Asgnment Bm

download Asgnment Bm

of 24

  • date post

    21-Nov-2015
  • Category

    Documents

  • view

    224
  • download

    2

Embed Size (px)

Transcript of Asgnment Bm

BIODATA

Nama : Wan Nadia Binti Wan Talib

No Kad Pengenalan : 880821-11-5090

Alamat : No 11 A, Jln suasana, 2 / 8B, Bandar Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor.

No. Telefon : 019-9472010

Major : Pengajian Sosial

Ambilan : Januari 2009

Unit : PISMP 9

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan yang telah saya ringkaskan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan:..Nama Penulis: Wan Nadia Binti Wan TalibTarikh: 4 April 2010

PENGHARGAAN

Alhamdulillah dengan limpah dan kurniaNya Kerja Kursus ini dapat disiapkan pada tarikh yang telah ditetapkan. Sebenarnya, bayak pihak yang telah banyak berbakti kepada saya dalam menyiapkan Kerja Kursus Pendek ini.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Rafiah binti Daud. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar dan pendapat-pendapat yang amat berguna sepanjang menyiapkan tugasan ini. Tanpa panduan dan tunjuk ajar daripada beliau, sudah tentu saya akan mengalami pelbagai kesukaran sebelum dapat melengkapkan tugasan ini.

Selain itu, ibu bapa saya juga telah banyak memberikan dorongan serta bantuan keuwangan di dalam menyiapkan projek ini. Pada mulanya saya berasa sungguh malas untuk menyiapkan projek ini, namun atas dorongan dan bantuan yang telah mereka berikan, saya akhirnya dapat menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali, ribuan terima kasih ingin saya ucapkan kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu saya. Semasa melakukan tugasan ini, rakan-rakan sepermainan yang telah banyak membantu saya iaitu mencadangkan bahan-bahan yang sesuai dan bermutu untuk dijadikan sebagai rujukan.

Oleh itu, saya sekali lagi mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu saya dalam menjayakan Kerja Kursus ini.1.0 PENGENALAN

Pada tahun 1982 Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), iaitu saru kurikulum yang mementingkan kemahiran menulis, membaca dan mengira. KBSR telah dilaksanakan di semua jenis sekolah rendah sejak tahun satu pada tahun 1982 yang lalu. KBSR dirancang dalam tiga bidang asas iaitu bidang komunnikasi, bidang manusia dengan alam sekitar dan bidang perkembangan individu. Mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik dimasukkan ke dalam komunikasi kerana kebudayaan manusia pada abad ini berinteraksi dengan konsep dan kemahiran manipulatif.Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia KBSR mengandungi dua tahap iaitu tahap pertama tahun 1-3 dan tahap kedua tahun 4-6. Pada tahap pertama murid-murid dipimpin dalam kemahiran bertutur, mendengar kemudian diikuti dengan kemahiran membaca, menulis dan mengira. Murid-murid pada tahap ini akan menyerap unsur-unsur alam dan manusia di dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Sebaliknya, pada tahap dua, Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia meluaskan pengetahuan dan kemahiran murid-murid melalui perbincangan, pembacaan dan penulisan yang membantu mereka supaya boleh berkomunikasi dengan jelas. Kemahiran komunikasi ini amat ditekankan di dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia ialah satu sukatan pelajaran yang digubal oleh Pusat Perkembangan Kurikulum pada tahun 1979 dan seterusnya sukatan pelajaran ini telah dipraktikkan di sekolah-sekolah, iaitu bahasa pengantarnya bahasa Melayu, Tamil dan Cina. Seterusnya sukatan pelajaran itu diserapkan ke dalam KBSR dan dipraktikkan ke dalam 300 buah sekolah di seluruh negara. Akhirnya Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia KBSR telah dilaksanakan pada tahun 1982 bermula dari darjah satu. Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia menjadi panduan utama kepada guru-guru bahasa Malaysia. Skema kerja, rancangan kerja tahunan, penggal, bulanan, mingguan dan harian pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia diterjemahkan dan diperincikan oleh guru-guru berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia itu. Sukatan pelajaran ini dapat menentukan kandungan, item, kaedah, strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia. Pelaksanaannya amat penting untuk membantu para guru supaya pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia itu disampaikan secara berkesan.Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia mengandungi item yang bukan sahaja dapat dipraktikkan di bilik darjah tetapi bahkan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian sama ada untuk kepentingan dirinya secara individu ataupun untuk bermasyarakat. Eleman ini adalah amat penting kepada murid-murid kerana ia merupakan salah satu persediaan untuk murid-murid berhadapan dengan kehidupan sebenar dalam komuniti yang besar. Pada masa yang sama juga, kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia bukan sahaja mengandungi item yang dapat memperkembangkan penguasaan bahasa Malaysia untuk berkomunikasi tetapi dapat juga menjadi dasar kepada pengluasan ilmu pengetahuan murid-murid. Subjek ini dapat menambahkan pengetahuan murid-murid berkenaan dengan pengetahuan asas kehidupan dan isu semasa.Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia mengandungi program yang merangkumi semua aspek kemahiran bahasa Malaysia secara lisan, bertulis, aspek tatabahasa, bacaan dan kefahaman serta yang berkaitan dengannya. Program-program disusun secara sistematik berdasarkan kepada teori pendidikan, iaitu daripada yang mudah kepada yang sukar dan daripada yang konkrit kepada yang abstrak. Sifat yang ketara dalam program kemahiran bahasa KBSR ialah penggabingjalinan kemahiran bahasa dalam satu waktu pengajaran dan pembelajaran. Penggabungjalinan ini merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa yang telah dicuba oleh Pusat Perkembangan Kurikulum di sekolah-sekolah percubaan dalam dekad 70-an.Pendekatan gabungjalinn ini berjaya menerapkan kemahiran asas dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah-sekolah. Pendekatan gabungjalin memang dititikberatkan dalam semua tahap dan tahun dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa terutama sekali dalam tahap satu. Dalam tahap satu aspek komunikasi adalah dititikberatkan. Murid-murid didedahkan dengan item yang mengandungi kemahiran bahasa yang dapat mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan murid-murid. Penggabungjalinan kemahiran bahasa itu lebih berkesan jika dilaksanakan melalui penggabungjalinan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa.Kemahiran bahasa yang utama perlu digabungjalinkan dengan beberapa aktiviti bahasa di dalam satu waktu pelajaran bahasa. Oleh itu, dalam satu waktu pelajaran bahasa itu mestilah mengandungi aktiviti-aktiviti lisan, bacaan, tulisan, bahasa ataupun dua atau tiga aktiviti kemahiran bahasa yang dapat menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa itu. Selain aspek penggabungjalinan, terdapat juga beberapa aspek yang memerlukan penyerapan daripada mata pelajaran lain. Mata pelajaran lain adalah berfungsi sebagai membantu, menambah dan meluaskan program bahasa itu supaya berkembang dalam skop yang lebih luas. Begitu juga dalam tahap dua, program bahasa dalam sukatan pelajaran lebih luas lagi sesuai dengan usia, pencapaian dan kebolehan murid-murid di sekolah rendah. Program bahasa adalah berhubung rapat dengan mata pelajaran yang bercorak alam dan manusia serta perkembangan individu. Perhubungan semua bidang itu bukan sahaja berkait tetapi adalah saling memerlukan supaya perkembangan semua bidang itu bergerak selari dengan dasar pelajaran kebangsaan.Rasional Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia KBSR mengandungi beberapa aspek iaitu peranan bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan, penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu perpaduan, penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu pengetahuan, supaya murid-murid boleh menggunakan bahasa sejajar dengan umur mereka, kemahiran yang ditekankan ialah mendengar, bertutur, membaca, dan menulis iaitu mekanis dan penaakula serta matlamat sukatan pelajaran bagi tahap satu, iaitu murid-murid dipimpin supaya mereka boleh mendengar, menyebut, mengenal dan membentuk lambang huruf dan perkataan serta menggunakannya dalam penulisan.Organisasi Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia KBSR mengandungi dua aspek penting iaitu senarai kemahiran dan tatabahasa. Senarai kemahiran ini mengandungi kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kefahaman serta kemahiran penulisan. Aspek tatabahasa pula mengandungi dua bahagian penting iaitu morfologi dan sintaksis. Kemahiran ini merangkumi jangka masa enam tahun pengajian ataupun dua tahap pengajian di sekolah rendah.Kemahiran lisan adalah berkaitan dengan kemahiran mendengar dan menyebut atau mengajuk bunyi dan suara. Terdapat beberapa aktiviti yang melibatkan kemahiran lisan seperti pengucapan, soal jawab, bercerita, berita dan laporan, kemahiran memberi ucapan, kemahiran bersyarah, lakonan dan puisi serta perbincangan dan perbahasan. Kemahiran lisan ini merupakan kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh murid tahap satu dan tahap dua.Kemahiran bacaan pula terbahagi kepada dua iaitu prabacaan dan bacaan mekanis. Prabacaan mengandungi kemahiran-kemahiran yang akan dapat menyediakan asas bacaan dalam kalangan murid-murid. Antara kemahiran yang diterapkan ialah membezakan bentuk, huruf, angka, gambar dan lain-lain lagi. Bacaan mekanis pula mengandungi kemahiran-kemahiran mengnal, membaca dan membunyikan huruf dan urutan huruf yang akan membentuk perkataan. Perkataan dalam bahasa Malaysia dipengaruhi oleh bunyi vokal dalam suku kata perkataan bahasa Malaysia. Kemahiran mengenal huruf dalam suku kata dan perkataan berkembang kepada pembacaan ayat, dialog dan puisi. Bacaan mekanis biasanya dibaca dengan bersuara supaya jelas sebutan bunyi perkataan, nada frasa dan suku kata ayat yang dibaca itu.Selain itu, bacaan dan kefahaman. Bacaan dan kefahaman juga dikenali juga sebagai bacaan penaakulan. Bac