Assg EDU3043.docx

25
EDU3043 2015 Bi l. Persekitaran pembelajaran kondusif Aspek Persekitaran pembelaran tidak kondusif 1. Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria dan mampu memberikan pengalaman yang menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid. Fizikal Persekitaran yang tidak teratur dan tidak menarik serta membahayakan murid – murid. 2. Mempunyai suasana yang selesa, komunikasi terbuka, pekongsian idea. Psiko - sosial Mempunyai suasana yang tidak mesra, tidak berlaku perbincangan. 3. Guru membentuk peraturan yang bersesuaian dengan psiko – sosial murid – murid. Peraturan bilik darjah Guru tidak menetapkan peraturan atau menetapkan peraturan yang kurang sesuai kepada murid – murid. 4. Mempunyai jadual tugas membersihkan kelas Rutin bilik darjah Tidak mempunyai jadual tugas 5. Guru mengamalkan etika guru yang baik Kepimpinan guru Guru tidak mengamalkan etika 1

description

PERANAN GURU DALAM MEWUJUDKAN PERSEKITRAN PEMBELAJARAN KONDUSIF BERDASARKAN ANJAKAN KE-7,PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM 2013 – 2025)

Transcript of Assg EDU3043.docx

EDU3043

EDU30432015

Bil.Persekitaran pembelajaran kondusifAspekPersekitaran pembelaran tidak kondusif

1.Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria dan mampu memberikan pengalaman yang menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid.FizikalPersekitaran yang tidak teratur dan tidak menarik serta membahayakan murid murid.

2.Mempunyai suasana yang selesa, komunikasi terbuka, pekongsian idea.Psiko - sosialMempunyai suasana yang tidak mesra, tidak berlaku perbincangan.

3.Guru membentuk peraturan yang bersesuaian dengan psiko sosial murid murid.Peraturan bilik darjahGuru tidak menetapkan peraturan atau menetapkan peraturan yang kurang sesuai kepada murid murid.

4.Mempunyai jadual tugas membersihkan kelasRutin bilik darjahTidak mempunyai jadual tugas

5.Guru mengamalkan etika guru yang baik dan menjadi qudwah yang baik kepada murid - muridKepimpinan guruGuru tidak mengamalkan etika guru yang baik

Perbandingan antara persekitaran pembelajaran kondusif dan persekitaran pembelajaran tidak kondusif

Menurut Hasfarina Abas, persekitaran pembelajaran kondusif adalah tempat pelajar dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pelajaran (Hasfarina Abas, 2012). Secara am, persekitaran pembelajran merangkumi dua aspek; fizikal dan psikososial (Cheong Lean Keow, 2009)

Maka, pengurusan fizikal bilik darjah juga perlu diberi perhatian oleh guru. Guru bertanggungjawab menyediakan persekitaran fizikal bilk darjah yang efektif bagi membantu perkembangan murid dalam pembelajaran (Hasfarina Abas, 2012). Persekitaran fizikal berperanan sebagai keselamatan dan perlindungan di mana tempat PdP selamat daripada sebarang bahaya, kontek sosial yang merujuk kepada susun atur meja yang membolehkan berlakunya interaksi di dalam kelas tersebut, identifikasi simbolik merangkumi maklumat mengenai guru dan pelajar di dalam kelas tersebut, penyempurnaan tugas merujuk kepada tugasan dan aktiviti yang akan dikendalikan dalam bilk darjah, keseronakan iaitu bilik darjah yang menarik dan akhir sekali, pertumbuhan dan perkembangan di mana bilik darjah merupakan satu rumah kecil yang memberi peluang murid-murid meneroka (Cheong Lean Keow, 2009). Persekitaran fizikal bilik darjah seperti keluasan ruang dan susun atur perabut perlu sesuai dengan kapasiti pelajar kerana bilangan pelajar yang melebihi kapasiti yang sepatutnya boleh menyebabkan suasana dalam bilik kurang selesa (Mok Soon Sang, 2011)

Psiko-sosial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Persekitaran psiko-sosial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri antaranya seperti suasana selesa, komunikasi terbuka, perkongsian idea dan lain-lain lagi (Putra Namza, 2011). Persekitaran psikososial merujuk kepada keprihatinan guru terhadap kebajikan murid-murid dalam kelas yang diajar (Cheong Lean Keow, 2009)

Faktor psikosial yang siat dalam pengurusan bilk darjah ialah pendekatan pengajaran, gaya kepimpian guru, bentuk komunikasu dan corak interaksi yang diwujudkan oleh guru (Hasfarina Abas, 2012). Persekitaran bilik darjah dalam aspek Psikososial lebih dikenali sebagai iklim bilik darjah. Iklim bilik darjah yang sihat mengamalkan hubungan sesama murid, hubungan guru dengan murid, semangat bekerjasama, tolong-menolong, toleransi, berbaik sangka, penerimaan, penghargaan dan rasa selamat (Cheon Lean Keow, 2009). Guru memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan iklim bilik darjah yang sihat. Kepimpinan dan keupayaan guru untuk menguruskan hubungan dalam bilik darjah, penyediaan rutin bilik darjah, pelaksanaan peraturan bilik darjah secara adil serta bahasa dan bentuk komunikasi dan interaksi yang diamalkan membawa kepada pewujudan persekitaran psikososial yang membantu pembelajaran (Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel, 2009).

Oleh itu, bagi menguruskan keperluan psikososial setiap murid, guru perlulah menjadi seorang guru yang asertif. Mengikut Model Disiplin Asertif Canter, pendekatan yang terbaik untuk menguruskan bilik darjah adalah dengan menggunakan pendekatan asertif. Guru asertif mempunyai matlamat yang jelas dengan pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan dan pada masa yang sama akan bersikap adil kepada semua murid (Cheon Lean Keow, 2009). Jika seorang guru ini konsisten bersikap asertif ini dapat membantu membina persekitaran yang tenang dan menyokong perkembangan pembelajaran dan psikososial murid.

Pada umumnya, murid sekolah rendah mula berdikari namun mereka masih memerlukan pemantauan. Pada peringkat ini, mereka suka diberi perhatian dan menunjukkan respon yang positif apabila diberi insentif atau hadiah. Menurut Erik Erison, kanak-kanak pada peringkat ini mula mendapat pengalaman baharu dan berfokus kepada pembelajaran pengetahuan dan kemahiran baharu (Mok Soon Sang, 2001). Namun, murid pada peringkat ini memerlukan struktur dan prosedur-prosedur kerja yang jelas agar mereka boleh berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru perlulah membina peraturan dan prosedur untuk mentadbir aktiviti dalam bilik darjah. Peraturan merupakan pernyataan yang menentukan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh murid (Cheon Lean Keow, 2009). Contoh peraturan yang biasa ditemui ialah setiap murid perlulah mempunyai rasa hormat, mesra dan bersifat membantu rakan-rakan mereka, murid perlu menyiapkan tugasan mereka dan murid perlu mengangkat tangan mereka jika mahu menjawab sebarang pertanyaan. Contohnya, dalam gerak kerja kumpulan, seorang guru berjaya mengawasi dan berinteraksi dengan semua kumpulan kecil walaupun pada ketika itu dia sedang mengajar kumpulan yang tertentu. Dengan kepekaan ini, seorang guru berupaya menjangka masalah yang akan timbul dan selalunya dapat menghalang masalah daripada menjadi semakin serius.Selain itu, guru juga akan membentuk rutin di dalam bilik darjah untuk aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Rutin ialah prosedur atau langkah-langkah yang mesti diikuti oleh murid dalam aktiviti spesifik mereka (Cheon Lean Keow, 2009). Rutin bertujuan melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh amalan rutin ialah guru mengambil kehadiran setiap hari, cara mengedar dan menyimpan bahan pengajaran, membentuk kumpulan dalam kelas, menghantar buku latihan atau kerja rumah dan lain-lain. Setiap rutin yang dibentuk hendaklah sentiasa dipantau dan diberi peneguhan sehingga prosedur-prosedur ini menjadi satu budaya dalam kalangan murid dan seterusnya menjadi suatu budaya di sekolah tersebut (Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel, 2009). Untuk mendapatkan hasil yang efektif lagi, guru bolehlah mengaplikasikan Model Akibat Logikal Dreikurs di mana menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.

Semasa menguruskan bilik darjah, guru memainkan pelbagai peranan penting. Bilik darjah merupakan sebuah komuniti kecil dan menjadi tempat di mana seorang guru dan sekumpulan pelajar saling berinteraksi. Oleh itu, menjadi tanggungjawab seorang guru untuk menguruskan bilik darjah dengan bantuan murid-murid. Dalam usaha ke arah menyediakan persekitaran yang kondusif, guru perlulah mengambil kira ciri fizikal sesebuah bilik darjah, faktor emosi dan sosial serta peraturan dan rutin yang dilaksanakan. Melalui persekitaran bilik darjah yang kondusif ini, guru dapat melahirkan pelajar yang lebih berdisiplin dan suasana harmoni dalam bilik darjah dapat diwujudkan. Selain itu pembentukan suasana bilik darjah yang ceria dan menyeronokkan secara tidak langsung dapat mengurangkan gejala ponteng sekolah. Pengurusan bilik darjah yang berkesan mampu meningkatkan kualiti pelajar yang akan dilahirkan oleh institusi pendidikan, sekaligus dapat mengurangkan masalah sosial yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

PERANAN GURU DALAM MEWUJUDKAN PERSEKITRAN PEMBELAJARAN KONDUSIF BERDASARKAN ANJAKAN KE-7,PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM 2013 2025)

Mengenai Anjakan ke-7 di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 2025)

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, terdapat 11 anjakan yang telah dikemukakan. Anjakan ketujuh iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Untuk mengurangkan jurang digital yang berlaku antara pelajar di bandar dengan di luar bandar, kerajaan ingin mengambil langkah dalam menambahbaikkan sistem pendidikan. Salah satu langkah iaitu menyediakan murid dengan kemahiran dan pengetahuan untuk belajar dengan berkesan dan hidup secara produktif dalam dunia global dan digital. Hal ini adalah baik terhadap negara supaya menjadi sebuahnegara yang lebih canggih pada masa depan dengan mendidik pelajar-pelajar menjadi individu yang dapat membantu negara. Tetapi, kerajaan haruslah menetapkan umur yang sesuai untuk membelajari ICT untuk mengelakkan penyalahgunaan teknologi tersebut seperti memain pemainan komputer melalui internet dan lain-lain.

Melalui Anjakan ke-7, PPPM 2013-2015; Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggariskan kandungan ICT dalam pendidikan telah dibahagikan kepada 3 gelombang. Gelombang pertama yang akan berlaku pada tahun 2013 hingga 2015 dengan tujuan mempertingkatkan asas ICT. Gelombang kedua dijangkakan berjalan pada tahun 2016 hingga 2020 iaitu untuk memperkenal inovasi dalam ICT dan gelombang terakhir dijangka bermula pada tahun 2020 hingga 2025 dengan bertujuan mengekalkan penggunaan meluas sistem ICT yang inovatif. Gelombang-gelombang tersebut agak baik kerana ada mengikut peringkat iaitu ia dilaksakan dari tahap asas supaya setiap pelajar dapat mempunyai kemahiran asas dan seterusnya barulah dapat merangsang inovasi dalam ICT dan menggunakannya dengan luas.

Peranan guru dalam penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Menurut Unit Komputer Dalam Pendidikan Pusat Perkembangan Kurikulum (2011), telah mendefinisikan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan ketika Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

Dalam konteks penggunaan ICT dalam PdP, tiada satu cara pun boleh dikata sebagai terbaik dan mesti digunakan. Pendekatan terbaik yang sebenarnya ialah penggunaan ICT sesuai dengan keperluan murid, serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah. Penggunaan ICT dalam PdP dapat dilihat dari dua aspek, iaitu aspek pengajaran (guru mengguna ICT), dan aspek pembelajaran (murid mengguna ICT). Dalam konteks pembelajaran, penggunaan ICT dalam PdP boleh dikategorikan sebagai tutorial, penerokaan (ekspotori), aplikasi dan komunikasi. Dalam konteks pengajaran pula, ICT boleh diguna sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi.

Peranan 1 : Guru menjadikan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) lebih ceria dan dapat memberikan pengalaman yang menyoronokkan kepada pelajar melalui penggunaan ICT.

Umumnya, dalam kelas pengajaran secara tradisional yang menggunakan pendekatan tingkah laku, pelajar dianggap sebagai penerima yang pasif (Hooper S. H. & Riber L. P., 1999). Biasanya pengajaran guru adalah dalam bentuk syarahan, dengan guru menulis nota di papan hitam dan memberikan lembaran kerja kepada pelajar untuk disiapkan. Seiring dengan zaman digital dan globalisasi ini, perkembangan tekonologi maklumat dan komunikasi menuntut agar perubahan dibuat ke atas kaedah mengajar dan belajar. Ketika ini, guru perlu membangunkan peranan mereka bagi memastikan Pengajaran dan Pembelajaran bergerak seiringan dengan kemajuan ICT.

Peranan guru adalah menggunakan kemudahan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran agar perbelajaran lebih interaktif dan seronok.

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) adalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) merupakan salah satu cara untuk meningkatkan kesoronokan ketika PdP (Papert, 1996). Menurut Tan Sri Muhyiddin, penggunaan ICT dalam proses PdP telah membolehkan pembelajaran interaktif, yang lebih berkesan dan merangsang minda (Kosmo Online, April 14, 2010). ICT menawarkan pendekatan baru untuk belajar dan penguasaan baru. Oleh itu, kanak-kanak perlulah didedahkan kepada ICT dengan cara bermakna. Guru boleh menggunakan komputer, laptop, LCD projektor, cakera padat dan pelbagai elemen ICT lain dijadikan sebagai bahan bantu mengajar yang dapat menarik dan meningkatkan kecenderungan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti pembelajaran.

Menyedari perkembangan fizikal dan mental murid murid di sekolah, yang rata- ratanya adalah terdiri daripada golongan Gen Y dan Gen Z, di mana mereka membesar seiringan dengan perkembangan ICT, pihak Kementerian Pendidikan menyedari betapa pentingnya dunia langit terbuka ini kepada mereka. Justeru itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil inisiatif memberi kemudahan melayari internet dalam program Pemberian Netbook 1 Malaysia bagi pelajar luar Bandar. Menurut mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu majlis di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Lanas pada 7 Nov 2010, Program ini merupakan salah satu inisiatif yang telah menelan belanja sebanyak satu juta unit bernilai RM1 bilion kepada pelajar. Program ini untuk merapatkan jurang digital merangkumi segala aspek teknologi maklumat dan komunikasi," katanya ketika ditemui selepas program itu. (Utusan Malaysia, November 7, 2010)

Guru memainkan peranan penting bagi memastikan bagi memastikan ICT digunakan secara interaktif (Delcourt & Kinzie, 1993) Selain menggunakan perisian aplikasi PowerPoint Presentation dan penggunaan LCD sebagai bahan bahan bantu mengajar di dalam kelas, penggunaan ICT akan lebih menarik apabila guru memberikan kerja sekolah dalam bentuk ICT, sebagai contoh; guru boleh memberi tugasan seperti, mencari data Perdana-Perdana Menteri Malaysia di Google atau menonton satu filem animasi pendek seperti filem animasi Pada Zaman Dahulu dari Youtube dan buat ringkasan daripada animasi tersebut tersebut beserta pengajarannya. Melalui aktiviti ini, murid akan berasa seronok dan dapat meneroka sendiri dunia di hujung jari ini dan aspek-aspek seperti integerasi kemahiran generik, pembelajaran akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri (self acess, self paced, and self directed) akan berkembang (Zailan, 2013)

Justeru, guru perlu bijak dan kreatif dalam penggunaan ICT ketika PdP agar agar PdP lebih interaktif dan ceria sekaligus mewujudan suasan pembelajaran yang kondusif.

Peranan 2 : Guru berperanan mengasah kemahiran berfikir pelajar secara krearif dan kritis melalui penggunaan ICT

Dalam era globalisasi, instituisi sekolah dituntut mengeluarkan pelajar yang berfikir, berkemahiran dan menguasai ilmu pengetahuan selaras dengan hasrat Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai (Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), 2012)

Sehubungan dengan itu, di samping menyediakan ilmu pengetahuan berkaitan ICT kepada pelajar, para guru boleh menerapkan nilai tambah lain seperti kemahiran berkomunikasi dan saling bertukar idea dan pandangan. Pembelajaran ICT lebih menggunakan pendekatan konstruktivisme yang berasaskan pengalaman sebenar dalam kehidupan seharian (Nur Sakinah Mohamad, 2007). Guru perlu bijak menyusun aktiviti ICT bagi merangsang semangat inkuiri mereka dan guru perlu membimbing mereka sehingga tercapai objektif sesuatu objektif (Hooper S. H. & Riber L. P., 1999).

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (PdP), ada empat kategori penggunaan ICT dalam PdP antaranya adalah pembelajaran penerokaan (Unit Komputer Dalam Pendidikan Pusat Perkembangan Kurikulum 2011). Dalam pembelajaran penerokaan, murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui ICT. Pendekatan ini serasi dengan pendekatan konstruktivisme. Guru boleh mebuat aktiviti pembelajaran yang berbentuk inkuari penemuan dan pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar (Nur Sakinah Mohamad, 2007). Selain itu, aktiviti yang berkaitan Kajian Masa Depan serta aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi. Sebagai contoh, guru boleh membuat simulasi maya pembedahan katak Virtual Frog Disection Kit Version 2.0 yang dibangunkan oleh Lawrence Berkley National Laboratory bagi kelas Biologi. Manakala, murid murid di dalam Kelas Geografi, boleh merujuk kepada World Facts Book di laman web Central Intelligence Agency (CIA) atau merujuk ensiklopedia dalam talian seperti Encarta.

Satu kajian untuk mengenal pasti satu kaedah mengajar yang sesuai untuk mempromosikan budaya dan kemahiran ICT di kalangan pelajar sekolah. yang telah dijalankan oleh Robiah Sidin dan Nor Sakinah Mohamad dalam kajiannya yang bertajuk ICT dalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran dalam Pembaharuan Pedagogi. Satu sekolah di Bentong Pahang sebagai bahan kajian. Kajian ini dibuat Eksperiman yang melibatkan dua kumpulan, satu kumpulan rawatan yang diajar subjek literasi computer bertajuk pembinaan laman web, mengikut kaedah perantis, manakala kumpulan kawalan ialah kumpulan pelajar diajar dengan kaedah tradisional yang menjurus kepada prinsip-prinsip serta menjlankan langkah-langkah oleh guru satu persatu. Dapatan kajian jelas menunjukkan prinsip dan pendekatan konstruktivisme jelas menunjukkan terdapat perbezaan dalam tahap pencapaian murid. Di mana, kumpulan rawatan lebih aktif bertanya, mereka bentuk dan mempunyai idea yang lebih mencapah berbanding dengan kumpulan kawalan yang hanya merujuk nota dan langkah-langkah yang diberi oleh guru. Maka, melalui penggunaan ICT juga pelajar akan lebih banyak berkomunikasi samada dengan guru dan dengan rakan sekumpulan.

Kelebihan menggunakan ICT untuk Pembelajaran Penerokaan adalah berupaya meningkatkan pencapaian dalam pengajaran, pelajar didapati menggunkan pemikiran aras tinggi, tidak hanya menghafal fakta-fakta sahaja, bekerjasama antara satu sama lain semasa menyelesaikan masalah dan seterusnya lebih berdikari dan betanggungawab terhadap pembelajaran (Nur Sakinah Mohamad, 2007). Ini bertepatan dengan kehendak PPPM 2013-2025 yang menggariskan kemahiran berfikir kreatif dan kritis dan dapat mengaitkan dengan pelbagai disiplin ilmu dalam kehidupan seharian mereka (Kementerian Pendididikan Malaysia, 2012). Daripada perspektif guru pula , kekuatan pendekatan konstruktivisme ini kerana ia boleh memberi tumpuan kepada proses pembelajran agar ia berjalan lancer dan peranannya adalah tidak hanya menyampaikan pengetuan kepada pelajar (Hooper S. H. & Riber L. P., 1999). Justeru, pengajaran dan pembelajaran mejadi lebih kondusif dan bermakna.

Peranan 3 : Guru berperanan dalam menerapkan persekitaran pembelajaran maya (VLE) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Apabila kita bercakap tentang persekitaran pembelajaran maya, minda kita akan segera terbayang akan pembelajaran maya, pembelajaran atas talian tanpa guru, tanpa kelas, tanpa buku-buku, tanpa beg yang berat dan pembelajaran yang sangat hebat. Malah apabila ditanya kepada kanak-kanak tentang suasana pembelajaran maya, kemungkinan mereka akan membayangkan papan sesentuh digital yang menggantikan papan tulis, tablet yang menggantikan buku-buku, membuat kerja sekolah melalui tablet sahaja dan berbagai lagi andaian apabila kita menyebut tentang, Persekitaran Pembelajaran Maya.

Persoalannya, sudah wujudkah 'Persekitaran Pembelajaran Maya ini di Malaysia? Kementerian Pelajaran Malaysia, telah menggariskan aspek dalam Anjakan 7 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) agar meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet bagi ksemua 10,000 sekolah menjelang 2013 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012). Dalam masa yang terdeat, semua murid akan mepunyai akses kepada rangkaian 4G di sekolah melalui 1BestariNet. Rangkaian ini akan bertindak sebagai asas kepada pembinaan landasan pembelajaran maya yang dapat digunakan oleh guru, murid dan ibu bapa untuk berkongsi sumber pembelajaran, melaksanakan pembelajran secara interaktif dan berkomomikasi secara maya (Frogasia, 2014). Justeru itu, tugas guru adalah menggunakan kemudahan ini dengan sebaiknya. Menurut Papert, (1996) pembelajaran ini membawa impak yang signifikan kepada proses pengajaran. Ia menyediakan satu opsyen baru untuk mengukuhkan dan menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bayangkan Virtual Learning Environment (VLE) sebagai Intranet, bilik darjah online dan ruang sosial di sekolah, di bawah satu bumbung. Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) adalah sistem pembelajaran berteras laman web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsep virtual dalam pendidikan konvensional (Saiful Afzan Baru, Lazim Abdullah, Azwadi Ali, Hafiz Yusof, 2014). Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secara virtual. Manakala pelajar boleh menghantar kerja sekolah dan melihat markah melalui VLE. Guru-guru juga boleh mendapat bahan-bahan interatif untuk melalui Perpustakaan Video Guru Terbaik menyampaikan pengajaran dalam mata pelajaran kritikal pada 2013.

Melalui satu kajian yang dilakukan oleh pelajar Universiti Malaysia Terengganu bagi mengukur penerimaan teknologi di sebuah sekolah di Pulau Pinang (Saiful Afzan Baru, Lazim Abdullah, Azwadi Ali, Hafiz Yusof, 2014). Hasil daripada kajian menunjukkan Jangkaan Usaha adalah peratus tertinggi dalam model. Ini menujukkan bahawa pelajar mempunyai usaha yang positif di mana ia membantu mereka memberikan tingkah laku yang positif menggunakan teknologi. Ini boleh ditafsirkan bahawa mereka mempunyai minat untuk menggunakan teknologi dan berusaha agar lebih mahir (Burnett, 2010).

Justeru, guru berperanan dalam menerapkan persekitaran pembelajaran maya (VLE) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) selaras dengan perincian dalam anjakan 7, PPPM agar mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan maju sebaris dengan negara-negara membangun lain.

Peranan 4 : Kepimpinan guru dalam mengintegerasikan ICT ke dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Dalam menelusuri pascamodenisasi ini,tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar ataugurubukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga perlu merekabentuk pengajaran yang berkesan (Sharifah Nor Puteh & Kamarul Azman Abd Salim, 2011). Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memerangsangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Maka, dalam menentukan kaedah pembelajaran masa kini, para guru perlu bersikap kreatif dan inovatif serta meneliti perkembangan dunia ICT yang kian berkembang pesat (Kosmo Online, April 14, 2010). Oleh itu para guru perlu sentiasa bersaing dengan teknologi maklumat terkini sambil menjelajah dunia IT serta melengkapkan diri dengan ilmu IT. Salah satu inovasi yang perlu diambil perhatian oleh guru adalah kepelbagaian dalam kaedah penyampaian maklumat kepada pelajar yang berada dalam ledakan ICT (Kinzie, 1993). Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran masa kini menjurus kepada intergrasi ICT dalam setiap matapelajaran. Pengintergrasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilakasanakan melalui dua pendekatan iaitu belajar tentang ICT dan belajar dengan ICT di mana pelajar dan guru perlu mahir dalam pedagogi yang melibatkan penggunaan ICT.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia yakin penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah mudah dilaksanakan dengan penumpuan kepada penguasaan di kalangan guru-guru. Menurut beliau lagi, pendedahan melalui kursus berterusan kepada pentadbir sekolah, pengetua dan guru-guru dalam mewujudkan golongan celik komputer telah menunjukkan kesan ketara kepada perkembangan ICT di Malaysia (Utusan Melayu, Disember 12, 2012).Menurutnya lagi, kajian British Commonwealth Group (BCG) 2008 dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU) berkaitan Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia menunjukkan wujudnya peningkatan kesedaran dan kreativiti di kalangan guru dan murid dalam penguasaan ICT (Utusan Melayu, Disember 12, 2012).. Timbalan Perdana Menteri itu juga berkata dalam pertemuan yang lain, kini menjadi cabaran kepada guru yang berperanan sebagai fasilitator bagi memastikan, penggunaan ICT yang membawa kepada pelbagai bentuk kemajuan itu dapat dicapai. Pada masa sama, beliau juga sentiasa mengingatkan para guru bahawa teknologi itu adalah alat interaksi di dalam kelas di mana murid-murid juga perlu diutamakan di samping penggunaan ICT dalam pembelajaran. ( Utusan Online, 2010)

Tidak dinafikan bahawa pengajaran menggunakan ICT merupakan satu strategi menyeluruh dalam menentukan tahap pencapaian murid. Namun begiru, gaya pembelajaran guru memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Menurut Burnett (2010), Penggunaan ICT hanyalah merupakan satu alat yang boleh membantu guru dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, hanya dengan kepimpinan guru dalam mengintegerasikan ICT ke dalam Pengajaran dan Pembelajaran akan menjadikan persekitaran pembelajaran lebih teratur dan kondusif.

Peranan 5 : Peranan guru untuk menggunakan ICT dalam aspek pengurusan dan penyimpanan maklumat murid

PPPM 2013-2015 telah membuat pembaharuan besar kepada sektor pendidikan di negara ini. Melalui anjakan 7, ICT dalam pendidikan telah dibahagikan kepada 3 aspek, iaitu aspek pembelajaran, penilaian dan pengurusan. Sesebuah sekolah atau organisasi mesti berani membuat perubahan dengan keluar daripada model hirarki yang mekanistik agar organisasi dapat memaksimumkan keupayaan bertindak menyesuaikan diri dengan perubahan, (Lokman bin Mohd Tahir & Azizah binti Ismail @ Besar, 2012). Memetik kata-kata Tuan Haji Haliza bin Mohd Adnan, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Aplikasi Bestari, Bahagian Teknologi Pendidikan, antaranya adalah pentingnya bagi para guru menyediakan mindset terbuka dalam penerimaan teknologi dalam pendidikan dalam semua aspek bagi melancarkan pembangunan pendidikan negara (Lokman bin Mohd Tahir & Azizah binti Ismail @ Besar, 2012).

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat pengintegrasian data pendidikan di negara ini dengan memperkenalkan satu sistem baru yang menggunakan ICT sepenuhnya iaitu Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) merupakan aplikasi yang mengautomasi dua bidang utama di sekolah iaitu pengurusan danpentadbiran pendidikan serta pengajaran dan pembelajaran (PdP), (Sektor Operasi Pendidikan, 2015).

Melalui Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) ini, beban tugas guru dapat dikurangkan kerana proses kerja jelas, cekap dan terurus kerana segala data hanya perlu di masukkan ke dalam SPS tanpa menggunakan berhelai-helai kertas dan menjaga data murid-murid daripada hilang, diambil tanpa kebenaran dan sebagainya. Selain itu, murid-murid dan ibu bapa boleh melihat sendiri rekod-rekod murid tanpa perlu berjumpa dengan guru melalui rekod-rekod yang di muat naik oleh guru kelas ke dalam SPS (Bahgaian Teknologi Pendidikan, 2013). Hal ini menjadi sumber rujukan kepada mereka untuk mengambil tindakan susulan seperti menghantar anak mereka ke kelas tuisyen, merujuk ahli professional seperti pakar perubatan, ahli psikologi (Cheong Lean Keow, 2009).

Justeru, guru perlu menggunkan sebaiknya teknologi yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menjadikan persekitaran pembelajaran lebih kondusif dan tersusun.

KesimpulanSecara kesimpulannya, Penggunaan ICT dalam pendidikan berupaya meningkatkan potensi diri seseorang pelajar itu dalam pembelajaran terutama bagi mata pelajaran sains. Hal ini demikian kerana, penggunaan teknologi yang terkini mampu untuk meningkatkan kefahaman pelajar terutama pelajar yang belajar secara konkrit. Oleh hal yang demikian, guru sepatutnya melengkapkan diri mereka tentang pengetahuan yang berkaitan dengan ICT. Ini kerana perubahan teknologi telah meningkatkan tuntutan terhadap tugas sebagai seorang guru walaupun terpaksa berhadapan dengan persoalan adakah mereka mampu untuk mengguna dan mengintergrasi ICT dalam pengajaran mereka di samping membimbing pelajar menguasai aras-aras pengetahuan tinggi. Tidak dapat dinafikan bahawa dalam mengintegrasikan ICT dalam pendidikan guru berhadapan dengan pelbagai cabaran antaranya kekangan untuk menghabiskan silibus, kekurangan kemudahan, kemahiran dan bahan sokongan. Bagi mengatasi cabaran-cabaran ini pelbagai usaha akan dilaksanakan. Namun, usaha-usaha yang bakal diambil oleh pihak sekolah haruslah disertai dengan keterbukaan guru dalam menerima pembaharuan dan cabaran baru.

Rujukan

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). (2012). Retrieved 3 31, 2015, from Laman Web Rasmi Bahagian Kurikulum Pendidikan: http://apps2.moe.gov.my/kurikulum/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=311&Itemid=477&lang=en&showall=1Abas, H. (2012). Pengurusan Bilik Darjah. Journal MFP, 20-32.Burnett, C. (2010). Technology and Literacy in Early Childhood Educational Setting : A review and research. Journal of Early Childhood Literacy, 247.Frogasia. (2014). Tentang Kami. Retrieved 3 26, 2015, from frogasia: http://www.frogasia.com/v3/tentang-kami/?lang=msHaliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar.Hooper S. H. & Riber L. P. (1999). Teaching, instruction and technology. In A. O. Behar-Horensten, Cotemporary Issues in Curiculum (pp. 252-264). Boston: Allyn and Bacon.Keow, C. L. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingksh Laku. Selangor: U.G Press Sdn. Bhd.Kinzie, M. B. (1993). Computer Technologies in Teacher Education : The measuremnet of attitudes and self-efficacy. Jouralof Reasearch and Development in Education, 27(1), 35-41.Kurikulum, U. K. (2011). Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.Lokman bin Mohd Tahir & Azizah binti Ismail @ Besar. (2012). Kemahiran Penggunaan Komputer dalam Kalangan Guru Besar di Kuala Terengganu. Jurnal Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, 8.Malaysia, K. P. (2012). Laporan Awal - Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.Malaysia, K. P. (2012). Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: KPM.Malaysia, U. (2010). 1,500 Pelajar di Jeli Terima Sumbangan Netbook 1Malaysia. Melayu, U. (Disember 12,2012). Kreativiti, inovasi dalam pendidikan. Methodist, S. (. (2013, 7 10). Apakah 1Bestari dan Frog VLE. Retrieved 3 26, 2015, from SK (P) Methodist: http://mgs2brickfieldskl.blogspot.com/2013/07/apakah-1bestarinet-dan-frog-vle.htmlMohamad, N. S. (2007). ICT dalam Pendidikan: Prospek dn Cabaran dalam Pembaharuan Pedagogi. Jurnal Pendidikan, 14.Namza, P. (2011, 3 7). Perbezaan Bilik Darjah Kondusif dan Tidak Kondusif. Retrieved 3 18, 2015, from putranamza: http://putranamza.blogspot.com/2011/03/hanya-perkongsian-perbezaan-bilik.htmlOnline, K. (April 14, 2010). Keberkesanan Kurikulum Baru Bergantung kepada Keupayaan Guru. Papert, S. (1996). Connected family: Bridging the digital generation gap. Marietta: Longstreet Press.Pendidikan, B. T. (2013). Perancangan pelaksanaan Peluasan Sistem Pengurusan Sekolah sebagai penyelesaian kepada menangani isu beban tugas guru dan pengintegrasian satu data pendidikan KPM. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.Pendidikan, S. O. (2015). Garis Panduan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah.Saiful Afzan Baru, Lazim Abdullah, Azwadi Ali, Hafiz Yusof. (2014). Pemodelan Penerimaan Pelajar Terhadap Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE). Journal of Business and Social Development, 36.Sang, M. S. (2001). Psikologi Pendidikan 1. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Sang, M. S. (2011). Falsafah Pendidikan, Kurikulum & Profesionalisme Keguruan. Selangor: Perpustakaan Kuala Lumpur.Sharifah Nor Puteh & Kamarul Azman Abd Salim. (2011). Tahap Kesedian Penggunaan ICT dalm Pengakran dan Kesannya Terhadap Hasil Kerja dan Tingkah Laku Murid Prasekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia 36(1) : 25-34, 25.Zailan, A. L. (2013, 8 15). Peranan Teknologi Dalam Pendidikan. Retrieved 3 26, 2013, from ainiliyanamohdzailan.wordpress: https://ainiliyanamohdzailan.wordpress.com/about/peranan-teknologi-dalam-pendidikan/18