assigment sains sukan level 1.doc

download assigment sains sukan level 1.doc

of 10

Transcript of assigment sains sukan level 1.doc

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 1

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 1

SKIM PERSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN 2008

AMBILAN 1/43/08

NAMA : MATDINOS BIN TALIBSEKOLAH : SEK.KEB.SUNGAI UDANG,

JALAN YADI,41250,KLANG

SOALAN TUGASAN

(ANATOMI DAN FISIOLOGI LATIHAN)

SOALAN 2

a. Huraikan mengenai sistem kardiovaskular

b. Jelaskan mengapa sistem ini begitu penting dalam profil atlet.

c. Berikan contoh-contoh bagi menjelaskan jawapan anda dalam bahagian (b)

d. Huraikan satu kaedah latihan yang sesuai untuk melatih sistem ini.

a. Huraikan mengenai sistem kardiovaskular

PENGENALAN

Kecergasan kardiovaskular berkaitan dengan daya tahan kardiovaskular kecergasan respiratori, kecergasan aerobik. Semua ini merupakan aspek kecergasan terpenting. Asas kepada sebarang aktiviti fizikal juga faktor utama yang boleh mengurangkan risiko individu dari penyakit kardiovaskular. Contohnya seperti penyakit jantung, penyakit hipokinetik, penyakit lain dan kematian awal. Kardiovaskular cergas meningkatkan kebolehan melakukan sebarang tugas. Komponen dalam kardiovaskular terdiri daripada jantung, paru-paru, salur darah, darah dan otot. Daya Tahan Kardiovaskular merupakan komponen yang terpenting dalam profil fisiologi manusia.Didefinisikan sebagai keupayaan jantung, saluran darah dan paru-paru mengedar oksigen ke otot-otot secara berterusan dalam jangka masa yang lama semasa melakukan aktiviti fizikal yang berkaitan dengan efisiensi dan keupayaan sistem kardiovaskular mengepam dan menyalurkan darah beroksigen ke seluruh tubuh secara berterusan bagi membolehkan meningkat apabila keupayaan daya tahan kardiovaskular melebihi tahap purata kapasiti aerobik. Kapasiti aerobik ialah konsep yang digunakan untuk menggambarkan status seluruh anggota tubuh bekerja dalam tempoh masa yang panjang. Tahap kecergasan fungsi sistem digunakan untuk menggambarkan status fungsi sistem kardiovaskular ( 1 )

FUNGSI SISTEM KARDIOVASKULARPenghantar.

Menghantar oksigen dan nutrient ke setiap sel di dalam badan melalui darah yang dipam oleh jantung.

Pengeluar

Mengeluarkan karbon dioksida dan sisa hasil metabolism daripada setiap sel dalam badan.

Pengangkut

Mengangkut hormone dari kelenjar endokrin ke sel-sel sasaran melalui plasma darah

Penghalang

Menghalang dehidrasi dan infeksi dengan mengekalkan tahap cecair pada kadar yang

sesuaiKesimpulannya

Daya tahan kardiovaskular merupakan keupayaan jantung dan sistem peredaran darah berfungsi secara berterusan semasa seseorang itu melakukan kerja untuk tempoh masa yang lama. Kecergasan kardiovaskular bergantung kepada kombinasi efisien tiga komponen seperti keupayaan jantung ,saluran darah dan paru-paru.

( 2 )

b.Kepentingan sistem kardiovascular kepada atlet

Untuk mendapat faedah aerobik (kardiovaskular) yang memberi manfaat kepada sistem jantung dan paru-paru,segala senaman perlu dilakukan pada paras latihan jantung (training heart rate). Ada sumber mengesyorkan bahawa kadar jantung diamalkan untuk memastikan keberkesanan senaman dari segi aerobik. Cara yang disyorkan ini melibatkan pengambilan kadar nadi rehat dan nadi selepas senaman. Bagi kadar nadi latihan (KNL),lebih cepat ia turun jumlahnya adalah lebih cergas atau lebih baik untuk indikator kecergasan.

Sistem tenaga aerobik(kardiovaskular) bermaksud seseorang atlet dapat melaksanakan sesuatu tugas berpanjangan dengan tekanan yang sederhana tanpa merasa lesu. Sistem ini adalah sistem dimana atlet mengatasi sesuatu beban atau rintangan dengan kehadiran atau menggunakan oksigen. dengan erti kata lain otot-otot bekerja dengan menggunakan oksigen untuk menghasilkan tenaga. Latihan daya tahan akan membantu meningkatkan kemampuan sistem kardiorespirotari dan meningkatkan kemampuan untuk menyampai oksigen untuk digunakan oleh otot-ototKesimpulannyaKebanyakkan atlet memerlukan tenaga aerobik yang tinggi bagi memastikan atlet dapat mengekalkan aktiviti berpanjangan.Kuasa aerobik juga dianggapkan sebagai kuasa utama bagi mengekalkan daya tahan untuk bergerak. Kemampuan aerobik bergantung kepada kemampuan jantung dan paru-paru untuk membekalkan oksigen kepada otot-otot yang sedang bekerja.Oleh itu jelaslah bahawa sistem kardiovaskular yang baik penting bagi seseorang atlet untuk mencapai kejayaan

( 3 )

c.Berikan contoh-contoh bagi menjelaskan jawapan anda dalam

bahagian (b)

Berdasarkan kepada kepentingan kardiovaskular yang dinyatakan di atas tadi beberapa contoh dapat disertakan .Melalui latihan aerobik atlit akan mengalami beberapa perubahan fisiologi seperti berikut:

1.Mitokondria otot yang dilatih akan dapat meningkatkan kemampuannya untuk menghasilkan ATP -Oxidative-Phosphorylation.

2.Mitokandria akan menambah dari segi saiz dan bilangan

3.Myoglobin dalam otot akan bertambah.Ini akan membantu mambawa lebih banyak oksigen

4.Meningkatkan kemampuan otot untuk menggunakan dan mengoksidakan lemak dan karbohidrat untuk dijadikan tenaga.

5.Berlakunya hipotropi pada fiber otot disebabkan oleh latihan lebihan bebanan.

6.Memperbaiki dan memastikan sistem penukaran gas dengan lancar dan efisyen serta memperbaiki sistem pernafasan, sistem penghantaran oksigen.

7. Membantu sistem pelupusan asid laktik dengan pantas dan ini akan memastikan persingkatan perkumpulan asid laktik dalam otot yang akan menurangkan atau menghilangkan kelesuan. Atlit akan bekerja dengan lebih panjang tapa lesu atau mengatasi kelesuan.

( 4 )

d.Kaedah latihan yang sesuai bagi melatih sistem ini.Kaedah latihan aerobik adalah kaedah latihan yang diaplikasikan bagi membolehkan pelaku meningkatkan prestasi aerobik iaitu keupayaan untuk mengambil, mengangkut dan menggunakan oksigen dengan cekap dan berkesan. Antara kaedah-kaedah latihan aerobik yang sering digunakan dalam latihan sukan adalah :(a) Latihan Jarak Jauh Perlahan (Long Slow Distance)(b) Latihan Fartlek(c) Latihan Jeda Jarak Jauh

Latihan Jarak Jauh Perlahan (Long Slow Distance)

Latihan ini adalah latihan yang sering dipraktikkan oleh pelari maraton atau pelari jarak jauh. Sesuai dengan namanya, latihan ini memberi penekanankepada tempoh masa larian dan bukannya kelajuan. Lebih lama seseorang itu dapat berlari berterusan, lebih baik kesannya terhadap sistem kardiovaskular.Objektif utama latihan ini adalah bagi meningkatkan daya tahan kardiovaskular. Kelajuan yang dicadangkan adalah antara dua ke tiga meter sesaat. (2-3m/s) dan diperkenalkan pada awal musim persediaan umum bagi semua jenis sukan.

( 5 )

Latihan Fartlek

Latihan Fartlek yang diperkenalkan di Sweden bermaksud speed play iaitu latihan pelbagai kelajuan. Latihan ini biasanya diadakan di kawasan luar dengan keadaan permukaan tanah yang tinggi rendah.Selain meningkatkan keupayaan daya tahan kardiovaskular, latihan ini juga berupaya meningkatkan keupayaan daya tahan otot. Latihan ini boleh dianggap sebagai latihan jeda tidak rasmi dan diperkenalkan penghujung musim persediaan umum sehingga awal musim persediaan khusus.Latihan ini dapat lebih difahami melalui contoh di bawah untuk satu sesi latihan :Berjalan pantas selama lima minitBerlari anak selama 10 minitPecut dengan 70 % kelajuan maksima selama 30 saatBerjalan perlahan selama tiga minitBerlari dengan langkah panjang (striding) selama 2 minitBerlari anak selama lapan minitPecutan dengan 80 % kelajuan maksima selama 20 saatBerlari dengan 60 % kelajuan maksima selama dua minit.

Latihan Jeda Jarak Jauh

Latihan Jeda yang mula diperkenalkan di Jerman oleh Dr. Woldmar Gerschler dan Hans Reindell pada awal tahun 30an adalah satu kaedah latihan saintifik yangmempunyai jeda kerja dan jeda rehat. ( 6 )

Kaedah ini lazim digunakan dalam latihan olahraga dan latihan renang. Latihan jeda dianggap sebagai antara kaedah yang terbaik dan lazim diperkenalkan pada penghujung musim persediaan umum dan lebih kerap digunakan dalam musim persediaan khusus.Bagi latihan jeda jarak jauh, nisbah jeda kerja kepada jeda rehat adalah antara 1 : hingga 1: 1 bergantung kepada jarak larian atau masa yang diambil untukmenamatkan sesuatu larian.

Contohnya adalah seperti berikut :

Masa larian = 10 minitMasa rehat = 5 minitNisbah jeda kerja kepada jeda rehat = 1 : Masa larian = 3 minitMasa rehat = 3 minitNisbah jeda kerja kepada jeda rehat = 1: 1Ulangan yang dicadangkan adalah antara 2 hingga 3 ulangan bagi jarak yang lebih jauh dan antara 3 hingga 4 ulangan bagi jarak yang kurang daripada 800 meter bagi satu larian (ulangan). Sementara itu, jumlah set yang dicadangkan adalah sama seperti jumlah ulangan, dan rehat antara set ditentukan oleh kadar denyutan nadi iaitu apabila kadar nadi turun kepada 120 denyut seminit, barulah set kedua dimulakan.

( 7 )

Preskripsi latihan jeda boleh ditulis seperti berikut :3 x 1500 meter x 2 set @ 8 minit (1:1/2 ),bermaksud :3 ulangan larian berjarak 1500 meter setiap larian,dibuat dalam 2 set, dengan jeda kerja selama 8 minitbagi setiap larian dan jeda rehat selama 4 minit.Kesimpulannya

Kaedah latihan yang sesuai dan berterusan sangat penting bagi setiap atlet bagi menjamin pencapaian yang cemerlang.Asas kepada sebarang aktiviti fizikal juga faktor utama yang boleh mengurangkan risiko individu dari penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung,penyakit hipokinetik,penyakit lain dan kematian awal. RUMUSAN

Daya tahan Kardiovaskular merupakan komponen yang terpenting dalam profil fisiologi manusia.Daya tahan Kardiovaskular juga merupakan keupayaan jantung jantung,saluran darah dan paru-paru mengedar oksigen ke otot-otot secara berterusan dalam jangka masa yang lama semasa melakukan aktiviti fizikal.Tahap kecergasan meningkat apabila keupayaan daya tahan kardiovaskular melebihi tahap purata kapasiti aerobik.Oleh itu,latihan yang sesuai akan menjamin invidu dari penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung dan lain-lain lagi.

( 8 )