asimenUsahawan3

31
KANDUNGAN PERKARA HALAMAN 1. PENGHARGAAN 2 2. TUJUAN 4 3. LATAR BELAKANG USAHAWAN 6 4. LATAR BELAKANG PERNIAGAAN 8 5. RANCANGAN ORGANISASI / PENGURUSAN 10 6. ANALISIS PEMASARAN 13 7. RANCANGAN PEMASARAN 16 8. RANCANGAN OPERASI DAN PENGELUARAN 18 9. KEKUATAN, KELEMAHAN, PERSAINGAN DAN PELUANG DALAM PERNIAGAAN 23 10.KESIMPULAN 25 11.LAMPIRAN 27 1

description

ok

Transcript of asimenUsahawan3

Page 1: asimenUsahawan3

KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

1. PENGHARGAAN 2

2. TUJUAN 4

3. LATAR BELAKANG USAHAWAN 6

4. LATAR BELAKANG PERNIAGAAN 8

5. RANCANGAN ORGANISASI / PENGURUSAN 10

6. ANALISIS PEMASARAN 13

7. RANCANGAN PEMASARAN16

8. RANCANGAN OPERASI DAN PENGELUARAN18

9. KEKUATAN, KELEMAHAN, PERSAINGAN DAN PELUANG DALAM PERNIAGAAN

23

10.KESIMPULAN 25

11.LAMPIRAN 27

1

Page 2: asimenUsahawan3

PENGHARGAAN

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Dr. Mass Hareeza Ali diatas kesanggupan beliau

mengajar kursus Asas Keusahawanan pada semester ini. Kami amat bersyukur kerana pada

semester ini kami diberi tugasan ini dan berpeluang untuk mencari dan menemu ramah sendiri

salah seorang usahawan yang mengusahakan sebuah restoran di Dusun Nanding, Hulu

Langat, Selangor. Hasil dari kajian dan temuramah yang saya lakukan maka terhasillah sebuah

laporan berkenaan aktiviti di restoran tersebut selama empat hari. Dengan bantuan dan

kerjasama yang diberikan oleh pemilik kedai makan tersebut, saya akhirnya dapat menyiapkan

dan melengkapkan tugasan ini. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Restoran Azees

Maju Curry House terutamanya kepada pemilik perniagaan ini, Encik Abdul Salam Bin Abdul

Azees kerana sudi ditemuramah dan amat mengalu – alukan kedatangan saya sebaik sahaja

dihubungi. Ucapan terima kasih juga kami ucapkan kepada kakitangan restoran ini yang terlibat

kerana sudi memberi kerjasama sepanjang proses mendapatkan maklumat untuk tugasan ini

dan tinjauan di premisnya. Jasa baik mereka tidak akan saya lupakan. Tugasan ini merupakan

pengalaman berharga buat saya kerana dapat bersemuka sendiri dengan seorang usahawan

dan mendalami jerih payah mereka sebelum dan selepas menceburi bidang perniagaan.

Walaupun sedikit, tetapi ia ternyata dapat membuka minda saya mengenai bidang perniagaan

dan setiap pengalaman itu amat berharga dan sukar untuk dinilaikan.Sekian saja dari saya,

semoga tugasan yang dihasilkan dari pemerhatian dan temuramah ini dapat membantu para

pembacanya mengenali usahawan yang kami pilih.

Sekian, Terima Kasih.

2

Page 3: asimenUsahawan3

TUJUAN

3

Page 4: asimenUsahawan3

TUJUAN

Tujuan laporan ini disediakan adalah untuk membentangkan hasil aktiviti perancangan

perniagaan yang meliputi aspek kekuatan, kelemahan, persaingan, peluang-peluang

pemasaran, pengurusan dan kewangan kedai . Disamping itu juga beberapa cadangan

penambahbaikan juga akan dibincangkan disini bagi menambahbaikan perjalanan syarikat

untuk jangka masa panjang. Diharap laporan ini dapat menambahkan lagi kefahaman dari segi

strategi dan pengurusan sebuah perniagaan.

4

Page 5: asimenUsahawan3

LATAR BELAKANG USAHAWAN

5

Page 6: asimenUsahawan3

LATAR BELAKANG USAHAWAN

Nama Usahawan : Encik Abdul Salam Bin Abdul Azees

Umur : 41 tahun

Pekerjaan : Pengusaha restoran sepenuh masa

Alamat kedai : 10, Persiaran Intan, Taman Seri Nanding, 43100 Hulu Langat, Selangor

No Telefon : 012-2301996

Jenis Perniagaan : Restoran

Tahun mula berniaga: 2005

Tahun mula mendaftar perniagaan secara sah : 2005

Jumlah pekerja terkini : 5 orang

Jualan harian : Rm 5,000

Pegangan hidup : Bersih dan halal, pasti diberkati Allah S.W.T.

6

Page 7: asimenUsahawan3

LATAR BELAKANG

PERNIAGAAN

7

Page 8: asimenUsahawan3

LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Azees Maju Curry House adalah sebuah syarikat tunggal yang menjalankan perniagaan

restoran . Syarikat ini adalah syarikat persendirian yang dimiliki oleh Encik Abdul Salam Bin

Abdul Azees yang berpengalaman dalam bidang perniagaan restoran. Hasil daripada

pengalaman yang dimiliki oleh Encik Abdul Salam ini maka tercetus idea untuk menubuhkan

satu syarikat berkonsepkan ‘Restoran Mamak dan Melayu’ bagi memenuhi citarasa rakyat

Malaysia masakini.

Sasaran pasaran restoran ini ialah untuk setiap lapisan masyarakat, lebih-lebih lagi

berdekatan dengan kawasan taman perumahan, kedai-kedai dan sekolah yang mana terdiri

daripada pelbagai kaum. Kompenan utama dalam strategi perniagaan kami adalah dari segi

perkhidmatan iaitu dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan mereka.

Kaedah ini telah berjaya menarik lebih ramai pelanggan untuk mengunjungi premis ini. Mereka

juga tidak akan bersaing dari segi harga tetapi hanya ingin memberikan kepuasan kepada

pelanggan.

Sumber kewangan restoran ini adalah dari simpanan Encik Abdul Salam sendiri dan

pinjaman kewangan dari Pertubuhan India Muslim. Dengan rancangan perkembangan yang

dicadangkan Encik Abdul Salam merasakan ianya memerlukan peruntukan kewangan

tambahan sebanyak RM50,000. Encik Salam mungkin akan menggunakan sumber

kewangannya sendiri bagi menjayakan perancangan tersebut.

Restoran Azees Maju Curry House adalah hasil misi syarikat untuk mengutamakan

kepuasan dan kehendak pelanggan dan bukan semata-mata untuk menjual produk makanan

sahaja, malahan masakan ala Thai dan masakan Melayu turut menjadi menu tambahan.

Restoran Azees Maju Curry House ini telah ditubuhkan sejak Oktober 2005. Penubuhan

ini merupakan sebuah perniagaan Tunggal India Muslim yang menjalankan perniagaan restoran

di kawasan Taman Seri Nanding.

Restoran Azees Maju Curry House adalah sebuah syarikat yang menjalankan

perniagaan restoran . Syarikat ini telah menyediakan rancangan perniagaan yang dibentangkan

di bawah ini yang memerlukan perbelanjaan sebanyak RM50,000 .

8

Page 9: asimenUsahawan3

RANCANGAN

ORGANISASI / PENGURUSAN

9

Page 10: asimenUsahawan3

RANCANGAN ORGANISASI / PENGURUSAN

Misi:

“Memenuhi kehendak pelanggan paling maksimum” dan ‘Pelanggan adalah raja”.

Matlamat :

Mengembangkan lagi perniagaan ke seluruh Kawasan Daerah Hulu Langat dengan

menawarkan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat serta

menghulurkan sumbangan kebajikan kepada masyarakat dengan menjadi sebagai pelabur

kepada usahawan lain untuk menerokai bidang perniagaan.

Strategi Jangka pendek :

Memenuhi citarasa pelanggan

Strategi Jangka Panjang :

Meluaskan perniagaan ke seluruh Negeri Selangor dan Kuala Lumpur

10

Page 11: asimenUsahawan3

STRUKTUR / CARTA SYARIKAT

Fungsi dan tanggungjawab :

Pengurus / pemilik Mengurus dan mentadbir

Bahagian pemasaran Jualan

Bahagian perkhidmatan dan tek nikal peralatan

Tenaga kerja / pengurusan pengurusan

11

PENGARAH URUSAN

(Encik Abdul Salam Bin Abdul Azees)

PENTADBIRAN

(Encik Rasool Bin Abdul Razak)

PEMBANTU TADBIR

KEWANGAN

(Encik Ali Bin Hanafi)

JURUWANG PERAKAUNAN

SERVIS DAPUR

Page 12: asimenUsahawan3

ANALISIS PEMASARAN

12

Page 13: asimenUsahawan3

ANALISIS PEMASARAN

i. Analisis pelanggan

Memandangkan lokasi restoran yang strategik terletak berdekatan dengan kawasan perumahan,lot-lot kedai dan sekolah,restoran ini mensasarkan pelanggan yang tinggal berhampiran, pengunjung-pengunjung lot kedai dan pelajar-pelajar sekolah selain daripada pelanggan sedia ada. Tambahan pula kawasan tersebut telah di naik taraf menjadi pekan kecil di kawasan Hulu Langat yang membangun menyebabkan peratambahan penduduk dan pengunjung. Di samping itu juga, lokasi tersebut mudah untuk dikunjungi dan menjadi tumpuan orang ramai serta mempunyai banyak infrastruktur seperti pasar, bengkel dan dewan serbaguna.

ii.Analisis pasaran

Jenis perniagaan restoran mula tumbuh bagai cendawan di kawasan Hulu Langat sejak kebelakangan ini iaitu semenjak wujudnya pekan kecil di batu 11.5 dan pembukaan kawasan perumahan yang baru. Oleh itu ramai usahawan cuba merebut peluang yang ada dengan mempelbagaikan harga dan menu mereka.Pemilik Restoran Azees Maju Curry House berpendapat kualiti perkhidmatan, makanan halal dan bersih dan kepuasan pelanggan adalah yang akan menentukan kejayaan syarikat kami dan bukannya saiz syarikat. Oleh itu perkhidmatan berkualiti, halal dan bersih, dan kepuasan pelanggan adalah misi bagi syarikat kami.

Restoran adalah perniagaan sofistikated. Semua jenis menu tidaklah mengalami mengalami pembaharuan yang mendadak. Oleh kerana itu menu di restoran ini masih tidak menghadapi banyank perubahan tetapi khidmat ataupun servis yang mereka berikan adalah yang terbaik.Sehinggakan pelanggan telah mengistilahkan bahawa “makan di kedai mamak kita akan menjadi raja”. Ini disebabkan pemilik restoran ini sentiasa meletakkan pelanggan sebagai orang yang betul dan semua kesilapan datang daripada mereka. Maka disebabkan itulah ramai orang berkunjung ke kedai ini (kedai mamak). Restoran Azees Maju Curry House juga bersedia menjadi pemangkin masyarakat dalam mengikuti perkembangan menu-menu yang terkini yang sedang hangat di pasaran mengikut kehendak pelanggan. Mereka juga banyak bertolak ansur dengan pelanggan dan tidak mengira baki wang pelanggan yang kecil dan mereka mengangapnya sebagai diskaun untuk pelanggan.

Syarikat bercadang meneroka cawangan baru di kawasan lain seperti di Bangi dan Kajang. Di samping itu, perkhidmatan yang berkualiti akan terus diberi penekanan.Syarikat ini juga ada menyediakan khidmat catering untuk sesuatu majlis kenduri kahwin dan sebagainya. Penerokaan dalam bidang ini retoran ini ternyata memerlukan modal yang banyak dari segi bahan mentah dan perkakasan restoran.

13

Page 14: asimenUsahawan3

iii.Analisis persaingan

Di sekitar kawasan Hulu Langat terdapat banyak restoran yang sama seperti yang Restoran Azees Maju jalankan. Ini tidaklah menjadi persaingan sengit kerana setiap restoran mempunyai pelanggan mereka yang tersendiri. Harga yang dikenakan oleh restoran ini kepada pelanggan masih lebih murah berbanding restoran yang lain kerana sewa kedai di sini adalah lebih murah berbanding kedai-kedai lain di kawasan Hulu Langat ini. Walaupun sudah sepuluh tahun beroperasi, masih terdapat penduduk Hulu Langat tidak mengetahui akan kewujudan restoran tersebut. Ini kerana penduduk-penduduk di kawasan perumahan baru hanya melihat kewujudan restoran-restoran yang besar yang berada di kawasan-kawasan taman perumhan bersebelahan. Ini menyebabkan restoran kami menjadi agak terpencil. Tetapi ini bukanlah masalah yang besar kerana kawasan kedai kami adalah kawasan tapak Pasar Malam Dusun Nanding. Setiap pengunjung pasar malam akan dapat melihat restoran kami dan ini telah menjimatkan kos kami untuk membuat pengiklanan. kelebihan restoran kami yang paling utama adalah dari sudut harga yang lebih berpatutan dan sekaligus menarik lebih perhatian para pelanggan.

14

Page 15: asimenUsahawan3

RANCANGAN PEMASARAN

15

Page 16: asimenUsahawan3

RANCANGAN PEMASARAN

i. Penetapan harga

Senarai barangan/ produk

Jenis Kuantiti sehari Kuantiti seminggu

Kuantiti sebulan Kuantiti setahun

Bahan mentah 312.00 2,173.00 9,273.00 112,885.00

Lain-lain 15.00 70.00 300.00 3650.00

Jumlah 327.00 2243.00 9573.00 116,535.00

Aliran proses pengeluaran : RM116,565.00

Kapasiti pengeluaran seminggu : RM2243.00

ii. Promosi

Dengan pengiklanan melalui buah mulut orang ramai yang berkunjung ke pasar malam berdekatan kedai-kedai berdekatan, surau yang terletak bersebelahan restoran dan penduduk Taman Dusun Nanding maka masyarakat sekeliling sudah tahu tentang kewujudan Restoran Azees Maju.

Restoran diberi pengiktarafan sijil halal oleh Jabatan Kemajuan Islam ( JAKIM ) . Kementerian Kesihatan Malaysia telah menganugerahkan sijil kebersihan.

16

Page 17: asimenUsahawan3

RANCANGAN OPERASI DAN PENGELUARAN

17

Page 18: asimenUsahawan3

RANCANGAN OPERASI DAN PENGELUARAN

18

Menentukan Menu Membeli Bahan Mentah

Penerimaan Bahan Mentah

Membersihkan Bahan Mentah

Mengasingkan Bahan Mentah mengikut menu

Memasak makanan

Memeriksa makanan Menghidangkan makanan kepada pelanggan

Page 19: asimenUsahawan3

MASA OPERASI DAN UNIT YANG DIKELUARKAN.

Restoran Azees Maju Curry House beroperasi selama 17 jam sehari dari pukul 7.00 Pagi

hingga 12.00 pagi.

Keperluan Bahan

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Bahan Asas:

Beras, ayam, telur, tepung, mee, meehoon, koey Teow, minyak masak, kelapa, sayur-sayuran, ayam, kambing, daging, ikan, sotong,udang, dan Iain-lain barangan.

2. Barang Kering:

Cili kering, bawang, serbuk rempah, rempah ratus, ikan bilis,garam, , ubi kentang, dan Iain-lain.

3. Makanan dalam tin/botol:

Sos tomato, sos cili, , sos tiram, cuka, kicap, sardin, jagung dan Iain-lain.

4. Minuman:

Kopi, teh , Milo, Nescafe, Horlicks, gula, susu, buah limau kasturi,buah-buahan segar, air kotak dan tin dan Iain-lain

TENAGA PEKERJA

Jawatan Bilangan Pekerja

Ketua Tukang Masak 1

Pembantu Tukang Masak 1

Pembuat minuman 1

Pekerja Am 2

Jumlah 5

19

Page 20: asimenUsahawan3

TUGASAN

Jawatan Tanggungjawab

Ketua Tukang Masak 1. Memasak mengikut menu yang dipesan oleh pelanggan

2. Memeriksa keadaan makanan sebelum dihidangkan

3. Menyediakan laporan keperluan stok barangan dapur

Pembantu Tukang Masak 1. Membantu memasak dan menyediakan bahan-bahan untuk dimasak

2. Menjaga kebersihan peralatan memasak dan menjaga kebersihan kawasan memasak

Pembuat Minuman 1. Menyediakan minuman mengikut pesanan

2. Menentukan bahan-bahan minuman mencukupi dan berkualiti

3. Menentukan peralatan untuk hidangan dalam keadaan yang baik

Pekerja Am 1. Membantu urusan pembekal bahan mentah

2. Membersihkan bahan mentah

3. Membersihkan peralatan hidangan

4. Menghantar hidangan kepada pelanggan

5. Menjaga kebersihan restoran luar dan dalam

20

Page 21: asimenUsahawan3

GAJI PEKERJA

JAWATAN GAJI

Ketua Tukang Masak RM 1500

Pembantu Tukang Masak RM 1000

Pembuat minuman RM 1000

Pekerja Am RM 1000

Jumlah RM 4500

RUANG OPERASI

21

DAPUR

MINUMAN

KAUNTER

LAUK

PETI

SEJUK MINUMAN

MEJA MEJA

MEJA MEJA

MEJA MEJA

SINKI

ROJAK

Page 22: asimenUsahawan3

KEKUATAN, KELEMAHAN, PERSAINGAN DAN PELUANG

DALAM PERNIAGAAN

22

Page 23: asimenUsahawan3

KEKUATAN

Kekuatan utama Restoran Azees Maju ialah perkhidmatan yang terbaik yang mementingkan kepuasan pelanggan. Mereka mengutamakan kehendak pelanggan dan lebih bersikapereka mengutamakan kehendak pelanggan dan lebih bersikap bertolak ansur dengan pelanggan. Kebersihan juga merupakan faktor utama untuk menarik pelanggan datang ke restoran mereka. Mereka juga mengganggap pelangganggan adalah ‘raja’ yang boleh mengarahkan mereka dalam memenuhi kehendak pelanggan. Kualiti makanan dan minuman juga mestilah diambil kira kerana makanan dan minuman adalah produk utama restoran mereka dan yang paling utama ialah harga makanan dan minuman mestilah berpatutuan.

KELEMAHAN

Disamping kekuatan yang mereka miliki, terdapat juga beberapa kelemahan dalam perniagaan mereka. Diantara kelemahan restoran mereka ialah kadang-kadang menu yang di pesan lambat sampai kepada pelanggan. Terdapat juga kesilapan menghantar minuman atau makanan yang dipesan.Kelemahan ini adalah biasa bagi sesebuah restoran yang sentiasa sibuk dengan pelanggan. Pihak restoran akan cuba memperbaiki kelemahan tersebut dari semasa ke semasa.

PERSAINGAN

Persaingan diantara restoran-restoran berhampiran tidaklah begitu ketara kerana Restoran Azees Maju ini terletak di lokasi yang begitu strategik dan tidak terdapat restoran yang menyediakan perkhidmatan sehingga pukul 11.30 malam. Maka boleh dikatakan bahawa persaingan di kawasan tersebut tidaklah begitu sengit. Namun persaingan diantara restoran-restoran baru yang tumbuh bagai cendawan di kawasan taman-taman perumahan bersebelahan memberi sedikit tamparan bagi restoran ini. Namun begitu restoran ini masih mampu menentang persaingan tersebut kerana restoran ini mempunyai pelanggan tetap yang boleh dikatakan setiap hari berkunjung ke restoran ini.

PELUANG

Restoran ini juga mempunyai peluang yang luas untuk mengembangkan lagi perniagaan dengan membuka cawangan restoran mereka di kawasan-kawasan lain. Ini merupakan lumrah biasa bagi sesebuah restoran yang maju. Setiap restoran yang maju itu mampu membuka cawangan berikutnya kerana mereka mempunyai tapak yang kukuh dan nama mereka sudah dikenali. Sama juga seperti Restoran Azees Maju, restoran ini berpotensi besar untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan membuka cawangan perniagaan mereka di kawasan-kawasan strategik kerana mereka mempunyai perkhidmatan yang baik.

23

Page 24: asimenUsahawan3

KESIMPULAN

24

Page 25: asimenUsahawan3

KESIMPULAN

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, dapatlah dirumuskan bahawa Restoran Azees Maju ini mempunyai potensi yang besar untuk mengembangkan perniagaan mereka seperti restoran-restoran yang lain. Prinsip yang mereka amalkan iaitu ‘pelanggan adalah raja’ iaitu kepuasan pelanggan menjadi keutamaan bukan sahaja dapat menarik pelbagai kaum berhampiran untuk mengunjungi premis mereka malah pelanggan luar juga turut tertarik untuk singgah ke premis mereka.

Sikap mementingkan kepuasan pelanggan dan bertolak ansur ini bukan sahaja diamalkan oleh mereka, malah ianya diamalkan oleh sebahagian besar restoran yang seumpama ini. Tidak hairanlah mengapa restoran sebegini sentiasa dikunjungi pelanggan berbanding restoran yang lain.

Disamping itu juga pengurusan sesebuah restoran juga perlulah dikuasai dengan baik agar sesuatu perniagaan itu dapat berjalan dengan lancar. Maka boleh kita katakan di sini selain daripada kewangan, pengurusan menjadi tonggak utama untuk sesuatu perniagaan. Keperluan terhadap makanan yang halal dan bersih juga menjadi satu perkara yang penting dalam perniagaan yang berkonsepkan restoran. Oleh itu kualiti dan kebersihan sumber makanan juga mestilah dititikberatkan.

Diharap laporan ini dapat memberi sedikit kefahaman tentang bagaimana sesuatu perniagaan yang berkonsepkan restoran ini berjalan .

Sekian.

25

Page 26: asimenUsahawan3

LAMPIRAN

26

Page 27: asimenUsahawan3

27

1 SHAIFUL NIZAM BIN AB RASHID J43639 791225065491

ASAS KEUSAHAWANAN

Page 28: asimenUsahawan3

28

PANDANGAN DARI HADAPAN RESTORAN

PELANGGAN MEMBUAT BAYARAN DI KAUNTER BAYARAN

LESEN PERNIAGAAN

PELANGGAN SEDANG BERSARAPAN MAKANAN RINGAN YANG DIJUAL DI HADAPAN KAUNTER

Page 29: asimenUsahawan3

29

DAPUR TEMPAT PENYEDIAAN CENDOL

BAHAN-BAHAN ROJAK PEKERJA SEDANG MENYEDIAKAN ROJAK UNTUK PELANGGAN

PEKERJA SEDANG MENYEDIAKAN ROJAK UNTUK PELANGGAN

LAUK-PAUK

Page 30: asimenUsahawan3

30

DAPUR SUDUT MINUMAN

ENCIK SALAM SEDANG MENYEDIAKAN CENDOL

MENU YANG TERDAPAT DI RESTORAN LENGKAP DENGAN HARGA

PETI SEJUK MINUMAN BAHAGIAN KAUNTER PEMBAYARAN