ASSG 1 KGBK

download ASSG  1  KGBK

of 16

Transcript of ASSG 1 KGBK

SEMESTER 2 SESI 2013 / 2014KAB 3043 PENGAJARAN LITERASI : AWAL MEMBACA DANMENULIS BAHASA MELAYUTAJUK TUGASAN

TUGASAN 1Perbezaan antara kaedah dan kekuatan serta kelemahan bagi kaedah-kaedah berikut ;a. Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK )b. Kaedah Seluruh Perkataanc. Kaedah Fonik

KUMPULANGROUP UPSI02 (A132PJJ) DISEDIAKAN OLEHNAMANO. IDNO. TELEFON

SITI NORBAYA BT MD.SAADD20121061750012- 5179327

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. ABDUL RAHIM BIN RAZALITARIKH SERAH: 8 MEI 2014

ISI KANDUNGANNOTAJUKMUKA SURAT

1.0PENGENALAN3

2.0KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATA :2.1 - DEFINISI 2.2 - TUJUAN 2.3 - LATAR BELAKANG2.4 - PRINSIP-PRINSIP ASAS KGBK2.5 - LANGKAH-LANGKAH ASAS DALAM PENGAJARAN MEMBACA DAN MENULIS KGBK

4 -- 8

3.0KAEDAH SELURUH PERKATAAN :3.1 - DEFINISI3.2 - PRINSIP-PRINSIP ASAS KAEDAH SELURUH PERKATAAN

8 -- 9

4.0KAEDAH FONIK :4.1 - DEFINISI4.2 - PRINSIP-PRINSIP ASAS KAEDAH FONIK 4.2.1. - CIRI-CIRI KAEDAH FONIK

9 -- 12

5.0KEKUATAN DAN KELEMAHAN :

5.1 - KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATA (KGBK) 5.1.1. - KEKUATAN 5.1.2 - KELEMAHAN

5.2 - KAEDAH SELURUH PERKATAAN 5.2.1 - KEKUATAN 5.2.2. - KELEMAHAN

5.3 - KAEDAH FONIK 5.3.1 - KEKUATAN 5.3.2 - KELEMAHAN

12 -- 14

6.0RUMUSAN15

7.0BIBLIOGRAFI16

1.0PENGENALANPengajaran dan pembelajaran bahasa adalah merupakan suatu tugas yang memerlukan kesabaran yang tinggi daripada seorang yang bergelar guru bahasa.. Tidak ramai juga murid yang berjaya mengikuti dan memahami apa yang diajar oleh guru mereka walaupun diajar berulang-ulang kali. Menyedari hakikat ini berbagai-bagai isu telah timbul dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.Dalam era modenisasi pada masa kini, masih terdapat pelajar yang buta huruf yang tidak tahu membaca dan menulis dalam bahasa Melayu. Kajian Kementerian Pelajaran mendapati 165, 000 pelajar di negara ini masih buta huruf. Daripada jumlah ini, 125, 000 adalah murid sekolah rendah dan selebihnya di sekolah menengah (Laporan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010). Keadaan ini dilihat sebagai satu keadaan yang sangat membimbangkan .Membaca merupakan satu kemahiran yang amat penting bagi memastikan murid terus dapat menimba ilmu. Tanpa menguasai kemahiran ini, sukarlah untuk seseorang murid meneruskan pengajiannya dalam dunia pendidikan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, kemahiran bertutur dalam bahasa pertama dikuasai secara semulajadi, iaitu tanpa memerlukan proses pendidikan formal. Sebaliknya, proses menguasai kemahiran membaca memerlukan program pendidikan yang bersifat formal, iaitu memerlukan guru yang terlatih, bahan pengajaran yang terancang, pemilihan pendekatan dan kaedah yang sesuai . Daripada sesi pengajaran bahasa, sesuatu pendidikan dapat terkandung didalam pelbagai kaedah. Kaedah pula merujuk kepada cara penyampaian bahan yang telah disusun berlandaskan pendekatan yang di pegang contohnya, dalam pengajaran bacaan permulaan, terdapat pelbagai kaedah seperti kaedah fonik, kaedah seluruh perkataan, kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) dan sebagainya. Kesemua kaedah ini adalah untuk membolehkan kanak-kanak dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis ( 2K) pada peringkat awal membaca.

2.0KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATA ( KGBK )

2.1DEFINISIKaedah Gabungan Bunyi Kata ( KGBK ) ialah kaedah yang menggabungkan proses mengajar mengenal bunyi huruf dengan membina dan membaca perkataan serta dapat membaca frasa atau ayat. Selain itu, kaedah ini merupakan satu alternatif kepada kaedah abjad atau fonik dan kaedah seluruh perkataan. Kaedah ini merupakan kaedah yang mudah dan berkesan untuk memulih murid yang tidak menguasai kemahiran 3M atau lemah membaca.

KGBK bermula dengan memperkenalkan huruf vokal kepada murid, diikuti dengan pengenalan huruf konsonan, pembentukan suku kata, dan pembentukan perkataan yang bermakna dalam satu atau dua pelajaran sahaja. Murid akan dapat membaca beberapa perkataan dengan cepat serta faham apa-apa yang dibaca. Pendekatan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) menyatakan bahawa kita boleh menggabungkan proses mengajar mengenal bunyi-huruf dengan membina-dan-membaca perkataan dalam satu atau dua pelajaran, dan kanak-kanak terus membaca perkataan, frasa atau ayat. Ia digubal atas keistimewaan yang terdapat dalam sistem ejaan Bahasa Melayu, di mana sistem ejaannya fonemik dan sistematik, suku katanya jelas, dan tatabahasanya yang mudah berbanding dengan sistem ejaan yang celaru dan tatabahasa yang lebih kompleks dalam Bahasa Inggeris.

Menurut Isahak Harun (2004) terdapat dua mazhab besar tentang cara kanak-kanak mula membaca. Beliau mendefinisikan bacaan sebagai tentang bagaimana kanak-kanak mengenal dan mentafsir simbol-simbol tulisan dan memberi makna kepadanya. KGBK bertolak daripada sistem ejaan Bahasa Melayu yang berasaskan bunyi dan suku katanya jelas. Setiap huruf mewakili hanya satu bunyi, kecuali huruf e yang mewakili bunyi e- pepet dan e -taling (). Satu suku kata ditandai oleh satu vokal. Huruf vokal yang kerap digunakan ialah a, i, u.2.2TUJUANKaedah ini dibuat untuk mengajar kanak-kanak 2M iaitu membaca dan menulis berkenaan aktiviti mengenal bunyi beberapa huruf vokal dan konsonan. Selain itu, kaedah ini bertujuan untuk membolehkan kanak-kanak mengenal suku kata dan seterusnya membina dan membaca perkataan, frasa atau ayat.

2.3 LATAR BELAKANG

Kaedah Gabungan Bunyi-kata ini diilhamkan oleh Profesor Emiratus Dato Dr. Isahak Harun yang dinyatakan melalui pembentangan kertas kerja di KONPEN IV anjuran Persatuan Suluh Budiman di Kuantan, pada 8 hingga 10 Disember 1979. Beliau telah memperkenalkan kaedah ini sebagai cadangan untuk mengatasi masalah membaca yang banyak dihadapi dikalangan murid di sekolah rendah, terutama di sekolah kebangsaan yang ramai muridnya menghadapi masalah membaca terutamanya Bahasa Melayu.

Rentetan itu kertas kerja tersebut telah diterbitkan dalam Jurnal Dewan Bahasa, jilid 24 bil. 7, Julai 1980. Kaedah ini turut dijadikan salah satu kaedah pilihan (ke-4) dalam buku panduan am, kurikulum baru sekolah rendah (KBSR) terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1981. Seterusnya kaedah ini telah dijadikan asas untuk panduan guru Bahasa Malaysia (KBSR) Tahun Satu untuk sekolah SRKJ Cina dan SRKJ Tamil pada Jun 1981. Namun begitu, kaedah ini tidak digunakan di sekolah kebangsaan untuk mengajar bacaan asas pada Tahun Satu. Selain itu juga, kaedah KGBK digunakan oleh tadika swasta di Bandar-bandar seluruh Malaysia dengan menggunakan buku Kegiatan Tadika 2 Bahasa Malaysia, Mari Membaca yang diterbitkan oleh Fajar Bakti (Isahak Harun, 2004).

2.4 PRINSIP ASAS KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATA

Kaedah ini merupakan satu kaedah yang sistematik. Menurut Isahak Harun (2004) perlunya mengambil kira perkara-perkara berikut;a. Sistem ejaan Bahasa Melayu adalah alphabetic dan fonemik . Hal ini menjelaskan bahawa adanya hubungan yang rapat antara simbol atauhuruf dan bunyinya. Hal ini berbeza dengan sistem ejaan BahasaInggeris yang bercelaru.b.Suku kata ejaan Bahasa Melayu adalah mudah dan jelas, jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain.c.Murid-murid Melayu telah mempunyai perbendaharaan kata dalam Bahasa Melayu yang mencukupi untuk mereka belajar membaca dalam Bahasa Melayu. Begitu juga dengan murid Cina dan India rakyat Malaysia yang sudah mempunyai perbendaharaan kata Bahasa Melayu terutamanya diperingkat sekolah menengah.Gabungan mengenal bunyi huruf dengan membina-dan-membaca perkataan dalam satu atau dua pelajaran, dan murid terus membaca perkataan, frasa atau ayat. Hal ini yang membezakan KGBK dengan kaedah-kaedah lain yang berpegang kepada dua mazhab utama awal membaca . Selain itu, KGBK dibina atas keistimewaan ejaan Bahasa Melayu yang fonemik dan sistematik dan suku kata yang jelas. Di samping itu juga, pemilihan susunan abjad yang diajar telah dikenalpasti melalui kajian yang menyeluruh berdasarkan kepada yang mudah, dekat dengan kanak-kanak dan tidak mengelirukan.

Selain itu, kaedah ini juga merupakan kaedah yang digunakan untuk membaca perkataan yang bermakna serentak dalam suatu pelajaran. Dengan ini mereka mendapati proses belajar membaca itu memberi makna dan berguna.Murid tidak perlu diajar mengenal dan menghafal semua huruf abjad secara berturutan dari a, b, c sampai x, y, z seperti dalam kaedah abjad atau fonik. Proses ini mengambil masa yang panjang iaitu selama dua hingga tiga bulan di sesetengahsekolah. Murid juga tidak perlu diajar semua suku kata terbuka seperti ba bi bu bebe bo, ca ci cu ce ce co, dan sebagainya yang mengambil masa sebulan sebelum murid boleh diajar membaca perkataan dan ayat. Berdasarkan kaedah ini murid tidak perlu diajar mengecam seluruh perkataan iaitu pandang dan sebut perkataan serta menghafal bentuknya, kemudian cerakin perkataan untuk mengenal huruf dan bunyi huruf, seperti dalam kaedah seluruh perkataan. Dalam KGBK kanak-kanak terus membina dan membaca perkataanberdasarkan suku kata yang mereka belajar dalam satu pelajaran itu. Perkembangan unit-unit pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat secara sistematik berturutan (sequential) berkembang, di mana pelajaran yang lalu terus diguna untuk belajar membaca pelajaran yang baru. Setiap unit baru berkembang berasaskan unit sebelumnya. Misalnya, setelah murid belajar membaca b dan ba bi bu dan perkataan- perkataan daripada suku kata ini seperti ibu baba, ubi abu, murid boleh disambung berikutnya untuk belajar bunyi konsonan k pula membentuk dan membunyikan suku kata ka ki ku dan terus membaca perkataan atau frasakuku kaki aki. Jika dicantum pula dengan suku kata ba bi buyang dipelajari sebelumnya, murid boleh membina dan membaca perkataan dan ayat seperti bukuabu; abu buka buku.Fasa pertama kanak- kanak menguasai membina dan membacaperkataan suku kata terbuka. Seterusnya, pada fasa kedua membina perkataan suku kata tertutup (kv +kvk seperti ka sut, bu kit atau kvk+kv) seperti lam pulembu dan sebagainya. Fasa berikutnya murid belajar jenis-jenis perkataan sukukatanya diftong (seperti sungai, pulau) dan imbuhan seperti ber me, mem sepertiberjalan, memberi, melawan dan sebagainya. Murid juga terus membaca ayat mudah dalam sesuatu pelajaran itu.

2.5LANGKAH-LANGKAH ASAS DALAM PENGAJARAN MEMBACA DAN MENULIS KGBK.Pada permulaannya, murid diperkenalkan bunyi vokal mudah a i u, dan cara menulisnya. Kemudian, murid diperkenalkan dengan bunyi konsonan mudah seperti dan cara menulisnya. Seterusnya, membentuk suku kata terbuka (kv) darinya, supaya menjadi ba bi bu dan cara menulisnya. Murid juga diajar untuk membina perkataan dari suku kata (kv + kv), seperti baba bibi bubu babu, ibu. Setelah itu, murid diajar untuk membina rangkai kata atau ayat, seperti ibu abu, babu baba dan menulis serta menyalin apa yang mereka baca berdasarkan huruf, suku kata dan perkataan. Bagi pelajaran berikutnya, murid diminta mengulang pelajaran unit yang lalu danhuruf konsonan baru, misalnya cdiperkenalkan. Kemudian suku kata ca ci cu dan perkataan kvkv seperti caca cucu cuci aci acu dibina. Dengan menggunakan suku kata pelajaran yang lalu ba bi bu, perkataan seperti baca bucu cuba dibina.

3.0KAEDAH SELURUH PERKATAAN3.1DEFINISIKaedah Seluruh Perkataan ini amat popular dalam pengajaran bacaan dalam Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris. Kaedah ini juga dikenali sebagai Kaedah Pandang dan sebut. Kaedah ini telah diperkenalkan sekitar tahun 1648 oleh Samuel Worcester. Kaedah ini melibatkan dua aktiviti, iaitu membunyikan perkataan atau suku kata bardasarkan gambar dan menyembunyikan ayat berdasarkan gambar yang ada cerita. Aktiviti yang dijalankan bertujuan membiasakan murid untuk mengecam perkataan atau ayat, tanpa mengeja perkataan atau ayat tersebut. Melalui kaedah ini, murid akan dilatih bagaimana untuk mengenali sesuatu perkataan atau ayat, tanpa mengejanya terlebih dahulu melalui latih tubi.

Melalui kaedah ini juga dapat memendekkan masa murid untuk mengeja perkataan dan masa yang ada boleh digunakan untuk tujuan pemahaman apa jua yang dibaca.. Selain itu, pengajaran kaedah ini mengambil kira pengalaman sedia ada murid supaya merekah mudah membuat telahan terhadap ayat atau perkataan yang dicam.

3.2 PRINSIP PRINSIP ASAS KAEDAH SELURUH PERKATAAN

1. Memperkenalkan terlebih dahulu vokal dan konsonan yang kerap digunakan dalam ejaan Bahasa Melayu, kemudian baru perkenalkan yang kurang digunakan. Hal ini bermakna tidak perlu memperkenalkan huruf dan bunyi mengikut susunan biasa dalam abjad (a-z).

2. Susunan nama-nama huruf dan cara menulis huruf besar boleh dibuat secara tidak langsung kemudian.

3. Tidak perlu memisah-misahkan dengan jauh dan jelas antara langkah mengajar bunyi huruf, bunyi suku kata dan sebutan perkataan. Boleh digabungkan dalam satu pelajaran.

4. Memerlukan latihan membunyikan dan memandang huruf, suku kata dan perkataan tertulis. Dengan itu penggunaan kad imbasan dan papan hitam amat diperlukan.

5. Kaedah ini juga cuba untuk mengurangkan penggunaan gambar kerana mengganggu tumpuan murid membunyi dan memandang lambang-lambang bunyi, suku kata dan perkataan dengan cepat. Hal ini bertujuan supaya murid-murid mendapat kemahiran- kemahiran asas untuk membaca sendiri perkataan-perkataan baru dan seterusnya bahan- bahan bacaan secara berperingkat-peringkat.

6. Latihan dan ulangan yang munasabah dan beragam amatlah penting untuk mengukuhkan kemahiran.

7. Latihan menulis bolehlah dilakukan selepas tiap-tiap latihan membaca. Latihan menulis berdasarkan perkataan-perkataan yang dibaca supaya boleh meneguhkan kemahiran membaca.

4.0KAEDAH FONIK

4.1DEFINISI

Menurut Raminah Haji Sabran (1984) dalam buku berjudul Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan menyatakan bahawa fonik atau fonetik ialah kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat.Bagi Arbak Othman (1983), fonik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memfomulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, maupun bunyi bunyi marginal, dan memberikan symbol fonetik untuk setiap bunyi yakni menurut Dr. Lufti Abas (1985).

4.2PRINSIP PRINSIP ASAS KAEDAH FONIK

Kaedah fonik berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang), hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat. Kaedah fonik ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa. Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad yang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalamBahasa Inggeris. Murid-murid biasanya didedahkan dengan bunyi-bunyi vokal dan konsonan seperti:- A = aaaaB = behC = cehD = deh

E = ehF = fehG = gehH = heh

I = iiiiiJ = jehK = kehL = leh

M = mehN= nehO = ooooP = peh

Q = qehR = rehS= sehT = teh

U = uuuuV = vevW = wehY = yeh

Z = zez

Sambil mengajar bunyi, abjad boleh juga diajar secara permulaan bunyi perkataan seperti huruf a adik, abang, api dan lain-lain. Cara pengajaran fonik ialah dengan mencantumkan vocal dengan konsonan untuk membentuk perkataan. Mulakan dengan perkataan yang pendek dan mudah dahulu serta mulakan dengan huruf vokal. Seterusnya permulaan perkataan, akhiran perkataan, pertengahan perkataan dan baru dimasukkan ng, ny, kh, dan sy.4.2.1 .Ciri-ciri penting dalam kaedah fonik ;i. Penekanan pada hubungkait antara huruf-huruf dan bunyi-bunyinyaii. Bunyi huruf diperkenalkan dahulu dan diikuti dengan membunyikan suku kata.iii. Huruf terus dibunyikan.iv. Mensyaratkan murid-murid untuk mengenal dan mengingat hanya 25 huruf danbunyinya.v. Amat mudah, cepat, lancar serasi dengan kanak-kanak . Aktiviti-aktiviti yang boleh digunakan dalam melaksanakan kaedah fonetik adalah seperti berikut;i. Membunyikan huruf dan asosiasi benda dengan huruf bunyi:- membunyikan huruf A Z. - mengasosiasikan benda dengan bunyi huruf tersebut.- contohnya; guru meminta murid-murid memadankan gambarajah semasa guru membunyikan huruf dengan menggunakan kad huruf.ii. Membatangkan suku kata dan perkataan: membatang suku kata. menyebut / membunyikan perkataan tanpa membatang suku kata. Contohnya; guru memberikan suku kata perkataan yang diceraikan dan murid mencantumkan supaya menjadi satu perkataan yang lengkap. Guru menyebut suku kata dan murid-murid perlu membulatkan suku kata berdasarkan sebutan guru.

iii. Membaca frasa dan ayat: membaca frasa. membaca ayat yang lengkap. Contohnya; guru menunjukkan gambar dan murid-murid diminta membacapilihan ayat dan seterusnya meletakkan ayat yang sesuai di tempat kosong. Murid-murid diminta menyusun perkataan mengikut susunan ayat yang betul.

iv. Menggunakan bahan bantu belajar untuk melaksanakan kaedah fonetik: Membina bahan bantu belajar. Gunakan bahan bantu tersebut untuk melaksanakan kaedah fonetik. Contohnya; bahan: set bacaan bergred. Menggunakan bahan bantu belajar.

5.0KEKUATAN DAN KELEMAHAN KAEDAH KAEDAH :

5.1Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK )5.1.1Kekuatan Kaedah Gabungan Bunyi Kata ( KGBK )a) Sesuai dengan susun Bahasa Melayu kerana Bahasa Melayu terdiri daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinyab) Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharuc) Kaedah ini mudah dikendalikand) Tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta memberi keyakinan kepada murid

5.1.2Kelemahan Kaedah gabungan Bunyi Kata (KGBK ) a)Kanak-kanak tidak memahami apa yang dibaca kerana terlalu mementingkan pengejaanb) Bacaan kurang lancarc) Kaedah ini dikatakan bertentangan dengan kehendak pendidikan dan psikologi kerana pengajaran ini tidak secara keseluruhand) Boleh membosankan murid-murid yang kurang pandai terutama apabila mereka diberi latih tubi yang berlebihan .

5.2Kaedah Seluruh Perkataan5.2.1Kekuatan Kaedah Seluruh Perkataana) Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa kanak-kanak kerana mereka mempelajari sesuatu cara keseluruhan dan bukan bahagian- bahagiannyab) Dapat menarik minat kanak-kanak kerana penggunaan kad-kad bergambarc) Kanak-kanak memahami apa yang dibaca oleh merekad) Penyebutan bunyi yang betul dapat dilatih sejak kecil lagi

5.2.2Kelemahan kaedah Seluruh Perkataana) Perbendaharaan kata kanak-kanak terbatas .b) Kanak-kanak tidak mengenali huruf secara formal kerana lambat mengenal bunyi dan suku kata .c) Kaedah ini hanya sesuai bagi kanak-kanak yang pandai .d) Kkanak-kanak tidak pandai mengeja.

5.3Kaedah Fonik5.3.1Kekuatan Kaedah Fonika) Huruf yang dilihat dapat dikaitkan dengan bunyi oleh murid.b) Penggunaan asosiasi dapat mempercepatkan proses mengingat.c) Murid dapat mengurangkan beban memori.d) Terdapat huruf-huruf tertentu yang lebih mudah boleh diperkenalkan dahulu

5.3.2Kelemahan kaedah fonika) Kaedah ini memerlukan murid-murid menghafal bunyi huruf yang kurang bermakna pada mulanyab) Masa agak panjang bagi mereka untuk mengenal semua bunyi huruf dan suku kata sebelum aktiviti membacac) Kaedah ini lebih sesuai digunakan kepada murid yang telah mahir menyebut dan mengingat bunyi huruf yang telah diajarkan.

6.0RUMUSANDengan menggunakan KGBK kata ini murid-murid berasakan satu kelainan dan mereka sudah mampu untuk membaca buku cerita yang mudah. Keyakinan murid-murid dapat ditegarkan supaya kemahiran asas ini dapat dikuasai. Kaedah Gabungan Bunyi-kata mampu mempercepatkan penguasaan kemahiran menulis murid. Hal ini dibuktikan dengan kejayaan murid-murid yang kini mampu membaca dengan lancar buku cerita mudah termasuklah buku cerita yang mempunyai suku kata tertutup. KGBK menggabungkan aktiviti membunyikan huruf, membunyikan suku kata dan dengan membina (membaca) perkataan dan seterusnya frasa/ayat dalam satu unit pengajaran. Pada akhir pelajaran kedua dan seterusnya murid boleh membaca perkataan, frasa atau ayat yang bermakna. Hal ini akan menyebabkan murid berasa seronok belajar. Apabila diikuti dengan aktiviti menulis dalam setiap akhir pelajaran, murid akan menguasai kemahiran membaca dan menulis serentak. Tegasnya, murid tidak perlu mengenal dan menghafal semua huruf sebelum belajar membaca dan menulis.KGBK membolehkan pembinaan dan susunan bahan pengajaran-pembelajaran dibuat secara berturutan dan berkembang secara sistematik daripada yang mudah kepada yang sukar. Hal ini memudahkan murid belajar membaca dan menulis. Haruslah diingat bahawa KGBK adalah fasa pertama untuk memudahkan murid mula belajar membaca. Setelah asas awal membaca dikuasai oleh murid, dan murid boleh membaca sendiri ayat dan cerita mudah, maka fasa seterusnyaialah murid diberi dorongan dan peluang membaca berbagai bahan bacaan: cerita, puisi, dan buku pilihan, supaya mereka terus membaca sendiri, dan tertanam tabiat dan minat membaca. Jika ini berlaku, ia akan menjadi bekalan dan asas untuk pendidikan sepanjang hayat.

7.0 Bibliografi

1. Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Tanjung Malim: Quantum Books.2. Azman Wan Chik (1979). Mengajar Bahasa Malaysia. Jilid 1: Perkaedahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.3. Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaan Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.4. Isahak Harun (2004). Laporan Kajian Awal Membaca Bahasa Melayu. Tanjung Malim: UPSI.5. Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 1. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.6. Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 2. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

2