assigment isu dan cabaran semasa (Autosaved).docx
Transcript of assigment isu dan cabaran semasa (Autosaved).docx
1.0 PENGENALAN
Setiap hari, kita dengar negara jiran ataupun negara kita sendiri menghadapi
masalah ataupun krisis yang bersifat antarabangsa yang selalunya disiarkan di media massa
tidak kira media cetak mahupun media elektronik. Antara topik-topik yang selalu disiarkan
adalah seperti isu peperangan, isu alam sekitar, isu pemerdagangan manusia dan lain-lain
lagi. Dalam hal ini, ianya boleh dikatakan masalah yang bersifat globalisasi. Mungkin ada
pihak yang kurang memahami apakah masalah globalisasi yang sering dikatakan sejak
akhir-akhir ini. Globalisasi sebenarnya bermaksud satu proses untuk meletakkan dunia di
bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi
sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan
dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh
pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi
seperti internet, media elektronik, teknologi siber dan lain-lain lagi.
Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan
negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang
singkat. Teknologi juga menyuburkan kebergantungan antara masyarakat tempatan,
masyarakat nasional dan masyarakat antarabangsa dengan hebatnya yang belum pernah
dialami sebelum ini.
Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan
yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan
ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Hakikatnya globalisasi
itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh
dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia.
Dalam konteks isu globalisasi ini, saya telah memilih satu isu iaitu isu alam sekitar
yang mana ianya melibatkan tentang krisis kekurangan bekalan air bersih yang
sememangnya telah melanda dunia yang kian gering pada hari ini. Sememangnya krisis air
ini telah lama diperkatakan dan saya mengambil peluang untuk mengupas tentang isu
ataupun krisis kekurangan sumber bekalan air bersih di dunia. Sememangnya masalah ini
tidak hanya dialami oleh negara kita sahaja, malahan negara-nagara lain juga turut
mempunyai masalah yang sama.
1
2.0 MENJELASKAN ISU KRISIS AIR SERTA CABARAN YANG DIHADAPI
Kita sedia maklum bahawa Malaysia adalah salah satu negara yang sedang dalam
proses untuk membangun. Malaysia kini, sememangnya diibaratkan seperti berdiri sama
tinggi, duduk sama rendah setanding dengan negara maju yang lain. Tetapi, yang
menghairankannya, krisis air tidak lekang dalam mulut masyarakat Malaysia. Apakah yang
sedang berlaku di Malaysia sehinggakan krisis ini begitu terkenal ?
Apakah yang dimaksudkan dengan air? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. air
bermaksud cecair yang terbentuk daripada dua bahagian keadaan yang murni yang mana
ianya tidak mempunyai warna, bau dan rasa. Air merupakan anugerah Allah SWT yang
sangat penting terhadap kehidupan sejagat. Tanpa sumber air yang mencukupi adalah
mustahil bagi manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup. Penegasan berhubung
kepentingan sumber air telah banyak dinukilkan di dalam al-Quran. Antaranya, sebagaimana
yang telah disentuh di dalam firman-Nya yang bermaksud: "Dan Dia menurunkan air hujan
dari langit, kemudian Dia mengeluarkan dengan air hujan itu pelbagai jenis buah-buahan
yang menjadi rezeki untukmu. Dia juga telah menundukkan bahtera bagimu supaya bahtera
itu belayar di lautan dengan kehendak-Nya, dan Dia telah pula menundukkan sungai-sungai
bagimu" (Surah Ibrahim, ayat 32).
Menurut laporan UNESCO yang dikeluarkan pada tahun 2006, dunia akan
mengalami krisis bekalan air bersih menjelang tahun 2025, sedangkan pada tahun 1991
negara telah digemparkan dengan kekurangan air. Secara umumnya negara kita
mempunyai banyak sumber air. Namun demikian, dewasa ini bekalan sumber air bersih
semakin berkurangan sedangkan permintaan terhadapnya semakin meningkat selari dengan
peningkatan jumlah populasi penduduk. Mungkin timbul persoalan dalam kalangan kita
mengapa situasi sedemikian boleh berlaku sedangkan kita mempunyai sumber air yang
banyak di sekeliling kita serta negara kita adalah negara yang beriklim khatulistiwa yang
mana setiap tahun hujan akan turun dalam purata sebanyak 3000 mm.(sumber Jabatan
Pengairan dan Saliran)
Akan tetapi, jika masalah air berlaku secara berterusan, tiada alternatif lain yang
mampu membantu manusia untuk meneruskan kehidupan. Hal ini jelas membuktikan
bahawa air merupakan satu daripada keperluan yang amat penting dalam kehidupan
manusia. Antara tempat-tempat yang pernah menjadi krisis bekalan air pada masa ketika
2
dulu ialah di Klang pada bulan Fabruari tahun 1998 apabila tiga empangan air di Lembah
Klang iaitu Empangan Klang Gates, Empangan Batu dan Empangan Semenyih mengalami
tahap penurunan air yang kritikal disebabkan fenomena El Nino. Ini menyebabkan
berlakunya kekurangan bekalan air yang melibatkan hampir kesemua penduduk di Lembah
Klang. Krisis ini menyebabkan kerajaan melakukan catuan air yang dibuat sebelum Sukan
Komenwel 1998 di Kuala Lumpur.
Selain itu, krisis air yang berlaku di Durian Tunggal adalah krisis air yang paling
buruk dalam sejarah pada tahun 1991 apabila Empangan Durian Tunggal merupakan nadi
bekalan air Negeri Melaka menjadi kering dalam kemarau yang panjang. Krisis ini dapat
diselesaikan dalam jangka masa pendek dengan membina takungan air untuk dipam ke
Empangan Durian Tunggal.
Dalam menyusuri krisis kekurangan air bersih yang membelenggu negara kita ini.
Terdapat beberapa cabaran ataupun kesusahan yang harus ditempuhi, antara cabaran yang
dihadapi ialah, sesebuah syarikat sukar untuk menghasilakan sebuah kereta yang bersaiz
sederhana, Ini kerana, untuk menghasilakn sebuah kereta, mereka perlu mempunyai 147
ribu liter air yang diperlukan. Sebagai contoh, Malaysia adalah sebuah negara yang
menghasilakan produk kereta yang berjenama antarabangsa iaitu Produa dan Proton. Jadi,
proses penghasilan sesebuah kereta akan menjadi lebih rumit kerana kekurangan air yang
melanda negara. Apabila krisis ini berterusan, negara tidak dapat mengeksport dan
membuat barangan buatan Malaysia ke luar negara malahan tidak dapat mengedarkan
produk tempatan di Malaysia. Ini akan mengurangkan hasil negara.
Selain itu, jika kita lihat negar jiran iaitu Singapura turut terlibat dalam masalah
kekurangan sumber air bersih ini . Singapura sememangnya telah terlibat dengan krisis ini
bermula tahun 2001. Mengikut kajian, peningkatan kadar penggunaan air sehari kepada 6.5
peratus sejak tahunn 1994 berbanding 5.2 peratus pada empat tahun sebelumnya. Negara
Singapura ini mula terlibat dalam krisis ini kerana mereka kekurangan kawasan tadahan air
yang mana aktiviti pembangunan di negara mereka terlampau pesat. Jadi, kita boleh
mengambil iktibar disini bahawa, pembangunan yang terlampau pesat menganggu
ekosistem air. Singapura telah membuat satu perjanjian untuk membeli air daripada kerajaan
negeri Johor dengan kadar maksimum 86 juta gelen air sehari.
Melihat secara lebih mendalam berkaitan tentang isu air ini, kira-kira 85 ribu
penduduk kota, penghuni kampung serta pusat pengajian tinggi dan kolej matrikulasi di
sekitar Labuan turut tidak terlepas dalam menghadapi masalah bekalan air bersih sejak Julai
3
2009. Mereka sukar untuk melakukan kerja -kerja harian. Sebagia contoh, isi rumah atau ahli
keluarga sukar untuk menjalankan aktiviti membasuh pakaian dan memasak kerana
masalah air ini. Sektor pengajian tinggi juga turut mendapat tempias dek kerana ketiadaan
air ini. Seperti yang kita sedia maklum bahawa, Labuan sememangnya bergantung pada
saluran paip air dasar laut dari Sungai Padas di Beaufort, Sabah.
Oleh sebab itu, pihak berwajib perlu mengambil langkah segera supaya masalah ini
tidak menggangu kesejahteraan penduduk . isu air ini dilihat agak membimbangan kerana
melibatkan tahap kebersihan yang turut memberikan kesan kepada kesihatan penduduk,
pelajar, peniaga serta pelancong.
Keratan akhbar ini menunjukkan bahawa krisis air telah berlaku di kawasan Lembah
Klang pada suatu ketika dahulu
4
3.0 MENGULAS DAN ANALISIS KRISIS AIR YANG MELANDA NEGARA .
Secara umumnya negara kita mempunyai banyak sumber air. Namun, dewasa ini
bekalan sumber air bersih semakin berkurangan sedangkan permintaan terhadapnya
semakin meningkat selari peningkatan jumlah populasi penduduk. Acap kali kita sedar
betapa berharganya walau setitis air apabila terputus bekalan air. Keperitan hidup tanpa
bekalan air paip turut menjadikan kita lebih bersemangat untuk berjimat-cermat, tetapi kita
sering terlupa untuk mengotakan janji apabila air mula mengalir, kita kembali dengan tabiat
lama, mengguna air secara berlebihan dan membazir.
Buktinya, piawaian antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
mengesyorkan kadar penggunaan air setiap individu adalah 165 liter setiap hari. Namun,
kajian terbaru menunjukkan setiap rakyat Malaysia menggunakan kira-kira 310 liter air
sehari. Jadi, secara purata rakyat Malaysia terlebih menggunakan air 145 liter sehari.
Sebagai perbandingan, seorang penduduk Afrika purata menggunakan air hanya 50 liter
seorang sehari, penduduk India 100 liter sehari, manakala Singapura 150 liter sehari.
Apakah faktor pendorong pembaziran melampau ini ?…
Sungai yang tercemar menyebabkan hanya sedikit air boleh dipam ke loji rawatan
air. Dan berdasarkan rekod, kira - kira 300,000 tan sampah, cukup untuk mengisi 110 kolam
renang saiz Olimpik, dibuang ke dalam sungai setiap tahun. Selain daripada beg plastik
sampah, pelbagai sisa buangan termasuk peti sejuk lama, tilam dan peralatan dapur juga
turut dibuang ke dalam sungai. Sungai yang paling kotor di negara ini, dari segi jumlah
sampah yang ditemui, adalah Sungai Klang. Dianggarkan kira - kira 77,000 tan sampah
dibuang ke dalam sungai itu setiap tahun. Selain daripada sampah, sisa pembinaan, keladak
daripada pembersihan tanah, minyak dan gris dari restoran dan bahan buangan organik,
sisa industri dari kilang dan bengkel turut di buang kedalam sungai. Ini menyebabkan
pencemaran yang lebih serius. Lima sungai yang paling tercemar di Malaysia adalah Sungai
Segget dan Sungai Ayer Merah di Johor, Sungai Jelutong, Sungai Juru serta Sungai Prai di
Pulau Pinang. Sungai Prai adalah yang paling serius dan telah di klasifikasikan sebagai
sungai mati' kerana tidak lagi dapat menampung sebarang bentuk kehidupan termasuk ikan
dan tumbuh - tumbuhan.
5
Hutan ialah ekosistem penting kerana ia mengandungi lebih 60 peratus kepelbagaian
hayat dunia. Kepentingan hutan meliputi fungsi ekologi dari segi perlindungan tanah dan
lembangan, ekonomi, kepada "Peparu Bumi" kerana tanaman hijau menyerap karbon
dioksida sewaktu proses fotosintesis dan melepaskan oksigen ke atmosfera. Hutan juga
menjadi kawasan tadahan air yang berfungsi antaranya sebagai kawalan banjir. Malangnya,
penyahhutanan hutan tanah tinggi yang berleluasa telah membinasakan alam semula jadi
dan juga memusnahkan "hutan awan" (cloud forest) yang boleh mengakibatkan kehilangan
sumber air yang berharga. Membinasakan hutan bukit boleh menyebabkan kehilangan
sumber air yang banyak kerana tanpa pokok, sebahagian besar lembapan di udara akan
kekal di tempatnya sehingga proses hujan berlaku.
Sebenarnya, keadaan ini timbul adalah ekoran daripada peningkatan jumlah
penduduk dari semasa ke semasa, selain pelbagai kegiatan berkaitan yang mengakibatkan
berlakunya pencemaran ke atas sumber air yang ada. Ia sekali gus meletakkan kita di dalam
krisis yang meruncing untuk mendapatkan bekalan air bersih yang mencukupi bagi
menampung segala aktiviti seharian.
Bukan itu sahaja, malah terdapat pelbagai faktor lain yang menyumbang kepada
berlakunya masalah kekurangan bekalan air bersih. Antaranya ialah peningkatan suhu
global, yang mana ia telah menyebabkan kadar kehilangan air berlaku dengan lebih cepat
akibat daripada proses penyejatan air yang tinggi ke atmosfera..Lebih memburukkan lagi
krisis sumber air bersih ialah apabila simpanan air bawah tanah juga semakin berkurangan.
Sedangkan air bawah tanah merupakan antara sumber bekalan air bersih yang cukup
penting dan perlu dipelihara. Situasi ini terjadi dek kerana kegiatan pembalakan yang kian
berleluasa pada hari ini sehingga menjejaskan kawasan tadahan air.
Malah, pembangunan pesat yang berlaku secara tidak terancang juga telah
menyebabkan air hujan tidak serap ke dalam tanah. Sebaliknya ia terus mengalir ke sungai-
sungai. Keadaan ini telah mengakibatkan kuantiti air bawah tanah menjadi semakin
berkurangan dan seterusnya ia telah menjejaskan mutu bekalan air.
Masalah kekurangan bekalan air tidak hanya memberi kesan ke atas manusia,
sebaliknya ia turut memberi kesan ke atas sumber tanah iaitu menyebabkan tanah menjadi
kontang. Bahkan, air yang tercemar akan turut menjejaskan kualiti tanah dan ini sekali gus
akan turut menjejaskan aktiviti pertanian. Apabila aktiviti pertanian terjejas, maka ia secara
langsung akan memberi kesan ke atas bekalan makanan daripada hasil pertanian yang
6
seterusnya juga akan turut memberi kesan yang besar ke atas kadar pertumbuhan ekonomi
negara.
3.1 KESAN KRISIS AIR TERHADAP PENDIDIKAN
Di antara kesan krisis air terhadap pendidikan ialah kantin sekolah tidak dapat
beroperasi dengan sempurna. Ini kerana, mereka kekurangan air bersih untuk menyediakan
makanan, memebersihkan kawasan persekitaran kantin dan sebagainya. Apabila
persekitaran sekolah kotor, maka lalat akan senang untuk datang ke kantin lalu
menghinggap ke atas makanan yang terhidang oleh pihak kantin. Kesannya, para pelajar
juga akan mendapat penyakit. Seterusnya, apabila kekurangan air, dibimbangi para pelajar
mendapat penyakit keracunan makanan yang mana ianya terjadi apabila makanan yang
dimakan oleh pelajar di sekolah kotor dan tidak bersih. Selain itu, tandas sekolah juga
menjadi tidak ceria. Pekerja yang bertugas sebagai pembersih sekolah tidak dapat
menjalankan tugas mereka seperti biasa dengan menjalankan pembersihan di dalam
tandas.
3.2 KESAN KRISIS AIRTERHADAP SOSIAL
Antara kesan krisis air terhadap sosial ialah, penduduk yang mengalami masalah
kekurangan air bersih ini akan mengalami penyakit. Hal ini kerana, mereka tidak dapat
bekalan air bersih yang secukupnya. Oleh itu, mereka mengambil inisiatif untuk mengambill
air tadahan air hujan dan sebagainya yang kadang kala tidak terjamin kebersihannya.
Penggunaan air yang tidak bersih untuk kegunaan penyediaan minuman dan makanan
dibimbangi akan mennghidap penyakit seperti Taun dan sebagainya.
Sememangnya, negara bergantung kepada proses ‘hydrology’ yang mana ianya
adalah untuk menjana elektrik dengan menggunakan kitaran air. Apabila kekurangan air,
maka bekalan elektrik akan tergendala akan menyukarkan aktiviti masyarakat seperti
membasuh baju, menononton telivisyen, menjalankan aktivi perkilangan dan sebagainya.
7
3.3 KESAN KRISIS AIR TERHADAP EKONOMI
Kesan krisis air terhadap ekonomi ialah negara akan terus berada dalam kerugian.
Ini kerana negara tidak lagi menghasilkan banyak produk untuk dihasilkan sebagai untuk
dipasarkan di luar Malaysia mahupun di dalam Malaysia. Negara Malaysia banyak
menghasilkan barang makanan seperti makanan segera, makanan yang melibatkan
pengetinan dan sebagainya. Selain itu, Malaysia juga dikenali sebagai negara yang
mengeluarkan produk kereta yang berjenama Produa dan Proton.
Aktiviti mengeksport barang ke luar negara adalah salah satu sumber hasil negara.
Jadi, jikalau krisis air ini terus berlaku, bagaimana Malaysia mahu mendapatkan sumber
kewangan yang lebih untuk keperluan pembangunan negara dan kebajikan rakyat?
Seterusnya, pelabur luar tidak lagi berani untuk melabur di Malaysia. Lebih daripada
1,000 permohonan projek membuka kilang di Selangor telah ditolak oleh pengedar air
Selangor, Syabas kerana ia tidak mampu membekalkan air yang cukup untuk aktiviti
industry.Baru-baru ini, jika loji rawatan Langat 2 tidak dapat disiapkan dengan segera, maka
banyak pelabur asing tidak dapat memulakan perniagaan di Malaysia ataupun
memperkembangkan perniagaan mereka di negara ini Malaysia. Ada di antara mereka juga
akan mencari alternatif lain seperti memindahkan operasi ke negara lain.
8
4.0 TINDAKAN SEBAGAI LANGKAH KAWALAN KE ATAS ISU-ISU
TERSEBUT TERMASUK PENGLIBATAN MALAYSIA DALAM
MENYELESAIKAN KRISIS.
Sebagai negara yang berwawasan, pelbagai langkah dan usaha perlu dilakukan bagi
membendung masalah yang dihadapi ini, kerana dikhuatiri isu ini akan bertambah kritikal
pada masa akan datang. Sememangnya, kepentingan air dalam kehidupan hari tidak dapat
dinafikan lagi, malah masalah air yang dihadap kian menjadi tanda tanya kepada orang
ramai. Hal ini, menunjukkan kesedaran kepada orang ramai terhadap masalah ini
sebenarnya semakin meningkat.
Namun begitu, kesedaran ini hanya sekadar menjadi bualan yang belum mencapai
tahap realistik. Kesedaran masyarakat sepatutnya harus ditingkatkan lagi, terutamanya
kaum muda. Mereka yang akan mentadbir negara, jadi mereka perlu lebih prihatin
tentang kepincangan yang melanda negara.
4.1 MELINDUNGI KAWASAN TADAHAN AIR HUJAN
Jumlah penggunaan air dibahagikan kepada sektor domestik sebanyak 17 peratus,
industri sebanyak 21 peratus dan 62 peratus untuk pertanian. Bagaimanapun, hampir
2 per 3 daripada air terawat digunakan oleh sektor domestik. Ini bermakna sektor industri
dan aktiviti aktiviti pertanian banyak mengambil air terus dari alam sekitar untuk
kegunaan mereka
Semua kerajaan negeri mesti mewartakan kawasan tadahan air termasuk hutan,
sungai, tasik, dan sebagainya sebagai rizab kekal menjelang akhir 2015. Kawasan ini juga
perlu mengambil kira keperluan masa depan untuk air mentah. Tiada aktiviti manusia yang
boleh dibenarkan di kawasan yang diwartakan ini termasuk aktiviti rekreasi. Apabila populasi
bertambah, permintaan bagi air akan bertambah juga. Ini juga bermakna keperluan untuk
mewartakan lebih banyak kawasan tadahan air akan meningkat seiring dengan
pertumbuhan populasi bagi memastikan jaminan air mentah.
9
Bagi kawasan yang sudah dibangunkan, piawaian pelepasan air sisa perlu
dipertingkatkan dari semasa ke semasa dan dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan Jabatan
Alam Sekitar. Selain itu, kemudahan pra-rawatan (pre-treatment) boleh dibangunkan untuk
meningkatkan lagi kualiti air mentah. Ini adalah langkah sama diambil di kebanyakan tempat
di dunia untuk memastikan kualiti air mentah dijamin. Sebagai contoh, pencemaran
ammonium baru-baru ini yang menyebabkan dua loji rawatan air di Selangor ditutup dan
mengakibatkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan Hulu Langat dan Kuala Langat.
Dengan menguatkuasakan piawaian pelepasan air sisa yang lebih ketat, masalah sebegini
boleh dielakkan semasa musim kering. Ini adalah kerana musim kering menyebabkan
kepekatan bahan pencemar meningkat disebabkan kehadiran air yang kurang dalam sungai.
Antara kawasan tadahan air hujan di Malaysia
10
4.2 PEMBINAAN EMPANGAN
Empangan adalah penyelesaian teknikal dari tamadun awal manusia untuk
menyimpan air bagi memenuhi permintaan air semasa musim kering. Terdapat empangan
berfungsi tunggal dan empangan pelbagai fungsi. Pada masa ini, terdapat empangan
tebatan banjir yang juga digunakan sebagai sumber air mentah untuk perawatan air di
Malaysia. Pembinaan empangan pelbagai fungsi adalah kos efektif.
Bagaimanapun, perbezaan dalam fungsi boleh menyebabkan masalah semasa
musim kering. Sebagai contoh, beberapa kawasan di selatan Semenanjung Malaysia
menghadapi masalah kekurangan air terawat semasa musim kering beberapa tahun lalu
kerana syarikat air menggunakan air daripada empangan tebatan banjir sebagai sumber air
mentah untuk perawatan air.
Empangan Air Bakun
11
Empangan Tasik Kenyir
4.3 PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR MESTI
DILENGKAPKAN DENGAN SEGERA.
Penstrukturan semula industri perkhidmatan air adalah satu keperluan untuk
memastikan infrastruktur perkhidmatan air, teknologi dan perkhidmatan yang lebih baik.
Pada masa ini, Selangor, Kedah, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Labuan masih belum
melengkapkan proses penstrukturan semula. Di samping itu, Sabah dan Sarawak hendaklah
dimasukkan ke dalam proses ini supaya ia memberikan manfaat terus kepada rakyat
daripada proses tersebut.
Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) dikuatkuasakan awal 1 Januari 2008
dan penstrukturan semula tidak termasuk Sabah dan Sarawak sepatutnya siap pada 31
Disember 2010. Kini, proses ini memasuki kelewatan tahun ke-5 dan ini akan memberikan
kesan yang teruk kepada pembangunan infrastruktur perkhidmatan air dan juga pengurusan
situasi seperti krisis air semasa yang disebabkan oleh musim kering yang berpanjangan.
Di samping itu, semua syarikat perkhidmatan air perlu mendapatkan kelulusan
daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) sebelum menjalankan catuan air.
Pelan Tindakan Kecemasan,Pelan Catuan Air dan Pelan Komunikasi hendaklah
komprehensif bagi memastikan pengguna air terawat dapat mengikuti langkah-langkah dan
rancangan yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat perkhidmatan air.
12
4.4 PENGURUSAN KECEKAPAN DAN PENGURUSAN AIR
Pengurusan permintaan air adalah penting bagi memastikan pembangunan lestari.
Ini terdiri idaripada kedua-dua permintaan air mentah dan air terawat. Satu pengurusan
permintaan air yang menyeluruh perlu dibangunkan untuk menggariskan langkah dan
prosedur untuk membantu sektor domestik, industri dan pertanian untuk mengoptimumkan
penggunaan air untuk mencapai kecekapan air. Sebagai permulaan, melancarkan peranti
atas talian untuk membantu pengguna domestik menjadi lebih cekap air.
.
Pengurusan permintaan air juga merangkumi pelabelan peralatan. Sebagai
permulaan, pelabelan kecekapan air perlu diperkenalkan sebagai pelabelan sukarela untuk
mesin basuh, mesin pencuci pinggan mangkuk, penyiram mandi, kepala paip dan penyiram
tandas. Pelabelan sukarela ini hendaklah ditukarkan kepada pelabelan mandatori dalam
masa 2 tahun dengan pelaksanaan Piawaian Minima Kecekapan Air (Minimum Water
Efficiency Standard - MWES). Melalui MWES, kita boleh menghentikan jualan produk yang
tidak cekap air dan secara tidak langsung membantu pengguna untuk mengurangkan
penggunaan air di rumah.
Begitu juga, sektor industri dan pertanian yang sangat bergantung kepada
penggunaan air juga perlu dibantu untuk menjadi lebih cekap air melalui penanda aras water
footprint (kadar penggunaan air). Water footprint membantu kita menetapkan penggunaan
air di pelbagai sektor. Ini adalah pengurusan permintaan yang lebih efektif dan merentasi
semua sektor. Sebagai contoh, kita menggunakan 140 liter air untuk menghasilkan secawan
kopi, 184 liter air untuk 1kg tomato, 1000 liter air untuk 1 liter susu lembu dan 20,000 liter air
untuk menghasilkan satu komputer riba (laptop). Melalui pengurangan nilai water footprint
ini, sektor industri dan pertanian boleh menjadi lebih cekap air dan mengurangkan
kebergantungan kepada air yang tinggi.
13
5.0 RUMUSAN
Sudah tiba masanya kita memikirkan dengan lebih serius lagi berhubung isu
kekurangan bekalan air bersih yang bukan sahaja melanda negara kita tetapi juga negara-
negara lain di seluruh dunia pada hari ini. Kita perlu sedar bahawa isu ini bukan suatu isu
yang terpencil, sebaliknya ia merupakan isu global yang sangat serius yang perlu diberi
perhatian yang sewajarnya oleh semua pihak.
Justeru, penglibatan seluruh anggota masyarakat dalam usaha memulihara sumber
air adalah penting bagi memastikan kemelut ini dapat diatasi. Mudah-mudahan dengan
kesedaran seluruh anggota masyarakat berhubung perkara ini akan dapat
mempertingkatkan lagi tahap kebersihan sumber air kita. Lebih-lebih lagi dalam memastikan
pengurusan dan pemeliharaan sumber air yang lebih mapan dan lestari pada masa akan
datang agar anak cucu kita tidak mewarisi sumber bekalan air yang tercemar.
14