ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres

37

description

 

Transcript of ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres

Page 1: ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres
Page 2: ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres
Page 3: ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres

DASS-21

Page 4: ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres

Dysphoria (hilang semangat, sedih, gloomy and blue)

Hopelessness (tiada harapan untuk masa depan)

Devaluation of life (melihat kehidupan tiada bermakna)

Self deprecation (kecenderungan menyalahkan diri sendiri)

Lack of interest / involvement (kurang minat bersosial)

Anhedonia (sukar untuk menikmati keseronokan dan kepuasan)

Inertia (lembab, kurang inisiatif)

Page 5: ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres

Kebangkitan autonomik – mulut menjadi kering, kesukaran bernafas, denyutan kadar jantung meningkat, tapak tangan berpeluh.

Otot skeletal menggeletar Hilang kawalan Panik

Page 6: ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres

Tidak bertenang Kebangkitan saraf – ketegangan pada

otot tubuh badan Mudah tersentuh hati, moody, tidak

sabar

Page 7: ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres
Page 8: ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres

Stres ialah kebangkitan minda dan tubuh badan sebagai tindak balas kepada kehendak-kehendak yang diperlukan ke atasnya.

Stres adalah tindak balas tubuh badan yang tidak spesifik terhadap kehendak-kehendak yang dikenakan ke atasnya. Tubuh badan dikatakan berada dalam keadaan stres apabila mengalami kebangkitan yang disebabkan perkara negatif seperti kemarahan, atau perkara positif seperti kegembiraan.

Page 9: ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres

Stres yang positif (Eustres)Eustres wujud apabila perubahan akibat

stres memberi kebaikan kepada individu.

Stres yang negatif (Distres)Distres pula wujud apabila perubahan

akibat stres membawa kepada keburukan seperti mengakibatkan kemurungan dan kebimbangan.

Page 10: ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres

Stresor ialah sumber stres atau peristiwa stres yang mencetuskan reaksi fizikal, fisiologi atau psikologi.

Jenis-jenis stresor ialah:Stresor normatif

Peristiwa stres yang sering berlaku dalam kehidupan seharian seperti menguruskan keluarga dan tugasan di tempat kerja.

Stresor non normatif Persitiwa stres yang jarang berlaku, tetapi

berlaku secara tiba-tiba seperti bencana alam, kematian, dan kemalangan.

Page 11: ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres

Stresor luaran Peristiwa stres yang berpunca dari persekitaran

luaran individu seperti tekanan ekonomi, gangguan dari masyarakat, persekitaran tempat tinggal yang tidak selesa.

Stresor dalaman Peristiwa stres yang berpunca dari dalaman diri

individu seperti sikap negatif, masalah hubungan keluarga dan suami isteri, dan penyakit yang dialami.

Page 12: ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres

Stresor akut Peristiwa stres yang berakhir dalam jangka masa

singkat seperti kematian ahli keluarga.

Stresor kronik Peristiwa stres yang berakhir dalam jangka masa

panjang seperti mengalami masalah penyakit yang kronik.

Page 13: ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres

Tindak balas stres ialah reaksi yang dihasilkan sama ada secara fisiologi, fizikal atau psikologi apabila berhadapan dengan stres.

Selye (1985) memperkenalkan General Adaptation Syndrom (GAS) bagi menerangkan bahawa individu yang mengalami stres yang lama akan melalui 3 fasa tindak balas stres iaitu Alarm Reaction, Stage of Resistance dan Exhaustion.

Page 14: ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres

Apabila ancaman stresor dikenalpasti, hipotalamus akan memberi signal kepada sistem saraf pusat, sistem saraf sympathetic, dan pituitari.

Sistem saraf sympathetic akan merangsang kelenjar adrenalin yang kemudiannya merembeskan corticosteroids bagi meningkatkan kadar metabolisme yang akan menghasilkan tenaga serta merta.

Kelenjar pituitari pula merembeskan hormon Adrenocorticotrophic (ACTH) yang akan merangsangkan kelenjar adrenalin untuk merembeskan hormon epinephrine dan norepinephrine.

Aktiviti ACTH ini berperanan dalam tindak balas fight-or-flight (lawan atau mengelak). Semasa fasa ini berlaku, otot menjadi tegang, degupan jantung laju, kadar pernafasan bertambah, anak mata mengembang, dan perut rasa menggeletar.

Page 15: ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres

Jika stresor berterusan, kandungan hormon yang tinggi akan menganggu homeostasis tubuh badan dan akan memudaratkan organ dalaman individu.

Tubuh badan akan terus mengeluarkan hormon yang meningkatkan kandungan gula dalam darah bagi menanggung tenaga, dan tekanan darah juga akan terus meningkatkan.

Jika proses ini berterusan tanpa ada peluang relaksasi atau proses penyeimbangan tindak balas stres, individu akan mengalami kelesuan, hilang tumpuan, dan gangguan emosi.

Kebanyakan penyakit yang yang disebabkan oleh stres wujud di peringkat resitance seperti sakit kepala, insomnia, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan sakit buah pinggang.

Page 16: ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres

Fasa ini berlaku jika fasa resitance berterusan.

Tubuh badan mula kehilangan tenaga dan daya imunisasi.

Faktor mental, fizikal dan emosi juga juga mengalami kelesuan yang menyeluruh.

Tubuh badan mula mengalami kelesuan adrenal - berlaku penurunan kadar gula dalam darah apabila adrenalin mula berkurangan

Menyebabkan tindak balas stres, aktiviti mental dan fizikal stres menurun, dan individu menjadi lemah, sakit dan pitam.

Page 17: ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres
Page 18: ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres

Tanda-tanda fizikal, psikologi, emosi dan kognitif yang menunjukkan bahawa seseorang individu sedang mengalami stres.

Simptom Kognitif – masalah memori, sukar untuk memberi tumpuan, lemah dalam membuat pertimbangan akal, berfikiran negatif, pemikiran yang penuh kebimbangan dan terburu-buru, kekhuatiran yang berpanjangan.

Page 19: ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres

Simptom Emosi:gangguan emosi, mudah naik angin, mudah marah, rasa sedih berpanjangan, rasa keseorangan, rasa terkurung, murung, sukar untuk rasa gembira.

Page 20: ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres

Simptom Fizikal dan Fisiologi – rasa kesakitan pada tubuh badan, sengal-sengal badan, cirit birit atau sembelit, loya, pening, sakit dada, kadar denyutan jantung meningkat, hilang selera seksual rasa sejuk.

Page 21: ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres

Simptom Tingkah Laku: terlalu banyak makan atau kurang makan, terlalu banyak tidur atau kurang tidur, menyendiri, bermalas-malasan, menghisap rokok, mengambil minuman beralkohol, mengambil dadah, menunjukkan tingkah laku habitual seperti

menggigit jari, menggoyangkan kaki dan berjalan mundar-

mandir.

Page 22: ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres

Kesan yang terhasil sama ada dari segi fizikal, psikologi, emosi dan kognitif selepas seseorang individu mengalami stres. Jika simptom stres berpanjangan dan individu tidak melakukan apa-apa untuk mengurus stres dengan baik maka akan memberi kesan kepada kesihatan dan kesejahteraan hidupnya. Pelbagai jenis kesakitan Penyakit kardiovaskular Masalah penghadaman Penyakit insomnia Kemurungan Obesiti Penyakit kulit seperti eczema

Page 23: ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres

Rujuk Modul

Page 24: ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres

STRATEGI DAN AKTIVITI PENGURUSAN STRES

Page 25: ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres

Katakan “TIDAK” terhadap sumber stres yang tidak mampu anda tangani. Kenali kemampuan diri anda terlebih dahulu sebelum anda menerima sebarang tugasan atau situasi.

Elak daripada berhadapan dengan sumber stres. Sebagai contoh, mengelak daripada individu lain yang boleh mendatangkan masalah kepada anda.

Kawal persekitaran anda. Sebagai contoh, jika anda tahu bahawa di luar sana berlaku situasi yang mencemaskan, maka tutuplah tv dan jangan mendengar sebarang berita mengenainya.

Elak dari bercakap isu hangat yang boleh mendatangkan rasa sensitif.

Analisis jadual, rutin, tanggungjawab dan tugas harian anda. Jika terlalu banyak tugas yang perlu dilaksanakan, maka bezakanlah antara tugas yang penting dengan tugas yang segera. Buatlah senarai tugas anda.

Page 26: ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres

Jika tidak dapat mengelak dari stresor, maka anda masih berupaya untuk mengubahsuai situasi stresor. Kenalpasti stresor dan fikirkan apa yang anda boleh lakukan untuk mengubah stresor tersebut.

Luahkan perasaan anda dan jangan simpan dalam hati.

Bersedia untuk berkompromi. Lebih bersifat asertif - selesaikan masalah

anda, jangan biarkan ia terus menghantui diri anda.

Urus masa dengan baik

Page 27: ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres

Jika anda tidak boleh mengubahsuai stresor, anda harus mengubah diri anda.

Anda harus berusaha menyesuaikan diri dengan situasi stresor dengan cara mengubah sikap dan penilaian anda terhadap stresor tersebut.

Reframing Challenging Negative Thinking Percakapan Kendiri Positif Keeping perspective. Kaedah imageri/visualisasi

Page 28: ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres

Sesetengah stresor tidak boleh dielak dan diubahsuai seperti kematian seseorang yang disayangi, atau kemalangan jalan raya.

Dalam kes ini, menerima dengan rela hati segala apa yang telah berlaku adalah satu kaedah yang terbaik.

Selain itu, menerima stres sebagai sesuatu yang positif juga sangat digalakkan.

Anggap sahaja stres umpama warna-warni kehidupan. Tanpa stres sudah tentu kehidupan akan membosankan dan tidak ceria.

Proses penerimaan ini pada awalnya mungkin amat menyakitkan, tetapi untuk jangka masa yang panjang ia lebih bermanfaat kepada anda berbanding jika anda berterusan berjuang untuk mengelak daripada stres tersebut.

Page 29: ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres

Jangan cuba mengawal perkara yang tidak boleh dikawal.

Lihat kepada hikmah di sebalik sesuatu kejadian.

Berkongsilah perasaan anda dengan orang lain.

Belajar untuk memaafkan dan menerima kelemahan orang lain.

Page 30: ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres
Page 31: ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres
Page 32: ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres
Page 33: ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres
Page 34: ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres
Page 35: ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres
Page 36: ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres
Page 37: ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres

Latihan Pernafasan Mendalam Relaksasi Ringkas Percakapan Kendiri Preskripsi Stres