Asal Usul Masyarakat Kadazandusun

download Asal Usul Masyarakat Kadazandusun

of 14

Transcript of Asal Usul Masyarakat Kadazandusun

ASAL USUL MASYARAKAT KADAZANDUSUN

KADAZANDUSUN merupakan kumpulan etnik (bumiputera) yang terbesar di Negeri Sabah. Masyarakat ini merupakan golongan petani, tetapi dengan perkembangan sosio- ekonomi yang dicapai oleh negara Malaysia sekarang, masyarakat ini beransur-ansur beralih ke bidang perkhidmatan, perniagaan dan pertanian moden. Sebelum Sabah merdeka melalui Malaysia, masyarakat Kadazandusun dikenali sebagai Dusun, iaitu nama yang diberi oleh orang luar kepada mereka. Setelah mencapai kemerdekaan, mereka menggunakan nama "Kadazan" secara rasmi sebagai identiti mereka. Tetapi, oleh 'kerana masih terdapat etnik dari pedalaman yang berpendirian mendukung identiti "Dusun", istilah "Kadazan" dan "Dusun"dipersatukan menjadi "Kadazandusun" untuk memupuk dan menyatupadukan semangat "kesatuan" di kalangan mereka. STATSTIK DAN LOKASI, KADAZANDUSUN Banci pada tahun 1991 menunjukkan bahawa dari jumlah 1,8 juta orang penduduk Sabah, terdapat 372;089 orang Kadazandusun. Anggaran jumlah penduduk Kadazandusun pada tahun1994 bertambah menjadi 433,600 orang, yang mana ianya terbahagi dalam dua kumpulan etnik iaitu Kadazandusun dan Murut./Sebilangan besar dari mereka terdapat di daerah Penampang, Putatan, Kawang, Papar, Kimanis, Bongawan, Beaufort, Kuala penyu, Tuaran, Tamparuli, Kota Belud, Kota Marudu, Kudat. Pitas, Labuk Sugut, Paitan, Telupid, Ranau, Tambunan, Keningau, Tenom, Sook, Pensiangan dan Ulu Kinabatangan. ASAL KETURUNAN Menurut Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA) dan di dalam perlembagaannya, Kadazandusun merujuk kepada empat puluh etnik seperti berikut Bonggi,Lingkabau,Nabai, Tatana,Bundu, Liwan,Paitan,Tangara,Dumpas,Lobu,Pingas,Tidong, Gana, Lotud, Rumanau,Tindal,Garo,Lundayo, Rungus, Tobilung,Idaan, Makiang,Sinobu, Tolinting, Kadayan,Malapi, Sinorupu,Tombonuo, Kimaragang,Mangkaak,Sonsogon, Tuhawon,Kolobuan,Minokok,Sukang,Tutung, Kuijau, Murut, Sungai, Bisaya

Kesemua etnik ini mempercayai bahawa mereka berasal dari Nunuk Ragang,iaitu satu petempatan awal Kadazandusun yang terletak di Kawasan perkampungan Tompios dalam daerah Ranau.

LEGENDA NUNUK RAGANG Keterangan sebenar mengenai asal-usul dan latar belakang masyarakat Kadazandusun hampir lenyap akibat ketiadaan catatan yang lengkap mengenainya pada masa yang lalu Yang tinggal hanyalah cerita legenda dari teori-teori para ahli Sains Sosial. Terdapat sekurang-kurangnya empat teori mengenai asal-usul kaum Kadazandusun. Ini termasuklah teori yang mengatakan bahawa kaum Kadazandusun berasal dari keturunan "Mongoloid" (Ivor H.N. Evans: 1923 danT.R: Williams: 1965); teori yang mengatakan bahawa kaum Kadazandusun sebagai berketurunan. "Indo-Malayan" ;' (T.R. Williams:1965) teori yangmengatakan bahawa kaum Kadazandusun adalah kacukan kaum China (IvorH.N.

Evans: ,1923 dan Owen Rutter: .1922) dan teori yang mengatakan kaum Kadazandusun sebagi keturunan orang purba Gua Madal. Dari segi asal-usul, satu daripada sejarah lisan yang popular adalah legenda yang mengatakan bahawa kaum Kadazandusun berasal dari satu tempat yang dinamakan "Nunuk Ragang". Di tempat ini terdapat dua batang sungai iaitu Sungai Kegibangan (dari-arah kiri) dan Sungai Kawananan (dari arah kanan).yang telah bergabung menjadi, sungal yang lebih besar, yang dinamakan Sungai Liwogu (Dalam dan Tenang). Di kawasan tebing percantuman dua batang sungai itu telah ditumbuhi oleh sepohon pokok Kayu Ara (Nunuk) yang sesuai sebagai tempat berteduh. Penduduk di situ gemar bermandi manda di sungai itu sambil yang lain dengan ramainya, berjemur di atas dahan-dahan pokok Nunuk tersebut, sehingga pokok Nunuk itu kelihatan "angaragang" atau kemerah-merahan, jika dilihat dari jauh (merah, dikiaskan sebagai warna manusia yang ramai apabila cahaya matahari terpancar ke arah tubuh mereka menunjukkan betapa ramainya mereka. Atas sebab itu Nunuk itu dipanggil Nunuk Ragang). Di samping itu, pokok Nunuk Ragang tersebut dikatakan boleh mengeluarkan sejenis ubat yang boleh menyembuh berbagai jenis penyakit. Masyarkat Kadazandusun sehingga kini masih mempercayai bahawa pokok dan tempat Nunuk Ragang itu adalah "keramat" dan disegani. Untuk memelihara sejarah lisan kaum Kadazandusun" Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA), pada tahun 1969 telah meminta bantuan daripada kerajaan negeri Sabah untuk mendirikan sebuah Tugu Peringatan Nunuk Ragang yang telahpun siap dibina pada 23 September, 1995. Masyarakat Kadazandusun yang terawal dikatakan telah menetap di Nunuk Ragang dalam keadaan bebas, menikmati berbagai jenis bekalan makanan yang mencukupi hasil daripada usaha pertanian mereka sendiri. Apa sahaja keperluan lain juga mudah diperolehi daripada sumber alam semulajadi di sekeliling perkampungan Nunuk Ragang itu Legenda Nunuk Ragang turut memuatkan cerita berhubung dengan pengembara-pengembara China di kawasan Kinabatangan dan Labuk, di mana mereka dikatakan mempunyai beberapa siri pertemuan yang terawal dengan penduduk-penduduk Nunuk Ragang. Ini diikuti dengan perkahwinan di antara anak perempuan Ketua orang Kadazandusun dengan seorang pahlawan China yang kaya. Sejak itu, penduduk Nunuk Ragang telah bertambah dengan banyaknya sehingga menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan makanan dalam kawasan dan persekitaran dan perkampungan Nunuk Ragang. Tambahan pula penduduk.penduduk Nunuk Ragang sudah mula ingkar terhadap Tuhan Kepercayaan mereka, iaitu Kinoingan dan tidak lagi mengamalkan adat-istiadat yang diperturunkan kepada mereka sejak kaum Kadazandusun dicipta oleh Kinoingan. Ada yang menceritakan bahawa akibat dari keengkaran dan pelanggaran agama, Kinoingan telah menghukum penghuni Nunuk Ragang sehingglah mereka sedar, insaf dan bertaubat mengenai kesilapan mereka itu. Terdapat cerita di mana pada suatu hari, sedang mereka menanam padi huma(tidong) secara bergotong royong (mogitatabang), tiba-tiba mereka dengar suara manusia dari dalam tanah, lalu merekapun mengorek tanah itu. Mereka dapati satu lubang yang besar, penuh dengan manusia berbagai bangsa. Ketua manusia dari dalam tanah itu mengucapkan terima kasih atas pertolongan orang Nunuk Ragang kerana membebaskan mereka dari dunia di bawah bumi (Kolungkud). Ketua itu juga menerangkan hasrat mereka iaitu untuk mengambil alih semua kawasan perkampungan Nunuk Ragang serta persekitarannya. Hanya tujuh (7) bulan sahaja masa diberi kepada penduduk-penduduk Nunuk Ragang untuk berhijrah dan meninggalkan kawasan Nunuk Ragang, Selepas pemberitahuan orang-orang dan bawah bumi itu, keluarlah mereka beramai-ramai dan seterusnya menghilangkan diri.

Selepas kejadian itu, ketua masyarakat Nunuk Ragang mula diserang mimpi-mimpi ngeri. Pakar-pakar penterjemah mimpi semua berpendapat bahawa penduduk-penduduk Nunuk Ragang akan mengalami tujuh (7) jenis penderitaan sekiranya mereka terus berdegil dan tidak mahu meninggalkan Nunuk Ragang.Tidak lama kemudian, sungai Liwogu dikatakan telah menghakiskan tebingnya dan pokok Nunuk Ragang mula tertumbang. Pada masa yangsama penyaki cacar "rakit" yang dahsyat mula menyerang penduduk Nunuk Ragang. Ketua kaum Kadazandusun itu kemudiannya membahagi-bahagikan orang-orangnya dalam tujuh (7) kumpulan lalu mengarahkan ketua-ketua kumpulan supaya pergi mengembara untuk mencari kawasan penempatan baru. Ketua kaum Kadazandusun itu pada mulanya diterbangkan oleh ayam besar yang sakti, mula-mula ke Ranau kemudian ke Tambunan, Keningau, Kota Belud dan beberapa tempat yang lain. Setiap kali ayam sakti itu tiba di sesuatu tempat ia akan mengais-ngais serta meratakan kawasan itu sehingga menjadi satu dataran luas bagi menempatkan orang-orang Kadazandusun di kawasan itu. Semasa berhijrah. sungai-sungai tempatan telah dijadikan panduan kepada ketua-ketua pengembara dan rombongan masing-masing menyebabkan mereka terpisah-pisah sebagaimana ia diperlihatkan oleh pecahan kesukuan kaum Kadazandusun di seluruh Sabah pada masa kini. Setiap kumpulan telah membentuk dan membangunkan penempatan masing-masing sambil memperkukuhkan keunikan kemasyarakatan mereka sendiri.

Pada dasarnya bangsa Kadazandusun bertutur bahasa Kadazandusun yang disandarkan pada dialek Bunduliwan dan diperkayakan dengan dialek-dialek etnik yang lain. Meskipun bahasa Kadazandusun mempunyai berbagai dialek berdasarkan dialek Bunduliwan, mereka saling mengerti di antara satu dengan lain. Bahasa Kadazandusun boleh dibahagikan dalam empat kumpulan dialek seperti berikut; Dialek Kadazandusun Pantai Barat Dialek Kadazandusun Pantai Timur DialekKadazandusun Utara Dialek Kadazandusun Pedalaman

PengenalanWARISAN BUDAYA KAUM KADAZANDUSUN Halaman web "Warisan Budaya Kaum Kadazandusun" ini menonjolkan tentang keunikan dan keaslian budaya kaum Kadazandusun di negeri Sabah, Negeri Di bawah Bayu. Sesungguhnya, kaum Kadazandusun ini memiliki banyak budaya yang boleh diwarisi contohnya dari segi asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun, bahasa, pakaian tradisional, muzik berunsurkan tradisional, corak kehidupan masyarakatnya, tarian tradisional dan kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya Kadazandusun ialah Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan pada setiap tahun. Dalam aspek asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun menjelaskan tentang kelahiran kaum Kadazandusun dan lagenda kelahiran kaum ini

bermula dari "Nunuk Ragang" sehinggalah kepada perkembangan dan penyebaran sukukaum ini ke seluruh pelusuk negeri Sabah yang telah banyak mempengaruhi sosio budaya mereka mengikut tempat yang baru, contohnya dari aspek bahasa dan corak kehidupan mereka. Mengikut statistik, terdapat lebih kurang 40 etnik yang terdapat dalam suku kaum Kadazandusun. Dari aspek bahasa, perbezaan loghat, sebutan dan ejaan banyak dipengaruhi mengikut etnik tertentu. Contohnya, sebutan dan ejaan sukukaum Kadazandusun dari satu daerah dengan daerah lain di negeri sabah adalah berlainan tetapi masih membawa erti dan makna yang sama. Pakaian tradisi ini pula berbeza mengikut kawasan dan sosio budaya sukukaum Kadazandusun. Dalam aspek ini, tumpuan diberikan kepada corak pakaian dalam perayaan tertentu. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai pakaian tradisinya sendiri. Muzik tradisi yang ditonjolkan dalam kaum ini amat menarik dan unik. Alat-alat dan bunyi-bunyian tradisional ini banyak terdapat dalam suku kaum Kadazandusun dan ianya berpotensi untuk diwarisi oleh generasi muda kini. Antara lain alat-alat muzik tradisi yang popular ialah gong, sompoton, kulintangan, togunggu atau togunggak, bungkau, pumpuak, sundatang, suling, turali, tongkungon dan lain-lain lagi. Disebabkan masyarakat Kadazandusun ini memiliki pelbagai budaya yang unik mengikut etnik tertentu maka corak hidup mereka juga berbeza mengikut tempat tertentu. Kebanyakan corak kehidupan mereka ini dipengaruhi oleh adat resam penduduk setempat. Adat resam inilah yang mempengaruhi corak kehidupan masyarakat Kadazandusun sesuatu kawasan. Dalam setiap upacara rasmi ataupun perayaan tertentu, tarian tradisional suku kaum Kadazandusun sering menjadi daya tarikan dan kemeriahan majlis tersebut. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai tarian tradisinya sendiri. Corak tarian tradisional ini dipengaruhi oleh sosio budaya kawasan tertentu. Kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya sukukaum Kadazandusun dan kesenian serta keunikannya ialah menerusi Perayaan Pesta Kaamatan yang diraikan pada setiap 30 dan 31 Mei setiap tahun. Dalam perayaan ini,berbagai acara menarik dan juga budaya kaum Kadazandusun yang ditonjolkan dan dipamerkan. Antara lain acara yang biasanya menjadi tarikan dalam Perayaan Pesta Kaamatan ialah "Unduk Ngadau" Kaamatan yang mempamerkan pakaian tradisi mengikut etnik. Konklusi, masyarakat Kadazandusun memang memiliki warisan budaya yang sungguh unik, asli dan menarik. Justeru itu, melalui laman web ini sedikit sebanyak memberi penerangan dan penjelasan kepada para pembaca yang melayari laman web "Warisan Budaya Kaum Kadazandusun" supaya warisan budaya masyarakat Kadazandusun ini tetap dipelihara dan dikekalkan untuk tatapan dan penyelidikan generasi masa akan datang.

Menurut Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA), Kadazandusunmerujuk kepada empat puluh satu etnik seperti berikut;

Bisaya, Kuijau, Murut, Sungai, Bonggi, Lingkabau, Nabai, Tatana, Bundu, Liwan, Paitan, Tangara, Dumpas, Lobu, Pingas, Tidong, Gana, Lotud, Rumanau, Tindal, Garo, Lundayo, Rungus, Tobilung, Idaan, Makiang, Sinobu, Tolinting, Kadayan, Malapi, Sinorupu, Tombonuo, Kimaragang, Mangkaak, Sonsogon, Tuhawon, Kolobuan Minokok, Sukang, Tutung. Kita akui bahawa kesemua etnik di atas berasal dari Nunuk R agang, iaitu satu petempatan awal Kadazandusun yang terletak di "Tompios" dalam daerah Ranau pada hari ini.

LAGENDA NUNUK RAGANGCatatan yang lengkap mengenai Nunuk Ragang sudah lama hilang namun apa yang masih tinggal hanyalah teori-teori para ahli Sains Sosial dan cerita legenda.

TEORI SAINS SOSIAL Terdapat sekurang-kurangnya empat teori mengenai asal-usul kaum kadazandusun. Teori Pertama: Kaum Kadazandusun berasal dari keturunan "Mongoloid" (Ivor H.N. Evans:1923 dan T.R. Williams: 1965); Teori Kedua : Kaum Kadazandusun berketurunan "Indo-Malayan" (T.R. Williams: 1965). Teori Ketiga : Kaum Kadazandusun adalah kacukan kaum China (Ivor H.N. Evans:1923 dan Owen Rutter:19220 Teori Keempat : Kaum Kadazandusun adalah keturunan orang purba Gua Madai.

Sejarah lisan atau Cerita Legenda yang popular menunjukkan bahawaKadazandusun berasal dari tempat ini - "NUNUK RAGANG". Tempat ini terletak di sebuah kawasan di sekitar muara pertemuan dua batang sungai iaitu sungai Kogibangan (dari arah kiri) dan Sungai Kawananan (dari arah kanan) yang telah bercantuman menjadi sungai yang lebih besar, yang dinamakan Sungai Liwogu (Dalam dan Tenang). Kerana diliputi dengan "lembaga hidup yang kelihatan kemerahan-merahan" masing-masing dengan telatah dan perangainya. Di bawah pohon, di tebing sungai dan di atas sepanjang juntaian akar Nunuk - penuh dengan lembaga itu. Pantulan warna ke "kemerahan" semakin menyerlah apabila cahaya matahari terpancar ke arah tubuh lembaga-lembaga itu. Oleh yang demikian, Nunuk itu kelihatan seolah-olah "merah" lalu ia dipanggil Nunuk Ragang. (Aragang/Ragang(Bahasa Kadazandusun)=Merah.

Tanggapan bahawa Nunuk itu Merah atau Nunuk Ragang adalah kiasan bagi menggambarkan betapa ramainya manusia (lembaga merah) yang bersenda ria di sekitar kawasan Nunuk ini. Sebenarnya, manusia yang ramai dikiaskan sebagai "warna merah" apabila dilihat dari jarak jauh dan bukanlah pokok Nunuk itu yang berwarna merah. Sejak itu, nama NUNUK RAGANG ini menjadi "identity" rakyat Sabah yang mempercayai bahawa "asal-usul" mereka adalah dari kawasan ini. Tempat ini dikenali sebagai Pomogunan Nunuk Ragang, nama yang diambil bersempena dengan kewujudan pokok Nunuk, yang pada suatu ketika dahulu "merah" satu perlambangan menunjukkan betapa ramai manusia di tempat ini. Di kawasan muara percantuman dua batang sungai ini, terdapat sepohon pokok Kayu Ara (Nunuk). Saiz pokok Nunuk itu sangat besar dan sebahagian daripada akar serta dahan-dahannya condong ke arah sungai Liwogu. Dahan-dahan dan akar terjuntai ke sungai, sangat sesuai sebagai tempat rekreasi seperti memanjat, bergayut, berteduh dan sebagainya. Penduduk di sini sangat ramai, ketika cuaca baik dan cahaya matahari memancar di ufuk barat dari jam 1.00 petang hingga 4.00 petang, ketika itulah ramai penduduk (tidak kira tua, muda, gadis, pemuda dan anak-anak dsb..) turun bermandi-manda di sungai Liwogu, sementara yang lain memanjat, bergayutan serta ramai yang berjemur di atas dahan-dahan rending Nunuk tersebut. Suasana demikian berlaku hampir pada setiap hari dan pada masa yang hampir sama, kecuali cuaca tidak baik atau sungai Liwogu ini banjir. Maka apabila seseorang melihat pokok Nunuk dalam suasana seperti itu dari jarak jauh, sama ada dari puncak bukit mahupun dari sebarang sungai Liwogu, pemandangannya sangat menakjubkan. Pokok Nunuk kelihatan seolah-olah "aragang". KEHIDUPAN MASYARAKAT NUNUK RAGANG Masyarakat terawal Kadazandusun dikatakan telah menghuni tempat ini dalam keadaan bebas, menikmati berbagai-bagai jenis bekalan makanan yang mencukupi, baik makanan daripada hutan mahupun daripada sungai serta hasil daripada usaha pertanian. Keperluan hidup yang lain juga mudah diperolehi di sekeliling perkampungan Nunuk Ragang ini. Kehidupan mereka aman dan damai, bersatu padu, mogitabang-tabang, mogiuhupuhup, otoluod, obinsianan, orulan, ohinomod, aparu, onimot, obingupus, okupi, obintinong, obingkanggau, obintumbayaan, obinronok, obiniangasan, otuyu, obingopi, mamantang, otorini, opori, oining, obintudau, osuau, opohawang, obulun om onitinginawo. Hidup yang tenang dan tenteram itu telah membolehkan mereka berfikir sambil menerokai "teknologi baru" bagi menambah kecekapan, menamnbah dan memudahkan urusan serta meningkatkan kesejahteraan hidup seharian. Bidang bidang yang diterokai antara lain ialah peralatan pakaian (seperti sinombiaka, tokuluk (sirung, linumbagai, golong, sinandang, limpogot, dll), peralatan pertanian (seperti ragus, basung, dangol, gagamas, kakali, guyudan, kisaran, tosung, rilibu/raya dll).

Peralatan perikanan (seperti tundalo, siud, bangkala, tambong, bubu sawak dll), peralatan penternakan(lukug, gading dll ), peralatan memburu (sopuk, tuwil, gaba, sungul, balatik, paliw, tandus, ramok, rungkasip, tabpai, sodik, tungkakub, pimpig, tawos dll), peralatan muzik dan bunyi-bunyian (seperti tagung, sompoton, turali, bungkau, suling pumpuak, dll), peralatan dan produk-produk ekonomi(seperti Bohungon, Basung, kakanan, luping, sigup, sada toosin, bilis, tipun, paha, tusi dll).