Artikel Penglibatan Pelajar Dan Ibu Bapa

8
Penglibatan Pelajar dan Ibu bapa Farah Naqiah Binti Abdul Haddi Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pengenalan Penglibatan pelajar dan ibu bapa secara tidak langsung ia akan melibatkan penglibatan pihak sekolah, ini kerana sekolah memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan yang berperanan sebagai orang tengah antara ibu bapa dan pelajar dalam menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di sekolah. menurut Wentzel (1998),institusi persekolahan dan keluarga tidak boleh dipisahkan dan tidak boleh wujud secarabersendirian. Ibu bapa perlu bekerjasama dengan pihak sekolah untuk memastikan kejayaan akademik kerana tanpa kerjasama sebegini boleh menjejaskan kejayaan dan perkembangan individu anak. A school system without parents at its foundation is like a bucket with a hole in it” Jackson, J (1997). Dalam pernyataan yang dinyatakan oleh beliau dengan adanya penubuhan PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru adalah merupakan satu langkah yang bijak kerana persatuan ini dapat menjalin hubungan dan kerjasama pihak sekolah dan ibu bapa bagi mengatasi masalah- masalah yang dilakukan oleh pelajar dan dapat membentuk pelajar kepada modal insan yang berguna kepada masyarakat, bangsa dan negara. Mohd. Ali Hassan (1999) mentakrifkan 'PIBG dapat membantu sekolah memenuhi kehendak dan keperluan kegiatan pelajar-pelajar, tempat ibu bapa dan guru bertukar-tukar fikiran, memperbaiki taraf pendidikan, menambah kewangan sekolah dan sebagainya'. Pentingnya peranan PIBG yang digunakan sehingga sekarang. Isu-isu yang akan dibincangkan antaranya seperti masalah disiplin, pencapaian akademik, kerja rumah dan sebagainya. Sebagai contoh isu kerja rumah yang dihadapi oleh pelajar , dalam perjumpaan PIBG, guru akan menyatakan masalah tersebut kepada ibu bapa. Dengan adanya PBG,

Transcript of Artikel Penglibatan Pelajar Dan Ibu Bapa

Page 1: Artikel Penglibatan Pelajar Dan Ibu Bapa

Penglibatan Pelajar dan Ibu bapa

Farah Naqiah Binti Abdul HaddiFakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Pengenalan

Penglibatan pelajar dan ibu bapa secara tidak langsung ia akan melibatkan penglibatan pihak sekolah, ini kerana sekolah memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan yang berperanan sebagai orang tengah antara ibu bapa dan pelajar dalam menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di sekolah. menurut Wentzel (1998),institusi persekolahan dan keluarga tidak boleh dipisahkan dan tidak boleh wujud secarabersendirian. Ibu bapa perlu bekerjasama dengan pihak sekolah untuk memastikan kejayaan akademik kerana tanpa kerjasama sebegini boleh menjejaskan kejayaan dan perkembangan individu anak.

” A school system without parents at its foundation is like a bucket with a hole in it” Jackson, J (1997). Dalam pernyataan yang dinyatakan oleh beliau dengan adanya penubuhan PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru adalah merupakan satu langkah yang bijak kerana persatuan ini dapat menjalin hubungan dan kerjasama pihak sekolah dan ibu bapa bagi mengatasi masalah-masalah yang dilakukan oleh pelajar dan dapat membentuk pelajar kepada modal insan yang berguna kepada masyarakat, bangsa dan negara. Mohd. Ali Hassan (1999) mentakrifkan 'PIBG dapat membantu sekolah memenuhi kehendak dan keperluan kegiatan pelajar-pelajar, tempat ibu bapa dan guru bertukar-tukar fikiran, memperbaiki taraf pendidikan, menambah kewangan sekolah dan sebagainya'. Pentingnya peranan PIBG yang digunakan sehingga sekarang.

Isu-isu yang akan dibincangkan antaranya seperti masalah disiplin, pencapaian akademik, kerja rumah dan sebagainya. Sebagai contoh isu kerja rumah yang dihadapi oleh pelajar , dalam perjumpaan PIBG, guru akan menyatakan masalah tersebut kepada ibu bapa. Dengan adanya PBG, ibu bapa tahu permasalahan utama terhadap anak mereka. Dengan penglibatan ibu bapa dalam kerja rumah ini, ia dapat meningkatkan peningkatan pencapaian akademik anak-anak mereka.

Kelly (1996) ” Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab ibu bapa untuk membantu dan membimbing anak- anak menyelesaikan kerja rumah, mengurus masa belajar dirumah, memberi motivasi, mengatasi masalah pembelajaran dan mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum”. Dalam menghadapi abad ke 21, cabaran dunia pendidikan semakin mencabar. Justeru itu peranan PIBG harus diletakkan pada landasan yang benar dan berfungsi secara proaktif. Oleh itu, Sekolah perlu sentiasa memaklumkan tentang kemajuan program-program sekolah dan maklumat-maklumat terkini kepada ibu bapa dan pelajar.

Page 2: Artikel Penglibatan Pelajar Dan Ibu Bapa

Teknologi

Kini, penggunaan internet telah banyak digunakan dalam urusan pendidikan. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), khususnya melalui gagasan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia akan lebih memudahkan anak-anak (pelajar) menimba ilmu secara tidak formal. Ia bagaikan penyebaran ilmu dan maklumat melalui teknologi ini dijadikan dunia sebagai global village manakala pelajar sebagai universal learner.

Oleh itu, Ibu bapa yang berkemampuan dan sentiasa peka dengan perkembangan semasa digalakkan menyediakan komputer untuk kemudahan anak mereka untuk mendapatkan informasi terkini melalui internet kerana melalui media elektronik dan komunikasi ini mereka boleh mendapat berbagai-bagai pengetahuan , menambahkan ilmu pengetahuan dan tidak ketinggalan mendapatkan sesuatu ilmu yang pada ketika ini hanya dapat menerusi internet dengan mudah dan pantas.

Tidak ketinggalan juga dengan penglibatan ibu bapa terhadap teknologi, ibu bapa perlu peka perkembangan dan sambil itu membelajari ilmu teknologi supaya dapat membimbing dan mengawasi anak mereka daripada gejala tidak sihat dan negetif di internet. Pengawasan yang dilakukan seperti memantau , menepati masa dan memerhati ketika anak menggunakan internet. Ibu bapa digalakkan menggunakan kemudahan internet dalam Sosial network seperti twitter iaitu pertukaran idea dan mendapat maklumat sesama komuniti .

Bagi hendak memperkembangkan penggunaan ICT di sekolah, guru dan ibu bapa menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Ini kerana sekolah juga perlu mempunyai persekitaran dan budaya menggunakan teknologi seperti makmal komputer , “sekolah perlu membuat perubahan dan pengubahsuaian agar sekolah dapat menempatkan pelbagai teknologi yang diperlukan oleh mereka , hendaklah dididik dengan sempurna bersesuaian dengan dunia kurun ke dua puluh satu nanti.”(Bowring-Carr,C)1999. Perubahan kaedah dari segi teknologi di sekolah, ibu bapa juga perlu ikuti perkembangan sekolah bersama, supaya semua yang terlibat dapat memenuhi kehendak dan keperluan dalam sistem pendidikan pada masa kini.

Inovasi

”Dunia pendidikan telah mengalami perubahan yang pesat kesan daripada era globalisasi, pendemokrasian pendidikan, ledakan teknologi maklumat, ekonomi yang berasaskan pengetahuan, persaingan hebat dan usaha ke arah pembentukkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia.” Eva Abdullah(2009) .Pelbagai projek inovasi pada masa ini sentiasa

Page 3: Artikel Penglibatan Pelajar Dan Ibu Bapa

dikendalikan dengan harapan melahirkan pelajar mempunyai budaya bermaklumat. Oleh itu, kini terdapat inovasi yang melibatkan ibu bapa dan pelajar dengan menggunakan kemudahan internet . Justeru itu, kepentingan wujudnya sesuatu inovasi ini ia dapat membuat perubahan sistem pendidikan pada abad ini.

Sebagai contohnya, semua sekolah digalakkan mewujudkan permuafakatan dengan ibu bapa dalam perlaksanaan ‘program kerja rumah’. Anak akan merasa gembira mendapat bantuan daripada ibu bapa bukan kerana ibunya membantu membuat kerja rumah, tetapi ibunya “berpesan memenuhi tanggungjawab sebagai ibu bapa” (Fantuzzo, Davis & Ginsberg, 1995) Dengan itu, Ibu bapa ingin mengetahui ‘apa’, ‘bila’ , dan ‘bagaimana’ supaya mereka boleh memberi sumbangan dalam memberi bimbingan anak mereka dalam program kerja rumah. Antara salah satu Contoh inovasi yang menggunakan laman web dalam ‘sistem pendidikan semasa’ yang melibatkan ibu bapa dan pelajar ialah Score A.

Score A

Score A Programme™ adalah satu kaedah pembelajaran output yang interaktif berpandukan sukatan pelajaran kerajaan yang mana telah terbukti berkesan untuk membantu pelajar bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan.

Inovasi ini menjadikan penglibatan ibu bapa adalah sebagai tutor di rumah , dapat dilakukan tanpa had dan dapat mengetahui kecapaian sebenar pada anak mereka, perlaksaanan program ini boleh dibuat bila-bila masa dan mana-mana sahaja, namun adalah lebih selesa dibuat di rumah. Manakala guru hanya memantau dan memberi pandangan terhadap prestasi pelajarnya.

Ciri-ciri unik yang ada pada Score A Programme™ :

1. Lebih 100,000 soalan daripada 64 sekolah bestari diseluruh Malaysia & pemeriksa yang diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (MOE). Tidak didapati daripada kedai-kedai buku

2. Hak eksklusif oleh MOE untuk mencetak & mengedarkan soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas UPSR dan PMR (daritahun 1999 sehingga kini)

3. Interaktif – menggalakkan pelajar mengambil initiative membuat lebih banyak ulangkaji

4. Penandaan & keputusan serta merta, membolehkan pelajar belajar daripada kesilapan tanpa merujuk kepada jawapan sebelum menjawb soalan.

5. Meningkatkan keyakinan pelajar melalui kata-kata motivasi sekiranya menjawab soalan dengan betul.

Page 4: Artikel Penglibatan Pelajar Dan Ibu Bapa

6. Keputusan disimpan ‘online’, memudahkan ibubapa merujuk e-report card melalui internet & SMS lalu memudahkan pemantauan perkembangan akademik anak bila-bila masa dari mana-mana sahaja, sebalik anak menyelesaikan ulangkaji di rumah.

7. Satu projek usahasama dengan MOE dan direka bentuk dengan telita supaya selaras dengan sukatan pelajaran sekolah.

8. Dilancarkan selepas R&D untuk beberapa tahun (sejak tahun 1999), diuji di sekolah-sekolah bestari & asrama penuh (mulai tahun 2003) dan terbukti meningkat pencapaian pelajar secara berkesan.

9. Mudah digunakan. Hanya memerlukan sebuah komputer dan sambungan internet. Tidak perlu membawa buku-buku yang berat. Laman web disediakan dalam bahasa inggeris ,bahasa melayu dan bahasa cina.

10. Menggunakan ‘gaming approach’ di mana bagi modul eTopik, markah akan ditolak bagi setiap percubaan yang salah & bagi modul eAssessment pelajar harus mencapai sekurang-kurangnya 80% sebelum dibenarkan mencuba set soalan seterusnya.

11. Menggalakan pelajar berusaha lebih gigih kerana nama pelajar cemerlang akan disenaikan dalam Nationwide Scre A Top 100 students mengikut subjek dan tahap Setiap tahun, mereka akan diberi penganugerahan dalam “score A Scholar Night”

12. ETial Exam dan ePast year exam mengandungi anto-submit feature & timer – membantu pelajar membiasakan diri dengan keadaan peperiksaan sebenar & melengkapkan peperiksaan mengikut masa yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

13. E-progress: Carta pemantauan prestasi pelajar, ibu bapa dapat mengikuti perkembangan ulangkaji anak-anak. Ibu bapa boleh mengenalpasti topik-topik yang bermasalah dan bukan mengkategorikan kelemahan mengikut subjek.

14. E-notes – mengandungi nota bagi menerangkan topik yang tidak difahami oleh pelajar.

15. E-dictionary membolehkan pelajar mencari makna perkataan yang tidak difahami.

Page 5: Artikel Penglibatan Pelajar Dan Ibu Bapa

Kesimpulan

Dengan adanya kewujudan PIBG yang proaktif akan melahirkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru bagi membina kesefahaman mengenai tugas dan tanggungjawab bersama dalam membentuk pelajar modal insan yang berguna kepada masyarakat , bangsa dan negara.Pada masa yang sama, perkembangan teknologi pada masa kini, Ibu bapa perlu memantau dan membimbing anak-anak mereka secara tuntas dan berterusan dari segi penggunaan internet, chatting, penggunaan perisian dan sebagainya. Namun juga, ibu bapa perlu melengkapi pengetahuan dan maklumat mengenai perkembangan mutakhir dalam teknologi antara contohnya penggunaan sosial network. Janaga (2003) mengatakan bahawa pendidikan merupakan satu keperluan yang amat penting untuk menjamin kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan. Pendidikan bukan sahaja dilihat sebagai mempunyai fungsi so sial dan moral, tetapi juga sebagai satu kcperluan ekonomi. Taraf pendidikan yang tinggi sering dikaitkan dengan pekerjaan, pendapatan, dan kedudukan sosial yang lebih baik.Penglibatan pelajar dan ibu bapa memainkan peranan penting untuk mewujudkan keluarga keprihatinan.

Rujukan

Jurnal

1. Hamidah binti Sulalman, Siti Salina binti Abdullah, Farrah Dina Yusop,Peranan Ibu Bapa

dan Guru dalarn Mernbantu Pelajar-pelajar yang Menghadapi Masalah Pencapaian

Akademik.Universiti Malaya.

2. Norzalinda binti md lazim,2004. Faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan ibu bapa

dalam aktiviti pibg di sekolah menengah akademik luar bandar di jitra, Kedah.Universiti

Teknologi Malaysia

3.Saiful Bahari abd Rahman, 2009. Pemimpin terbilang Perlu Meningkatkan Sistem

Penyampaian Perkhidmatan (Service Delivery System) yang cekap dan berkesan bagi

memenuhi kepuasan pelanggan. SM Sains Machang

Page 6: Artikel Penglibatan Pelajar Dan Ibu Bapa

Buku

1.Mohd. Ali Hassan, 1999. Perkongsian Bijak Komuniti Dan sekolah: cabaran Dan harapan

sekolah Berkesan Dari Perspektif PIBG . Kerta kerja Persidangan Pendidikan Nasional

Ke – 6. Institut Aminudin Baki, Sri Layang, Genting Highland.

2.Eva Abdullah, 2009. Amalan-amalan terbaik pengurusan pendidik. ICT dalam pengajaran

dan pembelajaran,MPKK.

3.Christopher Bowring-Carr, John West-Burnham,1999. Pembelajaran Berkesan di

Sekolah,wangsa maju, Kuala Lumpur

4.Fantuzzo, J.W., Davies, G.Y., & Ginsberg,M.D.(1995). Effect of parent involvement in

isolation or in combination with peer tutoring on student self-concept and mathematics

achievement,Journal of Educational Research, Vol. 87, No.2, 272-281.

5.Wentzel, K. R. (1998). Social relationship and motivation in middle schools: The role of parents, teacher and peers. Journal of Educational Psychology, 90(2), 202-209.

Internet

http://www.scorea.com/bm/index.cfm