberikan secara sama rata. Sesi intervensi ini juga membantu peserta kajian memahami

topik bahagi dengan lebih mudah kerana setiap sesi diajar dengan terperici oleh pengkaji. Di dapati

daripada sesi ini murid lebih aktif dan tidak segan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sikap ini

berbeza semasa mereka di dalam kelas. Mereka juga dapat memberi tumpuan yang lebih kerana tiada

gangguan daripada rakan – rakan yang lain. Sesi intervensi ini juga dapat membantu meningkatkan

penguasaan kemahiran peserta kajian dalam membahagi dengan kaedah baru.

Ujian Pra Ujian Pos

Page 10: ar bahagi

Kaedah H – SQUARE yang diperkenalkan sebagai pemudahcara dan alternatif lain bagi membantu

peserta kajian membahagi selain daripada menggunakan kaedah tradisional pembahagian panjang.

Dengan kaedah H – SQUARE ini, dapat meningkatkan kemahiran peserta kajian membahagi mengikut

susunan nilai tempat tanpa tertinggal digit yang akan dibahagi. Peserta kajian juga dapat melakukan

proses membahagi dengan lebih mudah. Dengan kajian tindakan yang telah dijalankan ini dapat memberi

panduan kepada pengkaji sebagai seorang guru kelak untuk mengajar di sekolah dengan pelbagai kaedah

yang telah diperkenalkan oleh pengkaji – pengkaji lain. Selain itu, penguasaan kemahiran dan ilmu

pengetahuan terhadap sesuatu konsep dan kaedah juga bertambah dan digunakan untuk penambahbaikan

bagi kajian selanjutnya.

Kekuatan bagi kaedah H – SQUARE ini ialah dapat menarik minat peserta kajian untuk mengikuti sesi

intervensi kerana menggunakan model yang besar dan berwarna. Di samping itu, memudahkan peserta

kajian membahagi tanpa melakukan proses pembahagian panjang secara penurunan. Namun, kaedah H –

SQUARE tidak sesuai untuk bahagi dengan pembahagi 2 digit. Cadangan untuk penambahbaikan kepada

kaedah ini bagi tindakan lanjutan ialah diaplikasi dalam penggunaan ICT dengan menyediakan secara

beranimasi supaya menjadi lebih menarik dan menyeronokkan.

RUJUKAN

Azizi Hj. Yahaya & Elanggovan A/L M. Savarimuthu (2011). Kepentingan Kefahaman

Konsep Dalam Matematik. Diakses daripada http://eprints.utm.my/10413/1/1.10_Bab2.pdf pada

11 Februari 2014.

Gardella, F.J. (2009). Introducing Difficult Mathematics Topics in the Elementary

Classroom: A Teacher’s Guide to Initial Lessons. New York: Routledge.

Haylock, D. (2006). Mathematics Explained for Primary Teachers (3rd ed.) . London:

SAGE Publications Ltd.

Joanne Mulligan (1992). Children solutions to multiplication and division word

problem: A longitunal study. Mathematics Education Research Journal,

Vol.4, No.1, 32-37.

John Back. (2007). Difficulties with Division. Diakses daripada http://nrich.maths.org/5450

Pada 11 Ferbruari 2014.

Leonard M. S., Yong Karen, L. Biratman (1996). Guru Yang Kreatif: Isu-Isu

Teoririka Dan Aplikasi Praktik. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd.

Lisah Binti Chong Vui Fa (2011). Penggunaan ‘’Combo Set’’ Dalam Membantu

Murid Tahun Tiga Menjawab Soalan Long Division. Diakses daripada

http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/BukuKoleksi/Buku%20Koleksi%20PT%20MT%2020

11.pdf .Pada 11 Februari 2014

Mohd Fadzimee Bin Mohd Fatihi.(2011). Pembelajaran Konsep Bahagi Sebagai

Penolakan Berulang Dalam Kaedah ‘’1,2,4,8 Bahagi’’ Membantu Murid Menjawab Soalan

Bahagi. Projek Tahun Akhir Ijazah. Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Page 11: ar bahagi

Muhammad Aliff Bin Abdul Rahman. (2013). Penggunaan Sifir Tulang Ikan Dan

Peta Alir I – Think Dalam Meningkatkan Kemahiran Murid Menyelesaikan Masalah Bahagi

Dengan Pembahagi Dua Digit. Projek Tahun Akhir Ijazah. Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Mok Soon Sang, s. f. (1986). Pengajaran dan Pembelajaran Matematik untuk Peringkat

Sekolah Rendah. Petaling Jaya : Longman Malaysia sdn. bhd.

Nusrat Fatima Rizvi, Micheal J. Lawson (2007). Prospective teachers‟ knowlegde:

Concept of division. International Education Journal, 8(2), 377-392.

Safuan, Nellie dan Oon (2000). Satu Tinjauan Kesilapan Murid Dalam Penyelesaian

Masalah Operasi Bahagi Di Dua Buah Sekolah.. Maktab Perguruan Teknik Kuala

Lumpur: Unit Penyelidikan dan Pembangunan.

Sgroi, R.J & Sgroi L.S. (1993). Mathematics for Elementary School Teachers: Problem-

Solving Investigations. Massachusetts: PWS-KENT Publishing Company.

Williams, E. M. & Shuard, H. (1976). Primary Mathematics Today. London: Longman

Group Limited.