assigment group.docx

3
Tidak dinafikan bahawa seni persilatan terkenal dengan pantang larang dan adat istiadat yang perlu dipatuhi. Antara pantang larang yang terdapat didalam Silat Seni Gayong ialah semasa berada di dalam gelanggang, murid-murid tidak dibenarkan meludah, memakai alas kaki, bergurau senda, makan dan minum. Pantang larang ini bukanlah diadakan tanpa sebab, hal ini demikian kerana sebelum memasuki gelanggang, semua guru dan murid membuka gelanggang dengan membaca surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas dan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Tidak kurang juga dengan adat istiadat yang terdapat dalam senibela diri ini. Antaranya ialah mandi perlimau, mandi minyak dan khatam keris. Masyarakat sering salah anggap bahawa adat istiadat seperti ini adalah khurafat dan berkaitan dengan pemujaan. Seperti yang terdapat dalam adat istiadat mandi perlimau sama ada sintuk tapak atau sintuk seni, murid dikehendaki untuk mandi sebaldi air yang berisi perahan limau nipis, beberapa kuntum bunga, dan akar sintuk. Seringkali adat mandi perlimau ini di salah anggap untuk membuang bala dan memperoleh nasib yang baik dengan bantuan daripada makhluk halus. Namun begitu, tujuan sebenar mandi perlimau ini untuk memberi kekuatan dalaman seperti semangat dan ketahanan emosi untuk menjalani latihan silat yang agak mencabar. Pemikiran yang sempit serta pengetahuan yang sedikit mengenai seni persilatan menyebabkan masyarakat membuat kesimpulan bahawa adat istiadat dan pantang larang yang ada bertentangan dengan syariat Islam. Masyarakat sedikit pun tidak berfikir bahawa kebanyakan adat dan aktiviti seharian yang dijalankan lebih-lebih

description

semua ALLAH punya

Transcript of assigment group.docx

Tidak dinafikan bahawa seni persilatan terkenal dengan pantang larang dan adat istiadat yang perlu dipatuhi. Antara pantang larang yang terdapat didalam Silat Seni Gayong ialah semasa berada di dalam gelanggang, murid-murid tidak dibenarkan meludah, memakai alas kaki, bergurau senda, makan dan minum. Pantang larang ini bukanlah diadakan tanpa sebab, hal ini demikian kerana sebelum memasuki gelanggang, semua guru dan murid membuka gelanggang dengan membaca surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas dan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Tidak kurang juga dengan adat istiadat yang terdapat dalam senibela diri ini. Antaranya ialah mandi perlimau, mandi minyak dan khatam keris. Masyarakat sering salah anggap bahawa adat istiadat seperti ini adalah khurafat dan berkaitan dengan pemujaan. Seperti yang terdapat dalam adat istiadat mandi perlimau sama ada sintuk tapak atau sintuk seni, murid dikehendaki untuk mandi sebaldi air yang berisi perahan limau nipis, beberapa kuntum bunga, dan akar sintuk. Seringkali adat mandi perlimau ini di salah anggap untuk membuang bala dan memperoleh nasib yang baik dengan bantuan daripada makhluk halus. Namun begitu, tujuan sebenar mandi perlimau ini untuk memberi kekuatan dalaman seperti semangat dan ketahanan emosi untuk menjalani latihan silat yang agak mencabar. Pemikiran yang sempit serta pengetahuan yang sedikit mengenai seni persilatan menyebabkan masyarakat membuat kesimpulan bahawa adat istiadat dan pantang larang yang ada bertentangan dengan syariat Islam. Masyarakat sedikit pun tidak berfikir bahawa kebanyakan adat dan aktiviti seharian yang dijalankan lebih-lebih lagi masyarakat zaman modenisasi kini banyak yang bertentangan dengan perintah ALLAH. Maka perspektif seperti ini perlulah diperbaiki oleh semua pihak agar tanggapan serong mengenai seni persilatan. Meskipun terdapat pelabagai pantang larang dan adat istiadat di dalam seni persilatan, ianya adalah untuk mendisiplinkan para murid silat dan mengekalkan warisan persilatan yang diturunkan oleh Allahyarham Dato Meor Abdul Rahman B. Uda Muhammad Hashim.Seni persilatan merupakan warisan bangsa yang tidak akan ditelan dek zaman modenisasi yang penuh pancaroba ini. Lebih-lebih lagi dengan adanya sokongan daripada golongan remaja belia sejak dari bangku sekolah lagi. Namun begitu, golongan belia zaman kini boleh dikatakan agak manja. Mereka lebih didedahkan dengan permainan video dan gajet-gajet canggih. Siapa lagi yang memanjakan mereka kalau bukan ibu bapa mereka sendiri. Ibu bapa terlalu memanjakan anak mereka sehingga tidak sanggup anak mereka kesakitan apalagi melibatkan diri dalam seni persilatan. Maka tidak hairanlah jika remaja zaman kini dikatakan manja. Jika dibandingkan seni persilatan dengan aktiviti lasak, stamina yang diperlukan bagi kedua-dua aktiviti ini adalah sama. Maka alasan remaja masa kini bahawa silat sukar untuk dipelajari kerana agak ganas dan menyebabkan sakit-sakit badan adalah tidak boleh diterima sama sekali. Mentaliti dan tanggapan mereka itu sendiri yang menyebabkan mereka merasakan sedemikian terhadap seni persilatan ini. Tiada apa yang mudah untuk dipelajari tidak kiralah dari aspek kurikulum atau kokurikulum apatah lagi seni persilatan ini. Jika sakit-sakit badan dijadikan alasan, senibela diri yang lain seperti taek wan do yang popular ini juga memberi kesan yang sama. Maka adalah tidak logik dengan alasan sedemikian maka seni persilatan yang menjadi warisan bangsa ini dipinggirkan oleh anak bangsanya sendiri. Dengan adanya sokongan daripada ibu bapa yang tidak terlalu memanjakan anak-anak mereka dan dorongan untuk mencuba seni persilatan ini, maka isu glamor atau pantang larang serta ganas dan susahnya seni persilatan tidak akan dibangkitkan secara serius oleh para remaja. Mereka malah akan lebih menghargai warisan bangsa ini dan berusaha untuk mempelajarinya kerana warisan seni persilatan ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri.