Artikel-teknik Main Peranan

4
Nama : Mohd Taufiq B. Mohd Desa ( 910904 – 08 – 6605 ) Unit : BM / PJ / PSK (A) Tajuk Penulisan Artikel: Kekuatan dan Kelemahan Teknik Main Peranan Dalam Pengajaran Pendidikan Jasmani. Menurut Wee Eng Hoe (1995), teknik ialah cara yang lebih khusus atau spesifik yang digunakan untuk mengajar atau menguji sesuatu kemahiran atau aspek yang lain. Seperti kaedah, teknik juga dipraktikkan di dalam bilik darjah untuk tujuan tertentu dalam mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik dicipta untuk membantu guru menjayakan sesuatu kaedah pengajaran. Bagi subjek Pendidikan Jasmani di sekolah rendah, terdapat beberapa teknik pengajaran yang boleh diaplikasikan oleh para guru bagi mempelbagaikan cara pengajaran mereka di dalam kelas seperti teknik main peranan. Main Peranan merupakan satu situasi yang melibatkan murid-murid memegang sesuatu peranan sama ada sebagai dirinya sendiri atau individu lain dan kemudiannya bertindak atau beraksi sebagaimana yang dikehendaki oleh situasi yang ditentukan. Menurut Helen Ten Hong Beng (1992), teknik main peranan amat sesuai untuk diaplikasikan dalam subjek Pendidikan Jasmani selain daripada teknik demonstrasi dan latih tubi. Murid-murid boleh belajar dan diajar untuk berfikir dan bercakap secara spontan serta melakukan aksi yang sesuai dengan situasi yang telah ditetapkan oleh para guru.

Transcript of Artikel-teknik Main Peranan

Nama : Mohd Taufiq B. Mohd Desa ( 910904 – 08 – 6605 )

Unit : BM / PJ / PSK (A)

Tajuk Penulisan Artikel:

Kekuatan dan Kelemahan Teknik Main Peranan Dalam Pengajaran Pendidikan

Jasmani.

Menurut Wee Eng Hoe (1995), teknik ialah cara yang lebih khusus atau

spesifik yang digunakan untuk mengajar atau menguji sesuatu kemahiran atau

aspek yang lain. Seperti kaedah, teknik juga dipraktikkan di dalam bilik darjah untuk

tujuan tertentu dalam mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran.

Teknik dicipta untuk membantu guru menjayakan sesuatu kaedah pengajaran.

Bagi subjek Pendidikan Jasmani di sekolah rendah, terdapat beberapa teknik

pengajaran yang boleh diaplikasikan oleh para guru bagi mempelbagaikan cara

pengajaran mereka di dalam kelas seperti teknik main peranan.

Main Peranan merupakan satu situasi yang melibatkan murid-murid

memegang sesuatu peranan sama ada sebagai dirinya sendiri atau individu lain dan

kemudiannya bertindak atau beraksi sebagaimana yang dikehendaki oleh situasi

yang ditentukan. Menurut Helen Ten Hong Beng (1992), teknik main peranan amat

sesuai untuk diaplikasikan dalam subjek Pendidikan Jasmani selain daripada teknik

demonstrasi dan latih tubi. Murid-murid boleh belajar dan diajar untuk berfikir dan

bercakap secara spontan serta melakukan aksi yang sesuai dengan situasi yang

telah ditetapkan oleh para guru.

Jika peranan yang diberikan kepada mereka berbeza daripada

pengalamannya yang sebenar, maka murid hendaklah diberikan peluang untuk

menyediakan atau mendapatkan maklumat yang lengkap tentang peranan tersebut

sama ada melalui pembacaan atau membuat rujukan daripada sumber-sumber

tertentu. Di samping itu, guru juga boleh menyediakan maklumat tersebut mengikut

keperluan.

Teknik ini sebenarnya amat berkait rapat dengan prinsip pembelajaran yang

terkandung dalam pembelajaran konstruktivisme. Menurut Yusoff Ismail (1992),

teknik ini dilaksanakan dengan memberi perhatian kepada murid bagi memberikan

peluang untuk mereka berkongsi persepsi atau pendapat sesama mereka. Selain itu,

ia turut menggalakkan murid untuk menghormati pendapat atau idea daripada rakan

mereka. Malahan, teknik ini juga boleh digunakan dalam strategi pengajaran

berpusatkan murid dan ia sekali gus akan menggalakkan murid untuk belajar dan

bekerja secara berkumpulan.

Pun begitu, teknik main peranan juga turut mempunyai kelemahan yang perlu

diketahui oleh para guru. Misalnya, perasaan gelisah mungkin timbul di kalangan

murid yang tidak pernah ada pengalaman berlakon Hal ini akan menyebabkan

lakonan murid yang kurang baik dan pembelajaran menjadi tidak menarik. Ia

seterusnya akan menimbulkan perasaan bosan di kalangan penonton dan mereka

pula mungkin akan membuat bising atau mengejek kesilapan murid tersebut. Selain

itu, melalui teknik ini juga hanya murid yang terlibat dalam aktiviti sebegini sahaja

yang akan mendapat pengalaman secara langsung dan faedah-faedah daripada

penggunaan teknik ini.

Konklusinya, sebagai seorang guru yang cemerlang kita perlulah peka

dengan tahap dan keupayaan murid-murid. Keberkesanan pengajaran subjek

Pendidikan Jasmani adalah bergantung kepada keupayaan guru dalam

mempelbagaikan teknik pengajaran mereka dalam menarik perhatian dan minat

murid-murid untuk terus belajar bersama guru.

(326 patah

perkataan)

Senarai rujukan :

Amran Lee Abdullah. (2007). Siri Pendidikan Jasmani dan Sukan – Perancangan

Kerja Tahunan Pendidikan Jasmani dan Penyediaan Pengajaran Harian.

Petaling Jaya : Sutrapadu (M) Sdn. Bhd.

Amran Lee Abdullah. (2007). Siri Pendidikan Jasmani dan Sukan – Sukaneka /

Sukan Ragam dan Permainan Kecil. Petaling Jaya : Sutrapadu (M) Sdn. Bhd.

Helen Ten Hong Beng. (1992). Pengajaran Pendidikan Jasmani Awal Kanak-Kanak

– Belajar Melalui Pergerakan. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Teng Boon Tong. (2001). Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan. Petaling

Jaya : Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.

Wee Eng Hoe. (2009). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Edisi Kedua.

Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd.

Wee Eng Hoe. (1995). Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Edisi Kedua.

Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Yusoff Ismail. (1992). Strategi Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

KBSM. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

http://www.kssronline.com/p/teaching-aids-resources.html (1 Ogos 2012)

http://www.staripoh.com/muat_turun/Bahan%20PPK/hsp/hsp_pjasmani.html (1 Ogos 2012)