Asigment Individu Seni

11
Asigment Individu SENI DALAM PENDIDIKAN 1.0 Pengenalan Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak, lukisan, muzik dan lain-lain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Dipandang daripada sudut agama, Imam Muslim melalui penulisan kitabnya, Kitab Al- Iman, menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui. Dalam erti kata lain, Muslim menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk ilmu ( pengetahuan ) di mana seseorang yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut akan mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni, ataupun setidak-tidaknya akan menghargai keindahan objek serta karya tersebut, sekiranya tidak mampu menghasilkan karya seni. Ini

description

seni

Transcript of Asigment Individu Seni

Page 1: Asigment Individu Seni

Asigment Individu

SENI DALAM PENDIDIKAN

1.0  Pengenalan

 Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak,

lukisan, muzik dan lain-lain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu

yang indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk

seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting.

Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula

adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini

saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai

estetika yang tinggi.

Dipandang daripada sudut agama, Imam Muslim melalui penulisan kitabnya, Kitab

Al- Iman, menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai

pertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek

yang ditemui. Dalam erti kata lain, Muslim menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk ilmu

( pengetahuan ) di mana seseorang yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni

tersebut akan mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya

terhadap sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni, ataupun setidak-

tidaknya akan menghargai keindahan objek serta karya tersebut, sekiranya tidak mampu

menghasilkan karya seni. Ini adalah kerana seni itu sendiri mempunyai pertalian erat di

antara penggiat dan khalayak seni itu sendiri.

Menurut Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) pula seni adalah penghasilan

rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is

Expression ). Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang

terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan,

kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini.

2.0 Aplikasi seni dalam pendidikan

Page 2: Asigment Individu Seni

Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni itu indah dan

halus. Seni bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam beberapa bidang

seperti seni suara, seni tari dan seni lakon. Kesemua seni yang dinyatakan tadi merupakan

seni yang memerlukan pergerakan, suara, dan ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang

indah dari dalam diri kita. Seni juga diaplikasikan dalam pengajaran. Pengajaran

memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif.

Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai dalam jangka

masa yang panjang dan memberi impak yang positif untuk seseorang individu.

“Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia

yang diolah secara halus dan sederhana”. (Pahlawi Web Al. Mei 2007). Kenyataan tadi

mendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran logik manusia

yang diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh ilmu,

moral, dan ketakwaan manusia terhadap sang pencipta. Seni juga merupakan satu disiplin

ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak dan tabiat

seseorang muslimseperti jujur, rajin , taqwa serta sabar. Apabila dasar pembelajaran seni

ini diterapkan, pembelajaran menjadi lebih lengkap dari pelbagai aspek.

Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan

tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga

seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan

melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada

interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Warna merupakan elemen yang

penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak bermakna.

Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna juga turut

digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual.

Warna memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah kebudayaan,

emosi. dan maksud dalam karya seni visual.

Page 3: Asigment Individu Seni

Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat

dinyatakan sebagai rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh

dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan

mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam

kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai irama. Sebagai contoh

bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan sebagainya. Semua

ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya

berlaku setiap masa.. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan

corak yang berulang dan susunan sekata yang mewujudkan pergerakan.

Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama

sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan,

menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-

kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik,

sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat

bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung

menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih seronok dan

bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti

melompat sambil mengikut irama muzik.

Irama yang diaplikasikan dalam pengajaran akan menjadikan pelajar banyak

melakukan pergerakan dan secara tidak langsung, elemen yang ketiga dipenuhi. Elemen-

elemen seni dalam pengajaran ini menjadi satu hubung kait yang kukuh dalam

menjadikan pengajaran lebih efektif dan kreatif. Kanak-kanak akan menjadi lebih

terdorong untuk memahami sesuatu perkara secara seronok. Kesimpulannya, guru perlu

mengambil langkah dalam memanipulasikan elemen seni dalam pengajaran supaya

pengajaran mereka akan menjadi lebih berkesan.

Menurut Kenneth M.Lansing ( 1973 ) dalam bukunya Art, Artist dan Art

Education menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi

Page 4: Asigment Individu Seni

sebagai satu cabang komunikasi. Kebolehan guru dalam menyampaikan pengajaran dan

menggunakan kaedah yang betul akan dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru

perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran

Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan

menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu

dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam

Pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam

sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh,bergerak dan berfikir dalam setiap

aktviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia

mengajar murid untuk menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi

dengan lebih efektif dan proaktif.

3.0 Kepentingan seni dalam pendidikan kepada pendidik

Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh

danseimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari

denganFalsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk

menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk

mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran pelbagai bidang matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini, ianya akan

dapat mendorong kanak-kanak menggunakan  imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan

pelbagai. Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi guru

dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-

teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di sekolah rendah. Di antara faedah

dan kepentingan seni kepada seorang pendidik seperti:

1) Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonalti yang berketrampilan dan

professional.

Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis

menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan memotivasikan kita

untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka,berpesonaliti yang seimbang,

Page 5: Asigment Individu Seni

berketrampilan dan professional. Guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik

perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan.

Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu

murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-

kanak menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid

dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid tersebut.

2) Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan pembelajaran.

Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni visual,

muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua benda dalam alam

ini. Dengan demikian, seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan

perpindahan pembelajaran.

3) Guru senang mencapai objektif atau  matlamat.

Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu

dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. QuadrantConcept (1991) oleh

Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan,menyatakan bahawa seni

membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutama untuk guru agar

mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

Justeru itu, dengan pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru senang mencapai

objektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.

4) Guru dapat mempelbagaikan  teknik dan strategi dalam pangajaran dan pembelajaran.

Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat

tujuh jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan kecergasan

linguistik dan matematik sahaja.Kecergasan lain mungkin akan hilang.Teori ini

menyokong seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum, ini kerana manusia

memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui perbagai teknik

pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta

kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan

lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni menyarankan strategi

Page 6: Asigment Individu Seni

pembelajaran yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti pemupukan

nilai dan pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni. Cara

bekerja yang teratur, cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa ditegaskan

3.0 Faedah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan  ialah:-

1) Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran

belajar.

Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat membantu

membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini.

Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan

kita. Contohnya, dari segi warna yang kita suka dan warna baju yang kita pakai. Warna

yang lembut, terang ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita

terhadap sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita menggunakan pilihan warna yang

lembut, ianya dapat member ikeyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda

untuk mendapatkan kemahiran yang kita pelajari.

2) Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi.

Pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu kita mengembangkan

lagi tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori dalam pembelajaran dapat

membantu kita memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya,

warna boleh menggambarkan peribadi dan tingkah laku seseorang individu.Justeru itu,

kemahiran meramal tingkah laku akan dapat dikenalpasti.

3) Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.

Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran. Ini menjurus kepada

keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif.Seni banyak dihubungkaitkan

dengan personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni mampu mempengaruhi

kita dalam membina sikap, keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian

masyarakat masa kini. Seni dapat memupuk displin diri,mengukuhkan ‘esteem’ kendiri

dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Page 7: Asigment Individu Seni

dengan lebih berkesan dan berterusan dan menyeluruh. Inilah yang dikatakan seni yang

dapat menggalakan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.

4) Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan.

Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiri

dan otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif dan

menyeronokkan. Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja

dan mengekspresi kendiri. Justeru itu, seni dapat mempengaruhi kita untuk membuat

keputusan dalam pelbagai situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat mambantu kita belajar

dengan lebih menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi individu dalam

meneroka, hubungkait idea dengan objek dan di antara pemikiran dengan perlakuan kita.

5) Penghubungkait, gerak hati, celik akal dan kecergasan “Lateral Leaps”

Bidang seni pendidikan menjurus kepada pengetahuan yang berupaya

meningkatkan kebolehan dalam memahami dengan gerak hati, membuat

taakulan,berimaginasi dan kepantasan dalam membentuk ekspresi dan komunikasi. Seni

juga adalah penghubungkait anatara kecergasan otak dan kesan tindakan seseorang.

Ianya memberi keupayaan dalam kemahiran berfikir seperti menyelesaikan masalah,

membuat analisis, sintaksis dan penilaian melalui perasaan, ekspresi dan imaginasi

5.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni dalam pendidikan dapat

memupuk minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran

menyeronokkan dan tidak lagi membosankan. Oleh itu, guru harus mengaplikasikan seni

dalam pengajaran untuk memastikan penyampaian pengajaran guru tersebut dapat

merangsang kearah pembelajaran yang berkesan. Di samping dapat mengalakkan pelajar

bergerak aktif ketika proses P&P ini berlangsung kerana tertarik dengan kaedah yang

digunakan ini.

http://shydatulhushna.blogspot.com/2010/10/asigment-individu.html