PENGLIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT

11
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH ISU PENGLIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT (Sumber: Adaptasi daripada Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025) IBU BAPA Sistem Pembelajaran (Learning Ecosystem) yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2015 menyatakan bahawa sistem pembelajaran berlaku melangkaui kawasan sekolah dan boleh berlaku di rumah dan dalam komuniti. Sehubungan dengan itu, dalam kehidupan sehari-hari, ibu bapa boleh menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi kepada anak- anak melalui perbualan seharian dan pembacaan bersama di rumah. Selain daripada dapat memanfaatkan masa terluang secara optimum, aktiviti tersebut dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan keberhasilan anak-anak. Disamping

Transcript of PENGLIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT

Page 1: PENGLIBATAN  IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH

ISU PENGLIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM

KBAT

(Sumber: Adaptasi daripada Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025)

IBU BAPA

Sistem Pembelajaran (Learning Ecosystem) yang terdapat dalam Pelan Pembangunan

Pendidikan 2013-2015 menyatakan bahawa sistem pembelajaran berlaku melangkaui

kawasan sekolah dan boleh berlaku di rumah dan dalam komuniti. Sehubungan

dengan itu, dalam kehidupan sehari-hari, ibu bapa boleh menggalakkan kemahiran

berfikir aras tinggi kepada anak-anak melalui perbualan seharian dan pembacaan

bersama di rumah. Selain daripada dapat memanfaatkan masa terluang secara

optimum, aktiviti tersebut dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan keberhasilan

anak-anak. Disamping pembacaan bersama-sama, ibu bapa boleh menanyakan soalan

terbuka (Open Ended Question) yang tiada jawapan betul atau salah kerana boleh

meransang otak anak-anak untuk berfikir lebih kreatif dan kritis (Simon C.A., 2016).

Soalan terbuka yang dikemukan akan mencetus perbincangan antara ibu bapa dan

anak seterusnya menghasilkan buah fikiran yang jauh diluar kotak pemikiran. Namun

soalan yang diberikan haruslah mencabar minda pelajar kerana daripada soalan

tersebut akan memupuk minda pelajar untuk berfikir lebih kompleks.

Page 2: PENGLIBATAN  IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT

Selain itu, ibu bapa boleh meransang minda anak mereka ketika beriadah atau

melawat ke tempat-tempat tertentu dengan menanyakan soalan yang berkaitan. Secara

tidak langsung akan menimbulkan minat anak-anak untuk mengetahui dan memahami

lebih mendalam mengenai sesuatu isu kerana sifat ingin tahu yang ada dalam diri

mereka. Isu persoalan yang timbul akan menguji keupayaan anak-anak untuk berfikir

secara rasional dan kognitif berdasarkan pengetahuan yang dimiliki serta boleh

mewujudkan pengetahuan baharu kepada anak-anak selaras dengan ekonomi

berasaskan pengetahuan (K-Ekonomi). Namun begitu, ibu bapa perlu bersedia dengan

sebarang jawapan yang dikemukakan dan bersedia dengan jawapan sekiranya soalan

dilontarkan dari pihak anak-anak kepada mereka.

Peranan ibu bapa tidak terhad hanya di rumah sahaja dalam membentuk

kemahiran berfikir aras tinggi pelajar bahkan ibu bapa turut disarankan agar turut

terlibat dalam aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. Ibu bapa

menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh membantu sekolah

melaksanakan aktiviti yang ditentukan oleh pihak sekolah dengan menyumbang idea

dan kepakaran bagi perancangan aktiviti sekolah. Sebagai ibu bapa, adalah menjadi

tanggungjawab mereka untuk menggalakkan anak-anak mereka menyertai aktiviti dan

program yang dianjurkan sekolah bagi meningkatkan prestasi akademik dan soft-skill

Page 3: PENGLIBATAN  IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT

pelajar. Sumbangan ibu bapa dalam menyokong aktiviti sosial sekolah dan akademik

merupakan suatu penghargaan oleh pihak sekolah kerana ibu bapa turut prihatin

dalam perkembangan pembelajaran anak-anak.

Dalam RMK-11 telah menyatakan bahawa ibu bapa memainkan peranan

penting dalam penambahbaikan pembelajaran pelajar. Namun menurut kajian

Kementerian Pelajaran Malaysia tentang penglibatan ibu bapa dalam pendidikan pada

tahun 2013, hanya 54% ibu bapa yang aktif dalam aktiviti sekolah. Jadi, untuk

menguatkan peranan ibu bapa dalam mengasah kemahiran berfikir aras tinggi pelajar,

hebahan kepada ibu bapa tentang peranan mereka perlu diperluaskan dan

diperhebatkan supaya ibu bapa sedar bahawa mereka turut berperanan dalam

menerapkan KBAT dan bukan mengharapkan tindakan daripada pihak sekolah dan

guru semata-mata. Peranan ibu bapa dalam isu KBAT dapat mengukuhkan lagi

interaksi dan komunikasi antara ibu, bapa, pelajar, guru dan pihak sekolah serta

mengeratkan hubungan kekeluargaan dan silaturahim.

KOMUNITI

(Sumber: Mingguan Malaysia, 15 Mac 2015)

Menjelang tahun 2020, negara bermatlamat untuk menjadi sebuah negara maju

dengan acuan sendiri sejajar dengan Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Dr.

Mahathir. Salah satu cabaran dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju ialah

Page 4: PENGLIBATAN  IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT

dengan mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan

tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi

tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan (Unit

Perancang Ekonomi, 2013). Jadi selaras dengan matlamat tersebut, pembangunan

modal insan harus dipergiatkan agar dapat melahirkan modal insan minda kelas

pertama yang mampu menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran serta keupayaan

intelektual yang meliputi bidang sains, teknologi dan keusahawanan (Juriah et al,

2006). Lantaran itu, komuniti atau masyarakat perlu cakna terhadap sistem

pembelajaran di Malaysia khususnya dalam isu menerapkan kemahiran berfikir aras

tinggi pelajar di sekolah agar dapat membentuk modal insan kelas pertama.

Penglibatan dan sokongan daripada pihak komuniti terhadap penerapan KBAT pelajar

secara tidak langsung dapat menguatkan perpaduan kaum dan budaya saling hormat

menghormati antara pelajar kerana pelajar berupaya berfikir secara kritis semasa

berhujah dengan mengambil kira pandangan orang lain.

SEKTOR SWASTA

(Sumber: Mingguan Malaysia, 15 Mac 2015)

Menurut Tan Sri Mustapha Kamal (2012), isu lambakan graduan tidak mendapat

tempat dalam alam pekerjaan mutakhir kini adalah kerana graduan kurang dari segi

kemahiran insaniah seperti komunikasi, kerja berpasukan, kemahiran kepimpinan,

Page 5: PENGLIBATAN  IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT

pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, tidak beretika dan tidak

berupaya berbahasa asing walaupun cemerlang dalam bidang akademik semasa di

peringkat pengajian tinggi. Graduan seharusnya menguasai kemahiran insaniah

kerana untuk memasuki alam pekerjaan, majikan tidak lagi memandang dari sudut

akademik semata-mata bahkan kemahiran yang mampu dipersembahkan oleh graduan

kepada majikan. Cemerlang dalam akademik adalah satu bonus kepada pelajar

sekiranya pelajar berjaya menguasai kemahiran insaniah dan diterima bekerja. Jadi, di

peringkat sekolah lagi kemahiran berfikir aras tinggi perlu diterapkan secara telus

kepada pelajar kerana elemen pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah

merupakan salah satu elemen dalam kemahiran insaniah yang perlu dikuasai oleh

pelajar dan sangat dilihat oleh majikan dalam sektor pekerjaan. Sehubungan dengan

itu, sektor swasta berperanan dalam menyokong penerapan kemahiran berfikir aras

tinggi di sekolah. Penerapan di peringkat awal adalah penting bagi menggalakkan

pelajar sentiasa berfikiran kritis ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh

itu, apabila pelajar berada di institusi pengajian tinggi, minda mereka telah biasa

diterapkan dengan aspek pemikiran kritis sehinggalah mereka memasuki alam

pekerjaan.

IMPLIKASI KBAT KEPADA PELAJAR SEKOLAH

1. Pengenalan Program i-Think

Program i-Think diperkenalkan pada tahun 2011 yang bertujuan untuk meningkatkan

dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan

pelajar berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Definisi i ialah inovasi. Manakala Think

bermaksud pemikiran. Jadi secara ringkasnya, i-Think bermaksud pemikiran secara

inovatif yang perlu dikuasai oleh semua pelajar. Objektif i-Think ialah untuk

melahirkan modal insan masa hadapan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan

inovatif serta memupuk kemahiran pemikiran aras tinggi dan mampu berdaya saing di

peringkat global.

Page 6: PENGLIBATAN  IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT

(Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013)

Malaysia menghadapi cabaran di mana sistem pendidikan Malaysia ialah

berasaskan peperiksaan kerana pelajar lebih banyak diberikan tugasan dan kerja

rumah sebagai latihan dan latih tubi bagi menghadapi peperiksaan. Jadi,

mengakibatkan pelajar kurang meneroka dan menggunakan minda secara kritis.

Sehubungan dengan itu, program i-Think yang diperkenalkan diharap dapat

membantu memupuk kemahiran berfikir, menyemai budaya pembelajaran sepanjang

hayat, mahir menyelesaikan masalah dan berupaya menghasilkan jalan penyelesaian

secara kreatif dalam kalangan pelajar Pada awal program ini diperkenalkan, 10 buah

sekolah rintis terlibat dalam melaksanakan i-Think selama 6 bulan iaitu terdiri

daripada 6 buah sekolah rendah dan 4 buah sekolah menengah. Namun sekitar tahun

2014, program i-Think telah diperluaskan ke 8,994 buah sekolah di seluruh negara dan

kajian program i-Think telah dilakukan terhadap 1,010 buah sekolah terpilih.

(Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013)

Page 7: PENGLIBATAN  IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT

Program i-Think menggunakan teknik alat berfikir iaitu lapan peta pemikiran

oleh guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, program i-Think

turut melibatkan teknik menyoal dan menaakul untuk meningkatkan kemahiran

berfikir aras tinggi seperti yang termaktub dalam Taksonomi Blooms. Ini bukan

sahaja meransang dan menggalakkan pelajar menguasai kemahiran berfikir secara

kritis dan kreatif malah juga belajar bekerja secara bersama dalam kumpulan.

Penggunaan alat-alat pemikiran dapat menerapkan pembelajaran sepanjang hayat

kepada pelajar sejajar dengan cabaran abad ke-21 bagi melahirkan modal insan kelas

pertama.

2. Ransang Pemikiran Aras Tinggi Pelajar

Kemahiran berfikir aras tinggi telah meransang pemikiran pelajar untuk berfikir

secara kritis dan kreatif. Menerusi KBAT, pelajar tidak lagi perlu menghafal untuk

menghadapi peperiksaan namun pelajar harus tahu mengaplikasikan pengetahuan

yang diperoleh untuk menjawab peperiksaan. Selain itu, KBAT yang diterapkan dapat

melatih kemahiran berfikir, penyelesaian masalah dan pembuat keputusan secara

spontan namun pelajar hendaklah sentiasa aktif dan melibatkan diri. Kaedah

pembelajaran aktif dapat dilaksanakan dalam pelbagai bentuk pembelajaran seperti

problem-based learning, project based learning, discovery learning, inquiry-based

learning, simulations, games, writing papers, debating’, dan kesemuanya perlu

berasaskan learning by doing di mana semua pelajar harus terlibat sama dalam proses

pengajaran dan pembelajaran agar dapat memupuk kemahiran berfikir aras tinggi

dalam kalangan pelajar (Musliha Salma, 2010).

Rujukan

Musliha Salma. 2010. Aplikasi kemahiran berfikir aras tinggi melalui pembelajaran

berasaskan masalah. Tesis Sarjana Pertama. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi

Malaysia

Dokumen Rancangan Malaysia Ke-11. 2012.

http://rmk11.epu.gov.my/book/bm/Rancangan-Malaysia-Kesebelas/Buku%20RMKe-

11.pdf (2 Mei 2016)

Page 8: PENGLIBATAN  IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT

Dokumen Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. 2013.

http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-BM.pdf (2 Mei

2016)

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2012. Buku panduan program i-Think. Putrajaya:

Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Program kemahiran berfikir aras tinggi – Konsep

KBAT.