ASPEK/SKOP KAJIAN GENRE NOVEL

11
ASPEK/SKOP KAJIAN GENRE NOVEL DISEDIAKAN OLEH : INTAN AZUREEN BINTI HAMRAN

description

Kesusasteraan melayu sebagai komponen wajib dalam mata pelajaran Bahasa Melayu

Transcript of ASPEK/SKOP KAJIAN GENRE NOVEL

Page 1: ASPEK/SKOP KAJIAN GENRE NOVEL

ASPEK/SKOP KAJIAN GENRE NOVEL

DISEDIAKAN OLEH : INTAN AZUREEN BINTI HAMRAN

Page 2: ASPEK/SKOP KAJIAN GENRE NOVEL

SINOPSIS

Definisi : Ringkasan cerita yang merangkumi perkara-perkara penting dalam sesebuah novel atau bab demi bab. Sinopsis hendaklah ditulis dalam bentuk ayat yang lengkap, bukannya seperti rangka atau nota ringkas.

Page 3: ASPEK/SKOP KAJIAN GENRE NOVEL

TEMA

Definisi : Persoalan pokok atau idea utama yang menjadi gagasan fikiran kepada pengarang untuk menghasilkan sesebuah karya atau cerita. Hanya terdapat satu tema dalam sesebuah karya.

Page 4: ASPEK/SKOP KAJIAN GENRE NOVEL

PERSOALAN

Definisi : Perkara-perkara atau idea sampingan yang berkaitan dengan tema secara langsung yang bertujuan unutk menguatkan tema sesebuah karya tersebut.

Page 5: ASPEK/SKOP KAJIAN GENRE NOVEL

PLOT

Definisi : Jalinan peristiwa atau cerita dalam sesebuah cerita yang terjadi atas sebab dan akibat. Antara bab dengan bab mesti mempunyai jalinan atau pertalian. Antara plot biasa yang digunakan ialah plot mendatar, plot menegak, plot piramid dan plot beralun.

Page 6: ASPEK/SKOP KAJIAN GENRE NOVEL

WATAK

Definisi : Manusia, binatang atau makhluk yang menjadi pelakon atau pelaku dalam cereka yang dicipta oleh seseorang pengarang. Watak baik digelar protagonis, watak jahat digelar antagonis. Watak biasanya terdiri daripada watak utama dan watak-watak sampingan.

Page 7: ASPEK/SKOP KAJIAN GENRE NOVEL

PERWATAKAN

Definisi : Sifat-sifat watak dalam cerita termasuk perangai atau tingkah laku dan pola pemikiran. Perwatakan seseorang watak dapat dikenali melalui dialog, monolog dan juga aksi watak itu.

Page 8: ASPEK/SKOP KAJIAN GENRE NOVEL

LATAR Definisi : Tempat yang

menunjukkan lokasi dan gambaran atau suasana sesuatu peristiwa itu berlaku. Latar dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu ; latar masa, latar tempat dan latar masyarakat.

Page 9: ASPEK/SKOP KAJIAN GENRE NOVEL

GAYA BAHASA

Definisi : Cara pengarang menggunakan bahasa dna unsur bahasa yang dikuasainya untuk menyampaikan ideanya dalam sesebuah cerita. Antara unsur gaya bahasa yang sering digunakan dalam novel ialah :

a) Diksi – pemilihan dna penggunaan sesuatu perkataan.

b) Dialekc) Unsur bahasa seperti metafora, imejan,

hiperbola, personifikasi, simile, paradoks, ironis dan sebagainya.

Page 10: ASPEK/SKOP KAJIAN GENRE NOVEL

SUDUT

Definisi : Kedudukan pandangan pengarang dalam menyampaikan sesebuah cerita itu. Sudut pandangan dapat dibahagikan kepada tiga iaitu ;

a) Sudut pandangan orang pertamab) Sudut pandangan orang ketigac) Sudut pandangan kesedaran

Page 11: ASPEK/SKOP KAJIAN GENRE NOVEL

NILAI MURNI DAN PENGAJARAN

Definisi : Nilai murni ialah sifat-sifat terpuji dan baik serta positif yang terdapat dalam sesebuah karya sama ada dilakukan oleh watak atau melalui pengucapannya atau pemikirannya. Pengajaran pula ialah iktibar, pedoman atau teladan yang hendak disampaikan oleh pengarang. Pengajaran biasanya mempunyai unsur didaktik.