Artikel EDU 3033

3
Ketika projek angkasawan dilancarkan dan sehinggalah negara kita berjaya menghantar seorang anak Malaysia ke angkasa lepas, pelbagai isu diperdebat tentang kepentingan negara membangun seperti Malaysia melaburkan dana yang bernilai berbilion ringgit dalam industri angkasa lepas sedangkan masih ramai lagi rakyat yang tidak berkemampuan yang memerlukan bantuan. Walaupun mendapat sokongan saintis dalam bidang angkasa lepas seperti Profesor Datuk Dr. Mazlan Othman dan juga negarawan Malaysia, Tun Dr Mahathir, masih ramai yang ragu-ragu dengan keterlibatan secara langsung negara ke dalam industri angkasa lepas. Sejak kali pertama manusia berjaya dihantar ke angkasa lepas pada tahun 1961 oleh Soviet Union (sudah berkubur) . Beberapa contoh hasil daripada kajian sampingan ini adalah seperti terhasilnya makanan bayi yang diperkaya dengan nutrisi daripada mikro-alga yang sangat baik untuk perkembangan mental dan visual bayi yang dikenali sebagai Formulaid. Ia dihasilkan daripada kajian National Aeronautics and Space Administration (NASA) Teknologi angkasa lepas juga menyumbang kepada kecanggihan sistem pemantauan untuk aliran trafik di lebuh raya. Selain daripada itu, teknologi navigasi kapal angkasa (Global Positioning System-GPS) yang pada peringkat awalnya dicipta untuk tujuan satelit

description

Artikel EDU 3033

Transcript of Artikel EDU 3033

Page 1: Artikel EDU 3033

Ketika projek angkasawan dilancarkan dan sehinggalah negara kita berjaya menghantar seorang anak Malaysia ke angkasa lepas, pelbagai isu diperdebat tentang kepentingan negara membangun seperti Malaysia melaburkan dana yang bernilai berbilion ringgit dalam industri angkasa lepas sedangkan masih ramai lagi rakyat yang tidak berkemampuan yang memerlukan bantuan. Walaupun mendapat sokongan saintis dalam bidang angkasa lepas seperti Profesor Datuk Dr. Mazlan Othman dan juga negarawan Malaysia, Tun Dr Mahathir, masih ramai yang ragu-ragu dengan keterlibatan secara langsung negara ke dalam industri angkasa lepas. Sejak kali pertama manusia berjaya dihantar ke angkasa lepas pada tahun 1961 oleh Soviet Union (sudah berkubur) .

Beberapa contoh hasil daripada kajian sampingan ini adalah seperti terhasilnya makanan bayi yang diperkaya dengan nutrisi daripada mikro-alga yang sangat baik untuk perkembangan mental dan visual bayi yang dikenali sebagai Formulaid. Ia dihasilkan daripada kajian National Aeronautics and Space Administration (NASA) Teknologi angkasa lepas juga menyumbang kepada kecanggihan sistem pemantauan untuk aliran trafik di lebuh raya.

Selain daripada itu, teknologi navigasi kapal angkasa (Global Positioning System-GPS) yang pada peringkat awalnya dicipta untuk tujuan satelit intipan kini memberi kemudahan yang tak tercapai sebelum ini kepada pengguna jalan raya, pelancong dan pengembara. Terdapat juga alat yang dicipta oleh European Space Agency (ESA) yang digunakan di stesen angkasa lepas untuk mengesan bahan kimia dan bertindak sepatutnya digunakan di stesen metro Stockholm. Alat tersebut yang dikenali sebagai Sistem Hidung Elektronik (Electronic Nose) mempunyai penderia yang bertindak seperti hidung manusia yang digunakan untuk mengesan bau.

Page 2: Artikel EDU 3033

SAYUR-SAYURAN merupakan makanan yang baik untuk kesihatan setiap individu kerana kandungan vitamin, mineral dan nutrisi yang tinggi terdapat di dalamnya. Walaupun memberi seribu satu manfaat terhadap kesihatan tubuh, namun masih ramai individu yang kurang gemar mengambil sayur-sayuran dalam diet harian mereka. “Kandungan nitrat yang ditemui di dalam sayur mampu membuka dan melebarkan pembuluh darah yang berperanan penting dalam menghindarkan tubuh daripada terkena angin ahmar dan serangan jantung.

Selain itu, ia juga mampu menukar sel lemak putih menjadi sel lemak coklat yang mampu membakar lemak dan akhirnya mengelakkan obesiti daripada berlaku,” ujarnya. Jelas Ashmore, bagi menggalakkan pengambilan sayur-sayuran di dalam diet harian, individu boleh pelbagaikan hidangan tersebut dengan beberapa cara seperti mengolah sayur-sayuran kepada jus, salad dan sebagainya.