asignment pn nordiana.docx

6
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK KOMPLEKS PENDIDIKAN NILAI 71760 BANDAR ENSTEK, NEGERI SEMBILAN TUGASAN KURIKULUM SAINS SEKOLAH MENENGAH SCSK2103M NAMA PELAJAR : RAHIMAH BINTI ZULKIFLI NO. KAD PENGENALAN : 850918 11-5524 PROGRAM : DPLI SM (KDC) SABK AMBILAN : NOVEMBER 2014 NAMA PENSYARAH : PUAN NORDIANA BINTI MOHD YUSOFF UNIT : JABATAN ILMU SAINS TARIKH SERAHAN : 1 JUN 2015

Transcript of asignment pn nordiana.docx

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIKKOMPLEKS PENDIDIKAN NILAI71760 BANDAR ENSTEK,NEGERI SEMBILAN

TUGASAN KURIKULUM SAINS SEKOLAH MENENGAHSCSK2103M

NAMA PELAJAR :RAHIMAH BINTI ZULKIFLINO. KAD PENGENALAN :850918 11-5524PROGRAM :DPLI SM (KDC) SABK AMBILAN:NOVEMBER 2014NAMA PENSYARAH :PUAN NORDIANA BINTI MOHD YUSOFFUNIT : JABATAN ILMU SAINSTARIKH SERAHAN: 1 JUN 2015

TUGASAN SCSK2103M KURIKULUM SAINS SEKOLAH MENENGAH

JAWAPAN BAGI SOALAN OBJEKTIF :1. D2. C3. D4. E5. BJAWAPAN BAGI SOALAN STRUKTUR1. Susun pernyataan-pernyataan hasil sains di atas mengikut hiraki. [4 markah]Semua planet mengalami suatu daya tarikan di antara satu sama lain yang menyebabkan mereka sentiasa bergerak dalam suatu orbit

Jisim objek dan jarak diantara mereka mempengaruhi magnitud daya tarikan graviti yang dialami

Jisim, daya tarikan graviti dan jarak

Kegravitian alam semesta

2. Teknologi bermaksud aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

3. Berikan satu perbezaan dan satu persamaan diantara sains dan teknologi dengan melengkapkan jadual di bawah.SainsPerbezaan(Hasil /produk)Teknologi

Idea dalam bentuk konsep, prinsip dan teoriRekaan yang mengatasi had keupayaan manusia

Persamaan

Melibatkan penyiasatan yang sistematik dan berlanjutan

4. Terangkan dua sikap saintifik berikut yang dibincangkan dalam huraian sukatan pelajaran sains sekolah menengah.a} Sikap emotionalKurikulum Sains sekolah menengah dapat menerapkan sikap emotional dalam kalangan pelajar di sekolah. Sebagai contoh, sikap mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan dapat diterapkan secara tidak langsung semasa pembelajaran sains yang bertajuk struktur dan organisasi sel. Dalam topik ini, murid akan belajar mengenai struktur dan fungsi sel serta bagaimana sesuatu struktur organel dapat menjalankan sesuatu fungsi dengan cekap sehingga dapat membentuk sesuatu organisasi sel yang lengkap. Selain itu, sikap belas kasihan juga dapat diterapkan dalam jiwa para pelajar semasa pembelajaran sains yang bertajuk malnutrisi. Para pelajar didedahkan dengan isu-isu malnutrisi yang berlaku kepada penduduk di negara Afrika yang serba kekurangan terutamanya makanan yang berkhasiat. Oleh itu, dengan penerapan yang bersifat emosional ini, para pelajar akan lebih mensyukuri dan tidak akan membazir sesuatu makanan.

b} Sikap intelektualPengalaman pembelajaran Sains boleh mmengembangkan sikap intelektual para pelajar. Misalnya, semasa pengajaran yang melibatkan kerja amali, terdapat satu kemahiran proses sains iaitu kemahiran meramal. Oleh itu, para pelajar dikehendaki menggunakan kebijaksanaan untuk meramalkan dan mentafsir sesuatu. Impaknya, kemahiran berfikir dapat diperkembangkan bagi meningkatkan daya intelek dalam diri para pelajar. Selain itu, murid juga diajar untuk menjalankan eksperimen secara berhati-hati, bekerjasama dan jujur dalam merekod sesuatu keputusanSoalan :Baca artikel di bawah. Pilih 2 jenis diet dan bincangkan kelemahan dan kekuatan setiap satu. (600 perkataan)

Diet bermaksud sesuatu pilihan makanan, yang dipilih atau ditentukan khas untuk meningkatkan atau memperbaiki keadaan kesihatan seseorang atau untuk menghalang atau merawat penyakit. Misalnya, diet rendah gula untuk mencegah atau mengawal penyakit diabetes. Diet juga mengawal pemakanan seharian mengikut kuantiti kalori pada makanan yang dimakan. Terdapat pelbagai jenis diet yang sering diamalkan oleh masyarakat Malaysia. Antara diet yang paling popular dalam kalangan mereka ialah diet Atkins, diet Detox, Diet mengikut jenis darah, diet seimbang dan diet No rice diet.DIET ATKINSDiet Atkinsialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins pada awal 70an bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan. Diet ini memerlukan seseorang itu menyingkirkan makanan yang berkarbohidrat seperti nasi, roti, mee dan jenis makanan yang bergandum dari menu harian. Pengamal diet Atkins ini disarankan untuk memperbanyak makanan yang kaya dengan protein seperti ayam, daging dan ikan.Apabila berlaku pengurangan makanan berkarbohidrat, tubuh badan akan mengalami proses ketosis iaitu badan akan mula membakar lemak sebagai bahan bakar bagi membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Pembakaran lemak berlaku kerana sumber protein yang diambil dalam diet Atkins ini mengambil masa yang lama untuk dicernakan dan diproses sebagai tenaga. Hasil daripada pembakaran lemak tersebut akan membawa kepada penurunan berat badan.

Kekuatan dan kelebihan diet Atkins ini ialah seseorang yang mengamalkannya dapat mengurangkan dan menurunkan berat badan dengan kadar yang lebih cepat dan pantas. Diet ini lebih berkesan berbanding diet jenis lain. Selain itu, dengan pengambilan sumber protein dapat memberi tenaga yang secukupnya kepada tubuh badan. Gigi seseorang juga akan kekal sihat kerana protein merupakan komponen penting di dalam pembentukan enamel dan dentin serta dalam masa yang sama, pengurangan lemak juga membantu proses pencegahan kerosakan gigi dan penyakit gusi. Di samping itu, diet ini juga menyebabkan tekanan darah seseorang menjadi stabil kerana pembakaran lemak akan mengurangkan lemak-lemak yang terkumpul di dalam salur darah dan di sekitar organ. Impaknya, peratus masyarakat yang menghidap darah tinggi akan berkurang.Namun begitu, pengamalan diet ini juga mempunyai beberapa kelemahan dan keburukan. Antaranya ialah seseorang yang mengamalkan diet ini akan mempunyai bentuk badan kurus dan lembik. Hal ini demikian kerana, penurunan berat tersebut lebih kepada penurunan berat air dan otot. Selain itu, pengamalan diet ini secara berterusan boleh membawa kepada penyakit jantung. Hal ini adalah disebabkan oleh pengambilan makanan yang berprotein tinggi dan mengandungi kolesterol seperti udang dan ikan. Selain itu, ketosis juga menyebabkan osteoporosis dan merosakkan buah pinggang jika dilakukan dalam jangka masa panjang. Penyakit-penyakit seperti gout ( sakit sendi), batu karang dan sembelit juga akan terjadi kerana proses ketosis membawa kepada penghasilan asid urik. Tambahan lagi, terdapat juga kesan sampingan seperti nafas berbau, menjadi panas baran, sakit kepala dan keletihan. Namun begitu, kesan ini hanyalah untuk jangka pendek sahaja.

DIET DETOX

Diet detox merupakan salah satu cara untuk menyingkirkan toksin atau buangan di dalam tubuh badan kita secara semula jadi seperti melalui proses pencernaan, perkumuhan dan sebagainya. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan turut memastikan sistem buah pinggang seseorang individu berjalan dengan lancar. Diet detox ini lazimnya dilakukan dalam jangka masa pendek kerana jika diet ini dilakukan untuk jangka waktu yang panjang, seseorang akan mengalami kekurangan gizi khususnya kekurangan protein.Selain dapat menyingkirkan toksin di dalam badan, diet detox juga dapat membantu mengurangkan berat badan dan meremajakan badan agar tampil lebih cergas. Pengamalan diet ini bukan sahaja dapat menyegarkan tubuh badan malahan turut membantu dalam kecerdasan otak seseorang. Hal ini demikian kerana khasiat vitamin di dalam buah-buahan yang diambil dapat dibekalkan secukupnya ke dalam tubuh badan. Pengamal diet ini bukan sahaja akan memiliki kulit yang sihat dan lebih licin bahkan penglihatan mereka akan lebih jelas.Walaupun diet detox ini diketahui banyak kelebihan dan kebaikannya, namun masih terdapat kesan sampingan semula jadi akibat proses penyingkiran toksin di dalam tubuh badan kita. Antaranya adalah seperti menghadapi cirit-birit yang akan mengundang seseorang mengalami dehidrasi. Mereka juga akan berasa pening dan loya. Selain itu, mereka juga akan mengalami keletihan kerana diet ini tidak membekalkan nutrien harian yang secukupnya. Tambahan lagi, apabila diet detox ini dihentikan, seseorang akan mengalami kelaparan dan akan makan. Impaknya, berat badan individu tersebut akan kembali kepada berat yang asal atau berkemungkinan berlaku pertambahan berat badan yang mendadak.