asmtrefleksi

4
PELAKSANAAN AKTIVITI MENGGUNAKAN UNIT BUKAN PIAWAI DALAM MEMBANTU MURID MEMBINA KONSEP UKURAN. PENGERTIAN KONSEP UKURAN, UNIT BUKAN PIAWAI DAN UNIT PIAWAI Terdapat dua jenis ukuran iaitu : i. Ukuran yang melibatkan penggunaan pembolehubah diskrit (objek yang dihitung, contohnya bilangan murid di dalam kelas) ii. Ukuran yang melibatkan penggunaan pembolehubah selanjar, seperti panjang, tinggi, berat, masa dan isipadu. Ukuran dan sukatan adalah proses memberi nilai kepada satu ciri istimewa sesuatu objek, misalnya kuantiti fizikal seperti panjang, berat, luas, isipadu cecair dan masa. Membanding, membilang dan membuat anggaran merupakan asas bagi nombor bulat dan nombor nisbah yang boleh dikembangkan melalui pengalaman dalam ukuran dan sukatan. Penganggaran menggunakan unit ukuran adalah proses penting untuk dilalui kerana penganggaran dapat menggalakkan murid berfikir dan dapat membantu murid memperolehi kesedaran ukuran.

Transcript of asmtrefleksi

Page 1: asmtrefleksi

PELAKSANAAN AKTIVITI MENGGUNAKAN UNIT BUKAN PIAWAI DALAM

MEMBANTU MURID MEMBINA KONSEP UKURAN.

PENGERTIAN KONSEP UKURAN, UNIT BUKAN PIAWAI DAN UNIT PIAWAI

Terdapat dua jenis ukuran iaitu :

i. Ukuran yang melibatkan penggunaan pembolehubah diskrit (objek yang dihitung,

contohnya bilangan murid di dalam kelas)

ii. Ukuran yang melibatkan penggunaan pembolehubah selanjar, seperti panjang,

tinggi, berat, masa dan isipadu.

Ukuran dan sukatan adalah proses memberi nilai kepada satu ciri istimewa sesuatu

objek, misalnya kuantiti fizikal seperti panjang, berat, luas, isipadu cecair dan masa.

Membanding, membilang dan membuat anggaran merupakan asas bagi nombor bulat

dan nombor nisbah yang boleh dikembangkan melalui pengalaman dalam ukuran dan

sukatan.

Penganggaran menggunakan unit ukuran adalah proses penting untuk dilalui kerana

penganggaran dapat menggalakkan murid berfikir dan dapat membantu murid

memperolehi kesedaran ukuran. Proses penganggaran inilah yang membolehkan

murid menggunakan unit bukan piawai untuk membuat sukatan.

 Isiipadu  cecair adalah merujuk kepada kandungan sesuatu yang berbentuk cecair

yang terdapat dalam sesuatu bekas atau alat penyukat cecair yang digunakan dalam

bentuk piawai yang sebenar ataupun tidak. Kandungan cecair boleh disukat dengan

menggunakan alat bukan piawai sebenar dan alat piawai sebenar. Cecair yang disukat

dalam alat penyukat iaitu mengikut unit piawai adalah menggunakan  tabung uji, silinder

Page 2: asmtrefleksi

penyukat, bikar penyukat ,kelalang kon dan sebagainya.. Alat bukan piawai biasanya

hanya boleh dibandingkan seperti isipadu yang lebih atau kurang .Alat piawai sebenar

pula ialah penggunaan sistem metrik iaitu menggunakan sukatan mililiter ( ml) ataupun

liter (l).Contoh cecair ialah seperti air,minyak,raksa dan sebagainya.

KEKUATAN DAN KELEMAHAN PENGGUNAAN UNIT BUKAN PIAWAI SERTA

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

       Dalam tajuk isipadu cecair,terdapat beberapa Kekeliruan atau kesalahan konsep

dikalangan murid. Antaranya  ialah apabila murid-murid menyukat dan membanding

isipadu cecair di mana bila murid membanding dengan menggunakan bekas yang

berlainan daripada segi saiz dan bentuk bekas yang digunakan.Ini kerana murid-murid

tidak memahami keluasan atau bentuk sesuatu bekas akan mempengaruhi kandungan

isipadu sesuatu cecair, Guru perlu menggalakkan murid menyenaraikan  bekas dan

alat yang digunakan dalam kehidupan seharian.Pengalaman murid juga boleh di

aplikasikan dalam membantu murid untuk memahami isipadu cecair.

Sedkit kekeliruan juga timbul apabila kandungan terakhir air tidak mencukupi

kapasiti bekas yang digunakan. Oleh itu murid keliru untuk membilang kandungan

terakhir . Untuk mengatasi masalah ini, guru sepatutnya membuat persediaan awal

menyukat terlebih dahulu kandungan air di dalam jag agar berpadanan dengan bahan

yang akan digunakan sebagai sukatan. Ini untuk mengelak murid terpesong dari

intipati pengajaran. Walaubagaimanapun, melalui kaedah penganggaran

menggunakan unit bukan piawai ini memberi pengalaman kepada murid untuk

memahami konsep pengukuran bagi isipadu cecair. Sedikit sebanyak murid telah

mendapat pendedahan awal untuk mengambil bacaan atau bilangan bahan yang

digunakan untuk mengetahui kandungan sesuatu bahan. Secara tidak langsung ini

Page 3: asmtrefleksi

memberi pengalaman awal bagi mereka mengenai isipadu cecair. Belajar melalui

pengalaman dan menggunakan bahan konkrit pada peringkat umur 8 tahun adalah

sesuatu yang disarankan dalam teori-teori pembelajaran seperti Jean Piaget. Aktiviti

ini akan dapat membantu murid membangunkan idea unit sebagai titik rujukan dalam

membandingkan dua kuantiti. Adalah perlu mengenalpasti kekuatan dan kelemahan

murid dahulu sebelum memberikan aktiviti kepada mereka supaya dapat mencapai

hasil pembelajaran yang ditetapkan serta memanfaatkan murid selepas sesi pengajaran

dan pembelajaran dijalankan

Perancangan yang lebih teliti akan dapat memberi satu peluang pembelajaran yang

lebih bermakna bagi setiap pelajar. Pengukuran adalah satu cabang ilmu yang telah

ada dalam diri pelajar cuma ia perlukan bimbingan dan panduan guru yang padu untuk

lebih mematapkannya.

( 546 Patah Perkataan )