Asgment Ped

download Asgment Ped

of 9

description

ped

Transcript of Asgment Ped

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS DARULAMAN06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN

KURSUS DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (KDPM)SABK PERINGKAT 3

ILMU PENDIDIKAN

PEDAGOGI

NAMAMASHITAH BINTI SHAARI

NO. KAD PENGENALAN870324 02 - 5722

KUMPULAN/UNITKDPM-SABK PERINGKAT 3 (AMBILAN NOVEMBER 2013)

TARIKH TERIMA TUGASANJUN 2015TARIKH SERAH TUGASAN08 NOV 2015

NAMA PENSYARAHEN MUHAMMAD FARIDUDDIN BIN WAJDI ANTHONY

JABATANJABATAN ILMU PENDIDIKAN

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Biodata DiriiSetitis TintaiiSoalan Tugasan iiiSoalan 1 1 Soalan 2 2 3 Rujukan iv

BIODATA

NAMA PENUH: MASHITAH BINTI SHAARINO. I/C: 870324 02 5722TARIH LAHIR: 24 MAC 1987TEMPAT LAHIR: HOSPITAL DAERAH KULIMPENDIDIKAN : DIPLOMA AKAUNTANSI ( POLIMAS ) SPM ( SEK. MEN TEKNIK JLN STADIUM ALOR STAR.STATUS: BERKAHWINNAMA SUAMI: MOHD REDHUWAN BIN MUSTAPABIL . ANAK: 1 ORANGNAMA ANAK: IMANI SAFFIYA BINTI MOHD REDHUWANALAMAT: NO 27 KG ULU MAHANG, 09500 KARANGAN KULIM, KEDAH DARUL AMANNO. TEL: 013 5045712E-MAIL: [email protected]

Setitis Tinta

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya, telah memberi kekuatan dan hidayah kepada hambanya ini dalam menyiapkan tugasan untuk pada kali ini. Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga saya yang begitu memahami serta memberi galakan sepenuhnya kepada saya dalam meneruskan tuntutan terhadap tugasan dan pembelajaran saya di IPDA ini. Tidak lupa juga kepada semua rakan-rakan yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam membantu saya menyelesaikan tugasan.

Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang di hormati, EN MUHAMMAD FARIDUDDIN BIN WAJDI ANTHONY kerana telah memberi panduan dan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan dalam menghasilkan tugasan yang dikehendaki. Tanpa penerangan beliau, tidak mungkin saya dapat menghasilkan tugasan ini. Akhir sekali, yang baik datangnya dari Allah dan segala kelemahan adalah dari diri saya sendiri. Sekian terima kasih.

SOALAN 1 Projek adalah suatu kaedah di mana murid menjalankan suatu eksperiment atau kegiatan di dalam situasi yang sebenar dan bertujuan untuk mendapatkan sesuatu hasil.a) senaraikan dengan ringkas tujuan kaedah projekb) Huraikan 5 kebaikan kebaikan kaedah projek

SOALAN 2Perancangan pengajaran perlu dilakukan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) dapat berjalan lancar tanpa gangguan dan guru perlu merancang dalam pengajaran dengan baik. Hasil kajian mendapati punca kegawatan tingkah laku pelajar, prestasi rendah pelajar di sekolah sekolah adalah berpunca daripada pengajaran tidak dirancangan dengan baik dalam bilik darjah.a) nyatakan kepentingan kepentingan Rancangan Pengajaran Harian kepada seorang guru.

SOALAN 1 Tujuan projek adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu bidang atau domain interdisiplinari. Dari segi keberkesanan kerja secara berpasukan, telah banyak kajian menunjukkan strategi pembelajaran koperatif dan kolaboratif adalah lebih baik daripada pembelajaran secara individu (Johnson dan Johnson, 1999). Kaedah projek adalah berlandaskan teori bahawa pelajar akan lebih mudah memahami isi pelajaran dengan cara mengalami dan membuat sendiri. Dengan menjalankan kerja-kerja projek ini, pelajar akan memperoleh pengalaman yang lebih luas di samping mengembangkan potensi diri mereka secara global dan menyeluruh, selain mengukuhkan kemahiran-kemahiran yang baru dikuasai.Secara am, tujuan menentukan strategi ini adalah untuk membolehkan murid-murid melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran mereka serta menguasai kemahiran dengan berkesan.Menurut Norasmah Othman & Shuki Osman (2009), Kaedah projek merupakan kaedah yang telah diubahsuai daripada kaedah menyelesaikan masalah. Melalui kaedah ini pelajar akan berpeluang merasai sendiri pengalaman pembelajaran dengan melakukan sendiri aktiviti-aktiviti pembelajaran. Kaedah ini berkait rapat dengan kaedah lain seperti kaedah permainan, kerja praktikal, penyelesaian masalah dan luar kelas. Antara lain tujuan kaedah ini adalah untuk meningkatkan penglibatan pelajar dengan idea-idea konseptual dan mengembangkan kemahiran-kemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui kaedah-kaedah pengajaran yang lain.Selain itu, kelebihan yang diperoleh melalui perlaksanaan projek dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif dalam kalangan pelajar yang pelbagai terutama dalam kumpulan pelajar. Murid-murid juga, dapat belajar mengumpul maklumat dan menganalisis. Kebanyakan projek memerlukan sumber yang memberi peluang kepada pelajar untuk mencari sendiri maklumat yang diperlukan. Pelajar-pelajar boleh menggunakan pelbagai jenis sumber seperti pusat sumber, media massa, internet, dan Kamus Peribahasa.Kemahiran membentangkan tugasan juga dapat diperoleh oleh para pelajar. Kebiasaannya guru akan meminta setiap pelajar membentangkan hasil tugasan yang mereka lakukan untuk sesebuah projek. Ini akan dapat meningkatkan lagi kemahiran dan keyakinan para pelajar ketika berhadapan dengan rakan-rakan lain.Seterusnya, strategi ini mempunyai beberapa kelebihan lain, antaranya ialah minat pembelajaran dan daya kreatif murid dapat dipupuk, serta mampu mengembangkan kemahiran psikomotor dan daya kreatif murid-murid. Tambahan pula, melalui projek ini, ia dapat memberi peluang kepada murid mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah.

SOALAN 2Rancangan pengajaran harian ( RPH ) merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan guru di dalam bilik darjah atau makmal, dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan. Tujuan utama guru menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk menjamin murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan, di samping meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar. Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya dengan berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran serta latar belakang murid.Antara kepentingannya kepada guru adalah untuk merancang pengajaran guru dan pembelajaran murid dengan teliti agar menepati sukatan atau standard pengajaran yang ditetapkan. Ini adalah bertujuan untuk memastikan setiap guru mengajar mengikut sukatan ynag telah ditetapkan oleh KPM. Menggunakan masa pengajaran secara optimum juga merupakan salah satu kepentingan penyediaan rancangan pengajaran harian. Sekiranya guru tidak menyediakan rancangan harian dengan teliti masalah pengendalian masa mungkin akan terjejas dan tidak dapat mencapai objektif dalam P&P.Selain itu, tujuan rancangan pengajaran harian ini dilakukan adalah sebagai penyediakan satu siri aktiviti untuk membantu murid mencapai hasil pembelajaran , meningkatkan kemahiran yang dikehendakki, menerap nilai-nilai murni dan proses penilaian yang terancang. Jelas ini adalah untuk memberikan seseorang guru lebih bersedia dan dapat mencapai objektif P&P dengan lancar dan sistematik. Persediaan mengajar juga dapat membantu guru mengingati isi pelajaran yang hendak disampaikan tanpa sebarang keraguan juga merupakan kepentingan dalam penyediaan racangan pengjaran harian. Malahan ia juga meningkatkan keyakinan diri guru semasa proses pengajaran berlangsung. Rancangan [engajaran harian ini juga membantu guru dalam penyedia bahan bantu mengajar (BBM) dan strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang perlu untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran dengan lebih berkesan. Akhir sekali kepentingan rancangan pengajaran ini adalahmemudahkan guru pengganti mengambil alih tugas pengajaran dengan mudah dan berkesan.RUJUKAN

Shahabuddin Hashim, Dr Rohizani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad (2003), Pedagogi Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. PTS Publication.Mok Soon Sang (2008), Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor : Penerbitan Multimediahttp://www.slideshare.net/aflah/pembelajaran-berasaskan-projek-1699550http://whatta.ipgmksm.edu.my/pdf/PROJEK.pdf